قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

14 Dis 2012

Apa Sebab Nak Kahwin?


Ayah seorang imam di kampung, dan tok kadi yang mengahwinkan orang lain. Sudah hampir 15 tahun dia bertugas sebagai imam masjid di kampung dan tok kadi. Namun kepenatan, dan keperitan dia bertugas langsung tidak menonjol. Malahan sentiasa kuat dan bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang diberi.

Lebih mesra di panggil tok imam sahaja di kampung. Setiap orang di kampung yang mahu menikahi pasti akan berjumpa dengannya. Selalunya pelbagai soalan ditanya olehnya kepada orang yang memohon untuk mengisi borang nikah darinya. 

Pernah satu hari, selepas solat asar di waktu petang, aku bersama ayah duduk berehat di atas sofa di ruang tamu. Tiba-tiba ayah mengusik ku dengan bertanyakan soalan,

                  "Ashraf, jika diberi peluang kahwin, apa sebab Ashraf nak kahwin?"

                  "Ish! ayah ni, Ashraf tak merancang lagi nak kahwin, jadi tak ada sebab nak kahwin," jawabku pula dengan mudah.

                  "Katakan laa.. Esok Ashraf dah nak kahwin, haaa.. itu jadi apa sebab?" Tanya ayah lagi dengan sedikit memaksa supaya aku menjawab soalannya, sambil mengukir senyuman kepadaku.

Sambil memikir dan merenung jauh, lalu ku berkata,

                  "kalau cik kahwin, cik nak kutip kebahagian di dunia dan akhirat, sebab selalunya orang kahwin mesti fikir nak elak bermaksiat, dan berzina, nak merasa tanggungjawab, ada juga nak ikut sunnah. Itu betul ayah, tapi cik merasakan perlu juga memikir untuk berjumpa semula dengan keluarganya  di akhirat kelak. Bila nak berjumpa semula, cik kena jadi seorang suami yang baik, bapa yang mithali, dan bertanggungjawab kepada keluarga cik. Jadi barulah cik dapat jumpa keluarga cik di akhirat nanti." Jawabku sambil mata memandang jauh.

Tanpa disedari ayah memandang rupaku yang mana ketika itu mataku melirik ke luar rumah, kemudian ayah berkata kepada ku,

                  "Ashraf, ayah minta maaf jika di akhirat ayah tak dapat nak himpunkan keluarga kita nanti di sana, apa pun ayah akan cuba dan berusaha untuk dapatkan kita berjumpa." Kata ayah sambil bangun menuju ke dapur beriringan air mata yang sedikit titis mengalir keluar.

Aku hanya mampu memandang rupa ayah ketika itu, tanpa berkata apa-apa. Sungguh pun benar ketika itu, aku sangat tersentak dengan jawapan ayah. Kerana ayah bagiku seorang yang baik dan bapa yang penyayang. Namun dia masih menyatakan bahawa dia selalu melakukan kesilapan, walaupun namanya manusia mestilah ada salah dan silap.

Jawapan aku pula, bukanlah menunjukkan aku mampu berkahwin ketika itu ataupun sekarang, ataupun aku ini baik dan bagus, ianya tidak sama sekali. Cumanya aku hanya dapat menyatakan hasrat yang aku impikan bila mana aku berkahwin akan itu aku kejarkan. Tak cukup hanya berjumpa dan bermesra di dunia, akan tetapi mesti aku kejar untuk berjumpa dan bahagia di akhirat bersama keluargaku.

Akhirnya juga, antara soalan ayah yang ditanya jika orang yang ingin berkahwin ketika mana berjumpa dengannya ialah,

                  "Apa sebab nak kahwin?"

Pasti pelbagai jawapan yang akan diberikan kepada ayah, ada yang terkejut, dan ada yang malu. Juga tak terlepas ada yang tersipu-sipu. Apa pun yang penting ulasan ayah, dia mesti kaitkan berkahwin niat kerana Allah dan juga sebab mengikut sunnah Nabi Muhamad S.A.W.

AshrafHadi
14.12.2012
Mafraq, Jordan.

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah kerana ada wawasan akhirat pada setiap perlakuan termasuklah soal mendirikan rumahtangga. Antara amanah utama ialah mencari bakal ibu atau bakal bapa anak kita yang takwa. Ramai yg terlanjur iaitu memilih calon ibu atau bapa kepada anak kita yg tak punyai kriteria manusia takwa. Namun usah putus harap. Semoga iman akan terus menebal dan Allah bakal memberi pengakhiran yg baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan kata-kata tuan. Mohon tunjuk ajar dari tuan kepada saya yang dhaif ini. :)

      Allah yubarikfiq..

      Padam
  2. :)maka sebelum ke arah itu..
    prlu tanya kepada diri.
    bagaimanakah persediaan?

    BalasPadam