قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

20 Nov 2011

Pengalaman Indah Jika

"Aku sebenarnya aku"
Kebarangkalian kita ini masih tidak sedar bahawa kehidupan di "negeri orang" sangat berbeza. Pengalaman demi pengalaman di kutip dan di cari untuk diri sendiri yang tidak seberapa ini. kepayahan suasana yang amat berbeza sekali yang di rasai sangat susah. Tetapi dalam kesusahan itu mempunyai pelbagai cerita suka dan duka, di dalam kesusahan itu kita tahu erti kehidupan, kita tahu erti duniawi dan ukhrawi, kerana di setiap kesusahan ada pengalaman dan di dalam pengalaman ada manis pahit perjuangan. Aku terfikir kenapa aku terbang jauh datang kemari, mungkin fikiran aku masih kebudak-budakan hanya yang aku jumpa hanya persekitaran dan pemandangan, tetapi aku belum berjumpa kematangan. Kematangan itu penting untuk aku menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah, hanya keseronokan aku di sini yang menyebabkan aku tumpas jauh jatuh ke bawah, hanya perlu muhasabah diri aku kembali untuk aku sedari diri aku yang hina ini. Keluhan dan dugaan itu hanya Allah berikan kepada hambanya yang mampu tempuhi sahaja, jika lepas dari ujian itu maka lulus lah kita. Seperti itu juga aku ketahui bagaimana kita ini manusia seharusnya kembali kepada niat yang asal. Setiap apa yang kita amal bermula dari niat, maka ketahui lah olehmu wahai sahabat, niat itu yang penting dan menjadi pokok yang asas dalam melakukan setiap amalan. Kedatangan aku di sini menjadi harapan yang penting oleh keluarga, sahabat dan masyarakat. Seharusnya aku mesti melangkah jauh, tetapi aku terleka seketika kerana di sini aku perlu atur strategi kehidupan aku sendiri dan hanya di bantu oleh sahabat yang lain. Alangkah malangnya jika aku tidak mengambil kesempatan yang ada ini untuk aku mencari segala isi ilmu di bumi an'biya ini, sesungguhnya aku masih di alam kelekaan lagi. Bagaikan duduk di dalam bilik yang gelap tanpa ada lampu untuk meneranginya. Aduhai ini bukan luahan aku untuk aku mengadu domba, tetapi ini adalah hakikat yang aku mahu ceritakan bahawa kita ini manusia selalu ingat Allah bila kita merasa diri ini susah, apabila kita jauh dengan Allah maka kita ini ibarat seperti layang-layang yang terputus tali, selain itu belajar dari pengalaman amat penting sekali kerana di situ ianya akan mendatang kan kematangan kepada diri manusia untuk berfikir lebih jauh. Menyalahkan diri sendiri lebih bermakna dari menyalahkan orang lain supaya kita tidak di lihat kan akan kebodohan kita kepada manusia lain. Andai aku tersalah kata aku mohon ampun dan maaf, aku harapkan doa dari kalian untuk aku berjaya di sini. Ingat kita manusia Allah berikan cukup sempurna cuma kita saja yang akan mencorakkannya. 

0 comments:

Catat Ulasan