قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

17 Okt 2011

Seronok, gembira dan harta.

Dalam kehidupan ini semua manusia mahukan sesuatu benda yang menyorokkan, menggembirakan, harta yang bernilai. Bagai itu jugalah aku, aku mahukan semua itu jika di tanya kepada aku. Tetapi jika mahukan semua itu manusia perlu berusaha untuk mendapatkan setiap perkara berikut. Selain itu, kita juga janganlah lupa kepada tuan empunya segala-Nya iaitu Allah S.W.T. Kerana setiap kenikmatan yang di berikan itu semuanya Allah yang izinkan untuk jadi, seperti mana firman Nya dalam surah Yassin ayat 81 yang bermaksud: Sesungguhnya keadaan kekuasaan Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanya dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: maka jadilah engkau, maka ia terus menjadi.
Jadi kita sebagai hamba Allah S.W.T. di atas muka bumi ini wajib ke atas kita mentaati perintahnya dan meyakini segala yang terjadi di atas muka bumi ini ada kehendak dari Allah Yang Maha Esa. Berbalik kepada 3 perkara tadi iaitu sesuatu yang menyorokkan, hal ini saya ketengahkan kepada usia kita, yang mana setahunya manusia termasuklah diri aku yang hina ini, perlukan satu perkara yang seronok. tidak di kira apa sahaja sekalipun, janji semua itu mesti seronok. Sehinggakan tidak mengira batas halal dan haram dalam islam demi kepuasan diri sendiri. Tetapi amat sedih juga aku ingin utara kan bahawa dalam keseronokan itu ada kepahitannya, antaranya satu misal yang aku berikan kepada semua ialah bagaimana kita di perdaya oleh syaitan yang sentiasa tidak putus asa dalam menghasut keturunan Adam dan Hawa. Pertama apabila kita di dalam keseronokkan sebenarnya kita berada di dalam kawasan yang lara. Seperti mana hadis Nabi: Daripada  Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W bersabda maksudnya: janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya dengan banyak ketawa ianya akan mematikan hatimu. Jadi jika ada keseronokkan mesti ada gelak ketawa, tetapi jangan salah faham pula, bukan tidak boleh ketawa, boleh jika kita mahu ketawa tetapi jangan terlebih lara sehingga kita terlupa. Jika hendak ketawa tiada masalah cuma jangan lebih-lebih sahaja itu yang aku maksudkan. Sesunguhnya Islam ini agama yang mudah dan anda perlu halusinya secara total. Kedua mengembirakan, gembira ini adalah sifat yang bahagia, sesunguhnya sesuatu perkara gembira amat sesuai jika kita mahu kabarkan kepada rakan yang lain jadi digalakkan sama sekali, tetapi perlu juga kita beringat di dalam kegembiraan ada juga kesedihan, apabila terkenang saudara sesama islam kita di Palastien, Somalia dan sebagainya mereka hidup di dalam kesusahan, hal ini lebih menyedihkan apabila kita terlalu leka denga bisikan dunia sehinggakan kita terlupa bahawa dalam kita bergembira ada juga yang kesedihan jadi tolong menolong dan bantu membantu perlu di semai dalam diri kita ini. Seharus kita berfikir bagaimana kita mahu menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. ketiga harta benda, iaitu perkara yang di kejar oleh manusia pada hari ini, ramai sanggup korban segalanya demi mengajar dunia untuk mengaut kekayaan yang ada di atas dunia ini. Dari Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu beliau berkata, Kami mendengar Nabi SWA bersabda, ‘Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya, maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya). (HR Ibnu Majah (no. 4105), Ahmad (5/183), ad-Daarimi (no. 229), Ibnu Hibban (no. 680) dan lain-lain dengan sanad yang shahih, dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban, al-Bushiri dan Syaikh al-Albani). Jadi disini hadis menerangkan bahawa jika mengajar dunia mesti kita tidak akan merasa cukup sebaliknya kita mesti mengawal diri agar kita tidak terlebih mengejar dunia. Tidak salah oleh mengerjar dunia tetapi kita jangan lupa kepada akhirat yang sedang menunggu kita bila tiba ajanya. Konklusinya di sini setiap perkara yang dilakukan tidak salah sama sekali, tetapi ianya akan salah apabila kita melebihi batas panduan islam. Cukuplahnya sekadar bersedarhana untuk kita menjadi seorang muslim yang berjaya, aku juga berpesan pada diri aku ini yang tidak seberapa supaya kita semua boleh berusaha melakukannya bersama-sama.                      

0 comments:

Catat Ulasan