قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

1 Jan 2014




28 Jun 2013

Berfikir Tentang Alam Dan Cinta


Apabila bercakap tentang alam dan cinta, ianya merupakan manifestasi manusia dengan alam kehidupan. Setiap manusia yang tiba di atas bumi ini, dikira muncul di alam yang nyata. Baik yang berkulit hitam, putih, coklat dan sebagainya. Juga Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tak kira warna kulit dan bangsa, jika di namakan manusia ianya pasti wujud di bumi dan di kira sebagai alam yang nyata.

Manusia yang wujud di bumi ini merupakan anugerah yang Allah SWT berikan kepada setiap manusia. Sifat mengasihani ini, Allah hantarkan manusia di atas muka bumi ini untuk di jadikan sebagai khalifah. Juga untuk memberi tugas supaya memakmurkan bumi Allah SWT. 

Asalnya manusia yang pertama tiba di bumi ini, adalah Nabi Adam AS serta isterinya yang bernama Hawa. Selepas daripada itu, maka wujudlah manusia di bumi ini hasil dari keturunan Nabi Adam AS dan Hawa. Beruntungnya manusia ini adalah dengan Allah SWT menganugerahkan akal untuk manusia itu berfikir. Juga untuk manusia membezakan antara baik dan buruk.

Ini merupakan keistimewaan yang terdapat pada manusia, serta di kira sebagai kelebihan berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. 

Berfikir Dan Belajar Tentang Alam,

Secara mudahnya untuk kita berfikir tentang alam, sebagaimana kita menyaksikan alam ini dengan berfikir bagaimana Allah menciptakan. Sebagai contoh, kita melihat langit. Cuba kita bertanya, bagaimana langit ini mampu berada diatas kepala kita, sedangkan ianya tidak di tiangkan sama sekali. Pelik dan hairan, tetapi sebagai orang islam seharusnya yakin akan kekuasaan Allah SWT. 

Sebagaimana firman Allah SWT,

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
 (Az-Zumar:5)

Ini merupakan dalil yang jelas bahawa alam yang ada ini semuanya dikawal selia dan dicipta oleh Allah SWT. Jadi apabila kita berfikir tentang alam, secara automatik kita sebenarnya belajar tentang alam. Mengapa pula? Kerana apabila berfikir ini merupakan tindakan untuk kita mengetahui. Bilamana fikir akan alam ini, bererti kita akan mengkaji. Tak semestinya buka buku atau google

Hanya mengkaji dengan minda serta logika yang ada. Demi untuk mencari jawapan sehinggalah kita dapat jawapannya. Nah, ini dikira sebagai kita belajar dengan alam. Iaitu hanya berfikir! Jadi jangan jemu untuk kita berfikir tentang alam, kerana secara tidak dapat tidak sebenarnya kita juga belajar dengan alam. Ini juga dinamakan sebagai interaksi antara manusia dan alam. 

Malangnya Manusia Dengan Alam,

Tidak dinafikan segelintir manusia yang mempunyai sifat rakus dan tamak! Meratah setiap bumi Allah ini dengan penuh bongkak dan angkuh. Mana tidaknya, akibatnya alam ini semakin lama semakin jahanam. Lautan biru pun ada yang di hitamkan, warna hijau di dataran sudah pun ada yang menumbangkan. Terbukti ini merupakan, sifat manusia yang rakus dengan alam. 

Terbaru yang dapat kita hadapi iaitu Jerebu yang melanda, ini juga dikira sebagai perbuatan rakus manusia. Nah, alam ini rosak sebab manusia, bukan sebab kingkong atau dinasour menurut setengah orang yang kata. Tetapi ini semuanya atas perbuatan manusia. Perkara ini Allah SWT peringatkan di dalam al-quran, 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", ....
(Al-Baqarah: 11)

Bererti Allah SWT pun melarang kita melakukan kerosakan di bumi, tetapi mengapa masih ada yang melakukakan kerosakkan diatas bumi ini? Bererti tidak lain dan tidak bukan, semuanya semata-mata untuk kerasukan manusia mengaut keuntungan dengan penuh tamak haloba menyebabkan bumi ini menjadi binasa. 

Berfikir Tentang Alam Dan Cinta,

Jadi bagi menyelesaikan masalah yang tiada penyudah. Akibat perbuatan manusia itu sendiri, lebih baik dalam hati manusia lahirkan sifat cinta kepada alam. Cinta itu indah sebenarnya, sebagaimana kita menyayangi orang yang kita cintai. Bukannya susah dan payah. Ianya mudah dengan hanya kita menyedari akan sifat peduli terhadap alam. Secara itu ianya membawa kepada kecintaan kita kepada alam.

Apabila kita alam ini dengan rahmat, sebenarnya membolehkan iman kita bertambah, mengapa? Kerana kita yakin bahawa yang alam ini semuanya Allah cipta. Proses kejadian siang malam, menghirup udara yang segar dan dipayungi awan serta tumbuhan hijau membuatkan bahawa ini adalah semua ciptaan Allah SWT. Jadi apabila kita yakin bererti bahawa kita beriman dengan Allah SWT.

Ayuh cinta alam, serta pandang alam dengan penuh rahmat! 

AshrafHadi
29.Jun.2013
Ampang, Kuala Lumpur.

16 Mei 2013

Kerja Guru Memang Teruk!


Jika dahulu tugas guru hanya mengajar, tapi sekarang tugas guru dialah kerani untuk kira-kira, dialah juru sukan untuk melatih, dialah segalanya. Masuk 7 pagi balik 4 petang. Itu biasa, ditambahkan pula mengajar dalam satu kelas yang dipenuhi oleh 40 orang murid sekaligus. Di situ dialah pula menjadi bapa atau ibu, dan ditambahkan dengan mata pelajaran yang diajar menyebabkan rasa bukan hanya sekadar mengajar malah lebih pada itu.

"Jadi? Ya, kerja guru memang teruk!"

"Benar? Tidak! Bukan teruk."

"Mengapa? Walhal ada ja guru yang komplain selama ini."

"Tak semua guru macam tu, maybe suku dari keseluruhan, kerana..."

Teruk bagi mata orang yang melihat diluar. Tetapi cinta bagi mereka yang mendidik. Biarpun dilanda pelbagai halangan dan rintangan, untuk mendidik anak bangsa ianya langsung tidak mematahkan semangat mereka. Bayangkan tugas guru bukannya mudah, tetapi demi melihat anak bangsa berjaya mereka sanggup berkorban apa sahaja. Baik dari segi harta, masa dan tenaga. 

Guru Oh Guru,

Jika ditanya siapa guru? Mesti ada yang berkata. Guru yang mengajar di sekolah! Benar ianya tidak dinafikan sama sekali, tetapi sebelum nak bertanya lagi. Elok kita faham apa itu guru. Secara ringkasnya guru dinamakan sebagai pendidik atau pengajar. Apabila dikatakan 'pendidik,' bermakna di rumah ibu bapa juga merupakan sebagai guru kepada kita. Setuju?

Jadi bermakna guru yang paling awal dalam hidup kita ialah ibu bapa kita sendiri, selepas itu barulah guru di sekolah, kuliah atau di mana-mana sahaja. Dalam kiraan hidup ini, sebenarnya masa kita lebih kepada guru diluar berbanding guru di dalam rumah. Secara formalnya masa guru di sekolah lebih banyak diguna pakai. Jadi guru di sekolah boleh dikatakan sebagai ibu atau ayah yang kedua bagi diri kita sendiri. 

Malahan, jika seorang pelajar yang menginap di asrama, itu lagilah dikatakan masa lebih banyak kepada guru, kerana hampir dua minggu tinggal bersama guru yang menjadi warden asrama, untuk menjaga mereka. Jadi secara tidak dapat tidak, guru merupakan penjaga kita selepas ibu dan ayah kandung kita sendiri. Ini bermakna tugasan guru yang dikatakan teruk itu sebenarnya adalah mulia.

Mulianya Tugas Seorang Guru, 

Guru yang memberi ilmu merupakan lilin yang menerangi kegelapan. Ilmu yang dicurahkan memberi panduan kepada seorang pelajar dalam membawa arus kehidupan. Bak kata Usman Awang, di dalam sajaknya,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

menunjukkan peranan guru sangatlah mulia dalam mendidik siapa sahaja di atas muka bumi ini. Perit, penat lelah mereka hanya akan hilang apabila melihat anak muridnya menjadi orang. Yang berguna untuk agama, nusa dan bangsa. 

Pengalaman Sendiri, 

Secara peribadinya diriku bukanlah seorang pelajar yang skema semasa di bangku sekolah menengah. Tapi tak jahat, cuma nakal sahaja bak kata orang. Alkisah ada sekali tu, aku kantoi ponteng kelas. Terus dipanggil masuk bilik disiplin. Maklum sahaja bilik disiplin merupakan bilik kedua aku selepas bilik darjah. Tanpa berkata apa penampar dulu baham ke muka. Tersipu aku dibuatnya, menahan kesakitan. Suasana diam seketika, 

"Betul kamu ponteng kelas?" Suara cikgu disiplin bertanya memecah kesunyian seketika.

Tanpa fikir panjang lalu aku mengaku sahaja, pelbagai leteran diberikan kepada ku. Paling aku tersentap dengan ayat yang cikgu disiplin kata,

"Kamu sebenarnya bukan tak cerdik, cuma kamu tu malas. Jika malas tu kamu buang insyaAllah berjaya."

Sebelum ini secara jujurnya memang kedudukan markah aku antara yang tercorot di sekolah, atas sedikit usaha yang aku tonjolkan selepas kejadian, Alhamdulilah akhir berjaya juga aku terbang untuk belajar di negara orang. Jadi inilah yang aku rasa pengalaman yang amat berharga, penampar sedas di muka dan nasihat sepukul kata. Membuatkan aku berubah sedikit demi sedikit.

Akhir Kata,  

Apakah kerja guru memang teruk? Pada diriku sendiri tidak dinafikan ada teruknya juga. Tetapi teruk yang dikatakan itu rasanya akan hilang apabila melihat anak didiknya berjaya. Rasa lelah, penat, letih dalam mendidik dapat dilangsaikan dengan melihat anak muridnya menjadi seorang yang berjaya. 

Bukan hanya berjaya dari segi pelajaran tapi berjaya dari segi akhlak dan sahsiah. Itu lebih penting dan digalakkan. Tak guna jadi murid yang cerdik pandai tapi kurang adab dengan guru. Amatlah rugi sekali jika kita tergolong dalam sikap sebegitu. 

Untuk itu, saya dengan rendah dirinya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua pendidik di tanah air, doakan kejayaan saya disini. Andai ada salah dan silap saya mohon ampun dan maaf. 

AshrafHadi
16.MEI.2013
Mafraq, Jordan. 

28 Apr 2013

PRU 13: Antara Harapan Baru


Jika di Malaysia sekarang ini pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk mengundi, apatah pula sekarang ini dalam fatrah Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU 13). Warna-warni bendera kian giat dipasang. bermacam-macam ada. Tidak terlepas juga di Jordan, ramai rakan-rakan yang keluar mengundi pada hari ini di Kedutaan Besar Malaysia, Amman Jordan. Mengundi di luar negara melalui undi POS. Alhamdulilah setidak-tidaknya warga Malaysia yang berada diluar negara tidak terlepas dalam menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebenarnya, secara peribadi saya melihat dalam kerangka masyarakat yang cakna. Saya merasakan bahawa sekarang ini adalah satu-satunya PRU yang mana terlalu meriah dan sengit. Mengapa? Kerana pada kali ini satu-satunya PRU yang saya rasakan dan nampak parti pembangkang terlalu yakin mereka akan menang serta tawan Putrajaya untuk mengambil alih pentadbiran negara.

Parti Pembangkang,

Sebelum ini, dapat kita lihat bagaimana parti pembangkang hanya sekadar ini mengukuhkan kerusi pembangkang di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja. Tetapi selepas tsunami politik pada PRU 12, tahun 2008 bilamana parti pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan, dan menawan lagi 4 buah negeri untuk jatuh ke tangan mereka. Iaitu Selangor, Kedah, Perak, dan Pulau Pinang.

Mereka menjadi yakin dengan sekuatnya menyatakan mereka mampu untuk tawan pentadbiran pusat di Putrajaya pula pada PRU 13 ini. Jelas menunjukkan dari hasil kemenangan 5 buah negeri menjadikan sebagai batu loncatan untuk mereka menawan Putrajaya.

Parti Kerajaan,

Parti yang memerintah sebelum ini menjadi kerajaan, sinonimnya dipanggil sebagai parti kerajaan. Walhal mereka hanya parti yang bertanding. Manakala kerajaan selepas dibubarkan sudah tiada dari wakil parti mana-mana sekalipun. Jika sebelum ini kita dapat lihat jika kerajaan diwakili oleh Barisan Nasional (BN), tetapi selepas dibubarkan untuk PRU ianya sudah tidak diwakili oleh mana-mana parti.

Untuk PRU kali ini saya melihat bahawa parti kerajaan merasakan kurang keyakinan untuk menang besar pada kali ini. Mengapa? Rentetan dari apa yang saya baca dan lihat. Ketika mana berkenaan pembubaran Parlimen oleh YAB Perdana Menteri, ianya mengambil masa yang terlalu lama sehingga rakyat tak sabar menanti keputusan bila dibubarkan.

Tertarik dengan alasan yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang menyokong parti kerajaan. Katanya mengapa perlu mengambil masa yang lama dalam membubarkan Parlimen ini kerana kerajaan ingin memastikan semua peruntukkan untuk bantuan rakyat seperti BR1M dan sebagainya diagihkan kepada semua sebelum PRU tiba.

Pada saya sendiri merasakan, semestinya juga parti pembangkang juga tidak turut lena dalam berkempen. Lagi lama masa diambil lagi banyak mereka kempen untuk memenangkan mereka. Dengan pelbagai isu dan masalah yang dibangkit. Membuatkan rakyat lebih mengetahui pelbagai masalah dan isu yang diketengahkan. Jelas menunjukkan kelebihan dan kekurangan jika mengambil masa yang terlalu lama dalam membubarkan Parlimen.

Antara Harapan Baru,

Untuk kali ini, saya merasakan perlunya kita ke arah politik yang lebih matang. Bukan lagi politik yang bertunjangkan kepada fitnah-memfitnah, samseng, politik lucah dan sebagainya. Itu adalah satu sikap yang langsung tidak matang. Malah, ianya memburukkan lagi suasana politik di Malaysia.

Malahan itu juga, jika parti yang bertanding yakin mereka boleh membawa kebajikan pada rakyat. Saya sarankan perlunya polisi lawan polisi serta idea lawan idea dalam menunjukkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat khususnya. Bukan idea lawan samseng, atau idea lawan fitnah. Kerana takut apabila berkuasa, hak rakyat diabaikan hak kroni dipertingkatkan. Perkara ini sememangnya memalukan apatah pula Malaysia merupa negara yang gah dimata dunia.

Selain itu, hentikan politik samseng dan lucah. Hairan dan pelik, dalam suasana negara yang mengamalkan sistem demokrasi tetapi apabila rakyat bangkit bersuara ada pula samseng-samseng yang berani melawan, memukul, jerkah dan sebagainya. Tambahan pula pelbagai klip video lucah dikeluarkan. Perkara ini tidak dinafikan tujuannya hanya untuk mengaibkan serta bertindak jahat dalam menjatuhkan lawan.

Secara peribadinya saya menyatakan kalau kita menjatuhkan pihak lawan dengan idea dan polisi kebajikan untuk rakyat. Rasanya tidak langsung masalah, malah bersaing dalam memberi kebajikan yang terbaik untuk rakyat sangat diperlukan. Dari kita melarang, menegah dan sebagai untuk rakyat melakukan. Sedangkan rakyat adalah tuan kepada kerajaan yang dipilih.

Pada saya sendiri tidak melihat pada mana-mana parti pun. Tetapi saya melihat kepada individu yang ingin dibawa untuk kebajikan rakyat. Jika melihat hanya sekadar kepada parti. Misalnya parti A, saya yakin dan percaya bukan semua di dalam parti A itu baik serta bagus, kononnya parti A yang ingin membawa pelbagai perubahan tetapi orang di dalamnya sedikit kekurangan, ianya menyebabkan sekadar kelebihan parti sajalah, bukan kepada calon yang bertanding.

Oleh itu, perlunya rakyat berfikiran terbuka serta kritis dalam memilih calon untuk dijadikan wakil. Ingat, jika dasar yang dibawa itu bagus semestinya pastikan juga orang yang membawa itu bagus. Jika tidak bagus ianya perlu ditolak sama sekali. Semuanya ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menjaga kemaslahatan semua pihak.

Akhir kata,

Pada saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang belajar di luar bumi yang tercinta sentiasa inginkan kebaikan untuk negara dan juga rakyat. Saya sedih jika negara kita dikawal selia oleh orang yang tiada wawasan dan wibawa, takut-takut ianya membawa kepada kehancuran negara yang tercinta.

Secara peribadi saya impikan rakyat yang matang dan pandai dalam memilih kerajaan. Biarkan parti pembangkang mahupun parti kerajaan tidak berasa selesa kononnya merekalah yang akan kekal memerintah selama-lamanya. Jadi rakyat ada kuasa untuk menaikkan serta menurunkan kerajaan yang tidak menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Misalnya jika parti A naik, kemudian dia tak jaga kepentingan serta kebajikan rakyat, maka rakyat perlu turunkan parti A dan naikkan parti B. Apabila naiknya parti B tetapi juga sama. Maka rakyat tukar ke sebaliknya. Apa yang penting kebajikan dan hak kepentingan rakyat terjaga. Tetapi ada yang kata,

"jika main ubah-ubah nampaknya ekonomi kita tak akan maju."

Saya membalasnya mustahil tak maju, kerana apabila dengan naik turunnya kerajaan. Mesti parti sesama parti mereka bersaing untuk menunjukkan kebajikan yang terbaik kepada rakyat. Katakan parti A naik, parti B mesti fikir yang terbaik untuk diberi kepada rakyat bagi mengalahkan parti A. Sebaliknya jika parti B naik pun parti A juga sebegitu bagi menawan hati rakyat dalam usaha untuk memilih mereka.

Jadi sapa yang untung sekarang?

Fikir-fikirkan, renung-renungkan...

AshrafHadi
28.4.2013
Mafraq, Jordan. 

2 Apr 2013

Kembara UK Dan Paris


Pada cuti semester yang lepas, Alhamdulilah aku diberi kesempatan dan peluang oleh Allah SWT untuk pergi ziarah ke UK dan Paris. Sesungguhnya perkara ini tidak terduga sama sekali, apatah pula terfikir untuk pergi ianya langsung tidak terpahat di minda dan hati, tetapi Allah SWT yang maha kuasa, yang menentukan segalanya. Maka dapat jugalah pergi menziarahi bumi Allah yang jauh ke eropah, untuk melihat suasana dan kehidupan orang disana dengan mata kepala sendiri. 

Pertama Kali Di Bumi 'Orang Putih',

"Why you come to London?" Tanya pegawai imigresen Airport Gatwick kepadaku, semasa aku menyerahkan passport kepadanya. 

"Just Vacation," balasku pula.

"How long times you in London?" Tanya pegawai imigresen lagi kepadaku.

"12 days," jawabku lagi. 

"Where you go?" Tanyanya lagi kepadaku.

"London!" Balasku pula.

"Oh yeaahh, okey.." Katanya kepadaku sambil menghulurkan passport semula. 

Lalu aku mengambil passport ditangannya kemudian mengatur langkah keluar dari pintu imigresen Airport Gatwick. Alhamdulilah akhirnya aku berjaya melepasi pintu imigresen dengan mudah, tanpa sebarang masalah. Sebab ada orang kata, susah untuk melepasi pintu imigresen di Gatwick, tetapi aku sebaliknya pula. Semasa di airport aku sempat juga bersuai kenal dengan empat orang kakak yang belajar di UK dalam bidang farmasi. Ke-empat orang mereka belajar di Cardiff dan berada di tahun akhir.

Begitu peramah sekali sikap ke-empat orang mereka, telatah Kak Haslina yang periang, Kak Atiq yang mesra, Kak Izyan yang ceria orangnya, juga Kak Nadiah yang baik hati. Sungguh! Mereka sangat membantu aku semasa mulanya sampai ke UK. Mana tidaknya berjalan seorang diri, lalu istilah "malu bertanya sesat jalan" itulah yang aku gunakan. Maka lantas aku mengambil kesempatan bertanya mereka, untuk permulaan perjalanan aku ke Leicester. Selesai di Airport, terus aku menaiki bas ke Victoria London. 

Perjalanan bas dari Airport Gatwick ke Victoria Station, dan kemudian dari Victoria terus ke Leicester mengambil masa kesemuanya dalam 5 jam. Memandangkan perjalanan bas dalam pukul 8 pagi dari Victoria menyebabkan aku hanya tidur sahaja. Barangkali keletihan sama akibat semalaman dalam kapal terbang. Apabila sedar, akhirnya dah sampai pun ke Leicester, lalu aku menumpang rehat di rumah Nazmi rakan sepengajian di Jordan dan sekarang dia menyambung belajar master di UK.

Semasa di Leicester sempat juga aku menziarahi institut pengajian tinggi islam di UK, iaitu MIHE singkatan dari The Markfield Institute of Higher Education. Institut pengajian ini terkenal dengan pengajian islam. Pelajar Malaysia yang mengambil bidang pengajian islam atan perbankkan juga terdapat di situ. Termasuk juga si Nazmi yang juga menyambung pengajian masternya di MIHE.


Tertarik pabila melihat suasana MIHE ianya bagaikan sebuah institut pengajian dalam taman. Yang mana tempatnya pula seperti di dalam hutan lipur, sunyi sepi. Hanya bunyian burung yang terjah di telinga. Begitu sesuai dalam suasana pembelajaran sebegitu. Tempatnya pula tidaklah sesibuk seperti kota ibu bandaraya. Ianya sebuah kawasan metropolitan yang biasa tetapi suasananya yang tidak kelam kelibut. 

Manchester Dan Liverpool,

Selepas aku berada di Leicester, terus kembaraku menuju ke dua bandar yang gah dengan pasukan bola sepak, iaitu Manchester dan Liverpool. Tak usah berkata panjang, sebut nama sahaja pun orang dah tahu. Ianya merupakan antara destinasi wajib apabila orang yang berziarah ke UK untuk pergi ke sana. Kedua tempat ini popular dengan pasukan bola sepak yang terkenal di seluruh dunia. Terutamanya juga bagi peminat bola sepak antarabangsa.

Perjalanan menaiki train dari Leicester ke Manchester mengambil masa dalam 2 jam 30 minit untuk sampai ke Piccadilly Station. Apabila turun sahaja dari train, aku melihat suasana di Manchester agak laju dengan perjalanan orang yang berpusu-pusu berjalan. Keadaan agak bingit dan bising dengan suara pengumuman dan suara orang yang bercakap tanpa memperdulikan orang yang lain. 

Aku melihat mereka lebih suka membuat kerja masing-masing tanpa memperdulikan orang yang lain. Berkemungkinan itu sikap mereka, jadi mataku lirik memerhati bumi Manchester yang buat pertama kalinya aku sampai. Aku membaca singboard yang tertulis University Of Manchester, serius aku begitu kagum. Terasa untuk juga aku jejak kaki ke sana, tetapi akibat kesuntukkan masa menyebabkan terus aku mengambil metro untuk pergi ke stadium Old Trafford.

Apabila sampai sahaja di stadium Old Trafford bagaikan tidak percaya. Stadium yang begitu gah dan terkenal di seluruh dunia, dapat juga aku melihat secara live di depan mata. Aku sampai dalam keadaan waktu petang dan hujan renyai-renyai. Maklumlah di UK berada dalam waktu musim sejuk serupa juga seperti di Jordan. 

Selesai sahaja melawat di Manchester, juga sempat berjumpa dengan kawan yang belajar disana. Tidak lama selepas itu terus aku pergi ke Liverpool dengan menaiki bas. Perjalanan waktu malam membuatkan mataku terpejam di dalam bas. Masa yang di ambil hanya 45 minit untuk sampai Liverpool dari Manchester. 

Apabila sampai jam menunjukkan pukul 8 malam, keadaan cuaca agak sejuk, manakala darjah kedudukan Liverpool bersebelahan dengan pantai. Maka tidak hairanlah jika cuaca dingin dengan tiupan angin yang kuat. Keesokkannya, di awal pagi. Aku keluar ziarah bersama Abrar, kawanku yang belajar di University Of Liverpool dalam bidang kejuruteraan, juga turut bersama dengan Nazmi. 

Persekitaran di Liverpool begitu baik, dengan melihat kawasannya begitu bersih serta tidak penuh dengan sampah sarap. Tertariknya apabila Abrar memberitahu bahawa ada nama 'melayu' di Liverpool. Mereka antaranya kumpulan yang awal datang ke Liverpool. Waktu itu aku tertanya-tanya, adakah mereka itu pelajar? Ataupun pelancong yang awal datang ke Liverpool? Perasaan ingin tahu ketika itu sangat mebuak-buak.

Akhirnya Abrar membawa aku ke satu persisiran pantai berdekatan dengan Muzium Liverpool. Disitu terdapat satu tugu yang memperingati akan sebuah kapal laut yang karam, jika tak silap aku. Terpahatlah nama-nama anak kapal yang karam itu. Juga terdapat nama melayu disitu. Ini yang aku bangga, melayu bukan hanya di nusantara tetapi melayu di serata dunia. Tugu itu menjadi bukti yang kekalnya terpahat nama orang melayu.
Nama orang melayu yang terpahat di tugu.
Selepas itu terus aku ke stadium Anfield, merupakan stadium bagi pasukan Liverpool. Disana aku tidak lama, kerana memandangkan mengejar masa untuk patah balik ke London. Hanya sekadar tinjau di luar dan bergambar. Stadium Anfield agak biasa dari stadium Old Trafford di Manchester, mungkin stadium itu sudah lama berbanding dengan stadium Old Trafford. Dan apabila memandang diluar pun sudah dijangka kapasiti stadium Anfield agak kecil berbanding Old Trafford. 

Akhir selepas ziarah ke Manchester dan Liverpool aku bergegas pulang London kerana keesokkan harinya aku akan ke Paris, dengan menaiki kapal terbang di Airport Luton. Tiba di London pada waktu malam, keadaan cuacanya agak sejuk dan dingin. Sempat juga berjumpa rakan-rakan di Malaysia Hall dan mengadakan sedikit diskusi disana, Alhamdulilah selesai sudah diskusi, terus menunggu keesokkannya untuk pergi ke Airport Luton dari Victoria Station. 

Peristiwa di Airport Luton

Penantian di Airport Luton sangat membosankan, Nazmi berlepas dengan Syakir ke Berlin. Manakala aku akan ke Paris seorang diri. Menanti di balai perlepasan seorang diri membuatkan aku mati kutu. Tidak tahu apa yang ingin dilakukan, semua orang asyik membaca majalah ataupun mendengar lagu.

Selesai sahaja melepasi pintu keselamatan di Airport Luton terus aku menanti seorang diri di balai perlepasan. Akhirnya pintu gate untuk masuk ke
dalam pesawat yang akan berlepas dari London ke Paris pun dibuka, semua orang bergegas pergi beratur untuk memasuki pintu gate. Kedengaran juga suara di corong pembesar suara memaklumkan akan pesawat yang bakal aku naiki.

Lantas diri ini pun bingkas bangun. Tiba-tiba satu perkara yang tidak di ingini berlaku. Tanpa ku sedari passport dan boarding pass aku hilang entah kemana. Masa lagi setengah jam akan berlepas. Pintu gate sudah pun dibuka. Membuatkan sedikit debaran terasa. Itulah orang kata nyawa untuk aku berjalan ke sana sini. Argh! kemana pergi? Bentak hati kecil sambil mata ligat mencari.

Pada waktu itu perasaan aku hanya Allah yang tahu, walaupun riak muka tidak cemas tetapi di dalam hati penuh dengan doa memohon pertolongan dari Allah, ditambah pula mulut terkumat kamit membaca kalimah suci al-Quran dengan harapan supaya mendapat pertolongan dari Allah. Tengah aku ligat mencari sambil berjalan ditempat aku duduk tadi, tak semena aku disapa,

"This your passport?" Tanya salah seorang pegawai polis sambil menunjukkan passport kepadaku.

"Yeaaah! this is my passport" Tangkas aku menjawabnya.

Lalu dia meneliti gambar yang terdapat dalam passport sambil melihat wajahku.
Kemudian dia menyebut namaku dalam dialek english UK yang ku rasa agak lucu pabila mendengarnya. Akan tetapi aku tunggu sehinggalah dia menyerahkan passport sambil menasihati supaya lebih berhati-hati. Lantas aku pun mengambilnya lalu mengucapkan berbanyak terima kasih. Sambil aku mengalas beg dan mengatur langkah ke pintu gate.

Alhamdulilah ujian dan pengalaman passport hilang seketika membuatkan aku terfikir bagaimana boleh hilang, di dalam pesawat semasa penerbangan langsung aku tidak henti-henti memikirkan dimana salah silapnya, akhirnya aku tidak dapat jumpa jawapan, hingga aku simpulkan mungkin ianya tercicir tanpaku sedari. Ini menjadi pengalaman yang manis dan bahagia buat diriku.

Passport yang hilang seketika membuatkan ianya adalah pengalaman yang bahagia, mati kutu seorang diri tanpa ada orang malaysia yang lain, membuatkan ianya betul-betul mencabar. Katakan jika aku masih tak jumpa membuatkan perjalanan aku untuk ke Paris akan terkandas, juga menyebab beberapa masalah akan timbul. Tetapi pengaturan Allah itu cantik, hilang sekejap sahaja menyebabkan sebagai ingatan untuk aku lebih berhati dan sentiasa beringat di masa hadapan.

Lambaian Paris Kota Idaman Cinta,

Pertama kali sampai ke Paris aku terpinga-pinga. Keluar seorang diri dari pintu imigresen Airport Charles De Gaulle (CDG) terus aku mencari jalan keluar. Lalu aku menyapa seorang lelaki yang duduk di bangku ketibaan di Airport CDG.

"Sorry, can you help me?" 

Wajahnya hanya memerhati kemudian dia buat tak reti, seolah-olah tak dengar apa yang aku kata. Amboi belagaknya, detus di dalam hati kecil aku. Tiba, lantas aku teringat akan nasihat abang aku yang berkata, orang Paris tak suka jika kita bercakap di dalam bahasa inggeris, mereka lebih suka aku bercakap menggunakan bahasa mereka.

Pelik juga, kenapa tak suka? Walhal itu adalah bahasa pengatar dunia. Tetapi bila difikirkan semula ada bagusnya juga, kekalkan bahasa mereka supaya mereka berpegang dengan identiti mereka sendiri. Berbangga dengan bahasa ibunda mereka, manakala kalau di Malaysia pula sangat pelik, bahasa inggeris yang dibanggakan tetapi bahasa melayu dianak tirikan. Sebab itu tidak hairan orang melayu jawab peperiksaan bahasa melayu belum tentu cemerlang!

Argh! Kemudian aku meninggalkan lelaki yang duduk di bangku. Lalu aku pergi ke seorang lelaki yang berdiri pula. Wajahnya agak tua, tetapi badannya agak biasa, tidak gemuk dan tidak pendek. Sekali tengok macam arab pun ada. Lalu aku bertanya pula kepadanya,

"Asif ya ammu, ana fi soal," tanyaku dalam bahasa arab.
(Terjemahan: Maaf wahai pakcik, aku ada soal)

"Aiwah, tafaddol." Balasnya dalam bahasa arab.
(Terjemahan: Ok, silakan)

"Aina hafilah au qitor ila Saint-Lazare?"
(Terjemahan: Dimana bas atau keretapi untuk ke Saint-Lazare?)

"Anta musafir? Hal anta awal mar'ah ila Faransa?"
 (Terjemahan: Kamu musafir? Adakah kamu pertama kali datang ke Perancis?)

"Na'am! Balasku pula
(Terjemahan: Ya!)

Kemudian dia pun membantu aku meunjukkan jalan untuk ke pintu keluar bagi mencari bas ataupun train ke Saint-Lazare. Rupanya di Perancis ini ramai juga orang arab dari Algeria yang datang, memandangkan Algeria hanya bertentangan dengan negara Perancis. Tetapi aku tidak melangkah keluar, cumanya aku menunggu seorang ikhwah pelajar Malaysia iaitu Yaacob yang mana tika itu dia sedang buat praktikal di Paris dalam bidang kejuteraan.

Alhamdulilah perkenalan yang singkat dapat juga aku berjumpa dengannya, dan dialah membawa aku berjalan sekitar Paris dan menemani aku serta menghantar ke Saint-Lazare untuk aku ke Le Havre berjumpa dengan Adam Syafiq, kenalan sepengajian senegeri di Perlis pada peringkat menengah. Sekarang Adam menyambung pengajianya di Perancis dalam bidang ekonomi.

Perjalanan dari Paris ke Le Havre mengambil masa 2 jam dengan menaiki kereta api. Alhamdulilah aku sampai ke Le Havre dalam pukul 11 malam. Waktu itu cuaca agar dingin, manakala Le Havre bandar perlabuhan yang bersebelahan dengan pantai laut yang memisahkan antara London dan Perancis. Le Havre juga jauh ke barat Perancis, hanya tiga orang pelajar Malaysia sahaja di situ. Berbanding di tempat-tempat yang lain.

Melihat bandar perlabuhan ini tidaklah sesesak seperti di Paris. Cumanya ianya penuh dengan kapal-kapal dagang yang berlabuh di pantai dan laut. Seronok tika mana berada di pantai Le Havre, dengan tiupan angin yang sedikit kencang, membuatkan diri ini terpana melihat ciptaan Allah SWT. Akhirnya selesai ziarah Adam di Le Havre selama dua hari, terus aku patah semula ke Paris.

Eiffel Tower,

Pertama kali melihat Eiffel Tower dihadapan mata, sangat tertarik dengan keunikannya. Ianya menjadi satu mercu tanda bagi negara Perancis sendiri. Mengikut sejarah yang diceritakan, menara Eiffel Tower terbina dengan rangkaian 18,083 besi yang dibagunkan sekitar 1887 hingga 1889. Dibina untuk merayakan Seabad Revolusi Perancis,  pada mulanya ianya dikritik hebat oleh rakyat Perancis sendiri, para seniman mempertikai akan kesenian binaan juga termasuk arkitek pada masa itu, yang juga mempersoalkan akan kekukuhannya.

Nah! Sekarang ini Eiffel Tower menjadi satu kebanggaan kepada Perancis, walaupun diawal pembinaan di kecam hebat, tetapi sekarang menjadi salah satu faktor mercu tanda bagi negara Perancis sendiri. Dengan kehadiran pelancong yang melimpah ruah saban tahun. Akan tetapi umat islam pula berbangga dengan Kaabah yang menjadi mercu tanda sebagai kota suci dan rumah Allah. Menunjukkan ianya adil apabila Allah tetapkan sesuatu perkara itu. Mereka berbangga dengan Eiffel Tower, kita berbangga dengan Kaabah.

Arch de Triomphe,


Arch de Triomphe dikatakan sebagai tugu negara bagi Perancis, tetapi entah aku pun tidak pasti. Ianya didirikan oleh Napoleon pada tahun 1806 sebagai simbol kemenangan Perancis, tetapi Napoleon digulingkan sebelum bagunan ukiran ini siap dibagunkan. Oleh sebab keunikkan Arch de Triomphe ini ianya sentiasa dilawati oleh ramai pelancong, serta antara yang menjadi tempat wajib untuk melawat atau bercuti di Paris.

Muzium Du Louvre,


Muzium ini terkenal dengan penyimpanan gambar Mona Lisa yang asli. Tetapi aku pun tidak pasti akan kesahihan gambar Mona Lisa yang popular itu. Kerana banyak riwayat menyatakan ianya sudah di curi, dan ianya bukan berada di muzium tersebut. Jika nak memperbahaskan ianya merugikan masa kerana, bukan bidang aku untuk mempertikaikan. Cukup sekadar mengikut apa yang orang kata, jika itu benar-benar gambar Mona Lisa maka beruntunglah diriku ini iaitu secara live dapat melihat gambar Mona Lisa.

Grande Mosquée de Paris,

Terjemahan bermaksud "Masjid Raya Paris." Adalah sebuah masjid yang terletak di Arondisemen Ve. Masjid ini didirikan setelah Perang Dunia I, sebagai tanda terima kasih Perancis kepada tirailleurs Muslim dari koloni yang turut berperang melawan pasukan Jerman. Masjid ini dibangun mengikuti gaya mudéjarMenaranya memiliki tinggi 33 meter. Masjid ini dirasmikan oleh Presiden Gaston Doumergue pada tanggal 15 Julai 1926. Masjid Raya Paris sekarang ini dipimpin oleh mufti Dalil Boubakeur, yang juga menjawat sebagai presiden Dewan Muslim Perancis yang dibentuk tahun 2002.

Alhamdulilah, sempat juga melawat masjid yang dikatakan masjid yang pertama dibina di Paris, Perancis. Menjadi pusat orang islam berkumpul dan bersolat. Serta dibuka juga untuk orang awam melawat, apabila tiba waktu solat pintu ditutup. Orang bukan islam tak dibenarkan melawat, selepas selesai solat maka ianya dibuka semula.

Ruang Legar Masjid Raya Paris
Terdetik dalam hati perasaan bangga. Kerana masjid ini menjadi institut orang islam di Perancis. Sempat juga bersembang dengan beberapa orang islam yang menjaga masjid tersebut, kebanyakkan mereka orang arab dari Algeria. Maka mudahlah untuk aku berinteraksi dengan mereka. Disitu juga terdapat beberapa kelas agama kepada orang yang ingin mendalami ilmu agama islam dengan lebih mendalam.

Kemesraan orang islam yang menjaga masjid pertama di Paris itu terserlah dengan mereka mempelawa aku dan Yaacob untuk minum kopi arab yang dibawa dari Algeria. Alhamdulilah, sempat bersembang serba sedikit dan bertanya kepada mereka semua. Terlintas dalam kepala akan ayat Allah yang menyatakan, "sesungguhnya orang islam itu bersaudara."

Sacred Heart Church,


Sacred Heart Church adalah gereja yang tertua di Paris. Bentuk binaannya seperti masjid pun ada, jika pada mulanya memandang, tetapi apabila berkali-kali melihat maka dapatlah bezakan ianya ada gereja. Ukiran yang penuh dengan kesenian dan menarik menjadi tarikan kepada pelancong yang berpusu-pusu hadir, tambah pula aku melawat tika itu mereka ada majlis, maka penuhlah orang di dalam dan luar gereja. Sempat juga kaki melangkah masuk ke dalam gereja itu. 

Melihat suasana ukiran dalam dan luar amatlah cantik sekali, tetapi terlintas di dalam hati perasaan kesian dan sedih dengan mereka yang tidak diberikan hidayah oleh Allah. Mereka berada diatas bangku dan dihadapan terlihat seorang sosok tubuh lelaki yang dikira sebagai ketua paderi. Tidak mengapa, wajahku hanya memerhati dan hatiku  merintih kesedihan. Akhirnya aku tidak lama dalam gareja kerana upacara majlis mereka akan bermula tidak lama lagi. Lantas ku melangkah kaki ke pintu keluar.
Patah Balik Ke London,

Alhamdulilah selama 4 hari di Perancis, akhirnya aku patah semula dari Paris ke London. Sampai di London waktu petang, cuaca pun dingin ditambahkan hari pun sudah nak malam. Aku menaiki bas dan turun semula ke Victoria Station, dan mengambil train underground untuk ke Bayswater dan menginap di sana.

Keesokkannya, aku dibawa berjalan pusing sekitar London oleh Aiman, juga merupakan pelajar jurusan akauntan di London. Orangnya mesra dan peramah, merupa sahabat yang juga baru dikenali. Mulanya aku dibawa pergi ke menara jam Big Ben. Sejarah menara jam Big Ben telah dibina dari sebahagian rekaan Charles Barry untuk istana yang baru selepas Istana Westminster lama telah dimusnahkan dalam kebakaran pada malam 16 Oktober 1834. Menara jam Big Ben mula berdetik pada tanggal 13 Mei 1859. 

Dan sekarang Big Ben yang berhadapan dengan sungai Thames juga menjadi kompleks parlimen untuk ahli parlimen bersidang. Menara jam itu menjadi tarikan utama kepada pelancong yang bercuti ke London.

Buckingham Palace,

Buckingham Palace merupakan kediaman rasmi dan tempat kerja utama raja British sejak dari tahun 1837. Terletak di bandar Westminter. Istana ini juga merupakan tempat acara rasmi bagi pihak Diraja British. Jadi jika sebarang urusan rasmi yang melibatkan antara negara dan raja, maka tempat inilah dijadikan medan untuk mereka berjumpa. Protokolnya juga sama seperti di Malaysia, jika tidak di Putrajaya maka di Istana Negara pun dijadikan tempat perjumpaan rasmi. 

Arsenal Dan Tower Bridge,


Sempat juga Aiman membawa aku ke Arsenal. Pasti ramai yang tahu Arsenal, yang mana merupakan pasukan bola sepak yang terkenal di dunia. Pabila sampai sahaja, terkebil juga biji mata melihat stadiumnya yang besar dan baru itu. Belum masuk pun dah tahu mesti besar punya. Nasib baik apabila kami sampai tidak ramai orang yang datang melawat.

Alhamdulilah di Arsenal kami tidak lama, memandangkan waktu kian petang, lantas aku dan Aiman ke Tower Bridge untuk menikmati suasana malam disana pula. Sampai disana waktu kian malam, angin sepoi-sepoi bahasa. Menjadikan suasana romantik, penuh dengan orang berjalan ke hulu ke hilir. Sedikit mengenai Tower Bridge dibina sekitar 1886-1894, merentasi sungai Thames. 

Ini juga merupakan tempat yang menjadi tumpuan untuk dilawati. Juga dikira sebagai mercu tanda bagi London sendiri. Sungguh menarik melihat kecantikkan cahaya lampu yang bersinar-sinar diatas jambatan Tower Bridge membuatkan mata berseri-seri memerhati.

Bertolak Pulang Dan Ibrah,

Selesai sahaja melawat disekitar London, keesokkanya terus aku ke Guildford untuk berjumpa dengan kawan yang belajar di University Of Surrey, juga turut bermalam disana satu hari sementara menunggu keesokkannya untuk bertolak pulang balik ke Jordan. Sangat berterima kasih dengan Shafiqahtul, Anwar, dan Osman serta seorang lagi sahabat mereka.

Mereka sangat baik hati, merasai seolah seperti berada di Jordan pula. Dengan layanan mereka membuatkan naik segan aku dibuatnya. Jadi keesokkanya terus aku ke Airport Gatwick dan bertolak pulang. Inilah pengalaman pertama kali aku sampai ke UK dan Paris yang mana aku rasa adalah anugerah dan hadiah dari Allah, tambahan pula dekat dengan hari kelahiran aku. Perkara yang aku tak sangka akhir jadi dengan nyata.

Ibrah yakni pengajaran yang aku ambil semasa kembara ini, aku sisipkan sebagaimana firma Allah SWT yang bermaksud,

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu (Al Ankabut : 20).

Dari ayat inilah aku smartkan dalam diri, berjalan bukan semata-mata kerana keseronokkan sahaja. Tetapi supaya apa yang dilihat akan sentiasa ingat akan kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya semua yang ada di bumi ini adalah hak milik-Nya. 

Oleh itu antara ibrah yang menarik aku pelajari, iaitu sikap disiplin orang barat di UK. Mereka sangat disiplin dengan masa terutamanya. Sikap mereka yang boleh ikuti sistem yang diberikan. Sekali pandang macam robot pun ada. Tetapi dengan disiplinnya mereka itu lahirlah satu sistem yang sistematik untuk mereka turuti dan dan mereka berbangga. Maka tidak hairanlah mentaliti mereka jauh terkehadapan dari masyarakat Malaysia sendiri.

Selain itu, budaya membaca. Tertarik aku apabila diberikan senaskah akhbar secara percuma. Apabila aku melihatnya hampir keseluruhan mereka orang barat suka membaca. Baik di mana sahaja mereka berada. Ini adalah nilai yang aku rasa patut disemai dalam diri. Malah sikap positif begini sepatutnya perlu diamalkan. Jika nak di compare kan dengan negara islam terutamanya dengan Jordan, sungguh ianya amat jauh sekali. 

Akhirnya apa yang ingin aku kata, aku melihat sendiri di barat sistem islam diamalkan disana dengan suasana budaya kehidupan mereka yang disiplin dan sistematik, tetapi aku tidak lihat pula di tanah arab. Jadi inilah dikatakan orang bukan islam mengamalkan cara hidup islam, manakala orang islam pula sebaliknya. Oleh itu dengan ini, ayuh kearah mentailiti yang kelas pertama! Semoga kita dapat jadi orang islam yang hidup mengamalkan cara islam. 

AshrafHadi
2.April.2013
Mafraq, Jordan. 

12 Mac 2013

MPKJ: Warna Warni Persatuan



Sekian lama tak menulis akibat kesibukkan yang melampau, ingin pula untuk kali ini aku  menulis berkenaan pengalaman baru yang aku dapat tika mana di Jordan ini. Pasti yang tertanya, apa itu MPKJ? Jadi untuk mudah di fahami, MPKJ singkatan nama dari Majlis Pelajar Kedah Jordan. Yang menjadi badan kebajikan anak negeri disini.

Bilangan pelajar yang ramai dan semakin bertambah, maka di Jordan ini diwujudkan satu badan kebajikan anak negeri mengikut negeri masing-masing.Lebih tertumpu kepada menjaga kebajikan ahli setiap negeri. Jadi MPKJ tampil dengan gah menjadi badan kebajikan untuk negeri Kedah Darul Aman.

Mulanya masuk dalam persatuan MPKJ,

Sebermulanya bicara apabila tersasulnya aku ke dalam persatuan MPKJ, aku di telefon oleh Wafir selaku timbalam YDP MPKJ dengan menyatakan hasrat untuk melantik aku sebagai perwakilan MPKJ di Mafraq.
Serius, ketika itu aku amat berat menerima kerana di Mafraq aku sudah terlibat dengan Kelab Orator Prisma. Apakan daya, ketika itu sudah tiada orang, jadi terpaksalah aku mengambilnya.

Pada aku dalam berpersatuan satu sahaja iaitu biar aku senang berkerja dan biar mereka senang dengan aku. Bukannya apa, dalam banyak persatuan aku terlibat aku suka dalam keadaan aku buat kerja itu betul-betul aku ikhlas. Jadi untuk mencapai ikhlas itu bukannya senang, kita terpaksa korban masa, tenaga dan harta semata-mata untuk persatuan. Oh, perit rasanya!

Kembali kepada cerita MPKJ, meeting pertama diadakan dalam layar internet di YM. Tika tu aku memang malas betul untuk masuk campur, hanya membiarkan timbalan perwakilan Mafraq saudari Adilah sahaja yang masuk meeting dalam YM. Masa tu aku belum nampak sepenuhnya apa tugas perwakilan ini? Akhirnya aku berjumpa dengan Abang Din merangkap senior aku di Al-Maad juga YDP MPKJ bagi sesi 12/13.

Orangnya ceria dan lembut berbicara, aku bertanya apa tugas perwakilan? Dia pun menceritakan serba sedikit. Paling tidak pun dia berkata membantu kami dalam organisasi. Aku diam dan terfikir, aku lihat MPKJ ini dengan sejauhnya lantas aku terfikir mudah. Oh, kita dalam organisasi, dan perwakilan juga di angkat menjadi Ahli Lembaga Tadbir (ALT).

Disitu aku terfikir bahawa ibaratnya seorang tubuh manusia, organ yang terdapat pada tubuh manusia dikatakan sebagai organisasi bermula dari kepala hingga akhir di kaki. Katakan kalau aku berada di bahagian kaki, kemudian aku tidak dapat bekerja dengan sempurna. Akhirnya pasti seorang manusia itu tidak boleh berjalan. Nah! Apabila aku terfikir sedemikian rupa akhirnya aku mula bersemangat untuk membantu.

Meeting Kedua di Irbid, 

Semasa meeting kedua di Irbid, kesemua ALT berkumpul dan mengadakan mensyuarat untuk berbincang dengan semua ALT dalam membawa hala tuju MPKJ pada sesi kali ini. Setiap biro dalam organisasi diberi peluang untuk menyatakan tugasan mereka dan plan perancangan mereka selama satu sesi. Amat tertarik dengan biro ekonomi antaranya, iaitu diketuai oleh saudara Anas Mokhtar, dia menceritakan plan perancangan untuk membawa hala tuju MPKJ dalam ekonomi.

Alhamdulilah apabila penerangannya sehingga orang lain diam terpaku, bukanya apa. Kerana dia begitu gigih dalam menjana ekonomi MPKJ. Disitu aku diam sahaja, tidak berkata banyak juga kurang berbicara, kerana aku suka memerhati. Lihat sikap sorang-sorang ALT semuanya berbakat besar belaka. Apatah aku ini yang kerdil hanya mengecil di tepi dinding.

Meeting kedua itu berlangsung dengan baiknya. Apabila tiba pada giliranku, hanya aku berkata tunggu tugasan. Jika di Mafraq setakat ini belum ada apa lagi masalah. Mereka (ALT) semuanya senyum mendengar aku berkata, dan terus aku serahkan kepada saudari Adilah. Aku diam dan perhatikan setiap seorang, membuatkan hatiku geli kelucuan.

MPKJ Di Mafraq,

Di Mafraq terdapat universiti Al Al-bayt yang gah terbina. Ramai pelajar Malaysia yang belajar disitu, dan aku antaranya salah seorang. Ahli MPKJ di Mafraq tidaklah seramai mana pun. Lebih kurang dalam 30 orang termasuk syabab dan akhwat. Berbanding dengan sahabat-sahabat di mantiqah yang lain yang mencecah hingga ratusan orang.

Dahulunya MPKJ Mafraq dikatakan MPKJ yang agak kurang berminat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh MPKJ. Jika apa-apa akttiviti hanya suku sahaja yang pergi, yang lain menanti di mantiqah dan zakat masuk dari pejabat zakat negeri kedah. Inilah perkara yang diceritakan oleh Kak Safarah yang merupakan orang kuat dan orang lama dalam MPKJ. Sekarang ini dia sudah pun tamat belajar di universiti Al Al-bayt.

Apabila sedemikian rupa tanggapan ahli MPKJ, rupanya itu perkara yang lepas. Sekarang ini ku melihati bahawa jika ada program tak jemu-jemu ahli MPKJ Mafraq akan pergi. Menyebabkan aku merasa bangga dengan sikap yang mereka tonjolkan semua. Sekadar ajak lantas terus pergi, wah! Sungguh kagum dengan komitmen ahli MPKJ Mafraq.

Kami bukannya lagi ahli yang hanya tunggu duit zakat masuk, tetapi kami juga ahli yang sedia pergi untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Insya-Allah. Jadi kerja aku menjadi mudah, dan sangat-sangat mudah. Apabila tiba waktu borang zakat perlu di isi, lantas aku mengkhabarkan kepada ahli MPKJ Mafraq. Alhamdulilah untuk pelajar yang lama semuanya selesai, dengan aku memaksa mereka supaya memberi dengan secepat yang mungkin.

Bagi pelajar baru itu biasa, ketidak ketahuan dalam mengisi borang online buat pertama kali ianya biasa. Lantas aku pun cerita satu persatu-satu. Hinggalah semua borang dikumpulkan lalu aku duduk semeja dengan Adilah, kami memerhati akan borang yang lengkap ataupun tidak untuk di isi. Jadi apabila semuanya selesai tanpa sedikitpun yang tertinggal aku menyerahkan kepada timbalan setiausaha saudari Fathiyah.

Sebelum itu yang banyak membantu juga, Kak Fatimah sebagai YDPAH MPKJ. Dia banyak menceritakan gerak kerja MPKJ, dan banyak membantu. Orangnya kecil dan ramah mesra, membuatkan senang untuk setiap orang berurusan denganya. Pernah sekali dia berkata, kita buat kerja kerana Allah, ikhlas seikhlasnya, lantas aku memintas katanya, aku bertanya, "Kalau tak ikhlas bagaimana?"

Hanya gurauan sahaja, kerana jika nak ikhlas ini bukan senang padaku, ianya bukan benda yang boleh kita nampak ataupun rasa, jadi apabila ada orang yang sudi bekerja itu bermakna dia sudah ikhlas untuk bersama dengan kita. Itu aku tekankan, kerana kita merayu supaya ikhlas belum tentu kita ikhlas, cumanya ikhlas ini ada rahsia yang mana manusia perlu istiqamah dengannya, juga perlu sentiasa mendidik hati agar selamat dari cacat cela. Niat kerana Allah itu semuanya betul, setiap perkara kebaikkan yang kita buat semuanya kerana Allah.

Penutup Kata,

22 March 2013 ini adalah tarikh terakhir untuk semua ALT berkerja dalam MPKJ. Dan juga dimana mensyuarat agung akan diadakan di Aqabah. Selepas daripada itu akan naik pula untuk sesi yang baru.  Sungguh dalam MPKJ ini aku belajar satu perkara iaitu aku mengenal orang dengan sebaiknya, kerana dalam mengisi borang zakat pun banyak karenan ditonjolkan. Aku terpaksa menghadapi dengan lebih baik, akhirnya Alhamdulilah semuanya berjaya dan selesai.

Ini adalah pengalaman yang manis dalam berpersatuan di Jordan. Melihat sikap ketua hingga sikap ke bawah semuanya masing-masing cara. Biarlah apapun orang nak kata kerana kita adalah pelajar. Jadi jika belajar baik dalam kelas juga dalam persatuan. Moga sepanjang sesi aku menjadi perwakilan ini diharapkan salah dan silap akan sentiasa di Maafkan oleh sesiapa, aku sedar akan kelemahan diri aku, insya-Allah akan ku perbaiki dari masa ke semasa.

AshrafHadi
12.3.2013
Mafraq Jordan


28 Feb 2013

Kita Boleh Jika Kita !?


Terfikir...

Terdiam..

Termenung seketika..

Melihat hamparan dunia ini luas terbentang bagaikan tak cukup langkah untuk aku berjalan. Debu yang bertempiaran menampar ke mata, membuatkan sedikit rimas di mata.

"Ya Syabab Malizi! Maza turid?" tanya Mustafa penjual syawarma kepada ku..

"Uridu syarwarma super, wahad.." Balasku pula..

Setelah beberapa minit, dia menghulurkan syawarma kepadaku, lantas aku mengambil serta terus membayar. Lalu mengatur langkah berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba aku terpandang seorang wanita yang agak lusuh bajunya sambil mendukung anak kecil. Dia berjalan ke sana ke mari untuk meminta simpati. Aku berhenti seketika sambil mata ligat memerhati

Sambil minda mula berbicara...

Kenapa dengan akak itu? itulah persoalan yang keluar dalam hati aku. Sedih melihat kanak-kanak yang masih kecil di heret ke hulur ke hilir, tambahan pula cuaca yang tidak menentu. Kesian pula aku melihat mereka berdua, yang tak henti-henti meminta duit dari siapa sahaja. Tak kira siapa yang melintas pasti mereka akan meminta.

Sebenarnya setahun lebih aku di bumi Jordan, berulang kali dah aku melihat orang seperti akak itu. Baik tua ataupun muda, juga tak kira lelaki mahupun wanita. Sungguh aku sangat sangat sedih melihat keadaan mereka begitu. Jika nak bantu aku pun masih lagi belajar, pernah juga aku bertanya kepada kawan aku.
Kenapa dengan mereka itu? Jawabnya mereka itu ajen semata-mata. Kononnya sangat susah walhal tidak pun.

Jikalau agen sekalipun, kenapa perlu libatkan dengan budak-budak? Walhal jika benar susah pun, kenapa mesti budak-budak dibawa ke hulu ke hilir? Aku sangat peduli kepada budak kecil yang mentah menyusu dari si ibunya itu. Bukannya apa, budak yang kecil sepatutnya dijaga dengan sempurna akibat kekangan wang mereka pula dijadikan mangsa.

Solusi yang dirasa..

Sungguh sedih memikirkan nasib dunia, kita tak tahu atas sebab apa mereka menjadi begitu. Cumanya kita hanya boleh bantu setakat mana yang mampu. Aku tertanya dimana kerajaan mereka? Apakah mereka di pinggirkan? Jika dikatakan mereka orang syria yang meminta sumbangan, mustahil! Peruntukkan negara yang terdekat rasanya mencukupi kepada mereka disini.

Sebab perkara ini bukan setahun dua, ianya sudah berlanjutan lamanya. Paling aku terkilan apabila adanya budak disisi, itu yang menyebabkan aku rasa sangatlah sedih. Budak yang sepatutnya di asuh dengan baik juga di sekolahkan, tetapi di biar bertempiaran di tepi jalan, untuk memungut hasil kutipan! Sedihnya rasa.

Ketika aku pergi ke London tidak pula aku berjumpa dengan orang sebegini, jika ada pun mereka akan buat satu pertunjukkan kemudian terpulang kepada penonton nak bagi ataupun tidak. Setidaknya mereka berusaha juga, dari disini yang hanya meminta, kemudian mengukir wajah yang sungguh sedih. Oh! Apakah ini? Penat juga aku memikirkannya

Maka aku matikan mindaku untuk berbicara, lantas aku pergi kepada mereka berdua.. Ku tatap wajah si anak kecil yang comel. Yang si ibu sentiasa menghulurkan tangan, hanya senyuman ku lontarkan kepada si ibu sambil mata kecil tetap memandang si anak kecil. Lalu ku suakan kepada anak yang kecil. Sambil berkata,

"sabarlah adik, nanti adik dah besar adik boleh ubah segalanya." Lantas melepaskan tangan si anak kecil itu kemudian berlalu pergi.

Yang si ibu wajahnya sangat gembira, dari berwajah sedih terus mengukirkan senyuman. Tak terlepas mengucapkan terima kasih. Aku terus berjalan pulang sambil tersenyum kerana satu pengajaran yang aku dapat hari ini, jangan jadi malas! Tiada yang mustahil dalam dunia ini.

P/s: Nota Kaki
Syawarma : Sejenis makanan arab.
Ya Syabab Malizi: Wahai pemuda malaysia.
Maza turid: Apa yang anda mahu?
Uridu: Aku mahu.

AshrafHadi
27.2.2013
Mafraq Jordan.

20 Jan 2013

Nubala' Di Hati Ukhwah Di Sepakati


Pada 10-11 Januari yang lepas buat pertama julung kalinya diadakan program lawatan secara santai bersama satu batch student disini termasuk lelaki dan wanita. Iaitu batch Nubala' yang mengadakan program tersebut dalam konsep Family Day. Alhamdulilah program berjalan lancar dengan mengadakan lawatan ke beberapa tempat yang menarik dan bersejarah, juga turut bersama Ustaz Shahrul Ifwat disini.

Perjalanan Dan Destinasi,

Perjalanan bermula seawal pagi. Pukul 8 pagi bertolak dari Mafraq ke Irbid. Jarak dari Mafraq ke Irbid tidaklah jauh sangat pun. Cumanya mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Irbid. Seterusnya dari Irbid ke tempat lawatan pula agak jauh dari bandar Irbid. Juga  mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai.

Destinasi lawatan kami ialah Umm Qais, Maqam Sahabat SharhabilSharhabil Bin Hassneh Eco Park ( SHE ). Tiga tempat menarik ini menjadi destinasi lawatan pertama kali semperna program Family Day buat pertama kali ini.

Cuaca pula dengan izin Allah sangat baik, ianya membuatkan perjalanan kami lancar. Kerana sekarang musim sejuk di Jordan, jadi kebarangkalian hujan akan timpa turun juga boleh jadi. Tapi Alhamdulilah hari itu tiada pula hujan, sebaliknya redup sahaja dengan tiupan angin yang sejuk menampar pipi di muka.

Ibrah Dari Tempat Bersejarah, 

Dengan ihsan dan kebenaran dari Ustaz Shahrul Ifwat, dapat juga dia menyediakan sedikit nota ringkasan berkenaan tempat-tempat yang kami lawati. Satu persatu nota ringkasan itu di baca, lantas apabila sampai ke  destinasi merasai betapa takjubnya dan ibrah tamadun dahulu yang penuh dengan cerita suka dan duka. Antaranya nota ringkasan yang di sediakan oleh ustaz Shahrul Ifwat, 


Umm Qais.

Kota yang dianggap 10 kota utama Rom ini, adalah tempat yang pertama kami singgah, setelah mengambil sedikit masa menceritakan serba ringkas tentang tamadun-tamadun terdahulu yang bersaing untuk menguasai timur tengah ini, kami terus ke pinggiran Umm Qais untuk melihat permandangan Tasik Tobari

Umm Qais: Tinggalan batu.

Sebuah tasik yang kaya dengan 1001 kisah samada silam ataupun masa akan datang. Bagi penganut kristian, sumber Bible banyak mencatatkan peristiwa-peristiwa penting berkaitan dengan Jesus berlaku di sini. Ramai daripada pengikut beliau berasal dari pinggir tasik ini. Mereka juga mendakwa di sanalah Jesus memperlihatkan keajaibannya dengan berjalan di atas air, menenangkan ribut dan mendatangkan makanan dari langit untuk pengikutnya. 

Itu cerita mereka…

Kita pula, dalam hadith Sahih Muslim, bab fitan, terdapat 2 hadith menyebut tentang tasik ini. Ia hadith panjang yang mempunyai kaitan dengan akhir zaman. Antaranya:-

Kisah 1: Dajjal
Kisah sekumpulan sahabat baginda s.a.w. yang terdampar di sebuah pulau setelah menempuh ribut di lautan. Di sana, mereka berpeluang bertemu dengan makhluk yang apabila diceritakan kembali kepada baginda s.a.w, baginda mengakui itulah dajjal yang menunggu masa untuk muncul.

Berlakulah dialog yang panjang di antara mereka. Antaranya dajjal bertanyakan tentang air Tasik Tobari dan meramalkan bahawa ia akan kering.

أخبروني عن بحيرة طبرية. قلنا: عن أي شيء تستخبر؟ قال: هل فيها ماء؟ قالوا: هي كثيرة الماء. قال: أما إن ماءها يوشك أن يذهب..
“Beritahukan padaku tentang Tasik Tobari?”. 

" Apa yang engkau ingin tanyakan?"

“Apakah tasik itu masih wujud ?”

“Ya, tasik itu masih banyak airnya.”

“Sesungguhnya air tasik itu akan habis” 

Kisah 2 : Yakjuk dan Makjuk
Begitu juga kisah perjalanan akhir zaman dengan munculnya dajjal, yang akhirnya ditewaskan oleh Nabi Isa a.s, muncul pula makhluk dasyat dikenali, Yakjuk dan Makjuk. Kekuatan mereka menjadikan Nabi Isa a.s. dan orang beriman terpaksa bertahan di atas gunung.

Kekuatan tentera Yakjuk dan Makjuk ini digambarkan ketika mereka melalui Tasik Tobari, tatkala barisan pertama minum apabila sampai ke barisan terakhir ia sudah pun kering.

 فيمر أوائلهم على بحيرة طبرية، فيشربون ما فيها، ويمر آخرهم فيقولون: لقد كان بهذه مرة ماء

“Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tobari yang mana barisan pertamanya minum air daripadanya, dan apabila tiba giliran barisan terakhir, mereka berkata “Dahulu ada air di sini.”

Bergambar batch Nubala'  di Umm Qais.  Sebahagian lagi ada yang tak dapat hadir. 

Sharhabil Bin Hasanah : Panglima Perang Islam.

Perjalanan kami diteruskan ke sebuah maqam sahabat baginda s.a.w., Sharhabil Bin Hasanah, namanya mungkin agak asing bagi kebanyakkan orang, namun bagi pelajar Universiti Ali-Albayt, pasti pernah melihat nama tersebut dilakar di dewan riyadhah. 

Sharhabil adalah dikalangan para sahabat yang awal memeluk islam dan berhijrah ke Habshah. Beliau juga seorang yang pandai membaca dan menulis, maka beliau antara 10 orang sahabat yang dilantik baginda s.a.w. sebagai penulis wahyu Al-Quranul Karim.

Sharhabil lebih terkenal dari sudut kehebatan beliau di medan perang. Beliau menyertai sebahagian peperangan bersama baginda s.a.w dan lebih berperanan di era Khalifah Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. Dalam perang Yarmouk menentang Rom, beliau antara salah seorang panglima dalam membantu Khalid Al-Walid. Beliau yang memimpin sayap kanan tentera membantu dalam kemenangan tentera islam serta berundurnya Rom dari dataran Syam.

Taun Amwas.

Sharhabil antara sahabat yang syahid disebabkan wabak taun yang melanda Amwas ketika itu. Tahun 18 hijrah, setahun selepas kemarau panjang melanda Tanah Hijaz ( Mekah dan Madinah ), penduduk di Lembah Amwas ini diuji dengan taun yang dasyat. Menurut catatan sejarah, lebih 30 ribu orang terkorban.

Antara sahabat-sahabat baginda s.a.w yang lain wafat disebabkan wabak tersebut adalah Muaz bin Jabal, Syurhabil bin Hasanah, Abu Ubaidah Ar-Jarrah dan Dirar Al-Azwar.

Berkenaan dengan Taun, Baginda s.a.w. pernah menyebut, mereka yang mati kerana taun dianggap syahid.

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

Daripada Aisyah r.ah. “Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan AllSyarhabil “ Sesungguhnyaa Taun telah berlaku. Ia adalah satu yang keji hendaklah kamu ah akan memberinya pahala syahid.” ( Riwayat Bukhari)


Sharhabil Bin Hassneh Eco Park ( SHE ).

Tempat yang terakhir yang kami ziarah serta kemuncak Family Day adalah Sharhabil Eco Park ( SHE ).
Sungai Jordan terletak dilembah yang paling rendah di muka bumi. Sebuah sungai yang mempunyai nilai sejarah dari sudut ketamadunan dan agama. Sungai ini juga dianggap sungai yang suci bagi penganut kristian. Namun, zaman berzaman, sungai yang kecil ini tidak terlepas daripada pencemaran walaupun hanya satu daripada dua sungai di Jordan ini. 


Atas dasar inilah, SHE, sebuah taman ekologi ini diasaskan sebagai satu projek memelihara dan memuliharakan alam sekitar. Kawasan sasarannya adalah di sungai Jordan serta lembahnya. Ia juga berperanan membangunkan kawasan yang terbiar. Antara usaha dilakukan ialah seperti meningkatkan kualiti air di sungai Jordan, membajai kawasan sekitarnya, memperkenalkan sumber tenaga alternatif yang mesra alam seperti solar, dan projek kitar semula.



Berbasikal dari kiri, Man, Hamzi, Afif, dan kanan sekali Shaiful. 

Disini kami berhimpun dan mendengar sedikit tazkirah dari ustaz Shahrul Ifwat, seterusnya kami menjamu selera dengan masakkan yang melazatkan. Lantaran juga kami juga berbasikal mengilingi di sekitar SHE. Apabila selesai program di situ, maka berakhirlah aktiviti Family Day pada hari itu. Sangat berterima kasih kepada AJK pelaksana yang bertungkus lumus dalam menjayakan program sebegini.


Akhirul Kalam,

Jadi itulah serba sedikit nota ringkasan yang Ustaz Shahrul Ifwat sediakan, untuk di kongsi bersama. 3 tempat menarik itu mempunyai pelbagai ibrah yang banyak perlu di ambil dan di pelajari. Seterusnya juga untuk adik beradik Nubala', kita hidup disini sebagai orang yang musafir, jauh dari mata ibu dan ayah. Maka sahabat-sahabat yang dekat dengan kitalah menjadi ibu ayah kita.

Selangkahnya itu, tidak dapat tidak aktiviti sebegini wajar di teruskan lagi, untuk merapatkan ukhwah sesama kita, biar berbeza pendapat sekali pun, akan tetapi kita boleh duduk semeja, bercanda dan bergurau senda. Perjuang kita disini jauh lagi, jadi harap sesama kita dapat menjaga ukhwah di hati, selaras dengan tema "Nubala' Di Hati Ukhwah Di Sepakati".

Bergambar sebaik sahaja selesai semua aktiviti serta ingin berangkat pulang. 
Ashraf Hadi 
20.1.2013
Mafraq Jordan.