قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

25 Apr 2011

Perubahan setiap masa dan ketika.

Minda manusia yang penuh dengan pemikiran untuk keseronokan di dunia dan membuang masa.
Tiap-tiap hari.manusia sering mengejar dunia tanpa melihat akhirat. Jelaslah menunjukkan bahawa satu sikap manusia yang menjadi barah dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Setiap perkara yang dilakukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Sebenarnya manusia seharusnya berfikir akan tindak tanduknya. Menjadi pelbagai intronasi masyarakat yang berbilang kaum ini. Kewajaran kita seharusnya menilai diri ini. Melakukan perubahan demi perubahan. Dalam erti kata lain perlu niat untuk berubah. Dari sikap negatif ke sikap positif dalam diri. Tetapi sebenarnya untuk meninggal kan perkara yang sudah sebati dalam diri kita sangat susah. Kerana dalam diri kita mempunyai nafsu. Nafsu itulah yang mendorong kita untuk melakukan kejahatan. Disamping itu peranan syaitan bijak menghasut diri manusia. Menyebabkan kita sering alpa dan lalai dengan dunia. Seolah-olah kita akan berkekalan di dunia ini. Walhal kita tidak sedar bahawa kita akan menuju ke alam seterusnya itu alam akhirat. Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata untuk manusia mencari bekalan di akhirat. Justeru perubahan dalam diri ini perlu di lakukan. Dalam diri kita jika hendak berubah perlu ada beberapa perkara antaranya yang perlu diamalkan ialah yang pertama, MULAKAN SEKARANG. Jangan kita tunggu untuk diri kita berubah sendiri, jangan kita tunggu usia kita tua baru hendak berubah kerana ajal maut kita tidak tahu bila?. Kemudian kita tidak perlu tangguh masa untuk kita berubah. Kerana orang yang bijak sentiasa bersifat positif dalam diri sendiri. Kedua MULAKAN DIRI KITA SENDIRI TIDAK PERLU MENUNGGU ORANG LAIN. Hal ini kerana sifat ini perlu ada untuk kita berubah dalam diri kita agar kita menjadi muslim sejati. Kekuatan umat islam yang bersatu padu sentiasa mengambil peluang. Jadi jangan kita menunggu orang lain untuk kita berubah diri kita sendiri kerana apabila kita menanti orang nescaya tidak akan berlaku perubahan dalam diri kita. Ketiga MULAKAN DARIPADA BENDA YANG KECIL. Ini adalah amat penting dalam diri kita untuk kita berubah. Kerana lumrah manusia tidak mampu berubah secara drastik dan melonjak terus. Contoh yang diberikan ialah, jika seorang penagih dadah, jika dia hendak meninggal kan dari menagih dadah amat susah sekali. Jadi bermakna amat suka dia hendak berubah terus. Jadi jelaslah kita perlu berubah dari perkara kecil-kecil sehingga perkara yang besar. Keempat SENTIASA BERDOA MEMINTA HIDAYAH DARI ALLAH S.W.T. Hidayah amat penting dalam melakukan kesedaran dalam diri, tanpa hidayah manusia tidak akan boleh berubah kerana hidayah adalah petunjuk dari Allah kepada hambanya yang ikhlas. Apabila berdoa maka hendaklah sentiasa beristiqamah dalam berdoa disamping melakukan perubahan dalam diri ini dengan pelahan-lahan. Firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubah nasib diri mereka sendiri.(Ar Ra’ad: 11)  Jadi janganlah kita mengharap Allah berikan hidayah untuk kita berubah jika diri kita tidak berusaha mencari ke jalan kebenaran. Renungkan lah, dalam diri manusia ada satu titik perubahan yang diberi nama naluri. Apabila manusia itu dapat naluri perubahan maka di situ perubahan baru bermula. Ibarat percaturan dalam hidup manusia bagaikan bermain Chess kerana perlukan strategi yang menarik untuk menang. Begitu lah juga kehidupan, perlukan perancangan perubahan yang menarik dalam diri kita ini. Supaya dapat menimbulkan sifat keikhlasan dengan sempurna. Perubahan secara peringkat-peringkat amat di galakkan. Supaya kita mendapat hidayah dari Allah. Pentingnya perubahan setiap masa dan ketika. Renungan kita bersama. 

17 Apr 2011

Sedarkah kita!

Pertemuan aku dalam sudut ilmu menjelaskan bahawa sikap perubahan yang baharu dalam diri ini perlu di tingkatkan. Prestasi sikap manusia sekarang menyimpang jauh dari landasan yang sebenar. Kesibukan manusia mengejar keduniaan amat merungsingkan. Pemikiran masyarakat madani hampir menjerumus diri dari jalan yang tidak benar. Sikap manusia yang alpa dan leka menjejaskan persekitaran masyarakat yang bertamadun dan berilmu. Hari ini kita dapat lihat dunia yang penuh dengan pancaroba dan kemusnahan demi kemusnahan yang di lakukan. Manusia juga yang merosakkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka. Satu tamparan yang hebat kepada kita hari ini. Yahudi sudah berani mengatur strategi, setiap pergerakan kita di teliti dan di pantau dengan rapi. Pelbagai taktik di orang adakan untuk memesongkan pemikiran masyarakat kita. Minda islam sekularisme dan liberialisme dimainkan dalam pemikiran kita. Sebab itu kita terlalu jauh dalam dengan ajaran islam yang sebenar. Politik dunia hari ini Yahudi dan Amerika yang memegang kuasa. Mereka mempunyai pelbagai kemajuan lebih canggih dari negara-negara islam. Tengok betapa lemahnya kita dari segi kemajuan. Selain itu mereka juga memegang ekonomi dunia hari ini. Segala percaturan yang menarik mereka atur kan untuk melemahkan umat islam. Maknanya dunia ini dibawah ketiak mereka. Lebih menyedihkan bumi Palastien mereka dapat jajah dengan mudah, di manakah kekuatan umat islam yang sebenar, hal ini perlu kita sedari. dengan lebih jelas. Dalam usaha mereka merampas bumi Palastien dan menukar nama kepada Israel. Ini menunjukkan mereka sudah berani melawan umat islam. Mereka sudah berani menyerang umat islam secara kasar mahupun halus. Umat islam sahaja yang tidak sedar, helah mereka satu persatu diadakan. Mereka merampas bumi Palastien dengan membunuh umat islam Palastien dan mengusir umat islam keluar dari Palastien, kekejaman mereka lakukan. Amat sadis dan sedih dengan kekejaman yang mereka lakukan. Hanya Allah yang mengetahui betapa peritnya rakyat Palastien. Tidak mustahil Malaysia akan berada di dalam situasi sedemikian. Jadi wahai umat islam, kelekaan kita menyebabkan Yahudi mengambil peluang kepada kita. Mereka sudah merancang untuk melemahkan umat islam dengan 3 "S" Yang pertama SEX, yang kedua SPORT, yang ketiga SONG. Jelas terbukti dan berkesan dengan propaganda yang mereka lancar kan memang betul terjadi. Lihatlah startegi mereka memasukan SEX dalam pemikiran umat islam. Setiap filem yang mereka terbitkan pasti akan ada adegan yang mengairahkan. Apabila umat islam melihatnya mendatang kan kesan yang amat buruk dalam diri mereka. Pasti akan ada yang terjebak ke lembah kemaksiatan. Sebab itulah umat islam menjadi lemah, kelahiran anak luar nikah meningkat dengan tinggi akibat terpengaruh dengan agenda Yahudi itu. Kedua pula, SPORT, betul sukan ini tidak salah tapi hari ini kita lihat satu contoh saya hendak berikan, sukan bola sepak antara sukan paling popular di dunia. Tetapi yang amat menyedihkan apabila bermain ramai yang tidak menutup aurat seperti pendedahan lutut lelaki dan banyak perkara ini. Adakah kita sedar selama ini? memang benda ini seronok apabila bersukan tetapi apabila kita tidak menjaga dengan teliti aurat dan personaliti diri kita sebagai muslim ini yang amat menyedihkan. Jika untuk kita bersukan dengan memperolehi keberkatan dari Allah seharusnya kita teliti dan memperhalusi secara betul agar tidak lari dari ajaran islam yang sebenar. Ketiga agenda yang dimainkan ialah SONG. Benar dan sudah terbukti lihat lah sekarang. Masyarakat lebih suka kepada hiburan yang melampau. Sehingga tidak menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Penyanyi yang terkinja-kinja antara lelaki dan perempuan menunjukkan bahawa sikap umat islam yang semakin menyimpang jauh. Yahudi tertawa berdekah-dekah dan kita terkinja-kinja macam orang gila. Akibatnya pemikiran rakyat kita di Malaysia sudah menyimpang jauh. Bila ada yang menegurnya akan sikap mereka yang salah, terus dianggap pemikiran yang kolot. MasyaAllah inilah dunia. Hiburan memang tidak salah dalam islam, tetapi jangan lah sampai menyimpang jauh. Islam mengariskan panduan yang betul tetapi kita yang tidak mahu ikut. Sikap inilah yang amat sedih sekali. Umat islam sudah leka dengan dunia. Jadi untuk menjadi diri kita yang "SMART" satu perubahan dalam diri kita perlu dilakukan. Anjakan paradigma perlu dilakukan secara perlahan-lahan untuk menjadi kita seorang muslim yang sejati, yang bertawakal kepada Allah. Mudahan kita menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

7 Apr 2011

Jika Mereka Boleh, Kenapa Kita Tidak?

Alkisah bermula hidup ini penuh dengan dugaan dan ujian dari Allah s.w.t. Sebelum kita sampai di atas muka bumi ini kita sudah ditetapkan oleh Allah tiga perkara, iaitu yang pertama jodoh, kedua tarikh ajal. yang ketiga rezeki. Jadi kita hidup di atas muka bumi ini janganlah kita takut dan bersedih akibat dengan kegagalan yang jatuh menimpa diri ini. Sebaliknya kita anggaplah ianya sebagai satu dugaan Allah dan bangun terus berjuang. Terlintas di hati ini perasaan cemburu, dan dengki sesama manusia kerana mereka lebih bagus lebih kita. Terus kita melabelkan bahawa Allah tidak adil. MasyaAllah wahai manusia Allah Maha Adil. Allah sudah atur hidup kita dengan sempurna. Jika kita lihat orang lain mampu miliki sesuatu yang istimewa, kenapa pula kita tidak boleh miliki sesuatu yang kita hajat kan. Sebenarnya dalam diri kita mempunyai satu daya tarikan yang lebih proaktif dalam tindak tanduk diri kita pada setiap hari. Jelas menunjukkan bahawa manusia boleh menilai diri mereka dengan lebih "smart" dan berkarisma. Jika hari ini kita gagal jangan bererti gagal selamanya. Sebaliknya teruskan usaha kita untuk mencapai sesuatu. Apabila kehidupan kita miskin tidak mustahil kita akan boleh mengubah menjadi kaya dengan rahmat di sisi Allah. Cuma kita seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk bersaing dengan lebih maju. Ramai masyarakat hari ini sudah mula mengalah akibat gagal sekali. Itu hanya semata-mata ujian dari Allah kepada hambaNya. Janganlah akibat gagal sekali kita akan gagal selamanya. Jangan tanamkan sifat putus asa dalam diri. Malah tanamkan sifat ingin mencuba untuk kebaikan diri sendiri yang menampakkan kita lebih maju ke hadapan dan berdaya saing. Persaingan dunia sekarang mementing kan kemajuan ICT dan teknologi. Ingatlah itu hanya suku daripada persaingan sebenar. Kita mampu miliki apa yang kita hajat dengan kita berusaha. Jangan kerana sifat malas itu kita melayani dalam perasaan diri menyebabkan kita akan mudah kecewa dan berputus asa. Kita sedarkan diri kita dengan mencintai ilmu. Kerana dengan ilmu kita boleh mngubahkan dunia ini menjadi lebih baik dari yang terbaik. Manusia semuanya sama, Allah tidak pandang siapakah kamu, tetapi Allah memandang hati kamu yang penuh dengan takwa dari Allah. Berdoa ialah salah satu senjata dalam memajukan diri kita. Konklusi di sini, kita buang kan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Sebaliknya kita berfikir positif bahawa kita boleh dapat apa yang kita mahu dengan BERUSAHA disamping itu kita perlu istiqamah dan bertawakan kepada Allah dalam meneruskan kehidupan kita supaya lebih cemerlang dalam diri ini. Allah tidak zalim kepada hamba-Nya sebaliknya Allah Maha Pemurah memberi rahmat kepada kita. Jangan kita takut hidup di atas muka bumi ini jika kita beriman dan beramal soleh kepada Allah. Insya Allah jika mereka boleh tidak mustahil kita tidak boleh.

3 Apr 2011

Madu dan Racun

Madu dan Racun
kehancuran di bumi Palastien

bumi Malaysia
Keindahan alam semula jadi diatas muka bumi Allah S.W.T yang diciptakan untuk hamba-Nya. Kehidupan yang tenang dan damai
berjiwa suci mengingati Allah S.W.T tentang kebesaran Zat Allah yang menjadikan bumi dan langit ini tanpa tiang. Kesenangan yang kita hadapi di limpahi jutaan rahmat Allah kepada kita yang berada di Malaysia ini, berbanding saudara kita yang berada di Palestine, Somalia, Afrika dan seterusnya yang hidup dalam penuh pancaroba ujian dari Allah. Ke sengsara mereka tidak penah dirasai oleh kita yang berada di sini, kita ibarat seperti Madu yang hidup penuh dengan kenikmatan, berbanding dengan saudara kita di sana yang hidup bagaikan racun yang berbisa menusuk ke dalam diri mereka. Sebenarnya Madu yang kita kecapi ialah Madu yang hanya sementera sahaja, kerana kenikmatan yang kita diberi sekarang kita semakin jauh dengan Allah. Kesenangan itu sebenarnya ujian juga dari Allah, kita jangan anggap bahawa kesenangan yang Allah berikan itu akan berkekalan lama, kerana kehidupan kita bagaikan putaran roda. Lihatlah dahulu kita di jajah oleh orang barat sehingga berkurun lamanya hampir 450 tahun kita dijajah dari permulaan dijajah sehinggalah akhir penjajahan di bumi Malaya padah masa itu. Ketika itu ramai Perjuang bangun melawan penjajah. Lihatlah pada masa itu betapa peritnya untuk kita mendapat bekalan makanan hatta kan untuk membebaskan Tanah Melayu pada masa itu amat susah. Nenek Moyang kita dikerah menjadi buruh paksa, dan pelbagai lagi. itulah zaman keracunan Malaya atau di kenali Tanah Melayu. Tetapi sekarang kita berada di zaman Madu yang penuh dengan kemanisan dan kenikmatan. Tetapi kita lalai dengan Maha Berkuasa Seluruh Alam. Segala seruan-Nya kita abaikan, berbanding saudara kita di luar negara sekarang mereka berada di zaman racun pula. Tidak mustahil kita akan juga kembali kepada zaman keracunan pula. Kerana apabila kita berada didalam kesenangan kita akan lupa kepada Allah. Tetapi bila kita berada dalam kesusahan kita akan ingat pada Allah. Peliknya Manusia pada hari ini, termasuk diri kita yang tidak seberapa ini. Jelas di sini menunjukkan bahawa kesenangan yang kita dapat juga ialah azab juga kepada kita. Jadi sentiasa lah ingat kepada Allah sementara kita diberi peluang pada zaman madu ini. Andaikan jika Allah menarik segala kenikmatan yang Allah berikan kepada kita nescaya akan menyesal kita dalam diri ini. Segala ketentuan Allah disebabkan kerana takdir Ilahi. Berhati-hatilah wahai umat islam termasuk diri kita yang tidak seberapa ini. Kerana orang kafir selalu akan mencari peluang untuk menjatuhkan umat islam. Ketetapan iman dalam diri untuk kita menempuh segala dugaan oleh Allah. Ingat kita sekarang berada pada zaman madu tidak mustahil kita akan ke zaman racun. Sentiasa lah persiapakan diri kita dengan ilmu yang penuh dengan keimanan cahaya dari Allah.