قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

3 Apr 2011

Madu dan Racun

Madu dan Racun
kehancuran di bumi Palastien

bumi Malaysia
Keindahan alam semula jadi diatas muka bumi Allah S.W.T yang diciptakan untuk hamba-Nya. Kehidupan yang tenang dan damai
berjiwa suci mengingati Allah S.W.T tentang kebesaran Zat Allah yang menjadikan bumi dan langit ini tanpa tiang. Kesenangan yang kita hadapi di limpahi jutaan rahmat Allah kepada kita yang berada di Malaysia ini, berbanding saudara kita yang berada di Palestine, Somalia, Afrika dan seterusnya yang hidup dalam penuh pancaroba ujian dari Allah. Ke sengsara mereka tidak penah dirasai oleh kita yang berada di sini, kita ibarat seperti Madu yang hidup penuh dengan kenikmatan, berbanding dengan saudara kita di sana yang hidup bagaikan racun yang berbisa menusuk ke dalam diri mereka. Sebenarnya Madu yang kita kecapi ialah Madu yang hanya sementera sahaja, kerana kenikmatan yang kita diberi sekarang kita semakin jauh dengan Allah. Kesenangan itu sebenarnya ujian juga dari Allah, kita jangan anggap bahawa kesenangan yang Allah berikan itu akan berkekalan lama, kerana kehidupan kita bagaikan putaran roda. Lihatlah dahulu kita di jajah oleh orang barat sehingga berkurun lamanya hampir 450 tahun kita dijajah dari permulaan dijajah sehinggalah akhir penjajahan di bumi Malaya padah masa itu. Ketika itu ramai Perjuang bangun melawan penjajah. Lihatlah pada masa itu betapa peritnya untuk kita mendapat bekalan makanan hatta kan untuk membebaskan Tanah Melayu pada masa itu amat susah. Nenek Moyang kita dikerah menjadi buruh paksa, dan pelbagai lagi. itulah zaman keracunan Malaya atau di kenali Tanah Melayu. Tetapi sekarang kita berada di zaman Madu yang penuh dengan kemanisan dan kenikmatan. Tetapi kita lalai dengan Maha Berkuasa Seluruh Alam. Segala seruan-Nya kita abaikan, berbanding saudara kita di luar negara sekarang mereka berada di zaman racun pula. Tidak mustahil kita akan juga kembali kepada zaman keracunan pula. Kerana apabila kita berada didalam kesenangan kita akan lupa kepada Allah. Tetapi bila kita berada dalam kesusahan kita akan ingat pada Allah. Peliknya Manusia pada hari ini, termasuk diri kita yang tidak seberapa ini. Jelas di sini menunjukkan bahawa kesenangan yang kita dapat juga ialah azab juga kepada kita. Jadi sentiasa lah ingat kepada Allah sementara kita diberi peluang pada zaman madu ini. Andaikan jika Allah menarik segala kenikmatan yang Allah berikan kepada kita nescaya akan menyesal kita dalam diri ini. Segala ketentuan Allah disebabkan kerana takdir Ilahi. Berhati-hatilah wahai umat islam termasuk diri kita yang tidak seberapa ini. Kerana orang kafir selalu akan mencari peluang untuk menjatuhkan umat islam. Ketetapan iman dalam diri untuk kita menempuh segala dugaan oleh Allah. Ingat kita sekarang berada pada zaman madu tidak mustahil kita akan ke zaman racun. Sentiasa lah persiapakan diri kita dengan ilmu yang penuh dengan keimanan cahaya dari Allah.

0 comments:

Catat Ulasan