قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

22 Feb 2011

Pertemuan Pertama

kasih ibu tiada bandingnya
Kelahiran kita di atas muka bumi ini di sambut dengan penuh gembira oleh ibu dan ayah kita. Ketika kita di dalam kandungan lagi ibu kita sudah menanggung berat kita selama sembilan bulan sepuluh hari di dalam perutnya, kenakalan kita di dalam perut ibu di sambut dengan rasa gembira oleh ibu ayah. Semasa kelahiran kita kesakitan yang di tanggung oleh ibu untuk mengeluarkan kita sangat perit. Kerisauan di hati ayah amat terasa, tetapi Alhamdulilah kita di sambut dengan selamatnya, kesyukuran dan kepuasan amat terasa oleh ibu dan ayah, kesakitan ibu hilang apabila melihat kita sudah selamat tiba di atas muka bumi ini, kerisauan ayah juga hilang bila mendapat berita tentang selamatnya kita sampai di atas muka bumi ini. Jelas terpancar wajah keriangan di muka ibu ayah kita. Semasa itu ayah telah melaungkan azan dengan nada yang sangat merdu di telinga kita, itulah kalimah yang pertama kita dengar selepas kita sampai di atas muka bumi ini. Laungan permulaan "الله أكبر" di telinga kita membuatkan Kesayuan terasa di hati, kalimah Allah yang Maha Agung lagi Maha Kuasa telah di dengar oleh kita semasa kecil lagi. Keriangan kita di sambut dengan gembira, hari demi hari kita membesar, ibu ayah membela kita dengan penuh kasih sayang "bagai menatang minyak yang penuh". Semasa kecil mereka mencium kita beratus-ratus kali tidak terbilang ciuman mereka untuk kita. Betapa seronoknya kita, apabila kita semakin besar mereka semakin tua. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita meningkat dewasa. Bila meningkat umur kita pelbagai corak pemikiran sudah berubah, kita menjadi lebih besar. Semasa itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memberi kejayaan kepada ibu dan ayah. Selepas kita berjaya dan mereka turut gembira, Kita mengorak langkah ke alam pekerjaan, kita menjadi seorang profesional yang berjaya. Semasa itu kita tidak sedar kita semakin melupakan ibu dan ayah kita. Bila mereka membuat panggilan kepada kita sering pelbagai alasan yang kita berikan. Rasa hiba hati mereka. Kita merasa dengan wang yang kita hantar tiap-tiap bulan sudah boleh meringankan mereka, tetapi kita tidak sedar bahawa betapa beratnya hati mereka apabila anak mereka yg mereka sayangi tidak pulang menziarahi mereka. Alasan sibuk bekerja sering di berika kita kepada mereka, walau mereka tidak berkata apa, tetapi hati kecil mereka berkata, sangat rindu kan kita. Apabila kita sudah berkeluarga lagi membuat hati mereka gembira kerana mereka akan mendapat cucu yang sangat di sayangi. Tetapi apa kan daya, cucu yang di tunggu tidak pulang ke rumah mereka. Malah menantu mereka tidak suka akan mereka yang sudah tua. Kita ketika itu hanya diam, walhal ITULAH IBU AYAH kita. Kita sudah lupa dahulunya betapa peritnya ibu melahirkan kita, betapa susahnya ayah mencari rezeki untuk kita, betapa sukarnya untuk membela kita sehingga kita dewasa, tetapi bila kita sudah berjaya kita lupa akan mereka, hatta kan kita tidak mengaku siapa mereka. Dahulunya mereka mencium kita beratus-ratus kali, tetapi hari ini sekali untuk kita cium mereka sangat susah, ingatlah seteruk mana mak dan ayah kita di tetap MAK AYAH kita. Pertemuan pertama kita di sambut gembira oleh mereka, tetapi kematian mereka di sambut gembira oleh kita kerana ketiadaan mereka dapat menyelesaikan semua masalah, tetapi kita lupa IBU yang penat melahirkan kita tidak dilayan sebaiknya membolehkan kita mendapat azab yang teruk lagi di atas muka bumi ini, malahan di akhirat kelak lagi dahsyat azab yang di timpa oleh kita. Oleh itu, ibu dan ayah kita mereka tetap ibu ayah kita. Jika kita berjaya kita tetap menjaga mereka, kita jangan terlalu mengejar dunia sehinggakan kita melupakan mereka, kehangatan jejari kita untuk bersalaman dengan mereka amat mereka merindui. Jangan kita menyesal di atas perbuatan kita kepadanya selepas mereka tiada kerana walau jatuh air mata darah sekalipun mereka tetap tiada. Jadi kesimpulanya contoh yang ada, kita lihat dunia hari ini berapa ramai wanita yang tidak tutup aurat? di situ jelas amat banyak ibu dan ayah menanggung dosa akibat perbuatan kita, selain itu jika mereka sudah tiada mesti mereka akan berkata "jangan buat begitu ibu ayah sakit di seksa di sini". Tetapi malangnya kita tidak dapat mendengar rintihan mereka itu di sana. Malahan itu jika kita seorang peminum arak, betapa peritnya ibu ayah akan di seksa jika mereka sudah tiada dan jika mereka di dunia betapa peritnya untuk mereka tanggung malu di dunia ini dengan manusia dan Allah. Jadi selamilah jiwa bersama semasa PERTEMUAN PERTAMA kita diatasi muka bumi ini dengan ibu ayah, jadi kita renungan kan bersama dengan tulus ikhlas agar PERTEMUAN PERTAMA di akhiri dengan PERTEMUAN MENUJU ILLAHI.

21 Feb 2011

kasih dari syurga

Kesayuan terasa dalam hati membuat aku menjadi buntu, sejak aku melihat pandangan pertama di wajahnya membuat aku terasa seperti aku orang yang bertuah sekali. Ilmu yang aku pelajari darinya membuat hatiku tertarik kepada beliau. Sungguh sayu ucapannya malah menusuk ke dalam kalbu ku, membuat aku sentiasa terfikir dan terfikir setiap ucapan yang keluar dari mulutnya. Sungguh bertuah jika menjadi sehebatnya. Dalam meneliti kecemerlangan diri aku mencari pelbagai jawapan demi jawapan setiap kemaslahantan yang timbul. Selain itu aku merasai bahawa diriku amat hina di sisi Allah kerana jika hendak di bandingkan ilmu aku yang sekepal jika hendak setanding dengan ilmu seorang ulama. Peristiwa berdebat dengan golongan wahabiyyah membuat aku sangat cinta akan ilmu agama yang banyak tersimpan pelbagai rahsia. Ibarat seperti sebuah kapal yang berada di tengah lautan mencari pulau untuk singgah sementara, ertinya ilmu agama ini sangat luas dan tiada tolok tandingnya. Ilmu kesufian yang aku jalani melatih diri supaya bersabar, dan istiqamah dalam melakukan amal ibadah. Tetapi pemikiran budaya barat beranggapan bahawa ilmu kesufian ini satu aliran ajaran sesat. Tetapi mereka tidak tahu bahawa ilmu kesufian ini melatih diri mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA alam ini iaitu Allah s.w.t. Cinta dan kasih kepadanya membuat kita di tinggikan darjat di sisi Nya. Selepas kasih kepada Allah tidak lupa kepada Nabi Muhammad junjungan besar ke atasnya yang patut kita kasihi. Kasih kepada Allah dan Rasul tidak akan merugikan kita malah membuat hati kita sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya Allah akan kasih kembali kepada hamba Nya. Tetapi pada hari ini fenomena sudah berubah, manusia sudah tidak ingat kepada kematian, malah asyik berfoya-foya, membuang masa tanpa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, selain itu anak remaja sekarang sudah hilang budaya adat resam kaum, sebaliknya tatacara kaum eropah sudah menembusi hati mereka, malah tanpa rasa segan silu mereka semakin jauh dengan agama. Orang yang penting keduniaan ini membuat hatiku terdetik untuk menulis Kasih Dari Syurga, kerana Manusia sentiasa melakukan kesilapan, melainkan Nabi penyuluh umat sepanjang zaman. Kehidupan kini sudah banyak berubah dengan era pasca globalisasi pada masa kini semakin menjadi barah dalam kalangan masyarakat tanpa memikirkan hal agama. Terasa amat sedih dengan sikap sedemikian rupa membuat hati berbicara, kata hati " cinta kepada Allah amat baik dari cinta akan dunia". Semakin hari kita dapat lihat bahawa dunia semakin dekat dengan kiamat, jadi sentiasa kita persiapakan diri untuk menempuh segala dugaan yang datang tanpa di undang. Kasih kepada Allah memberi jaminan kebaikan yang menyeluruh kepada hambanya. Jadi natijahnya di sini dapat lihat bahawa semakin hari dunia semakin teruk kerisauan amat terasa di dalam kalbu ibu ayah dalam mendidik anak mereka. Jika itu yang mereka hajati jadi lah kita orang yang pertama yang mendapat "KASIH DARI SYURGA".

Kematian yang tidak perlu di undang

Setiap manusia pasti akan mati dan tidak akan dapat lari dari kematian. Kematian amat perik untuk dirasai kerana nyawa yang ada di dalam tubuh badan telah dicabut keluar oleh malaikat Izrail. Kemunculan kembali sejarah silam yang dahulu kala di kenang kembali di saat kemuncaknya roh akan keluar dari jasad. Di saat itu kepiluan dirasai oleh kaum keluarga, kesengsaraan ditanggung oleh diri kita. Kalimah Syahadah terbisik di telinga membuat kita terasa seperti di pandu di dalam kesesatan, tetapi si syaitan bermain peranan di saat itu jua, membuat diri kita ragu-ragu. Orang yang beriman dan beramal soleh selamat dari bisikkan syaitan, tetapi yang malangnya kepada orang yang masih leka dan alpa tentang dunia walaupun di saat kematian. Kematian telah tiba membawa diri menuju alam Barzakh menghadap Allah S.W.T. Di saat di kita di kafan kan ramai orang merasa sedih di atas pemergian diri ini. Di saat itu kita dimasukkan ke dalam KERANDA USANG yang menjadi kenderaan kita disana. Berbekalkan tiga lapisan kain putih, dan wangian mawar sambil kita diusung ke masjid untuk di Solat Jenazah kan. Di saat itu diri merasa keseorangan jasad terbujur kaku. Di saat kita di masukkan di dalam kubur terdengar bunyi tanah dijatuhkan di atas KERANDA USANG maka diri kita berada seorang dalam kegelapan alam kubur, di saat itu jua ketakutan dirasai jika diri ini penuh dengan dosa dan maksiat, tetapi apabila sebaliknya maka berseronok lah dia. Ketika talkin dibacakan ROH di kembalikan ke dalam jasad. Semasa itu tangisan air mata berlimpah ruah, menyesal, bertaubat semuanya diucapkan, tetapi diri kita sudah terlambat maka di saat selesainya semua bacaan talkin. Maka Tujuh langkah kali meninggalkan kita keseorangan. Datanglah malaikat Mungkar dan Nakir dengan wajah yang garangnya jika kita orang yang tidak beriman dan selalu melakukan dosa. Tetapi jika kita seorang yang beriman maka ketika malaikat Mungkar dan Nakir datang pun dengan wajah yang berseri-seri. Ketika disoal kan soalan MAN RAB BUKA? siapa tuhan kamu. Jika orang yang soleh mudah menjawapnya jika kita orang yang tidak beriman maka susah lah untuk kita menjawapnya. Ketika itu penuh dengan rayuan untuk kita di kembalikan di atas dunia. Tetapi tidak di hiraukan. Maka di situ kita lihat pelbagai azab kita di kena. Tetapi berseronok lah kepada orang yang beriman.