قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

31 Jan 2012

Ceritera Raja Sayang Hamba

Terusik hati pula bila bersendirian, bagaikan bintang yang berkelipan. Indah kalam bila berkata dikaitkan pula dengan cerita. Sebagai manusia yang daif dan hina, hajat di hati ingin berkelana dari buruk ke baiknya. Doakan semua dipohonkan, semoga roh kebaikkan dibangkitkan. Bermulanya bicara ingin bercerita satu kisah pada zaman dahulu kala, hajatnya untuk berkongsi sesama kita untuk di ambil manfaat bersama. Begini ceritanya..... Pada zaman dulu...

29 Jan 2012

Ayah sinar permata

Gambar Hiasan Oh! Ayahdikala malam gelap gelita,aku bangun dari terjaga,melihat wajah mu di kaca,sambil lidah ku tidak berkata. Kenangan lalu menusuk kalbu,hanya yang pasti sangat syahdu,apabila menagis tanpa berlagu,hanya menanti orang yang sudah pergi berlalu. Pergimu membawa seribu erti,terasa bagaikan perit dihati,tetapi semuanya ketentuan illahi,hanya yang pasti aku meredhai. Ku tatap wajahmu semahu-mahunya,agar duka menjadi rindu kepadaku,tetapi...

28 Jan 2012

Ceritera Anak Singa

Alkisah bermula, pada suatu hari ibu kambing dengan anaknya keluar berjalan-jalan di dalam hutan, tiba-tiba mereka terdengar suara tangisan seekor binatang, akibat terkejut dari terdengar suara tangisan itu mereka pun mencari dari mana bunyinya suara tagisan itu, maka anak kambing dan ibunya terus mencari arah dimana bunyinya tangisan itu datang, apabila mereka mendekati suara tangisan itu, mereka terkejut 'beruk' kerana mereka melihat yang menagis...

27 Jan 2012

Oh! cintanya

Gambar Hiasan "Terbang jauh si burung merpati, Hinggap di dahan pokok jati,Lumrah naluri ingin di kasihi,Untuk mencari cinta hakiki". Serangkap pantun sebagai pembuka kata untuk aku melabuhkan bicara, sukanya aku kali ini terpanggil untuk menulis mengenai cinta. Sebenarnya dalam diri ini aku ikhlas berkata, aku langsung tidak tahu apa itu cinta?, malahan maksud sebenarnya cinta juga kurang aku memahaminya, orang kata cinta itu buta, tetapi aku...

16 Jan 2012

Sahabat dunia akhirat

Sahabat di Al-Maad '93 Wahai sahabatku,ketika sendu suara bermula,bisikan suara menjelma,tatkala memandang paras rupa,dek kerana bersemangat sahaja. sahabatku,apabila tibanya masa,semangat itu akan membara,berpunah ranah mencari berkat,untuk bekalan dunia akhirat. tetapi janji hanya janji,tidak tertunai dek kealpaan diri,hanya menanti apa yang di hajati,tidak terdatang jika tak di cari. sahabaku,kasihku kepada mu tidak terduga,sayangku kepadamu...

12 Jan 2012

Bersangka baik dengan Allah

(Gambar Hiasan) Seandainya diri kita ini lemah jangan kita merasa hina, sesungguhnya Allah tetap bersama kita. Realiti masyarakat kita hari ini memang mudah merasa lemah dan tidak kuat apabila di landa sesuatu musibah, kita juga merasa semua perkara di dalam dunia ini tidak adil, merasakan bahawa hidup di dunia ini penuh dengan kesusahan. Tidak dapat tidak perkara ini sering kali berlaku dalam diri kita, malahan beranggapan bahawa Allah s.w.t ini...

10 Jan 2012

Hidup ini satu kembara

Sekian lama aku menyepi dan kini aku kembali, untuk melontarkan satu pandangan ilmiah yang di rasai sesuatu yang baharu dalam diri ini, tatkala memandang masa yang jauh pergi meninggalkan aku, kini aku melangkah ke tahun 2012 dengan satu keazaman yang baharu dalam diri ini, tahun 2011 pula pergi meninggalkan aku dengan penuh suka duka dalam diri ini, aku biarkan tahun  2011 pergi dengan seribu erti. Sekarang aku perlu menempuhi tahun 2012 dengan...