قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

4 Ogo 2012

Al Imam Abu Hanifah dan Atheis



Soalan Pertama

“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :

“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”

Soalan Kedua

“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”

Soalan Ketiga

“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

“ Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab :

“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”

Mereka menjawab : “ Nombor 3”

Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”

Mereka menjawab : “Nombor 2”

Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”

Mereka menjawab : “Nombor 1”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”

Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat

“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Mereka menjawab : “ Tentu sekali”

Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”

Soalan Ketujuh

“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”

Soalan Kelapan

“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
*******

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.

“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”

Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “ Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah)

28 Jul 2012

Janji Ditepati: Kontroversi atau Transformasi?


Terhenti daripada menulis, kerana kesibukkan imtihan yang sudah dilalui. Menyapa pula kali ini untuk menulis, secebis rasa yang terlintas di minda. Memandangkan bulan Ogos nanti adalah bulan kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta. Suasana bahang kehangatan untuk sambutan bulan kemerdekaan semakin terasa. Tambahan pula dibulan puasa, dengan tema JANJI DITEPATI pada tahun ini, adakah menjadi satu tema yang membawa kontroversi atau transformasi?

Mengapa Kontroversi?

"Usah bicara jika berdusta, negara ini negara kita bukan harta pusaka mereka," 

Kata-kata keramat inilah, yang membawa semangat untuk saya menulis apa yang ingin dikata. Serta meluahkan apa yang dirasa, untuk bumi Malaysia yang tercinta. Mengapa tema menjadi kontroversi? Sudah di lihat, dengan pemilihan tema "janji ditepati" ini seolah-olah tertumpu kepada sebelah pihak sahaja. Kemudian mengapa pula kerajaan tidak memilih tema yang merangkumi semua rakyat?

Kerana dalam kata nama "kerajaan," tidak ditumpu kepada satu pihak sahaja. Ianya meliputi semua lapisan masyarakat, tidak mengira rakyat yang menyokong mahupun membangkang. Semua rakyat diberi hak sama rata oleh kerajaan. Kerana kerajaan yang mentadbir sekarang semuanya hasil dari rakyat yang membayar cukai, dan juga membayar segala cas yang dikena, tanpa tidak mengira dari aliran parti mana pun.

Justeru itu, kerajaan tiada hak untuk menumpu kepada sebelah pihak yang menyokong sahaja, kerana keseluruhan rakyat yang lain juga ada hak untuk mereka. Jadi peranan kerajaan adalah keseluruhan, maka temanya juga mesti nampak keseluruhan. Bukannya tema yang nampak berat sebelah. Sepatutnya tema semestinya mempunyai nilai patriotik yang tinggi dalam menyemai sifat nasionalisme di dalam diri.

Saya tertanya-tanya, mengapa pasti "janji ditepati," dan apa kaitannya dengan kemerdekaan negara kita pada kali ini?. Persoalan ini timbul apabila terfikir akan tema yang diberi. Ianya seolah-olah melihat bahawa "janji ditepati" ini menunjukkan peranan dan sikap kerajaan yang optimum dalam memberi kepada rakyat.

Sebenarnya, menjaga keamanan, ekonomi, sosial budaya dan kebajikan rakyat adalah sememangnya peranan kerajaan. Walaupun tidak berjanji sekalipun, kerajaan wajib menjaganya. Bukan dikira "janji ditepati" lagi, kerana itu ada amanah dan tanggungjawab kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jika mengatakan "janji ditepati," ianya seolah-olah bahawa kerajaan berperlu berjanji baru hendak memberi.

Transformasi Dengan Janji Ditepati,

Selaras dengan tema yang dibawa untuk sambutan kemerdekaan pada kali. Sebenarnya juga, ianya membawa transformasi kepada rakyat dan negara. Supaya berfikir dengan matang menilai dengan transformasi yang perlu dilakukan, demi kebaikkan negara yang tercinta.

Sebagai anak muda yang berbicara, saya meletakkan transformasi di dalam tema "janji ditepati" ini seharusnya menghapuskan korupsi dan rasuah pada kali ini. Ianya perlu dinilai, mengapa perlunya sifarkan kuropsi dan rasuah semperna kemerdekaan kali ini. Kerana, janji ditepati untuk mengurangkan kuropsi sangat diperlukan, bagi memajukan sesebuah negara.

Jika adanya kuropsi dan rasuah, menyebabkan proses kemajuan negara juga terbantut. Dalam usaha memajukan negara, janji ditepati ini amatlah penting kerana menjaga kebajikan rakyat dan dapat mengurangkan keciciran wang negara yang semakin tiris. Maka dengan itu, membawa transformasi dengan selaras tema "janji ditepati" perlunya kerajaan mengosongkan kuropsi dan rasuah yang semakin menjadi-jadi.

Selain itu, membawa transformasi lagi dengan tema "janji ditepati," kerajaan perlu mengalas amanah dengan penuh karisma. Amanah yang diberi oleh rakyat kepada kerajaan yang dipilih seharusnya dijaga dengan teliti, bukan membuat seperti hak diri sendiri. Kerana jika kerajaan buat seperti hak diri sendiri, menyebabkan kerajaan akan tercuai dan terleka dengan bisikan dunia, sehingga hak rakyat tidak terjaga.

Menjaga kebajikan rakyat penting dengan penuh amanah, supaya kehidupan rakyat terjamin dengan baik di dunia mahupun di akhirat. Jika kerajaan memikul amanah dengan penuh hemah serta karisma, ianya membawa satu transformasi yang menjanjikan kemenangan kerajaan dengan selesa.Tetapi jika tidak dijaga dengan sempurna menyebabkan kerajaan akan kurang mendapat sokongan, kerana kerajaan nampak hanya menjaga kroninya sahaja.

Justeru itu, transformasi ini penting untuk kerajaan nilai selaras dengan tema kemerdekaan pada kali ini. Untuk memajukan agama, bangsa dan negara mengikut dengan konsep 1 Malaysia. Peranan transformasi ini menyebabkan kerajaan akan lebih didekati oleh rakyat, tanpa perlu menabur janji di awal Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Kerana, takut jika ditaburi janji ianya tidak dapat dipenuhi menyebabkan janji hanya tinggal janji. Kemudian keadaan mendesak menyebabkan tema pun seolah untuk memancing undi. Oleh hal itu, kerajaan perlu transformasi dengan sifarkan kuropsi, rasuah serta amanah tanpa mengira kroni untuk menarik lebih minat rakyat kepada kerajaan.

Jadi sebenarnya, janji ditepati yang dibawa oleh kerajaan dalam tema kali ini sepatutnya mengeluarkan janji untuk sifarkan kuropsi serta menjaga amanah lebih memukau dan menarik untuk menumpukan kebajikan rakyat yang semakin matang dalam menilai. Rakyat yang dipertengahan lebih memerhati tanpa menyokong secara membuta tuli. Juga ada muda seperti saya ini dalam usaha membawa kemajuan kepada negara.

Kalam Terakhir Untuk Mereka,

Saya anak muda yang mentah berbicara, tetapi saya mempunya perasaan cinta dan sayang kepada negara. Saya malu melihat negara saya berada dalam keadaan terdesak sehingga peranan kerajaan tidak terjaga. Jadi tema kemerdekaan kali ini sebenarnya mencetus pelbagai pertanyaan yang membawa kepada tanda tanya yang tiada jawapannya.

Sebab itulah saya menyatakan bahawa, dengan "janji ditepai" sebenarnya membawa kepada kontroversi dan transformasi untuk rakyat menilai apa yang sepatutnya perlu "janji ditepati" pada kali ini. Apakah "janji ditepati" hanya untuk memancing undi? Atau untuk menyemai sifat nasionalisme di dalam diri. Jika tema sesuai, insyaAllah tiada yang akan berbunyi. Tetapi jika tidak sesuai, sampai bila kita mahu begini?

Saya juga memahami semesti ada yang setuju mahupun tidak setuju dengan artikel kali ini. Tetapi demi perasaan saya cinta akan negara, terpaksa juga saya berkata untuk kita berfikir dan menilai dengan lebih matang dan rasional. Demi kesejahteraan negara, bukan bererti dengan pena penulisan ini saya tidak suka kerajaan, ianya tidak sama sekali. Cuma apa yang tidak betul itu perlu diperbaiki!

AshrafHadi
28/7/2012
Irbid Jordan.

14 Jul 2012

Ramadan Semakin Tiba


Ramadan kali ini menyapa lagi, saban tahun apabilanya tiba di awal ramadan diwajibkan semua umat islam supaya berpuasa. Erti puasa dari segi bahasa pula ditakrifkan sebagai menahan diri, manakala dari segi istilah menahan diri dari makan dan minum, serta melakukan maksiat bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Semuanya pasti sudah mengetahui akan erti puasa tersebut, tetapi tidak cukup sekadar mengetahui erti sahaja, tanpa juga mengetahui mengapa umat islam diwajibkan berpuasa? Serta kelebihan dan fadhilat dibulan ramadan.

Mengapa perlu berpuasa?,

Persoalan ini selalunya bermain di mindaku, jika dilihat puasa bagi agama yang lain hanya dilakukan pada waktu malam, tetapi mengapa islam dilakukan pada waktu siang? Jika agama lain berpuasa hanya tidak boleh makan benda yang berdarah dan hanya memakan sayur sahaja, tetapi mengapa islam pula tidak boleh makan kesemuanya? Hattakan minum air pun tidak boleh. Jikalau begitu dimana pula dikatakan islam itu agama yang mudah?.

Pelbagai persoalan timbul menyebabkan ku mencari jawapannya tersendiri, diselak satu persatu artikel dan kitab mengenai puasa untuk mencari jawapan yang bermain diminda. Apabila selesai pencarian maka aku ingin aku kongsikan. Berbalik kepada tajuknya mengapa perlu berpuasa?

Firman Allah SWT,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah:183)

Jelaslah menunjukkan bahawa dengan firman Allah SWT ini diwajibkan umat islam berpuasa, kerana Allah menyeru orang-orang yang beriman, jadi siapa lagi kalau bukan umat orang islam. Selain itu puasa menjadi salah satu rukun islam yang terkandung di dalamnya lima rukun. Jadi sebagai muslim ianya perlu dan wajib berpuasa kerana itu adalah rukun islam.

Selain itu, perlunya berpuasa ini kerana orang-orang terdahulu sepertimana pada zaman nabi-nabi lain mereka juga diwajibkan berpuasa. Antaranya perintah melaksanakan puasa bagi umat Nabi Musa merupakan rentetan dari kewajipan puasa yang diwajibkan pada umat Nabi Muhammad SAW, seperti dalam surah (Al-Baqarah: 183) 

Puasa yang dijalankan oleh Nabi Musa dan umatnya jauh lebih berat daripada puasa nabi Muhammad SAW dan umatnya. Mereka diwajibkan berpuasa selama 40 hari 40 malam. Dalam Kitab Perjanjian Lama, puasa Nabi Musa merupakan cikal bakal puasa bagi umat Nabi Isa kerana jenis puasanya juga sama. Bahkan, Nabi Musa berpuasa di Gunung Sinai ketika mendapatkan perintah ALLAH SWT.

Selain itu, perlunya berpuasa ini, sebagai tarbiah menguji keimanan kita kepada Allah SWT. Diakhir surah (Al-Baqarah: 183) menyebut "supaya kamu bertaqwa" melihatkan bahawa puasa ini menguji akan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Oleh itu, menjawab segala persoalan yang timbulnya tadi, seperti mengapa puasa disiang hari? Dan kenapa puasa tidak boleh makan dan minum disiang hari? Ialah untuk menguji kita sebagai umat islam akan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Pernah diceritakan seorang ustaz kepada saya, mengapa kita perlu tahan lapar dan dahaga di bulan puasa? Kerana apabila kita menahan lapar dan dahaga, menyebabkan keseimbangan badan akan terkawal. Selain itu sistem urat saraf di dalam tubuh badan kita akan dapat berehat seketika dari melakukan kerja penghadaman makanan yang tanpa henti. Apabila ianya direhatkan menyebabkan perairan darah dan sistem urat saraf berfungsi dengan baik dan berjalan lancar.

Kelebihan Di Bulan Ramadan,

Kelebihan bulan ramadan, antaranya Allah SWT meningkatkan ganjaran pahala jika kita melakukan amal ibadat kepada-NYA. Selain itu di bulan ramadan juga terkandungnya pelbagai keistimewaan, antaranya Al-quran di turunkan serta terjadi malam Lailatul qadar, yang menjadi malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Selain itu, pada bulan ramadan syaitan akan dibelenggu di neraka sepanjang ramadan yang mulia ini, kemudian pula pintu nereka di tutup serapat-rapatnya manakala pintu syurga di buka seluas-luasnya. Malahan itu juga, penghuni neraka pun tidak diseksa pada bulan ramadan. Ini menujukkan bulan ramadan menjadi satu bulan yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Malahan itu juga, bulan ramadan menjadi bulan tarbiyah kejatian keimanan manusia kepada Allah SWT. Sepanjang bulan umat islam sentiasa sibuk berlumba-lumba melakukan amal ibadat serta mencari secekupnya, untuk dibawa bekalan ke akhirat kelak. Kerana setiap amal ibadat dikerjakan semuanya dengan senang dilakukan tanpa ada ganguan dari syaitan, hanya manusia (islam) dengan Allah SWT sahaja dan nafus di dalam diri.

Persediaan Menghadapi Ramadan,

Pertamanya niat kita perlu diperbetulkan dahulu, kerana dalam menghadapi ramadan kali ini seharusnya nawaitu kita semata-mata kerana Allah SWT, bukan melakukan untuk menunjuk-nujuk serta melakukannya akibat dipaksa oleh sesiapa. Niat yang ikhlas kerana Allah SWT menjadi ramadan ini satu bulan untuk kita mengisi sepenuhnya makanan kerohanian di dalam diri kita.

Berazam tingkatkan amal ibadat, seharusnya itu penting di dalam bulan ramadan ini, untuk diri kita semua meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT. Disamping itu, keazaman juga dapat melahirkan semangat untuk kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT.

Kesihatan tubuh badan, perlunya juga di ingatkan terutama kesihatan fizikal dan mental ianya amatlah penting. Jika menghadapi ramadan dalam keadaan diri tidak sihat ianya menyukarkan usaha kita untuk melakukan ibadah puasa. Perlu dijaga kesihatan supaya kita menghadapi ramadan dengan penuh kesempurnaan dan keselesaan mengerjakan amal ibadat di dalam bulan ramadan.

Bersederhana dalam semua perkara. Hal ini amatlah penting dalam menghadapi ramadan kali ini, kesederhanaan menghadapi ramadan kali ini perlu di titik beratkan. Sebagai contoh selalunya kita terlupa apabila tiba waktu berbuka puasa, juadah lauk pauk terlalu banyak jenis aneka, sehingga tak habis di makannya, menyebabkan berlakunya pembaziran.

Perkara ini tidak boleh dinafikan sama sekali, apatah lagi untuk menidakkannya. Kerana secara umumnya jika masyarakat di Malaysia, selalunya apabila pergi ke bazar ramadan sentiasa akan rambang mata melihat kepelbagaian jenis masakkan juadah berbuka. Sehingga diborongnya terlalu banyak dan berlebihan menyebabkan apabila waktu berbuka tidak dapat dihabiskan. Disitunya pembaziran yang menyebabkan kerugian akan berlaku.

Firman Allah SWT,

 إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا 
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara-saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al Isra: 27)

Dengan dalil itu menunjukkan bahawa pembaziran boleh menyebabkan kita menjadi saudara syaitan, perkara ini selalunya orang terlupa dan tertinggal. Jadi di ingatkan, pepatah melayu juga menyatakan, "melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia" ertinya dalam melakukan sesuatu perkara hendak bersederhana supaya selamat. Ancak-ancak pula bererti tidak peduli baik buruknya. Jadi sederhana itu penting dalam menghadapi ramadan kali ini supaya dapat mengawal nafsu di dalam diri.

Ramadan Semakin Tiba,

Terasa keharuman ramadan ini semakin tiba, dan ditanya dalam diri ini, adakah ramadan ini dapat ku hadapi? Jika diberi peluang akan digunakan sebaiknya, tetapi jika tidak diberi kesempatan bagaimanakah nasib kita? Ramadan yang lalu bagaimana persiapan kita? Adakah ramadan kali ini persiapan kita serupa ataupun berbeza?

Ramadan yang dirindui akan tiba, tetapi jika persiapan tidak terjaga bagaimana nasib kita? Jangan difikirkan apa yang hendak makan bila berbuka? Tetapi fikirkan apa yang mahu dilakukan apabila ramadan tiba. Bulan yang penuh dengan kelebihan serta bulan keampunan. Perlukah kita hadapi dengan gelak tawa dan beranggapan ianya serupa hari-hari biasa? Tepuk dada tanya imam!

Jika kita sebagai hamba yang beriman, kedatangan ramadan kali ini disambut dengan transformasi di dalam diri. Perubahan yang sedikit juga memberi kesan yang besar kepada diri kita. Walapun ianya tidak dirasa tetapi Allah SWT adil melihatnya. Ramadan yang dilihat sebagai bulan tarbiyah bagi umat islam menjadikan medium kepada kita, untuk berpentas menunjukkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Moga ramadan kali ini menjadi latihan transformasi di dalam diri, serta kita menghadapi dengan penuh mujadah dan istiqamah supaya amalan yang dilakukan secara berlipat ganda di bulan ramadan akan diteruskan di bulan-bulan yang lain secara berterusan. Tidak semata-mata hanya dilakukan pada bulan ramadan sahaja.

Akhir kata,

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat islam di seluruh dunia, dan tidak dilupa kepada mak ayah serta adik beradik keluarga yang sentiasa dicintai. Juga tak dilupakan kepada rakan-rakan yang berada di Malaysia mahupun di Jordan. Serta adik beradik PRISMA sekalian. Semoga ramadan kali ini menjadi ramadan yang membawa transformasi di dalam diri ini. InsyaAllah! Ku mohon ampun dan maaf..

Ashrafhadi
14.7.2012
Mafraq, Jordan.   

28 Jun 2012

Mentaliti Kita Sejauh Mana?


Sukanya saya memetik ungkapan kata dari mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berkata, "infrastruktur kita di kelas pertama tetapi mentaliti kita pula di kelas ketiga." Itulah antara ungkapan yang membuatkan saya terfikir adakah benar apa yang dikatakan? Menjadi pelbagai persoalan timbul dalam diri ini untuk mencari sejauh mana kebenaran ungkapan yang melibatkan tentang mentaliti masyarakat kita pada hari ini, terutamanya bangsa melayu.

Lantaran itu, diselak satu persatu sejak dari awal sejarah kemerdekaan negara kita sampai sekarang ini, untuk kita menilai sejauh mana mentaliti bangsa kita yang tampak akhir-akhir ini ada sedikit kekurangan yang sering dihidangkan di media massa. Mentaliti yang dikatakan ada sedikit kekurangan mengapa? Kerana pernah diungkapkan juga untuk Tun Dr Mahathir Mohamad didalam perhimpunan agung Umno menyatakan bahawa "melayu mudah lupa."

Dahulunya melayu hidup susah, tetapi apabila senang ia lupakan segala kesusahan yang ditanggung orang dahulu sehingga kita leka akan kemewahan negara, tetapi akhirnya mentaliti kita pula tidak terjaga. Hari ini jelas apabila mentaliti bangsa melayu terutamanya, dari segi politik, budaya, dan  masyarakat melayu, sering menimbulkan masalah sesama sendiri.

Contoh yang jelas,

Dari segi politik melayu yang terbesar diwakili dua buah parti yang satu memperjuangkan nasionalis dan satu lagi memperjuangkan islam. Hari ini kita melihat masing-masing berpendirian teguh sesama idealisme yang diperjuangkan, tetapi kita melihat pula bagaimana setiap penyokong-penyokong idealisme itu membawa mesej pejuangan mereka. Apabila dikatakan sistem demokrasi kenapa hak rakyat tidak terjaga, kemudian ketaksuban menyebabkan kita melihat satu pihak saja. 

Inilah sikap mentaliti kita, misalnya lagi apabila pembangkang menganjurkan ceramah ianya juga dianjurkan oleh pihak kerajaan secara berdekatan. Kemudian timbullah perbalahan antara si pihak kerajaan dan si pihak pembangkang di dalam ceramah tersebut, sehingga batu dibalingkan menyebabkan seorang warga emas bergelumuran darah akibat terkena balingan batu tersebut. Jadi dimanakah mentaliti kita sebagai bangsa melayu yang sebenar?

Tak cukup dengan itu, selepas anjuran BERSIH 3.0 duduk dan bantah, yang dipengerusikan bersama oleh A.Samad Said, tetapi hakikatnya pula pengerusi BERSIH 2.0 pula yang mendapat tohmahan, serta tayangan perdana "senaman punggung" yang dilakukan oleh orang-orang melayu dihadapan rumah Ambiga tersebut.

Saya seikhlasnya bukan mahu bercakap untuk membela Ambiga, tetapi saya ingin menyatakan serendah itulah mentaliti kita sehingga perlu melakukan tindakan sedemikian. Antara yang terbarunya soal pehimpunan Royalti di kelantan yang mana ada peserta yang cedara akibat bergaduh dengan satu pertubuhan NGO diberi nama sebagai TUKAR, yang mendesak agak kelantan ditukar pemerintah kepada UMNO. Mengapa sedemikian rupa berlaku? Apakah budaya samseng sesama bangsa itu budaya amalan hidup bangsa melayu?

Selain itu juga, mentaliti pemikiran kita yang hanya terkatup dan tidak terbuka menyebab keculasan untuk untuk kita membuka minda melihat pelbagai kemaslahatan itu akan terbantut. Kataya negara demokrasi tetapi mengapa jadi begini? Misalnya jika mentaliti kita terbuka untuk memikirkan sebegitu cara. Tetapi lain pula pada kita, hanya ketaksuban sesuatu pihak sahaja yang menyebabkan kita ibarat seperti "lembu yang dicucuk hidungnya," hanya makan apa yang disuap dan telan apa yang diberi.

Dari segi budaya pula, hari ini dapat kita lihat sendiri apabila masyarakat kita lebih mengutamakan adat dari ajaran agama yang sebenar. Sebagai contoh seperti wang hantaran yang terlalu mahal, sebenarnya ianya berlaku dari mentaliti kita yang mementingkan adat, sehingga untuk melangsungkan satu perkahwinan pun menelan belanja yang tinggi. Walhal dalam agama langsung tidak mengajar sedemikian, sekadar yang termampu sahaja sudah memadai untuk berkahwin. 

Tetapi mengapa berlaku sedemikian? Kerana silapnya pemikiran bangsa melayu yang mengutamakan adat dari ajaran agama sehingga menyebabkan budaya keislaman melayu yang penuh dengan adat resam yang tidak menyusahkan tetapi disusahkan oleh masyarakat melayu sendiri. Akibat dari contoh yang diberikan tadi menyebabkan pelbagai masalah timbul, akibat dari tidak dapat berkahwin awal mahupun cepat, kadar penzinaan semakin meningkat. Jadi sampai bila mentaliti kita sebegini?

Dari segi budaya, dalam kalangan masyarakat melayu sendiri amatlah sedih dihati. Kerana perkara itu amat sukar untuk diubati, masyarakat kita lebih mempercayai karut-marut khurafat yang dari dahulunya sehingga sekarang masih ada yang melakukan. Sebagai contoh jika kita merasa dengki dan tidak berpuas hati, teruslah kita menyerangnya secara halus seperti menggunakan jin ataupun bomoh untuk menjatuhkan orang yang kita dengki. Mengapa bersikap sedemikian?

Pemikiran kita juga beranggapan seperti tidak mempercayai tuhan, kerana apabila melakukan perbuatan sedemikian, sesungguhnya kita melakukan syirik kepada Allah SWT. Itulah yang dapat kita lihat sekarang ini, mentaliti kita masih lagi kebawah dan tidak seperti negara-negara maju di eropah yang tampak jauh meninggalkan kita. Walaupun demikian, kita berbangga dengan prasarana pembangunan di negara kita tetapi perlu di ingat dengan mentaliti kita juga.

Akhir kata,

Melayu oh melayu, sampai bila kita mahu mentaliti kita layu. Berfikiran kusut yang menyebabkan idea kita pun semput, untuk memikirkan satu benda yang baru dalam mengubah persepsi diri terhadap sesuatu. Rupanya ketaksuban dan mereka apa yang dilakukan kita itu betul yang menyebabkan menjadi punca untuk mentaliti kita tidak ubah sehingga hari ini. Tetapi tidak diakui bukan semuanya bangsa melayu sebegini cumanya kita bertanya kepada diri kita sejauh mana mentaliti kita hari ini?

AshrafHadi
28.6.2012
Mafraq Jordan.

16 Jun 2012

Progresikan Dunia dengan Idea


‘IDEA is a carefully considered thought about something’

Suatu idea yang hebat tidaklah wujud dalam bentuk hasil, kerangka ataupun proses yang tertentu tapi ia wujud hanya sebagai satu pengenalan kepada kewujudan sebuah kerangka atau proses. Oleh kerana itulah, perlunya kita melihat sebuah idea itu dalam bentuk yang lebih abstrak dan menganalisis strukturnya serta menilainya secara kritikal, barulah kita mampu menghargai sesuatu idea itu serta hasilnya sekali. Justeru, idea yang saya sebutkan di sini bukanlah idea yang hanya buah fikiran semata, tapi juga meta-ideanya sekali.

Dunia tidak perlukan idea yang hanya menjadi buah fikiran lalu dicetak ke dalam kutub dan ia terus dan terus kekal begitu, lalu jika habis mereput kutub itu, hilanglah idea itu. Itu dasar idea kosong! Kerna sedarkah kita, bahawa dunia memerlukan idea yang dijana karakternya untuk dibuat implementasi terhadap realiti dunia. Logiknya, apabila begini situasinya, tidak boleh tidak proses ini turut memerlukan kolaborasi modal insan untuk tujuan tersebut demi menyelesaikan masalah manusia, membina peluang untuk mereka juga untuk meneroka dan terus meneroka. Ini asasnya.

Usah dilihat idea sebagai suatu yang ringkas, juga usah dipertikai potensi idea yang bagus, kerna revolusi di Mesir berjaya dijalankan hanya kerna sebuah idea. Ya, ia tercetus dengan idea. Lalu hasilnya, tamatlah sudah pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak, tamat juga fenomena para ulama dipanggang di penjara di bawah panas padang pasir serta berkubur juga kezaliman dan ketidakadilan yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lepas. Namun, perlaksanaannya sangat rumit kerna bukan sedikit gula-gula yang ditaburkan kepada rakyat Mesir untuk berundur pulang ke rumah, malah bukan sedikit juga pengorbanan yang terpaksa dilakukan, juga bukan seorang dua nyawa sahaja yang melayang. Mahalnya harga sebuah revolusi yang tercambah dari implementasi  sebuah idea. Sedikit gambaran progresi peradaban dunia.

Dalam masa yang sama, saya tidak mahu jelmakan idea sebagai malaikat di sini, kerna kita hidup dengan manusia,yang kadangkala ada juga yang kelihatan seperti manusia namun ia hanya topeng yang menutup kejelekan seekor syaitan. Satu masa dahulu, idea pernah menjahanamkan manusia tidak kira bangsa, ini termasuklah idea keparat Mustafa Kemal Ataturk iaitu idea pembubaran sistem khilafah Islam. Ingat lagi rentetan peristiwa daripada idea ini? Memilukan bukan? Mustafa Kemal naik menjadi penguasa dan menghancurkan seluruh kehidupan beragama di Turki dan menggantinya dengan fahaman sekular. Antaranya, larangan azan dalam Bahasa Arab dan menukarkannya ke dalam Bahasa Turki, menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta melarang orang Islam mengerjakan Haji dan banyak lagi. Ini pula, contoh idea yang mencalarkan peradaban hidup orang muslim khususnya.

Saya datangkan dua contoh mega untuk menjentik sikit para pembaca agar jangan bergantung harap pada kuasa sebuah idea kerna idea hanya jelmaan kosong  jika tanpa pelaksanaan serta hanya akan menemui kemurkaan Tuhan jika Allah tidak dijadikan tujuan. Hidup kita hanya sekali, justeru biarlah kita lakukan pengabdian kepada Allah tanpa penat tanpa henti.

Saya hadirkan pula seorang tokoh Islam yang sangat saya sanjungi, tokoh yang menukil karya agung Tafsir Rasa’il al-Nur, tokoh yang tidak pernah bertolak ansur dengan kebatilan, juga tokoh bagi sebuah reformasi pendidikan. Saya penakan sedikit kisahnya di sini, buat ibrah kita bersama.

Rentetan daripada pembubaran sistem khilafah, umat Islam berpecah belah. Kemudiannya hal keagamaan terus diketepikan daripada hal keduniaan. Bertitik-tolak daripada sinilah, Nursi telah memikirkan kaedah yang terbaik bagi mengangkat kembali kekuatan dan kehebatan umat Islam dengan mengadakan reformasi terhadap sistem pendidikan Islam yang bersifat komprehensif dan kontemporari. Baginya, ia perlu digiatusahakan selari dengan keadaan dunia yang semakin mencabar. Lalu, idea reformasinya direalisasikan oleh beliau dan hal ini, ada beliau nyatakan dalam kitab Lama’at, dalam Risalah Al-Hijab, katanya:

sesungguhnya penyelesaian ampuh untuk menjaga tabiat mulia yang menjaga fitrah mereka daripada kerosakan adalah mendidik mereka dengan pendidikan Islam yang komprehensif”

Idea beliau yang sangat hebat berjaya membawa progresi terhadap dunia. Beliau sangat tabah dan kuat untuk melakukan implementasi idea nya tanpa mengenal apa itu maksud diracun, diseksa dan dizalimi. Beliau sangat berani dan hari ini, umat manusia sedang mengagumi keberanian beliau dan mereka sedang menuntun jejak langkah beliau. Kita pula? Bila lagi? Usah bertangguh kerna jika kita berhenti, tentera Allah tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kita di belakang.

Justeru, implementasi idea bukan suatu yang mudah, kerna sebelum itu ia memerlukan banyak proses termasuklah penjanaan idea, kemudian lontaran idea ke medan realiti untuk diperdebatkan, diperbahaskan, ditimbang-turas baik buruknya. Lalu apabila suatu kesepakatan terbentuk, proses perlaksanaan pula berjalan. Ia akan mengalami kritikan demi kritikan, lalu di sinilah kekuatan seorang invensi  bakal dipertikaikan. Proses ini tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran si pencipta idea untuk menghadam sesebuah kritikan menjadi suatu nasihat. Tiada istilah ‘usah jaga tepi kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak’ di sini, kerna kita sememangnya memerlukan penambahbaikan dalam idea kita agar idea itu mampu digunapakai demi sebuah progresi dunia serta peradaban penduduknya.

Saya tidak berniat mengulas panjang tentang progresi dunia serta sudut-sudut utama dan cabang-cabangnya. Namun saya hanya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan progresi sosial secara amnya. Ini termasuklah, progresi  peradaban manusia di dunia. Perasan atau tidak, sejarah pemikiran serta penjanaan idea-idea para tokoh silam sering sahaja mencetuskan nilai tamadun yang tersendiri. Buktinya, perkembangan bidang-bidang ilmu yang banyak dan pelbagai, penciptaan alatan kehidupan sehingga berkembang menjadi gadjet-gadjet canggih pada hari ini dan banyak lagi.

Namun progresi ini tidak berlaku secara selari. Hal ini kerana, perbezaan antara kemajuan dan keterbelakangan akan terus-menerus terjadi ,saling berkejaran dan saling memenuhi. Yang lebih maju akan memimpin yang tidak maju dan yang tidak maju akan belajar untuk maju. Tapi progresi pasti sahaja sentiasa berlaku melalui gerak kerja implementasi serta penambahbaikan idea yang sudi dilakukan manusia.

Saya akhiri artikel kali ini dengan satu konklusi yang membentangkan cebisan permasalahan berkenaan dengan nilai juga kualiti modal insan yang diperlukan dunia untuk membawa kepada sebuah progresi.

Manusia memang ada yang melihat peluang namun lebih ramai yang sering mengintai kegagalan’

Antara yang paling ketara adalah koleksi modal insan yang penakut. Takut untuk menjana idea, takut juga untuk melontar ideanya, serta takut menerima kritikan terhadap idea yang dilontarkannya. Come onlah! Jika unsur penakut+tidak yakin+tidak mampu bertolak ansur+kedekut masih ada dalam diri anda, silakanlah untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan golongan yang digelar modal insan yang lebih suka melihat sahaja dunia ini mengalami progresi dengan sendiri.

Usah biarkan manusia-manusia hebat sahaja membuat kerja berat ini bersendirian kerana kita mahu produce manusia-manusia yang hebat yang lebih dan lebih banyak untuk menghuni dunia.Tidak bertujuan membuat sebarang provokasi tapi saya hanya hendak menerangkan kepada manusia yang peluang masih ada. Jangan takut walau untuk bermain dengan risiko.

Tidak mengapa jika gagal atau salah

Its okay to fail!

Kamu pasti akan belajar sesuatu daripada kesalahan itu. Usah dikejar sangat kesempurnaan. Bayangkan jika ahli pemikir silam sombong dan hanya mahu mendabik dada mengagungkan sebuah kesempurnaan yang bersifat individualistik semata, dapatkah kamu bayangkan dunia ini akan hancur?

“Hidup bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya tapi untuk memberi sebanyak-banyaknya”-Filem Laskar Pelangi-

Jangan takut untuk utarakan apa yang kamu fikir baik untuk kemaslahatan sejagat, jangan takut untuk jalankan idea itu, jangan takut juga untuk menerima kritikan dan teguran, jangan takut untuk buat sedikit perubahan daripada teguran yang membina itu. Jangan takut dan jangan sesekali takut. Beranikan diri kamu.

 Bediuzzaman Said Nursi ada berkata:

“Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal bererti dia memiliki fikiran yang baik. Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik mendapatkan kenikmatan daripada hidup”


Selamat mencerna!

9 Jun 2012

Diratah mentaliti berdarah


Wahai bangsa ku,
janganlah kita alpa dan leka,
dek kerana kita lupa siapa kita,
disaat dahulunya kita susah,
merasa bahawa kita sudah mewah,
hakikatnya sekarang kita semakin parah.

Diparah dengan mentaliti berdarah,
mendengar suara terik jauh meredah,
hanya berlaung dengan semangat "haram jadah"
di impi dunia langsung tiada nyawa,
di impi nyata lantas berdusta,

Kini kita rebah, dengan sikap kita,
yang dikatakan bahawa sudah aman sentosa,
tetapi sebenarnya sakit derita,
dikiritik, ditegur tak usah dikata,
kerana kita ego semata-mata,
menyebabkan kita lupa siapa Sang Pencipta.

Kita yang tenat,
dihidangkan dengan hiburan yang menyengat,
sopan santun tinggi hilang melantun,
didikkan barat kita menjunjung,
akhirnya nilai timur jauh melambung,
tinggallah bangsa yang terapung-apung.

Wahai bangsaku,
Jangan kita merasa bangga,
atas sebab perbuatan kita,
kini orang mula bersuara,
itu tanda mahukan mentaliti dijaga.
bukan dinilai dengan harta,
tetapi dinilai siapa yang pejuangkan bangsa.

#Teringat akan kata Tun Abdullah Badawi berkata " infrastruktur dikelas pertama tetapi mentaliti kita dikelas ketiga." Fikir-fikirkan!! renung-renungkan!!

AshrafHadi
9.6.2012
Mafraq Jordan. 

31 Mei 2012

Kepelbagaian Dunia : Introvert vs Extrovert



Istilah introvert dan extrovert merupakan satu kontinum tunggal dan  istilah-istilah ini merupakan istilah Bahasa Melayu yang mempunyai pertalian linguistik dengan Bahasa Inggeris. Secara umumnya, personaliti introvert dan extrovert merupakan dimensi pusat teori personaliti manusia. Namun, saya mempunyai kecenderungan yang lebih untuk berdiskusi melalui abjad, mengenai golongan introvert lantaran golongan ini merupakan golongan majoriti masyarakat dunia dengan peratusan sebanyak 60%.

Secara ringkasnya, introvert merupakan individu yang memperoleh tenaga dengan cara bersendirian yang mana tenaga ini hilang ketika dia berada di sekitar orang ramai. Seperti mana yang diterangkan oleh seorang ahli psikologi Carl Jung, yang menyatakan bahawa introversi ini merujuk kepada pengaliran tenaga keluar dari diri seseorang dan mereka mendapatkan kembali tenaga yang hilang ini melalui dunia dalaman mereka. Berbanding dengan extrovert, mereka memperoleh tenaga dengan berada di sekeliling orang ramai. Golongan ini apabila diberi peluang, mereka lebih suka bercakap dengan orang lain daripada duduk bersendirian.

Justeru, definisi ini menafikan terus persepsi sebahagian masyarakat yang berpendapat bahawa golongan introvert merupakan golongan yang pemalu. Sekalipun rasa malu merupakan salah satu elemen ketika cemas dan takut, tapi sebenarnya rasa malu bukanlah satu permasalahan bagi seorang introvert. Hal ini kerana, ramai sahaja golongan introvert yang mempunyai hubungan sosial yang baik dengan persekitarannya namun terlalu banyak bersosial menyebabkan mereka semakin kekurangan tenaga, itu sahaja.

Golongan introvert apabila hendak bersendirian, tandanya tidak akan datang sendiri, bahkan ia datang melalui satu tanda tekanan atau depression dalam diri seorang introvert. Ini bermaksud mereka memerlukan ruang untuk recharge kembali tenaga mereka ataupun mereka memerlukan masa bersendirian untuk berfikir. Ini kerana mereka merupakan golongan yang lebih suka berfikir dahulu sebelum bercakap.

Lain pula bagi golongan extrovert yang lebih cenderung untuk berfikir sambil bercakap yang mana mereka mampu untuk berfikir dengan baik ketika mereka bercakap. Malah sesuatu isu itu tidak kelihatan pun gambarannya bagi mereka kecuali jika mereka memperkatakannya.
Ini merupakan satu penerangan ringkas dan padat berkenaan dengan golongan introvert dan extrovert. Malah boleh dikatakan sebagai satu kajian permukaan dalam usaha mendalami sistem sosiologi masyarakat melalui ahli-ahli masyarakatnya. Pembacaan ringan seperti ini memerlukan rentetan kajian berlandaskan AlQuran dan Assunnah demi mengelakkan perkembangan peradaban manusia terbejat hanya dek idea-idea serta pemikiran yang statik.

Allah ada berfirman dalam surah AlA’la ayat pertama yakni wahyu pertama kepada Nabi Muhammad yang berbunyi,

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَق
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Maksud bacalah di sini, bukanlah suatu sesuatu yang bersifat ‘baca’ semata-mata, bahkan ia membutuhkan proses rentetan seperti yang saya sebutkan tadi yang mana ia meliputi kajian, diskusi dan sebagainya.

Hakikatnya, jika diteliti dengan lebih daqiq, berkenalan dengan seorang introvert mahupun extrovert memberikan ruang yang sangat berharga kepada sebuah jalan dakwah Islamiah yang telah bermula sejak kira-kira 1400 tahun lalu oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini merupakan suatu bonus buat para daie untuk berkenalan dengan para maduu dengan lebih dekat kerana bukankah manusia telah berfalsafah bahawa ‘tidak kenal maka tidak bertaaruf’?

Justeru, mempunyai pengetahuan berkenaan dengan personaliti-personaliti manusia yang kompleks sangat diperlukan oleh para daie kerana secara logiknya, jika kita selaku daie tidak kenal maduu kita, bagaimana kita hendak memperkenalkan Islam kepada mereka? Lalu di sini, kekreatifan para daie mampu sahaja dipertikaikan juga diperdebatkan walaupun ia hanya untuk perkara yang bersifat mikro seperti ini.

Sebagai contoh, seorang introvert umumnya merupakan seorang yang suka berbual berkenaan dengan idea ataupun persepsi dari sesebuah idea dan mereka kurang cenderung untuk berdiskusi atau bercakap sesuatu yang dianggap kurang penting. Melalui situasi ini, mungkin sahaja si daie boleh lebih berhati-hati dalam percakapan mereka dan bersikap lebih fleksible atau ‘mesra alam’ terhadap maduu seperti ini dengan mengutarakan sesuatu yang lebih sesuai atau proper untuk diperkatakan. Begitu juga bagi para maduu yang bersikap extrovert  yang lebih bersikap ‘outgoing’ dengan persekitarannya.

Selain itu, apabila berdiskusi tentang suatu perkara yang bersifat kontinum, pastinya ada sebahagian kita suka mencetuskan persaingan termasuklah juga personaliti golongan introvert dan extrovert.  Sebagai contoh, antara kedua-dua ini mana  satu paling baik, paling ramai yang berjaya, paling senang dapat kerja, paling mudah didekati? Itu semua persoalan yang mempunyai jawapan ‘infiniti’ lantaran manusia itu sendiri yang mentadbir dirinya meskipun ada kajian menunjukkan personaliti introvert dan extrovert ini lebih dipengaruhi oleh unsur biologi berbanding dengan unsur persekitaran. Tidak salah untuk membuat perbandingan, namun kita mesti percaya yang kuasa berubah pastinya ada di tangan kita dengan izin Sang Pencipta.

Ini dapat dibuktikan apabila Jon Mercer, pencipta produk Social Strategies yang merupakan ‘formula’ yang telah membantu mengubah nasibnya selaku introvert yang mempunyai masalah dari sudut sosial yang sangat teruk sedari kecil. Produk ini tercipta melalui usahanya mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang dia hadapi dan dia telah berjaya pada hari ini. Sekarang ini, dia sedang berkongsi penyelesaian itu dengan umat manusia. Oleh itu, tiada istilah ‘unlucky’ untuk setiap kejadian yang Allah beri kepada kita jika kita berani berhadapan dengan ujian serta permasalahan untuk diselesaikan. Tiada ujian yang menyusahkan kerana semua itu dari Tuhan.

Ironinya, dunia ini serta isinya sangat kompleks, justeru saya tidak hairan apabila ada ahli bijak pandai berkata alam juga guru kita. Semua orang sama di sisi Tuhan dan segala kelebihan mahupun kekurangan yang Allah beri pada kita hanya membutuhkan sebuah keredhaan atau kesabaran untuk sebuah perhitungan mega di hujung hayat dunia.

Konklusinya, usah dilihat sangat siapa yang lebih baik daripada siapa, namun ayuh kita optimumkan segala kelebihan kita untuk kemajuan peradaban manusia dengan cara yang haq, lalu segala kekurangan pula, kita perbaiki untuk kemaslahatan sejagat. Progresi bakal sahaja berlaku jika kita sanggup membuat kolaborasi antara kita-kita warga dunia. Khas untuk generasi manusia pada masa akan datang. Pengorbanan ini tidak akan pernah mengalami kerugian kerana kita hidup dengan mengutip pahala bukan? melalui kepelbagaian dunia.

Ashrafhadi
Mafraq, Jordan.

17 Mei 2012

Kenapa Perlu Lelaki?


Lelaki adalah satu nama simbolik kepada manusia selain perempuan. Sebut sahaja lelaki, mesti ada yang tersenyum gembira, sedih berduka, marah tak terhingga. Kenapa adanya begitu? pernah juga kawan saya berkata "Ala, lelaki ini sama, suka mainkan perasaan orang" selain itu ada yg berkata, "lelaki ini bagus, tanpa lelaki disisi, wanita akan sunyi" dan ada juga yang berkata "lelaki ini buaya darat, jantan tak guna!." Jadi saya tertanya-tanya kenapa adanya sistuasi begitu? dan kenapa perlu lelaki? 

Lelaki Romeo dan Wanita Juliet

Lelaki yang lagak kacak dan hensem, ada orang kata mereka sangat jiwang dan cute dimata manusia. Lelaki ini sangat tampan. Keromeoan mereka itu terselah dengan gaya yang penuh tersendiri. Ada juga menggelar playboy kepada lelaki romeo ini. Bagi saya romeo itu satu anugerah, jika kita lihat secara luasnya, romeo yang dikatakan bukan hanya terletak kepada macho nya seorang lelaki. 

Tetapi letak kepada sikap si lelaki itu sendiri. Jika kita lihat, lelaki ini Allah ciptakan yang mulanya sekali dengan menciptakan Nabi Adam seterusnya baru Hawa. Dari awalnya lagi lelaki dipilih yang pertama untuk dicipta, dan tinggal di surga yang penuh dengan kenikmatan. Apabila keseorangan Nabi Adam diberikan peneman yang bernama Hawa. 

Tetapi malangnya apabila mereka mungkiri janji yang Allah SWT tetapkan, akibat mereka memakan buah kuldi di syurga menyebabkan mereka berdua tercampak di dunia. Menurut pendapat yang saya dengar cerita dari ustaz saya semasa belajar di Al-Maad, dia menceritakan ulama ada berpendapat menyatakan bahawa semasa jatuhnya kebumi, Nabi Adam jatuh di Sri Lanka, dan Hawa di Kaherah Mesir. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Jika salah sila abaikan). 

Justeru itu kita melihat bahawa, kepentingan  lelaki dan wanita itu sangatlah penting. Sepertimana kita hidup diatas muka bumi ini yang ada pasang-pasangan. Jika ada kanan mesti ada kiri, jika ada depan mesti ada belakang, jika ada atas mesti ada bawah, jika ada hidup mesti ada mati. Jadi maka dengan itu begitu juga dengan lelaki mesti ada wanita, jika ada wanita mesti ada lelaki. Kenapa ada yang menolak mereka?

Sikap lelaki

Ada juga saya bertanya kepada si wanita, tentang sikap lelaki. Sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa semuanya bergantung kepada sikap lelaki yang selalu membuatkan lelaki dipandang teruk. Kerana adanya sepasang suami isteri berjumpa dengan ayah saya, kebetulan ayah seorang tok kadi dan tok imam di kampung. Mereka mengadu untuk membuat permohonan cerai. Lalu ditanya kenapa? lantas si wanita mengadu hal sebenarnya. Tetapi "sikap" si lelaki pula diam diri, malah menunjukkan egonya sebagai sorang lelaki.

Amatlah sedih, mereka bercerai atas dasar sikap si lelaki yang ego dan tidak memperdulikan hal keluarga. Malangnya ditanggungnya pula oleh si wanita dan anak kecil masih lagi didukung didada. Tetapi sebenarnya tidak semua lelaki bersikap demikian, adanya juga yang bersikap rasional dan baik. Justeru itu jangalah melabelkan lelaki ini bersikap semuanya sama. seperti ayat yang selalu kita dengar "Ala, lelaki semunya sama!." 

Kenapa lesbian?

Lesbian dalam kalangan wanita sangatlah teruk. Tetapi mendapat pengiktirafan oleh eropah, sebab itu mereka ada peruntukkan undang-undang membenarkan berkahwin sesama jenis. Hal ini amat memalukan sekali, kebanyakkan yang menjadi lesbian adalah dalam kalangan yang putus cinta sesama lelaki atau ditinggalkan. Akibat kecewaan yang melampau mereka mengambil jalan untuk tidak mempercayai lelaki sepenuhnya.

Sebenarnya itu bodoh namanya, kerana apa? sebab mereka yang salah memilih lelaki. Saya tegaskan bahawa tidak semua lelaki jahat yang dimaksudkan. Tetapi apabila fikiran mereka menyatakan bahawa lelaki itu jahat maka dengan itu syaitan pun bijak memainkan peranan sebagai ahli neraka untuk menarik ahli manusia turut serta bersamanya. 

Maka kita lemaslah didalam kebodohan diri kita sendiri, yang hayut entah kemana. Melainkan jika Allah SWT sayangkan kita mungkin hidayah akan menjengah tiba. Tetapi sebenarnya kenapa lesbian? dengan alasan tidak mempercayai  lelaki. Itu adalah satu alasan yang sangat salah bagi saya, kerana semoleknya berpandanglah kepada diri kita sendiri. Melihat sedalam-dalamnya diri kita ini, adakah kerana kita bercerai kemudian berkahwin dan bercerai semula, malah tak terlepas yang putus cinta dan putus lagi (bagi yang bercinta secara logikal) menyebabkan kita merasa tuhan itu tidak adil? 

Sebenarnya salah diri kita juga, sebab Allah SWT berfirman didalam Al-quran surah an-nur ayat yang 26 yang berbunyi.

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Nah! jelaslah bahawa semuanya bergantung atas sikap kita, jika baik maka peneman hati kita juga baik, jika kita jahat maka peneman kita pun jahat. Justeru itu juga semoleknya janganlah salah siapa samada lelaki ataupun wanita, melihatlah dari kaca mata menilai diri kita ini sebaik mana.

Akhir kata dari lelaki biasa,

Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga, dan jangan anggap semua lelaki sama. Rambut sama hitam hati lain-lain, jika ditanya kenapa perlu berbeza? kenapa tidak sejenis? dijawabnya dengan analogi yang mudah, jika besi magnet bertemu bersama dengan kutubnya lantas akan menolak dan tidak akan bercantum sekali, tetapi apabila berbeza dengan kutubnya bertemu lantas pula laju ditariknya. Begitu juga manusia, jika sesama jenis maka ditolak sekerasnya, jika berbeza itu baru ada gayanya.

Perlunya lelaki itu kerana manusia hidup berpasang-pasangan, diikat dengan tali perkahwinan manusia akan bahagia. Tetapi di barat lain pula boleh pula berkahwin sesama jenis yang menyebabkan kebodohan terserlah ada dan bertentangan dengan syariat islam yang sebenar. Semestinya ditolak sekeras-kerasnya!

#Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

AshrafHadi
17 Mei 2012
Mafraq Jordan.

11 Mei 2012

Adat Yang Menyusahkan Dari Agama


Kebarangkalian kita tanya-tanya, apakah adat yang menyusahkan? Saban hari perkara ini bermain difikiran kita. Hampir setiap masa dan ketika kita terikat dengan adat terutama dalam kalangan masyarakat melayu pada hari ini. Adat yang dimaksudkan ialah adat resam turun menurun dari zaman ke zaman yang menjadi peraturan tetap untuk masyarakat kita pada hari ini. Adat yang dikatakan mengikuti syara' tidak menjadi masalah, tetapi berbeza dengan adat yang menyusahkan dari agama, walhal agama itu mudah. Kenapa dan mengapa??

Adat dipandang mulia,

Hari ini ramai orang memandang satu perkara adat resam yang dikatakan itu mulia dan baik. Tidak dinafikan ada baiknya, cuma apabila adat yang menyusahkan dan melanggari batas syara'. Sebagai contoh, dapat kita lihat dengan jelas sekali antaranya didalam bab munakahat iaitu pertunangan. Tunang adalah satu usaha yang mulia yang mana untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Didalam islam pula tunang itu sangat mudah, hanya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkahwin maka ikatan pertunangan sudah terjaling. 

Tetapi berbeza pula dengan adat, pertunangan semestinya perlu diadakan secara majlis rasmi. Seperti majlis penyarungan cincin kepada pihak wanita, tambahan pula apabila bertunang itu pun dikirakan sebagai mulia kerana menjangka laluan mudah untuk ke alam perkahwinan. Secara jujurnya saya ingin menyatakan, tidak dinafikan sememangnya pertunangan itu mulia, cumanya adat kurang sedikit jika kita mementingkan adat dari agama.

Jika dapat kita lihat, agama menyatakan didalam pertunangan tersebut pasangan harus saling kenal mengenali dan dapat memberi kata putus samada untuk terus kahwin atau sebaliknya, berbanding dengan adat yang menyatakan sudah "halal" walaupun baru bertunang. Kerana hari ini ramai ibu bapa tersilap, menyangka bahawa apabila bertunang itu wajib berkahwin. Apabila beranggapan wajib dan halal tidak lama lagi, maka ibu bapa sendiri mengizinkan untuk si pasangan tunang itu berdua-duaan melakukan maksiat atau sebagainya.

Didalam pertunangan itu pun sebenar perlu menjaga batas syara' untuk kita saling kenal mengenali dan membuat keputusan samada untuk meneruskan perkahwinan ataupun tidak. Bukannya apabila bertunang itu wajib kahwin, tidak sama sekali dan belum tentu lagi, kerana hari ini dapat kita lihat dengan jelas, ibu bapa ramai memberi tanggapan mereka yang bertunang wajib kahwin dan halal, menyebabkan si tunang masing-masing dibenarkan membawa tunang kesana kemari tanpa menjaga batas syara'.

Apabila didalam pertunangan itu putus, maka mereka merasa malu dan sebagainya. Kenapa berasa malu? kerana perkara "wajib" tadi tidak terlaksana menyebabkan merasa malu tak terhingga. Sangat truma dengan ayat "putus tunang," tetapi didalam islam langsung tidak menjadi masalah walaupun berputus tunang, kerana jodoh ditentukan oleh Allah SWT, tetapi lain pula dalam adatnya.

Ini jelaslah menunjukkan bahawa adat yang menyusahkan dari agama, walhal agama itu sebenarnya mudah. Sebagaimana hadis nabi:-

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh karena itu kerjakanlah dengan semestinya, atau mendekati semestinya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebagian malam" (Shahih Bukhari)

Sememangnya agama itu mudah jadi kenapa kita perlu susah? Itu baru contoh bab munakahat dalam kategori pertunangan belum pula bab hantaran dan mahar. Hari ini menjadi adat, dengan meletakkan hantaran perkahwinan terlalu mahal kerana untuk menjaga maruah dan sebagainya. Kononnya meletakkan hantaran dan mahar yang murah ibarat seperti harga diri wanita itu terlalu rendah dan murah.

Selain itu mahar atau hantaran yang murah ada juga menyatakan lelaki tidak menghargai wanita, oh! jika begitu, setuju tak jika saya menyatakan mahar dan hantaran yang mahal seperti menjual wanita kepada lelaki?  Andaian sungguh banyak pula, jika murah dikatakan lelaki tidak menghargai wanita, dan seperti harga diri rendah dan murah.

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :
“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Sungguh menyedihkan, kerana kita terlalu terikat dengan adat menyebabkan kita merasa mulia tanpa melihat kepada ajaran agama yang sebenarnya. Hal ini tidak boleh dinafikan sama sekali, hattakan ustaz Azhar Idrus sendiri pun kerap menyebut didalam ceramah kuliahnya yang menyatakan adat banyak yang menyusahkan dari agama. 

Islam itu mudah

Sebenarnya saya tegaskan sekali lagi bahawa islam itu mudah, sepertimana hadis yang dikatakan diatas tadi. kemudahan itu nampak sangat senang untuk kita mengerjakan ibadah didalam kehidupan, tetapi apabila adat yang menyakat kemudahan dalam agama itulah yang menyebabkan kita yang susah.

Apabila kita memahami semudah agama yang dimaksudkan dengan sebenarnya, maka kita akan nampak sesuatu kelebihan islam kepada penganutnya. Sesungguhnya Allah SWT pun kasih dan sayang kepada kita, dengan memberi kemudahan, cuma apabila adat yang menyusahkan menyebabkan pelbagai masalah akan timbul.

Penutup kalam dan harapan,

Akhir kata dari saya yang biasa ini, sebenarnya kefahaman kepada islam sangatlah dititik beratkan. Dua contoh yang saya kemukakan didalam bab munakahat itu selalunya banyak yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini, itu belum lagi bab yang lain yang tampak banyak lagi kesalahan yang meletakkan adat dari agama untuk diutamakan.

Selain itu, jangan kita meletakkan adat dihadapan dari agama, sesungguhnya meletakkan agama dihadapan lebih selamat. Jangan merasa malu jika kita tidak mengikuti adat yang tampak lari dari landasan syara'. Kerana kita melakukan sesuatu amalan yang dituntut haknya yang sebenar didalam agama. 

Saya juga memohon maaf andai tersalah kata dan terkasar bahasa, bukan berniat mahu menyalahkan adat turun menurun dari nenek moyang kita. Cuma jika adat yang menyusahkan dari agama menyebabkan pelbagai kemaslahatan timbul yang menyebabkan kita merasa berat dan tertekan. Sesungguhnya ISLAM ITU MUDAH.

AshrafHadi
11.May.2012
Mafraq, Jordan.