قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

1 Mei 2012

3 Idiots – I think then I do, you think you do la!



"Wisdom begins in wonder" atau "Kebijaksanaan bermula melalui persoalan"
-Socrates-

Sebelum menintakan sebutir pun kalam,, nak tanya sikit,,  dah tonton filem 3 Idiots? Jawapan masing-masing ada, tidak mengapa jika belum tonton, tidak menjadi kesalahan.
Nak dengar cerita? Mari duduk rapat-rapat biar terasa ukhuwahnya ;)
Secara peribadi, selepas beberapa kali tonton cerita ni, ada konklusi yang dapat disimpulkan (maksud saya berkonklusi-konklusi  ==’),, nak dengar??
Pada pandangan saya, daripada satu sudut tunggal, filem ini adalah suatu bentuk kritikan berseni yang mengkritik sistem pendidikan.. Ops.. maksud saya individu-individu yang menjana sistem ini. Tapi bila menunding satu jari pada sistem baki empat jari berbalik pada kita.
“Eh, it is our fault ke?”  
“Kenapa kita pula yang menanggung kesalahan tu jika memang terang benderang lagi bersuluh itu salah demo?”
Sebab, bila mana kita mengambil kesalahan itu letak di atas bahu kita, kita akan tersedar bahawa
 ‘I have the power to changing’
Percaya tidak?   Contoh, jika seorang kanak-kanak sekolah yang gagal dalam mata pelajaran Matematik menyalahkan cikgunya atas kegagalannya dalam Matematik,,
“That is teacher’s fault not me”
 berbanding dengan jika..
….dia ‘menyalahkan’ dirinya dengan kata-kata ‘Ouh, aku belum cukup bagus lagi, aku nak kena lipat gandakan usaha ni’. Rasa- rasalah kan, siapa yang akan mengeluarkan momentum semangat to become a better person than before?
--------------------------------------------------
Masing-masing sudah berjawapan. Good.
Noktah. Tamat sudah celoteh. Baca perlahan-lahan dan cerna iDea untuk kamu manfaatkannya dalam hidup kamu ok? BagOs.
First of all,,
Ada satu benda penting yang saya cerna sebagai idea perdana dari cerita ini yang mana watak utama mempunyai suatu curiousity yang sangat konsisten sedari kecil  berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Did you see?
Let see,, hurm,, the power of curiosity…
Ada cerita menarik berkenaan dengan si Thomas Edison tentang curiosity. Dikisahkan ketika kecil, Edison seorang yang sangat suka bertanya dan mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi sedari usia 7 tahun lagi. Dia bertanya bermacam-macam soalan kepada gurunya ketika di sekolah . Dia tidak merasa malu mahupun segan.
Curiosity  : sikap ingin tahu. Dalam cerita 3 Idiots ini, sikap ingin tahu ini telah terzahir dalam sanubari watak utama ketika kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 5 ke 7 tahun. Kemudian dia tafsirkan kesungguhannya  pada sesuatu yang dia minat yakni apa yang berkaitan dengan ilmu kejuruteraan. Sangat mengagumkan bukan? Mesti tertanya-tanya?
 Adakah ia dari sesuatu yang bersifat sains > genetic? atau sesuatu yang berelemenkan hukum alam > persekitaran? Persoalan demi persoalan menerjah. Tidak mengapa, biarkan akal terus bertanya. Malah apabila akal diberi peluang, ia akan bertanya. Mengapa? Bila? Bagaimana? Persoalan. Daripada persoalan, ia akan membina medan kritis dalam jiwa pemiliknya insyaAllah. Dari situ akan tercetus gerak kerja mencari jawapan.
 Jika kita teliti, dikisahkan juga Imam Syafie seorang yang sangat berkeinginan untuk mengetahui ilmu, tika mana ditanyakan kepadanya perihal perbuatannya yang menulis dengan jarinya di tapak tangannya  oleh Imam Malik, beliau berkata  ” Aku tidak memainkan jariku tetapi menulis hadits yang engkau sebutkan dengan jariku di  tapak tanganku, jika engkau mahu biar aku ulang balik apa yang telah engkau katakan. Imam Malik berkata “sebutkanlah ” , maka beliau menyebutkan seluruh hadits yang telah disebutkan oleh Imam Malik tadi dengan lancar dan sempurna. Masya Allah.


Sebentar menelusuri timeline Imam  Syafie,
Imam Syafie seawal usia 7 tahun (darjah 1) sudah mengahafaz AlQuran dan mencapai sahaja usia 15 tahun (tingkatan 3), dia sudah diberikan kebenaran mengeluarkan fatwa dan apabila dewasa dia muncul sebagai figura yang cukup mengharmonikan jiwa-jiwa penuntut ilmu. Hebat bukan?  Tertanya-tanya lagi, bagaimana dia boleh menjadi begitu? 
*senyum*
Ada seorang sahabat saya memberikan istilah ini,,  ‘kerana hidupnya sedari kecil sudah terisi’. Terisi dengan pentelaahan kitab-kitab turos para ilmuan.
Cerita beginilah yang seharusnya dihidangkan kepada generasi kita. Sama ada generasi baru mahupun  generasi senja. Ingat, sejarah bukan sahaja untuk ditatap dengan mata kasar sahaja tapi juga memerlukan kolaborasi mata hati untuk dicerna hikmah dan ibrahnya.
Selain itu, ada satu lagi nilai yang sangat suka untuk diketengahkan di sini yakni penyantunan terhadap ilmu dan ilmuan. Ini adalah salah satu nilai yang telah terhakis sedikit demi sedikit dari jati diri orang Islam. Nilai ilmu. Hakikat. Sangat pahit untuk ditelan.
Imam syafie, ingat lagi dia menulis nota-notanya di atas apa? Tulang- belulang hanya kerana dia tidak mampu membeli lembaran kertas. Contoh yang lebih terkehadapan, orang-orang Jepun mengikut sejarahnya, mereka ini dikatakan peniru yang paling hebat di dunia ini kerana mereka telah berjaya meniru idea-idea orang-orang Barat yang telah dicampak ke dalam bakul sampah dan meraka membangunkan idea itu dengan acuan minda mereka sendiri. Ya, orang Jepun ini mengutip kertas kerja yang telah dicampak ke dalam tong sampah.  Cukup terkehadapan pemikiran mereka.
Ketika melihat watak utama cerita ini melangkah ke sekolah bagai seorang pesalah, mesti terdetik dalam benak kita ‘budak ni tak takut ke kesan dan akibatnya jika seludup masuk sekolah orang senyap-senyap?’.
"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.."

-Khalifah Ali bin Abi Talib-
Jika kesannya baik, why not?
Noktah.
Iroinya, penyantunan ini berlaku daripada semangatnya untuk menuntut ilmu. Hasilnya, dia mampu untuk menyediakan satu kapasiti otak yang cukup luas untuk menampung segala maklumat baru tanpa disempadani oleh sebarang ruang yang sia-sia seperti bongkah-bongkah silibus mata pelajaran yang yang ada,
‘Bab ini untuk tahun depan punya yang ini tahun ini punya’.
 Jika perasan, maaflah tapi guru-guru pada hari ini sangat terikat dengan silibus mata pelajaran,
 “Yang ni kamu tak perlu belajar lagi, tahun depan kamu akan belajar, sekarang tak perlu tahu lagi”
Hinggakan pemikiran pelajar telah didoktrin dengan sekatan yang konkrit daripada menerima sebarang pengetahuan yang ‘tidak sepatutnya dia tahu’. Tak hairan, konkrit ini masih wujud walau pelajar ini masuk sudah ke alam pekerjaan kerana konkrit ni telah dibina sendiri oleh guru-guru yang dia hormati. Sangat menyakitkan. 
Kemudian lihat bagaimana dia menyantuni gurunya ketika disuruh menggantikan pensyarah untuk beri lecture, ingat apa dia kata?
 “Saya tak layak nak bagi syarahan tentang kejuruteraan, Tuan lebih layak”
Dia tidak bercakap sesuatu yang dia tak layak lagi untuk dia beri. Dia sedang menjaga kehormatan gurunya biar tanpa gurunya sedari dan tanpa orang lain peduli dengan caranya sendiri. He has his own style. Ya, dia sangat penyantun.
Jika ditanya kepada benak nakalku, saya memang suka cara watak utama ini melanggar peraturan. Peraturan kotor yang dibuat oleh seniornya, rakan sekelasnya, pihak pentadbiran sekolahnya juga persekitarannya. Dia telah muncul sebagai seorang yang sangat fleksible kepada persekitarannya. Hingga pengislahan itu berlaku. Dia sangat concern pada environment dia, dia seorang peduli tentang apa yang berlaku di sekitarnya.
Nak dengar cerita tentang Hassan Al-Banna?  Beliau juga begitu, nak dikisahkan ada seorang pemuda datang menemuinya untuk mendaftar dalam ikhwanul muslimin. Lalu beliau bertanya “Ya Muhammad siapa nama bapamu?”. Terkejut pemuda itu kerana Hassan Al-Banna mengetahui namanya dan apabila ditanya. “Ouh, hari tu ketika saya berada di landasan kereta api, saya mendengar seseorang menjerit memanggil nama kamu”. Sangat teliti dengan persekitarannya.
Tapi memang fitrah manusia jika seseorang diberi sekeping gambar ramai. Siapa yang dicarinya? Cuba jawab…. Ya, diri sendiri. Fitrahnya manusia ni minat pada diri sendiri.
Satu lagi, kata-kata yang menjadi identiti filem ini,  kata keramat “Aal iz well”. Ini satu bentuk apa? Adakah suatu azimat dari bible atau satu ayat suci hasil dari pertapaan di batu suci atau apa? Teliti dan kaitkan dengan Islam. Ya, ia suatu bentuk tawakkal kepada satu Dzat yang Maha Agung. Biar dalam situasi apa pun!
Ayat 1000 dinar, ada apa dengan ayat ni? Ini tentang pembulatan tekad sebulat yang mungkin tanpa ada kurang sedikit pun untuk diserahkan bulat-bulat pada Allah selepas berusaha. Allah memang senang hati bila kita serahkan urusan kita padanya. Malah kita juga akan senang hati apabila kita sudah menyerahkan urusan kita pada pengurusan atas bukan?
 Sebab itu Rasulullah saw ada mengajar suatu doa, ‘Ya Allah janganlah Engkau menyerahkan diriku pada diriku sendiri walau sekelip mata’. Mengapa? Ini kerana diri kita lemah, ilmu kita terbatas, qudrat kita terhad, mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya dengan bersandarkan kepada kekuatan diri. Impossible!
Kesimpulannya, ini semua bermula bukan sekadar dari sikap ingin tahu semata-mata tetapi juga sikap ingin faham yang lahir dari sikap ingin tahu. Dari situ kamu bertindak mencari jawapan kepada persoalan . Ingat, langkah ini sangat-sangat penting kerana ia tapak awal untuk kamu menemui pengetahuan InsyaAllah.

Selamat mencerna!

Oklah, dah penat bercerita,, lain kali kita citer-citer lagi ;)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Salam Ukhwah

    Sebagai seorang guru, saya merasa terpanggil untuk bagi komen kat sini.. ;)

    Secara peribadi, saya rasa, semua pihak (guru, pelajar, ibu bapa) patut menonton filem 3 Idiots tuh.. banyak pengajaran dia untuk semua pihak, selagi masing2 tahu peranan masing2. Guru dengan peranan guru. Pelajar dengan peranan pelajar dan ibu bapa dengan peranan ibu bapa.

    Dah nama pun sistem pendidikan. Jadi, bila sebut sistem, tentulah melibatkan banyak lagi pihak. Tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata. Kebanyakkannya, balik2 akan salahkan guru. Jarang yang menyalahkan pelajar dan juga ibu bapa sendiri.

    Ibu bapa datang sekolah hantar anak, serah bulat2 kepada guru. Sedangkan guru pula ada 40 orang lagi "anak" nak kena jaga dalam kelas. Sebab tuh, mesti ada peranan besar dari ibu bapa.

    Apa-apa pun, perkongsian yang bermakna! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..
      terima kasih cikgu Norhailmi kerana sudi komentar,

      terlebih dahulu saya ingin memohon maaf, kerana dalam artikel ini saya tidak berniat langsung menyalahkan guru semata-mata. Malah saya hanya menyatakan filem ini seperti menonjolkan satu kritikkan terhadap sistem pendidikkan. Dan saya tidak menyalahkan secara keseluruhannya sekali pun.

      Mungkin apa yang saya belajar itu yang saya ceritakan dan kaitkan di dalam artikel ini. Mohon maaf sekali lagi.. Terima kasih atas komentar cikgu.. Salah ukhwah :D

      Padam