قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

18 Mac 2011

"Awalludin Marifahtullah"

"Hanya Pada-Mu Ya Allah aku berserah"
"Permulaan Agama Mengenal Allah". Kehidupan yang bahagia di dunia ini di mulakan dengan mengenal siapa YANG MAHA PENCIPTA, yang mentadbir alam ini dengan sempurna. TUHAN segala makhluk, yang memberi rahmat kepada sekian hambanya. Seterusnya memberi kenikmatan yang tidak berbelah bagi kepada semua hamba-Nya yang beriman kepada-Nya. Kehidupan yang akan menjanjikan kemenangan kepada setiap hamba-Nya. Tetapi hari ini marilah sama-sama kita lihat betapa pilu dan hibanya hati ini apabila melihat umat islam sekarang sudah lupa akan tuhan mereka iaitu "ALLAH". Malahan sanggup menjual agama demi kepentingan tertentu, wajaran sifat sedemikian membuat hati tertanya-tanya, di manakah kekuatan islam yang sebenar? permulaannya kita mengenal Allah YANG MAHA AGUNG, tetapi kita tidak beriman dengan sempurna, sifat ini yang membuat orang kafir mengambil peluang kepada kita untuk menjatuhkan islam. Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah yang di pimpin oleh Mustafa Kamal Antatuk akibat serangan mental dan fizikal ke atas umat islam. Mula pada saat itu orang kafir mula bertepuk tangan pelbagai konflik dilakukan oleh mereka, sehingga kita umat islam berpecah belah. Agenda tertentu dimainkan, untuk menjatuhkan umat islam. Akan tetapi dunia mereka sudah takluki, hatta kan tentera mereka serata dunia. Di mana kekuatan umat islam yang sebenar? akibatnya kita lupa kepada Allah kita lalai kepada-Nya jadi balasan-Nya kepada umat islam amat dahsyat yang kita tidak sedar. Sedemikian itu pelbagai persoalan timbul kenapa umat islam menjadi sebegitu rupa. Walhal kita umat islam ialah umat yang di sanjung di sisi Allah dan agama yang di redhai oleh Allah. Islam mengajar kita permulaan agama mengenal Allah. Jika kita ingat kepada-Nya, nescaya Allah akan ingat kepada kita. Tetapi sekarang lihatlah bagaimana rupa sebenar dunia islam hari ini. Pelbagai karenah dimainkan, pelbagai fatwa di keluarkan untuk mengelirukan umat islam, orang-orang kafir bertepuk tangan melihat pecahnya kesepakatan umat islam, tetapi kita tidak sedar. Termasuk juga di Malaysia, pelbagai cara di mainkan untuk memesongkan umat islam bersatu padu. Akan tetapi umat islam nanti akan bersatu bila mana kiamat hampir tiba. Di saat itu kegemilangan di kembalikan oleh Allah kepada umat islam, pada masa itu jugalah kita akan bersatu padu, di saat itu barulah kekuatan umat islam akan terpancar bak sinar mutiara yang bersinar-sinar seri warnanya. Tiba di saat itu kiamat akan menjelma. Sekarang kita di uji dengan kenikmatan yang melalaikan, yang akan menjatuhkan umat islam ke lembah kehinaan, akan tetapi kemenangan akan tiba di saat akhir, apabila Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat islam, dunia islam takluki semula di situlah kekuatan islam akan menjelma. Natijahnya di sini di mana kekuatan islam sebenar? jawapannya di Saat Kita KENAL kepada ALLAH, dan di saat akhir zaman umat manusia. Jadi sentiasa lah bersedia untuk menuju ke negara Akhirat dengan beramal di dunia ini dengan penuh keikhlasan dan keimanan.   
Barulah nanti kita tahu  "Awalludin Marifahtullah" permulaan agama mengenal Allah. TAKBIR!!!!! ALLAHHUAKBAR.