قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

11 Mei 2012

Adat Yang Menyusahkan Dari Agama


Kebarangkalian kita tanya-tanya, apakah adat yang menyusahkan? Saban hari perkara ini bermain difikiran kita. Hampir setiap masa dan ketika kita terikat dengan adat terutama dalam kalangan masyarakat melayu pada hari ini. Adat yang dimaksudkan ialah adat resam turun menurun dari zaman ke zaman yang menjadi peraturan tetap untuk masyarakat kita pada hari ini. Adat yang dikatakan mengikuti syara' tidak menjadi masalah, tetapi berbeza dengan adat yang menyusahkan dari agama, walhal agama itu mudah. Kenapa dan mengapa??

Adat dipandang mulia,

Hari ini ramai orang memandang satu perkara adat resam yang dikatakan itu mulia dan baik. Tidak dinafikan ada baiknya, cuma apabila adat yang menyusahkan dan melanggari batas syara'. Sebagai contoh, dapat kita lihat dengan jelas sekali antaranya didalam bab munakahat iaitu pertunangan. Tunang adalah satu usaha yang mulia yang mana untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Didalam islam pula tunang itu sangat mudah, hanya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin maka ikatan pertunangan sudah terjaling. 

Tetapi berbeza pula dengan adat, pertunangan semestinya perlu diadakan secara majlis rasmi. Seperti majlis penyarungan cincin kepada pihak wanita, tambahan pula apabila bertunang itu pun dikirakan sebagai mulia kerana menjangka laluan mudah untuk ke alam perkahwinan. Secara jujurnya saya ingin menyatakan, tidak dinafikan sememangnya pertunangan itu mulia, cumanya adat kurang sedikit jika kita mementingkan adat dari agama.

Jika dapat kita lihat, agama menyatakan didalam pertunangan tersebut pasangan harus saling kenal mengenali dan dapat memberi kata putus samada untuk terus kahwin atau sebaliknya, berbanding dengan adat yang menyatakan sudah "halal" walaupun baru bertunang. Kerana hari ini ramai ibu bapa tersilap, menyangka bahawa apabila bertunang itu wajib berkahwin. Apabila beranggapan wajib dan halal tidak lama lagi, maka ibu bapa sendiri mengizinkan untuk si pasangan tunang itu berdua-duaan melakukan maksiat atau sebagainya.

Didalam pertunangan itu pun sebenar perlu menjaga batas syara' untuk kita saling kenal mengenali dan membuat keputusan samada untuk meneruskan perkahwinan ataupun tidak. Bukannya apabila bertunang itu wajib kahwin, tidak sama sekali dan belum tentu lagi, kerana hari ini dapat kita lihat dengan jelas, ibu bapa ramai memberi tanggapan mereka yang bertunang wajib kahwin dan halal, menyebabkan si tunang masing-masing dibenarkan membawa tunang kesana kemari tanpa menjaga batas syara'.

Apabila didalam pertunangan itu putus, maka mereka merasa malu dan sebagainya. Kenapa berasa malu? kerana perkara "wajib" tadi tidak terlaksana menyebabkan merasa malu tak terhingga. Sangat truma dengan ayat "putus tunang," tetapi didalam islam langsung tidak menjadi masalah walaupun berputus tunang, kerana jodoh ditentukan oleh Allah SWT, tetapi lain pula dalam adatnya.

Ini jelaslah menunjukkan bahawa adat yang menyusahkan dari agama, walhal agama itu sebenarnya mudah. Sebagaimana hadis nabi:-

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh karena itu kerjakanlah dengan semestinya, atau mendekati semestinya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebagian malam" (Shahih Bukhari)

Sememangnya agama itu mudah jadi kenapa kita perlu susah? Itu baru contoh bab munakahat dalam kategori pertunangan belum pula bab hantaran dan mahar. Hari ini menjadi adat, dengan meletakkan hantaran perkahwinan terlalu mahal kerana untuk menjaga maruah dan sebagainya. Kononnya meletakkan hantaran dan mahar yang murah ibarat seperti harga diri wanita itu terlalu rendah dan murah.

Selain itu mahar atau hantaran yang murah ada juga menyatakan lelaki tidak menghargai wanita, oh! jika begitu, setuju tak jika saya menyatakan mahar dan hantaran yang mahal seperti menjual wanita kepada lelaki?  Andaian sungguh banyak pula, jika murah dikatakan lelaki tidak menghargai wanita, dan seperti harga diri rendah dan murah.

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Sungguh menyedihkan, kerana kita terlalu terikat dengan adat menyebabkan kita merasa mulia tanpa melihat kepada ajaran agama yang sebenarnya. Hal ini tidak boleh dinafikan sama sekali, hattakan ustaz Azhar Idrus sendiri pun kerap menyebut didalam ceramah kuliahnya yang menyatakan adat banyak yang menyusahkan dari agama. 

Islam itu mudah

Sebenarnya saya tegaskan sekali lagi bahawa islam itu mudah, sepertimana hadis yang dikatakan diatas tadi. kemudahan itu nampak sangat senang untuk kita mengerjakan ibadah didalam kehidupan, tetapi apabila adat yang menyakat kemudahan dalam agama itulah yang menyebabkan kita yang susah.

Apabila kita memahami semudah agama yang dimaksudkan dengan sebenarnya, maka kita akan nampak sesuatu kelebihan islam kepada penganutnya. Sesungguhnya Allah SWT pun kasih dan sayang kepada kita, dengan memberi kemudahan, cuma apabila adat yang menyusahkan menyebabkan pelbagai masalah akan timbul.

Penutup kalam dan harapan,

Akhir kata dari saya yang biasa ini, sebenarnya kefahaman kepada islam sangatlah dititik beratkan. Dua contoh yang saya kemukakan didalam bab munakahat itu selalunya banyak yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini, itu belum lagi bab yang lain yang tampak banyak lagi kesalahan yang meletakkan adat dari agama untuk diutamakan.

Selain itu, jangan kita meletakkan adat dihadapan dari agama, sesungguhnya meletakkan agama dihadapan lebih selamat. Jangan merasa malu jika kita tidak mengikuti adat yang tampak lari dari landasan syara'. Kerana kita melakukan sesuatu amalan yang dituntut haknya yang sebenar didalam agama. 

Saya juga memohon maaf andai tersalah kata dan terkasar bahasa, bukan berniat mahu menyalahkan adat turun menurun dari nenek moyang kita. Cuma jika adat yang menyusahkan dari agama menyebabkan pelbagai kemaslahatan timbul yang menyebabkan kita merasa berat dan tertekan. Sesungguhnya ISLAM ITU MUDAH.

AshrafHadi
11.May.2012
Mafraq, Jordan.

3 ulasan:

  1. Saya sangat setuju dengan anda. Adat yang kita gunakan agak menyusahkan. Walhal kadangkala ia tidak diwajibkan pun dalam agama. Contoh yang paling ketara ialah ayat macam ni:

    kawan: kenapa belum kahwin lagi Man?
    Man : Duit belum cukuplah..

    Adat menjadikan kos sesuatu perkahwinan itu menjadi tinggi. Akibatnya kita lihat pasangan melakukan maksiat akibat desakan nafsu.
    Bukannya sebab tak nak kahwin tapi belum mampu dari segi ekonomi.

    Dan ada beberapa lagi perkara yang menghalang perkahwinan disebabkan adat yang tidak mahu saya kongsikan kerana mungkin akan menyinggung sesetengah pihak.

    Salam ziarah.

    BalasPadam
  2. Sebab itu saya ketengahkan perkara ini saudara,saya merasakan bahawa agama itu mudah tetapi kita yang menyusahkan. Apapun jika kembali kepada ajaran islam insyaAllah akan dipermudahkan.

    BalasPadam