قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

13 Okt 2012

Fikirkan Kesan dan Akibat!


Alhamdulilah selepas seusainya solat jumaat tadi, sempat saya mengajak ustaz Shahrul Ifwat, pelajar Master Universiti Al Al-Bayt datang ke rumah. Pelbagai cerita di kongsi dan tajuk di diskusi, ada isu semasa, politik, agama, dan keadaan persatuan mahupun pelajar di bumi Mafraq yang tercinta ini turut juga diperkatakan.

Apa yang nak dikongsi pula disini, iaitu satu point yang dibincangkan tadi, berkenaan "kesan dan akibat." Jadi marilah kita singkap, bagaimana yang dikatakan? Sebelum kita melakukan sesuatu mesti memikirkan kesan dan akibatnya. Lantaran itu, semuanya sudah dijelaskan ustaz Shahrul Ifwat semasa bersembang dengannya selepas jumaat tadi.

Sikap Kita Sering Terleka,

Sebagai manusia, melakukan kerja tanpa memikirkan kesan itu dianggap perkara biasa. Kerana lumrah manusia, sifat terlekanya kita, menyebabkan otak kita hanya berfikir kesan untuk jangka masa yang singkat sahaja, tanpa memikirkan kesan dan akibat bagi jangka masa yang panjang. Malahan juga, ada yang tidak memikirkan kesan dan akibat langsung, itu sangat teruk!

Ini kerana, terlekanya kita atau lebih mudah difahami, iaitu lupa merupakan satu sifat semula jadi yang berlaku secara langsung mahupun tidak langsung. Penyakit lupa inilah yang menyebabkan kelemahan kita dalam memikirkan kesan dan akibat, sebelum kita melakukan. Dan juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang memikir, terutama dalam memikir kesan serta akibat.

Jika kita perasan, bahawa terlupanya kita dalam memikirkan kesan dan akibat menyebabkan ianya bergantung kepada nasib diatas ketentuan Allah SWT, misalnya kita memandu kereta dengan lajunya sekali. Difikirkan kesan dan akibat memanglah akan menyebabkan boleh berlaku kecelakaan, tetapi akhirnya kesan dan akibatnya selamat tanpa berlaku kecelakaan sekalipun. Maka itu semuanya diatas takdir Allah SWT.

Tetapi kebanyakkan selalunya kita melakukan kerja tanpa memikirkan kesan dan akibat, menyebabkan kita akan gagal dan terkandas, samalah seperti memandu kereta dengan lajunya sekali, menyebabkan kebarangkalian berlaku kecelakaan lebih mudah, berbanding kita memikirkan diawal lagi kesan dan akibat menyebabkan kita akan lebih berhati-hati. Dan kebarangkalian berlakunya kecelakaan susah.

Saya juga tidak dinafikan, apa yang kita lakukan semuanya ditentukan oleh Allah SWT, cumanya tidak akan berlakunya sesuatu itu tanpa ada sebab-sebab tertentu. Ibaratnya pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin. Kemalangan takkan berlaku jika kita tidak memandu dengan laju. Jadi memikirkan kesan dan akibat ini seharusnya perlu diawalnya lagi.

Bagaimana Untuk Memikirkan Kesan dan Akibat?

Caranya mudah, apa yang difahami akan kata ustaz Shahrul Ifwat tadi, mulanya pastikan kita melihat keadaan sekeliling kita dahulu! Itu yang perlu dipastikan betul-betul. Sebelum melakukan sesuatu itu, fikirkan kesan dan akibat dengan melihatkan keadaan disekeliling kita dahulu, dan menilaikan sejauh mana kesan dan akibat ini akan berlaku.

Misalnya juga, kita memandu kereta dengan lajunya sekali, pasti kita fikirkan. Jika kita memandu kereta dengan laju sekali, pertama adakah kawan ataupun keluarga di dalam kereta naik bersama kita akan suka atau benci? Dan adakah mereka akan hidup ataupun mati? Itu perlunya difikirkan keadaan sekeliling sebelum memikirkan diri sendiri.

Jadi sekiranya kita melihat keadaan sekeliling kita, ianya lebih membuka mata dan minda, untuk kita mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kesan dan akibat yang akan terjadi. Justeru apabila kita faham, kita akan lebih berhati-hati, dan orang disekeliling juga akan menyukai. Perkara ini juga perlu sentiasa di ingati, agar kita tahu berbudi apabila ditempat orang nanti.

Selain itu, jangan tergesa-gesa dalam memikirkan kesan demi jangka masa yang pendek sahaja, perkara ini selalunya manusia akan cepat melatah dari menilai semua aspek, terutamanya wanita yang selalu melakukannya. Seharusnya, kita perlu bertenang dalam meletakkan keputusan untuk mencapai kesan dan akibat yang baik untuk jangka masa yang panjang. Serta memberi manfaat kepada semua orang.

Penutup Bicara,

Kesan dan akibat itu penting untuk di nilai sebelum kita melakukan, jika kesannya memberi manfaat dan kebaikkan maka selayaknya diteruskan, jika tiada maka perlulah berhati-hati. Yang pasti, kita perlu bijak mengatur strategi dalam memikirkan satu kerja yang dilakukan pasti ianya akan menjadi mudah. Jika kita melakukan kerja cacar merba menyebabkan kerosakkan akan berlipat ganda.

Selain itu, kesan dan akibat semestinya di nilai dari sudut positif mahupun negatif, kerana disetiap kelebihan pasti ada kekurangan, dan disetiap kebaikkan pasti ada keburukkan. Begitulah juga sebaliknya, maka dengan itu, kesan dan akibat perlu dilihat dengan penilaian yang padat, untuk mendapat kesan dan akibat yang tepat.

AshrafHadi
13.10.2012
Mafraq, Jordan. 

2 ulasan:

  1. Pepatah melayu ada mengatakan terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Apakah ini mengajak kita supaya fikirkan kesan dan akibat sebelum bertindak? Syeikh Mahmoud Al Maghlani sering mengingatkan bahawa "adab lebih penting daripada ilmu".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dan benar, pepatah itu mengajak kita berfikir kesan dan akibat sebelum bertindak. Jika merasakan perkataan yang dilontarkan sesuai maka tidak menjadi masalah, tetapi jika tidak sesuai maka itu boleh menimbulkan masalah. Berkenaan kata Syeikh Mahmoud Al Maghlani iaitu "adab lebih penting daripada ilmu," mungkin saya boleh simpulkan dengan ucapan guru saya disini, dengan menyatakan, "berilmu tanpa adab melahirkan manusia yang biadap." Wallahualam, Jazakallah khir..

      Padam