قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

Pengenalan



Nama Ashraf b Ahmad Hadi, boleh panggil Ashraf Hadi, anak ke-7 dari 7 orang adik beradik, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kodiang (2001-2005) , seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau Perlis sehingga ke tingkatan 4 (2006-2009), dan tingkatan 5 KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi (2010) . Selepas tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al al-bayt Jordan.

Kemudian, penulisan blog ini bertujuan semata-mata kerana Allah, untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini kepada sahabat yang lain, selain itu juga ingin berkongsi pandangan, kritikkan dan idea, dengan sahabat  yang lain di luar sana. Seandainya penulisan ini terlalu lemah mohon agar kalian semua memberi cadangan, nasihat dan teguran secara ilmiah untuk saya memperbaiki penulisan saya di masa akan datang.  

Saya memohon maaf jika terdapat, penulisan artikel saya yang menyingung mana-mana pihak. Semua penulisan saya ini berdasarkan kritikkan, kajian mahupun kritisan diri saya sendiri. Justeru itu, saya berharap agar semua pihak dapat memahaminya dengan sempurna. Jika terdapat sebarang ketidak puas hatian, atau cadangan, mahupun juga perbincangan secara ilmiah, bolehlah kemukakan komentar anda di ruang ulasan, atau menghantar maklumat tersebut di email saya (rujuk kolum hubungi).



10/15/2012 02:14:00 PG