قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)
Memaparkan catatan dengan label KEHIDUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEHIDUPAN. Papar semua catatan

28 Jun 2013

Berfikir Tentang Alam Dan Cinta


Apabila bercakap tentang alam dan cinta, ianya merupakan manifestasi manusia dengan alam kehidupan. Setiap manusia yang tiba di atas bumi ini, dikira muncul di alam yang nyata. Baik yang berkulit hitam, putih, coklat dan sebagainya. Juga Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tak kira warna kulit dan bangsa, jika di namakan manusia ianya pasti wujud di bumi dan di kira sebagai alam yang nyata.

Manusia yang wujud di bumi ini merupakan anugerah yang Allah SWT berikan kepada setiap manusia. Sifat mengasihani ini, Allah hantarkan manusia di atas muka bumi ini untuk di jadikan sebagai khalifah. Juga untuk memberi tugas supaya memakmurkan bumi Allah SWT. 

Asalnya manusia yang pertama tiba di bumi ini, adalah Nabi Adam AS serta isterinya yang bernama Hawa. Selepas daripada itu, maka wujudlah manusia di bumi ini hasil dari keturunan Nabi Adam AS dan Hawa. Beruntungnya manusia ini adalah dengan Allah SWT menganugerahkan akal untuk manusia itu berfikir. Juga untuk manusia membezakan antara baik dan buruk.

Ini merupakan keistimewaan yang terdapat pada manusia, serta di kira sebagai kelebihan berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. 

Berfikir Dan Belajar Tentang Alam,

Secara mudahnya untuk kita berfikir tentang alam, sebagaimana kita menyaksikan alam ini dengan berfikir bagaimana Allah menciptakan. Sebagai contoh, kita melihat langit. Cuba kita bertanya, bagaimana langit ini mampu berada diatas kepala kita, sedangkan ianya tidak di tiangkan sama sekali. Pelik dan hairan, tetapi sebagai orang islam seharusnya yakin akan kekuasaan Allah SWT. 

Sebagaimana firman Allah SWT,

Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
 (Az-Zumar:5)

Ini merupakan dalil yang jelas bahawa alam yang ada ini semuanya dikawal selia dan dicipta oleh Allah SWT. Jadi apabila kita berfikir tentang alam, secara automatik kita sebenarnya belajar tentang alam. Mengapa pula? Kerana apabila berfikir ini merupakan tindakan untuk kita mengetahui. Bilamana fikir akan alam ini, bererti kita akan mengkaji. Tak semestinya buka buku atau google

Hanya mengkaji dengan minda serta logika yang ada. Demi untuk mencari jawapan sehinggalah kita dapat jawapannya. Nah, ini dikira sebagai kita belajar dengan alam. Iaitu hanya berfikir! Jadi jangan jemu untuk kita berfikir tentang alam, kerana secara tidak dapat tidak sebenarnya kita juga belajar dengan alam. Ini juga dinamakan sebagai interaksi antara manusia dan alam. 

Malangnya Manusia Dengan Alam,

Tidak dinafikan segelintir manusia yang mempunyai sifat rakus dan tamak! Meratah setiap bumi Allah ini dengan penuh bongkak dan angkuh. Mana tidaknya, akibatnya alam ini semakin lama semakin jahanam. Lautan biru pun ada yang di hitamkan, warna hijau di dataran sudah pun ada yang menumbangkan. Terbukti ini merupakan, sifat manusia yang rakus dengan alam. 

Terbaru yang dapat kita hadapi iaitu Jerebu yang melanda, ini juga dikira sebagai perbuatan rakus manusia. Nah, alam ini rosak sebab manusia, bukan sebab kingkong atau dinasour menurut setengah orang yang kata. Tetapi ini semuanya atas perbuatan manusia. Perkara ini Allah SWT peringatkan di dalam al-quran, 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", ....
(Al-Baqarah: 11)

Bererti Allah SWT pun melarang kita melakukan kerosakan di bumi, tetapi mengapa masih ada yang melakukakan kerosakkan diatas bumi ini? Bererti tidak lain dan tidak bukan, semuanya semata-mata untuk kerasukan manusia mengaut keuntungan dengan penuh tamak haloba menyebabkan bumi ini menjadi binasa. 

Berfikir Tentang Alam Dan Cinta,

Jadi bagi menyelesaikan masalah yang tiada penyudah. Akibat perbuatan manusia itu sendiri, lebih baik dalam hati manusia lahirkan sifat cinta kepada alam. Cinta itu indah sebenarnya, sebagaimana kita menyayangi orang yang kita cintai. Bukannya susah dan payah. Ianya mudah dengan hanya kita menyedari akan sifat peduli terhadap alam. Secara itu ianya membawa kepada kecintaan kita kepada alam.

Apabila kita alam ini dengan rahmat, sebenarnya membolehkan iman kita bertambah, mengapa? Kerana kita yakin bahawa yang alam ini semuanya Allah cipta. Proses kejadian siang malam, menghirup udara yang segar dan dipayungi awan serta tumbuhan hijau membuatkan bahawa ini adalah semua ciptaan Allah SWT. Jadi apabila kita yakin bererti bahawa kita beriman dengan Allah SWT.

Ayuh cinta alam, serta pandang alam dengan penuh rahmat! 

AshrafHadi
29.Jun.2013
Ampang, Kuala Lumpur.

28 Feb 2013

Kita Boleh Jika Kita !?


Terfikir...

Terdiam..

Termenung seketika..

Melihat hamparan dunia ini luas terbentang bagaikan tak cukup langkah untuk aku berjalan. Debu yang bertempiaran menampar ke mata, membuatkan sedikit rimas di mata.

"Ya Syabab Malizi! Maza turid?" tanya Mustafa penjual syawarma kepada ku..

"Uridu syarwarma super, wahad.." Balasku pula..

Setelah beberapa minit, dia menghulurkan syawarma kepadaku, lantas aku mengambil serta terus membayar. Lalu mengatur langkah berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba aku terpandang seorang wanita yang agak lusuh bajunya sambil mendukung anak kecil. Dia berjalan ke sana ke mari untuk meminta simpati. Aku berhenti seketika sambil mata ligat memerhati

Sambil minda mula berbicara...

Kenapa dengan akak itu? itulah persoalan yang keluar dalam hati aku. Sedih melihat kanak-kanak yang masih kecil di heret ke hulur ke hilir, tambahan pula cuaca yang tidak menentu. Kesian pula aku melihat mereka berdua, yang tak henti-henti meminta duit dari siapa sahaja. Tak kira siapa yang melintas pasti mereka akan meminta.

Sebenarnya setahun lebih aku di bumi Jordan, berulang kali dah aku melihat orang seperti akak itu. Baik tua ataupun muda, juga tak kira lelaki mahupun wanita. Sungguh aku sangat sangat sedih melihat keadaan mereka begitu. Jika nak bantu aku pun masih lagi belajar, pernah juga aku bertanya kepada kawan aku.
Kenapa dengan mereka itu? Jawabnya mereka itu ajen semata-mata. Kononnya sangat susah walhal tidak pun.

Jikalau agen sekalipun, kenapa perlu libatkan dengan budak-budak? Walhal jika benar susah pun, kenapa mesti budak-budak dibawa ke hulu ke hilir? Aku sangat peduli kepada budak kecil yang mentah menyusu dari si ibunya itu. Bukannya apa, budak yang kecil sepatutnya dijaga dengan sempurna akibat kekangan wang mereka pula dijadikan mangsa.

Solusi yang dirasa..

Sungguh sedih memikirkan nasib dunia, kita tak tahu atas sebab apa mereka menjadi begitu. Cumanya kita hanya boleh bantu setakat mana yang mampu. Aku tertanya dimana kerajaan mereka? Apakah mereka di pinggirkan? Jika dikatakan mereka orang syria yang meminta sumbangan, mustahil! Peruntukkan negara yang terdekat rasanya mencukupi kepada mereka disini.

Sebab perkara ini bukan setahun dua, ianya sudah berlanjutan lamanya. Paling aku terkilan apabila adanya budak disisi, itu yang menyebabkan aku rasa sangatlah sedih. Budak yang sepatutnya di asuh dengan baik juga di sekolahkan, tetapi di biar bertempiaran di tepi jalan, untuk memungut hasil kutipan! Sedihnya rasa.

Ketika aku pergi ke London tidak pula aku berjumpa dengan orang sebegini, jika ada pun mereka akan buat satu pertunjukkan kemudian terpulang kepada penonton nak bagi ataupun tidak. Setidaknya mereka berusaha juga, dari disini yang hanya meminta, kemudian mengukir wajah yang sungguh sedih. Oh! Apakah ini? Penat juga aku memikirkannya

Maka aku matikan mindaku untuk berbicara, lantas aku pergi kepada mereka berdua.. Ku tatap wajah si anak kecil yang comel. Yang si ibu sentiasa menghulurkan tangan, hanya senyuman ku lontarkan kepada si ibu sambil mata kecil tetap memandang si anak kecil. Lalu ku suakan kepada anak yang kecil. Sambil berkata,

"sabarlah adik, nanti adik dah besar adik boleh ubah segalanya." Lantas melepaskan tangan si anak kecil itu kemudian berlalu pergi.

Yang si ibu wajahnya sangat gembira, dari berwajah sedih terus mengukirkan senyuman. Tak terlepas mengucapkan terima kasih. Aku terus berjalan pulang sambil tersenyum kerana satu pengajaran yang aku dapat hari ini, jangan jadi malas! Tiada yang mustahil dalam dunia ini.

P/s: Nota Kaki
Syawarma : Sejenis makanan arab.
Ya Syabab Malizi: Wahai pemuda malaysia.
Maza turid: Apa yang anda mahu?
Uridu: Aku mahu.

AshrafHadi
27.2.2013
Mafraq Jordan.

2 Jan 2013

Khitbah: Persepsi & Realiti



Khitbah bermaksud tunang, manakala jika Nikah Khitbah pula ialah di katakan sebagai Nikah Gantung. Jadi dua perbezaan yang jelas itu perlu di fahami supaya kita dapat mengenal dan membezakannya. Apabila bercakap soal khitbah iaitu tunang, secara tidak dapat tidak pelbagai persepsi dan tafsiran di dalam minda masyarakat madani akan muncul. Oleh itu, untuk kali ini marilah kita melihat secara santai, bagaimana realiti dan konsepnya  tentang bertunang pada zaman masa kini.

Bertunang Secara Anjuran Islam,

Dalam islam untuk bertunang tidaklah susah dan payah, hanya menyatakan suka kepada si fulan itu, baik lelaki mahupun wanita, manakala si fulan yang di sukai pun menyukai juga, serta dengan berniat untuk berkahwin. Maka mereka sudah di kira sebagai tunang. Akan tetapi, walaupun nampak seperti mudah dan senang, ianya juga perlu dengan kaedah tertentu untuk masa kini.

Semasa berdiskusi dengan Ustaz Ubaidah Basit berkenaan alam rumah tangga ini, kerana beliau pernah berkerja di Bahagian Rundingcara, Pejabat Agama Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum melanjutkan pelajarannya di sini. Katanya, "walaupun bertunang dalam islam nampak mudah, tetapi sebenarnya adanya juga kaedah yang perlu di nilai dalam bertunang secara anjuran islam."

Okey, secara mudahnya kita memahami tunang di dalam islam hanya suka sama suka kemudian berniat untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi, sebenarnya dalam suka sama suka dan niat nak berkahwin itu seharusnya juga mesti dengan perkenan dan restu ibu bapa dahulu. Kemudian pula seharusnya pada usia yang sesuai, misalnya di antara umur 20-an ke atas.

Mengapa? Kerana jika suka sama suka dan niat untuk berkahwin, saya percaya dan yakin mesti orang yang bercouple baik darjah satu pun, sudah juga di kira sebagai bertunang. Maka bagi mengelak kekeliruan, jadi dua keadaan, iaitu restu ibu bapa dan peringkat kematangan usia penting untuk masa kini. Jelaslah, ianya mudah dan senang sebenarnya dengan syarat restu ibu bapa dan kematangan usia.

Bertunang Secara Anjuran Adat,

Adat yang baik dan tidak melanggari syariat Allah SWT, ianya di terima dalam islam. Misalnya adat yang baik iaitu menyarung cincin semasa bertunang, ianya adalah adat yang baik dan tidak melanggar pun syariat  di dalam islam. Seterusnya masuk kepada bertunang secara adat, untuk bercerita lebih saya pun masih belum lagi bertunang. Jadi hanya mengaut pengalaman ayah sebagai imam di kampung, yang selalu mewakili keluarga saudara mara pergi meminang si anak dara orang.

Mulanya jika ingin bertunang secara adat, seharusnya pihak lelaki menyediakan hantaran untuk di berikan pada pihak wanita. Kemudian juga cincin pertunangan juga perlu di sediakan bagi meminang si wanita itu. Lantaran itu, apabila si pihak lelaki sampai di rumah si pihak wanita, permulaan bicara dengan pantun itu menjadi biasa, dengan menyatakan hajat juga menyerahkan tepak sirih kepada si pihak wanita.

Apabila si wanita bersetuju, akhirnya si pihak lelaki akan menyarung cincin ke jari si wanita untuk di kira sebagai tunang bagi si pihak lelaki. Kebiasaannya kenduri secara kecilan diadakan dengan memanggil saudara mara yang terdekat. Oh! Sebelum itu, jika si wanita yang di pinang itu mempunyai kakak  yang masih belum berkahwin, maka dia sudah di kira sebagai langkah bendul. Jadi pihak lelaki juga perlu menyediakan juga hantara kepada si kakak itu juga.

Realiti Bertunang Pada Masa Kini,

"Mak, boleh tak kak nak bertunang?" Tanya Nur kepada emaknya.

"Ala.. kak kawan la dulu, ni masih terlalu awal." Jawab maknya pula..

Begitulah yang selalu terjadi jika soalan berkenaan tunang di tanya kepada si ibu atau bapa. Mengapa? Selalunya ibu bapa lebih suka anak berkawan sebelum bertunang. Juga beranggapan bahawa tunang itu perlu dengan adanya secara adat.

Inilah realitinya yang terjadi, menganggap bahawa tunang itu adalah tiket yang confirm dan pasti berkahwin dengan si tunang pilihan hati. Walhal tunang itu sebenarnya hanya wasilah yang Allah SWT berikan kepada umat islam. Justeru tidak hairanlah pada hari ini jika hanya baru bertunang, tetapi sudah berlagak seperti dah berkahwin. Sungguh memilukan hati, apatah lagi berlagak seperti dah berkahwin kemudian akhirnya kahwin tak jadi, lagilah sedih di hati kecil ini.

Hakikatnya Bertunang,

Islam meletakkan kelebihan bertunang ini, dengan penuh hikmah. Sebab itu di katakan khitbah ini sebagai wasilah yang Allah berikan kepada umat islam. Mengapa? Cuba kita lihat kembali apa kelebihan sebenar berkenaan tunang. Sebenarnya antara kelebihan bertunang yang islam galakkan ini, ialah untuk mereka saling kenal mengenali. Itulah hikmahnya apabila tunang yang di letakkan dalam agama islam.

Tunang bukan bererti perlu selepas berkawan. Boleh terjadi dalam tunang itu baru kenal mengenali, dan ketika mana juga untuk bertunang, si lelaki boleh melihat wajah si wanita yang ingin di pinangnya itu. Hattakan si wanita memakai purdah atau niqob sekalipun, di bolehkan si wanita membuka purdah untuk si lelaki melihat wajahnya.

Sungguh cantik islam menetapkan kaedah bertunang ini. Antaranya lagi, hikmah bertunang ini lebih selamat dari bercouple buta yang tidak tahu pangkalnya. Kerana apabila bertunang secara tidak dapat tidak perkenalan di dalam tunang itulah dapat memberi kata putus yang jelas samada ingin meneruskan berkahwin ataupun tidak.

Kerana hikmah bertunang untuk pasangan saling kenal mengenali, juga bukan bererti dengan bertunang sudah pasti berkahwin. Apabila berkawan dalam bertunang secara automatik wanita tidak boleh menerima pinangan orang lain, dan lelaki tidak boleh meminang pinangan orang. Sebagaimana hadis yang di riwayatkan Imam Muslim,

Hadis Ibnu Umar R.A: Nabi S.A.W pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain. 

Menampakkan lagi wanita lebih terjaga, melainkan jika hanya berputus tunang barulah si wanita dapat menerima pinangan orang yang lain pula.

Lebih bagus dari bercinta yang ianya belum terjaga sepenuhnya, bila-bila masa wanita itu boleh di kebas sesiapa. Bila bertunang, juga sebenarnya lebih konsisten dalam berkawan, akan tetapi jika nampak tidak serasi dalam berkawan semasa bertunang, jadi bila-bila masa boleh memberi keputusan samada ingin meneruskan ataupun tidak.

Kerana apabila memahami konsep bertunang itu, maka islam benarkan hanya untuk setiap pasangan saling kenal mengenali, juga di tempah tanpa perlu orang lain menempahnya lagi. Melainkan jika berlaku pembatalan penembahan.

Bagaimana jika malu bertunang kerana takut tak jadi kahwin? 

Jangan malu jangan segan, apabila memahami konsep bertunang secara hakikatnya ianya akan menampakkan kita bahawa inilah wasilah yang betul untuk manusia saling kenal mengenali. Dari bercouple buta, akhirnya melepas begitu sahaja, akibat di kebas oleh orang lain pula.

Hadis nabi SAW maksudnya,

Zahirkan perkahwinan dan sembunyikan (rahsiakan) pertunangan (Riwayat Ad Dailami)

Tetapi hadis ini juga ada ulama hadis mendhaifkan, jadi apabila dhaif maka terpulang kepada kita untuk melakukan atau tidak. Pada hemat saya pula untuk hadis ini, baik melakukan kerana ada kemaslahatan yang berguna untuk diri kita juga. Jelas dari hadis ini menyatakan pertunangan boleh di sembunyikan. 


Mengapa berahsia? Kerana takut apabila tak jadi kahwin pun selepas bertunang ianya menjaga maruah kita. Jadi apabia berahsia akan lebih selesa, baik jadi kahwin ataupun tidak terpulang kepada Allah SWT. Sebahagian para Ulama' menggalakkan supaya menyembunyikan pertunangan, di takuti berlakunya hasad dengki yang akan menyebabkan kerosakan di antara pihak lelaki dan keluarga wanita yang di pinang. Ini sebagaimana  juga yang di nyatakan di dalam kitab Hasyiah al-Al Adawi 'ala Syarh Mukhtasar Khalil.

Bukankah bertunang awal ini tak elok? Takut nanti jadi berkurun lama.

Pada saya tempoh pertunangan bukan satu masalah yang besar. Dan menyatakan bertunang awal tidak elok, saya menafikan sekeras-kerasnya. Pertama tempoh masa, sebenarnya tempoh masa biarlah berkurun lama pun, jika pasangan itu setia dan tahu menjaga batas-batas pergaulan yang di benarkan oleh syariat islam, maka tempoh bukan faktor masalah. 

Jikalau pasangan itu setia, dan menjaga batas pergaualan, biarlah seribu tahun pun mereka bertunang pasti denga izin Allah akan terjaga pertunangan mereka itu. Melainkan pertunangan itu tidak terjaga juga tergedik untuk mendirikan rumah tangga tanpa melihat taraf keilmuan dalam diri dan potensi diri dalam mendirikan rumah tangga. 

Itu barulah ada salahnya, kemudian saya menafikan jika menyatakan bertunang ini tidak elok pada waktu awal. Mengapa? Kerana dari awal lagi saya nyatakan, bertunang itu ada wasilah untuk pasangan itu saling kenal mengenali. Bukannya berkawan atau bercinta dahulu, kemudian baru bertunang. Itu juga tanggapan yang silap sama sekali. 

Kesimpulannya,

Terpulang bagi sesiapa yang ingin bertunang secara adat ataupun tidak. Saya tidak memaksa sama sekali, akan tetapi seharusnya perlu di ingat bahawa bertunang bukan tiket yang confirm manusia itu akan berkahwin. Hikmah bertunang untuk pasangan saling kenali mengenali, apabila jadi maka teruskan berkahwin jika tidak jadi, bila-bila masa boleh memutuskan. 

Sebab itu di galakkan apabila bertunang ianya perlu di rahsiakan, dan senang bagi pasangan untuk meletakkan keputusan. samada jadi ataupun tidak. Jangan beranggapan bahawa bertunang ini hanya selepas berkawan, bercinta sahaja. Itu adalah tanggapan yang salah, tetapi kebanyakkan kita pada hari ini berfikiran begitu. Maka sebaiknya dalam menilai sesuatu itu haruslah dengan memandang dua sudut dengan melihat secara pro dan kontra. 

Tempoh dan masa bertunang bukan menjadi satu masalah, yang menjadi masalah apabila kita sendiri tidak pandai menjaganya, ibaratnya "habis madu sepah di buang." Maka menjaga pergaulan dan hubungan penting walaupun dalam tempoh bertunang, cumanya pelik apabila hari ini baru bertunang sudah berlagak macam laki bini. Kemudian juga apabila ingin bertunang di galakkan berjumpa dengan waris lantas nyatakan hasrat, tunjukkan kemampuan kita dalam usaha berniat untuk menjaga anak orang lain.

Jadi berkawan dalam bertunang di perlukan, supaya mengikut kaedah yang betul. Tanpa perlu risau akan hubungan itu, yang pasti berserah segalanya kepada takdir Allah SWT. Insya-Allah jika niat yang ikhlas dan baik Allah akan membantunya. Yang pasti perlu juga muhasabahkan diri, samada layak ataupun tidak. 

 AshrafHadi
2.Jan.2013
Mafraq, Jordan. 

10 Dis 2012

Tiga Perkara Yang Perlu Ada!


Kehidupan manusia ini penuh dengan ranjau dan onak duri. Pelbagai ujian dan rintangan akan sentiasa dihadapi. Setiap hari pasti akan ada bebanan yang menimpa diri, samada sedar mahupun tidak sedar. Tetapi bila bercakap soal manusia, berbagai fe'el iaitu perbuatan pula ada. Bak kata pepatah, banyak orang banyak ragam. Dalam banyak-banyak orang, seharusnya manusia perlu sedar, sepatutnya tiga perkara yang perlu ada kepada manusia di simpan smart di dalam hati.

Apakah tiga perkara itu?,

Pertamanya ilmu, mengapa? Kerana kehidupan manusia semestinya dengan berpandukan ilmu. Orang yang tiada ilmu hanyalah orang yang jahil. Mustahil di dunia ini majoriti tiada ilmu, hanya yang gila sahaja layaknya untuk dikatakan tidak berilmu. Malahan hari ini pelbagai ilmu muncul, dari ilmu duniawi hatta ukhrawi, juga ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah. 

          Pelbagai jenis ilmu yang ada, tetapi wajib dipelajari iaitu ilmu fardu ain, kerana ilmu fardu ain adalah batu asas dalam usaha kita mempelajari ilmu. Mengapa perlu menuntut ilmu? Kerana untuk kita memecah tradisi kejahilan dalam diri kita, dari tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, sehingga kita dapat bezakannya. 

          Surah pertama yang diturunkan  Al-Iqra' yang bererti "Bacalah!" menunjukkan kepentingan ilmu itu sendiri untuk dicari dan dipelajari. Jika meneliti dari awal hingga akhir surah, ianya dapat diklasfikasikan bahawa seharusnya manusia perlu menuntut ilmu. Apabila manusia itu berilmu, secara tidak langsung manusia itu akan dihormati dan disegani oleh semua orang. 

          Akan tetapi, tidak dinafikan ilmu ini banyak yang boleh dipelajari, tetapi perlu juga berhati-hati akan ilmu yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia. Ilmu sebegitu yang jauh menyimpang dari syariat, bak kata orang "ilmu hitam" yang di belakangnya penuh dengan helah tipu daya syaitan. Di sini amat berbahaya, kerana manusia akan mudah terlupa dan leka dengan keseronokan yang hanya sementara.

          Sampai bila perlu menuntut ilmu? Sebenarnya tiada noktah yang dititikkan kepada penuntut ilmu. Hingga dia sudah mencapai PhD sekalipun, belum tentu dapat memadam noktah sebagai penuntut ilmu. Sampailah masa meninggal dunia barulah terpadam akan istilah penuntut ilmu kepada seseorang itu. Jadi ibrahnya ilmu ini penting yang perlu manusia pelajari. 

Hadis Nabi S.a.w,

 طلب العلم فريضة على كل مسلم
(Menuntut Ilmu Wajib Ke Atas Setiap Muslim)
Riwayat: al-Hakim, Ibn Abdil Barr al-Andalusi, Al Baihaqi dalam al-Jami' Li Syu'ab al-Iman, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn 'Asakir, dan at-Thabrani.
-Hadis Sahih Lighairih-

Nah! Apabila dikatakan wajib, maka selayaknya sebagai muslim perlu menuntut ilmu, jangan kira usia yang sudah lanjut atau umur seusia jagung. Bukan alasan bagi kita untuk tidak mahu menuntut ilmu. Yang penting ilmu perlu di cari dan bukan di datangi. 

Kedua: Pengalaman,

Pernahkah kita mendengar istilah? iaitu, "belajar dari pengalaman." Semestinya pernah mendengarnya. Tertanya juga, apa yang dikatakan belajar dari pengalaman itu?. Bila diteliti rupanya, iaitu mempelajari dari pengalaman yang sudah lepas dilakukan, untuk menambah kebaikan bagi ke masa hadapan. Akhirnya menunjukkan pengalaman itu penting dalam mendewasakan manusia. 

          Pengalaman bukan boleh dicipta dengan semudah rupa, ianya pengalaman seharusnya dirasa. Samada dengan tindakan mahupun apa jua cara, yang pastinya akan membuatkan manusia itu terasa di dalam benak jiwanya. Pengalaman juga berlalu dengan frasa demi frasa, dari usia muda hingga ke usia tua, semuanya pengalaman akan dilalui dalam hidup manusia untuk menghiasi warna-warni kehidupan manusia. 

          Kepentingan pengalaman ini bukan boleh dipandang remeh temeh, kerana tanpa pengalaman manusia tidak akan mengetahuinya. Sebagai contoh, kita berpengalaman sebagai seorang budak yang nakal, akhirnya dengan pengalaman kenakalan itulah yang mengajak diri kita berubah ke arah kebaikan tanpa kembali kepada sifat kenakalan semula, setelah kita betul-betul berubah.

          Jadi di situ menampakkan pengalaman itu penting, dan pengalaman juga mematangkan manusia dari segi berfikir dan bertindak, apabila sudah melakukan kesilapan di hari yang lepas, dengan pengalaman kesilapan itulah manusia akan lebih berhati-hati berfikir dan bertindak, demi menjaga kemaslahatan bersama. Menunjukkan juga fikiran manusia untuk berubah ke arah kebaikan, tanpa mengulangi kesilapan. 

Ketiga: Rangkaian Hubungan,

Apabila sudah mempunyai ilmu dan pengalaman, jangan dilupakan pula kepada rangkaian kita dalam perhubungan. Seharusnya manusia perlu menjaga rangkaian hubungan itu dengan elok dan sempurna, supaya nampak okey. Kerana kehidupan bermasyarakat inilah menentukan pentas kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan rangkaian hubungan yang sedia ada disekeliling kita. 

          Menjaga hubungan dengan ahli keluarga terdekat itu penting, tetapi yang peliknya juga apabila ada manusia yang selesa dengan orang luar, tetapi dengan orang dalam keluarga sendiri di tolak ke tepi. Itulah silapnya kita yang bernama manusia, selalu nampak kuman yang jauh di laut, tetapi gajah di hadapan mata tidak di nampaknya. Sangatlah mendukacitakan, jika kita berlakuan sedemikian rupanya.

          Biarlah apa terjadi, tetapi hubungan sesama ahli keluarga jangan terputus. Berebut harta pusaka sekalipun biarlah secara elok dan sebagainya, jangan kerana sebidang tanah manusia putus rangkaian hubungan sesama ahli keluarga terdekat. Sangatlah pelik jika ada manusia begitu! 

          Sebagai manusia kita perlu jaga ke semua rangkaian hubungan kita, agar kita disukai dan disegani oleh semua orang, apatah lagi agar tidak di nampak sombong! Jika kita sombong, bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita ini. Yang seharusnya perlu untuk kita muhasabah kembali menilai dan perhalusi akan diri kita ini. 

Kesimpulan dari tiga perkara,

Kepentingan ilmu, pengalaman, dan rangkaian hubungan sangatlah penting. Jika ilmu banyak tetapi pengalaman tiada, dikatakan juga masih kurang sempurna, juga begitulah jika pengalaman ada tetapi ilmu tiada pun tidak guna juga. Mahupun juga jika ada ilmu dan pengalaman, tetapi rangkaian hubungan sesama manusia jika tiada akhirnya juga tetap tidak berguna juga bagi kita yang bergelar manusia.

          Sebenarnya kombinasi ketiga-tiga itu penting untuk kita garapkan dalam jiwa kita supaya kita menjadi manusia yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Sejajar dengan diri kita untuk menjadi muslim yang berkualiti, dalam teras mengharungi dunia masakini, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

AshrafHadi
10.12.2012
Mafraq Jordan. 

7 Nov 2012

Wanita Itu Rumit Dan Unik (2)


Artikel tajuk sama yang lepas menceritakan, tentang keunikkan wanita itu dengan melihat kerumitan mereka. Disamping pelbagai persoalan terjawab dengan meneliti dimana keunikkan dan kerumitan yang ada pada wanita. Akhir sekali ku timbulkan persoalan, jika lelaki yang soleh akan dapat bidadari di syugra, dan jika wanita solehah pula akan dapat apa? Jadi kesinambungan inilah akan ku coretkan sedikit cita dan rasa terhadap wanita untuk dikongsi. Justeru mari kita koreksi dan selami, sejauh mana kondisi yang perlu di nilai pada si wanita.

Sifat Wanita Tegas!..

Pernah tak kita mendengar ayat sebegini? 

"Syadid gila perempuan tu," 
"Sighah nya perempuan tu,"

Mesti pernahkan? Terutamanya mahasiswa yang belajar jurusan agama seperti ku. Dengan suasana masyarakat disini yang terdiri  hanya pelajar melayu lelaki dan wanita sahaja, yang lain dikelilingi oleh bangsa arab ke semuanya. Sebenarnya ungkapan ini melambangkan kepribadian seseorang wanita itu melalui pemerhatian orang disekelilingnya.

Cuba kita bertanya kepada si wanita yang dicop sedemikian, mesti dia menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah bukan sebegitu. Tetapi penilaian manusia ini berbeza, dan berbentuk subjektif. Tidak dapat tidak si wanita tidak boleh lari dari tanggapan sedemikian rupa. Bagi lelaki perkara ini biasa, tetapi bagi wanita ianya berlainan pula.

Wanita merasa dia perlu bersifat tegas dan sebagainya, demi menjaga maruah dan kehormatan dirinya, sebagai insan yang bergelar wanita. Ya, tidak dinafikan ketegasan wanita itu perlu dan dapat menjaga semua perkara. Ku amat bersetuju dengan perkara sedemikian itu. Tetapi permasalahanya pula timbul apabila wanita selalunya tidak meletakkan ketegasan itu pada tempatnya.

Sebagai contoh, wanita itu bertegas dalam setiap apa jua perkara. Misalnya, jika hendak dipilihnya sebagai moderator forum pun susah, pelbagai alasan diberikan, katanya suara itu aurat dan sebagainya. Itu menampakkan wanita sedemikian tidak meletakkan ketegasannya dengan betul. Ini sekadar contoh sahaja.

Selain itu, jika dengan lelaki lain dia bertegas dan berkeras, tetapi dengan lelaki dia sukai, boleh pula berlemah lembut. Juga menampakkan disitu dia meletakkan ketegasannya itu secara tidak betul sama sekali. Wanita yang bertegas adalah satu sifat yang baik, tetapi ketegasan itu perlu dilihat dimana yang sesuai. Agar ianya lebih fleksibel dan bersikap profesional. 

Tetapi wanita yang langsung tiada ketegasan, malah langsung tidak peduli, biarkan diri mereka diratah oleh lelaki yang bernafsu serakah, itu lebih teruk dan amatlah sadis sekali. Sebenarnya, kebanyakkan wanita yang langsung tiada ketegasan ini banyak berlaku sekarang. Tidak hairanlah jika peningkatan masalah pergaulan bebas semakin meningkat dan meruncingkan.

Wanita Terlebih Fikir,

Sebenarnya, andaian yang banyak dilakukan kebanyakkan dari kalangan wanita. Mengapa? Jika lelaki selalunya akan sentiasa memikir mudah dalam beberapa perkara, tidak seperti wanita yang akan tidak mengambil mudah pada beberapa perkara. Kerana kelebihan mereka berfikir dengan terlalu jauh sehingga dikatakan untuk mendapat kualiti yang terbaik. 

Tetapi pula, terlebihnya fikir inilah menyebabkan kesusahan bagi wanita pula, mengapa? Mudah sahaja, ku mulakan dengan contoh. Jika suami pulang kerumah, kemudian menyuruh si isteri masak ikan masak merah, mesti isteri tanya, "abang nak ikan merah pedas ke atau tidak?" "abang nak rasa masam ke masin?" "abang nak masak merah cili padi atau sos cili?". Menunjukkan bahawa pelbagai andaian akan keluar dengan pelbagai pertanyaan. 

Jika dia ikut terus, tanpa mengeluarkan andaian dan lontaran pertanyaan. Mesti tidak merumitkan, tetapi takut juga bila si isteri masak, si suami pula mengomennya terlalu banyak. Maka tidak dapat tidak kedua-duanya tidak akan selesai. Cumanya disini menunjukkan sifat wanita yang kebanyakkan selalu terlebih fikir. Bagus sebenarnya sifat terlebih fikir ini, cumanya janganlah sampai merumitkan si wanita itu sendiri.

Hakikat yang sebenarnya, walaupun wanita ini kebanyakkan terlebih fikir. Tetapi mereka juga sukar membuat keputusan. Terutama disaat yang genting mereka akan lebih berfikir mudah tanpa melihat kesan dan akibat, mengapa? Kerana psikologi menceritakan bahawa wanita ini lebih berfikiran singkat berbanding lelaki, terutama dalam membuat keputusan disaat yang terdesak.

Bukannya singkatnya mereka berfikir itu, wanita dianggap bodoh. Ianya tidak sama sekali, dan dinafikan sekeras-kerasnya. Cumanya sesetengah perkara yang sepatutnya perlu difikir dengan lebih jauh, disingkatkan dengan kepuasan hati mereka yang hanya bersifat sementara. Tetapi berbanding lelaki yang suka berfikiran jauh, dan memikir dengan kesan dan akibat. Serta tidak melulu dalam meletakkan keputusan. 

Selain itu, fikiran wanita sukar untuk masuk lekat di dalam kepala, berbanding lelaki yang cepat melekat dan menghafal di dalam kepala. Dimudahkan untuk fahami, iaitu lelaki cepat "pick up" dari wanita. Ini adalah fakta, psikologi yang berbicara, buka kata-kata lelaki yang jeles terhadap wanita. 

Pemanis kata cita dan rasa,

Sebenarnya dua sifat yang diceritakan tidak semua wanita menghadapinya. Tetapi majoritinya ada, ianya satu lumrah dalam kehidupan duniawi ini. Menafikan sama sekali amat tidak boleh lagi. Disebabkan dua sifat inilah menunjukkan keunikkan wanita itu, berbanding lelaki. Jika dilihat dan diceritakan seperti merumitkan sifat wanita ini, walhal sebenarnya uniknya mereka itu ada. 

Jikalaulah wanita tidak tegas, dan tidak terlebih fikir, agak-agaknya dimana kelebihan keunikkan mereka berbanding lelaki?. Jika ada banyak perbezaan sekalipun, inilah sifat yang menjadi lambang keunikkan wanita yang dirasakan rumit tetapi sebenarnya tidak. 

Wanita yang solehah akan berusaha menjadi lebih unik untuk mencari keredhaan Allah, tetapi wanita yang lain akan berusaha menjadi unik demi mencari perhatian si manusia yang nafsu serakah. Ingatlah wahai wanita, apa yang dikatakan diatas hanya berdasarkan coretan cita dan rasa. Apa yang diperhatikan itu yang diceritakan. Sepentingnya wanita ini, tidak dinamakan pasangan (berkahwin) jika tiada manusia yang dikata si wanita.

AshrafHadi
7.11.2012
Mafraq, Jordan. 

13 Okt 2012

Fikirkan Kesan dan Akibat!


Alhamdulilah selepas seusainya solat jumaat tadi, sempat saya mengajak ustaz Shahrul Ifwat, pelajar Master Universiti Al Al-Bayt datang ke rumah. Pelbagai cerita di kongsi dan tajuk di diskusi, ada isu semasa, politik, agama, dan keadaan persatuan mahupun pelajar di bumi Mafraq yang tercinta ini turut juga diperkatakan.

Apa yang nak dikongsi pula disini, iaitu satu point yang dibincangkan tadi, berkenaan "kesan dan akibat." Jadi marilah kita singkap, bagaimana yang dikatakan? Sebelum kita melakukan sesuatu mesti memikirkan kesan dan akibatnya. Lantaran itu, semuanya sudah dijelaskan ustaz Shahrul Ifwat semasa bersembang dengannya selepas jumaat tadi.

Sikap Kita Sering Terleka,

Sebagai manusia, melakukan kerja tanpa memikirkan kesan itu dianggap perkara biasa. Kerana lumrah manusia, sifat terlekanya kita, menyebabkan otak kita hanya berfikir kesan untuk jangka masa yang singkat sahaja, tanpa memikirkan kesan dan akibat bagi jangka masa yang panjang. Malahan juga, ada yang tidak memikirkan kesan dan akibat langsung, itu sangat teruk!

Ini kerana, terlekanya kita atau lebih mudah difahami, iaitu lupa merupakan satu sifat semula jadi yang berlaku secara langsung mahupun tidak langsung. Penyakit lupa inilah yang menyebabkan kelemahan kita dalam memikirkan kesan dan akibat, sebelum kita melakukan. Dan juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang memikir, terutama dalam memikir kesan serta akibat.

Jika kita perasan, bahawa terlupanya kita dalam memikirkan kesan dan akibat menyebabkan ianya bergantung kepada nasib diatas ketentuan Allah SWT, misalnya kita memandu kereta dengan lajunya sekali. Difikirkan kesan dan akibat memanglah akan menyebabkan boleh berlaku kecelakaan, tetapi akhirnya kesan dan akibatnya selamat tanpa berlaku kecelakaan sekalipun. Maka itu semuanya diatas takdir Allah SWT.

Tetapi kebanyakkan selalunya kita melakukan kerja tanpa memikirkan kesan dan akibat, menyebabkan kita akan gagal dan terkandas, samalah seperti memandu kereta dengan lajunya sekali, menyebabkan kebarangkalian berlaku kecelakaan lebih mudah, berbanding kita memikirkan diawal lagi kesan dan akibat menyebabkan kita akan lebih berhati-hati. Dan kebarangkalian berlakunya kecelakaan susah.

Saya juga tidak dinafikan, apa yang kita lakukan semuanya ditentukan oleh Allah SWT, cumanya tidak akan berlakunya sesuatu itu tanpa ada sebab-sebab tertentu. Ibaratnya pokok tidak akan bergoyang jika tidak ditiup angin. Kemalangan takkan berlaku jika kita tidak memandu dengan laju. Jadi memikirkan kesan dan akibat ini seharusnya perlu diawalnya lagi.

Bagaimana Untuk Memikirkan Kesan dan Akibat?

Caranya mudah, apa yang difahami akan kata ustaz Shahrul Ifwat tadi, mulanya pastikan kita melihat keadaan sekeliling kita dahulu! Itu yang perlu dipastikan betul-betul. Sebelum melakukan sesuatu itu, fikirkan kesan dan akibat dengan melihatkan keadaan disekeliling kita dahulu, dan menilaikan sejauh mana kesan dan akibat ini akan berlaku.

Misalnya juga, kita memandu kereta dengan lajunya sekali, pasti kita fikirkan. Jika kita memandu kereta dengan laju sekali, pertama adakah kawan ataupun keluarga di dalam kereta naik bersama kita akan suka atau benci? Dan adakah mereka akan hidup ataupun mati? Itu perlunya difikirkan keadaan sekeliling sebelum memikirkan diri sendiri.

Jadi sekiranya kita melihat keadaan sekeliling kita, ianya lebih membuka mata dan minda, untuk kita mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kesan dan akibat yang akan terjadi. Justeru apabila kita faham, kita akan lebih berhati-hati, dan orang disekeliling juga akan menyukai. Perkara ini juga perlu sentiasa di ingati, agar kita tahu berbudi apabila ditempat orang nanti.

Selain itu, jangan tergesa-gesa dalam memikirkan kesan demi jangka masa yang pendek sahaja, perkara ini selalunya manusia akan cepat melatah dari menilai semua aspek, terutamanya wanita yang selalu melakukannya. Seharusnya, kita perlu bertenang dalam meletakkan keputusan untuk mencapai kesan dan akibat yang baik untuk jangka masa yang panjang. Serta memberi manfaat kepada semua orang.

Penutup Bicara,

Kesan dan akibat itu penting untuk di nilai sebelum kita melakukan, jika kesannya memberi manfaat dan kebaikkan maka selayaknya diteruskan, jika tiada maka perlulah berhati-hati. Yang pasti, kita perlu bijak mengatur strategi dalam memikirkan satu kerja yang dilakukan pasti ianya akan menjadi mudah. Jika kita melakukan kerja cacar merba menyebabkan kerosakkan akan berlipat ganda.

Selain itu, kesan dan akibat semestinya di nilai dari sudut positif mahupun negatif, kerana disetiap kelebihan pasti ada kekurangan, dan disetiap kebaikkan pasti ada keburukkan. Begitulah juga sebaliknya, maka dengan itu, kesan dan akibat perlu dilihat dengan penilaian yang padat, untuk mendapat kesan dan akibat yang tepat.

AshrafHadi
13.10.2012
Mafraq, Jordan. 

28 Jun 2012

Mentaliti Kita Sejauh Mana?


Sukanya saya memetik ungkapan kata dari mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berkata, "infrastruktur kita di kelas pertama tetapi mentaliti kita pula di kelas ketiga." Itulah antara ungkapan yang membuatkan saya terfikir adakah benar apa yang dikatakan? Menjadi pelbagai persoalan timbul dalam diri ini untuk mencari sejauh mana kebenaran ungkapan yang melibatkan tentang mentaliti masyarakat kita pada hari ini, terutamanya bangsa melayu.

Lantaran itu, diselak satu persatu sejak dari awal sejarah kemerdekaan negara kita sampai sekarang ini, untuk kita menilai sejauh mana mentaliti bangsa kita yang tampak akhir-akhir ini ada sedikit kekurangan yang sering dihidangkan di media massa. Mentaliti yang dikatakan ada sedikit kekurangan mengapa? Kerana pernah diungkapkan juga untuk Tun Dr Mahathir Mohamad didalam perhimpunan agung Umno menyatakan bahawa "melayu mudah lupa."

Dahulunya melayu hidup susah, tetapi apabila senang ia lupakan segala kesusahan yang ditanggung orang dahulu sehingga kita leka akan kemewahan negara, tetapi akhirnya mentaliti kita pula tidak terjaga. Hari ini jelas apabila mentaliti bangsa melayu terutamanya, dari segi politik, budaya, dan  masyarakat melayu, sering menimbulkan masalah sesama sendiri.

Contoh yang jelas,

Dari segi politik melayu yang terbesar diwakili dua buah parti yang satu memperjuangkan nasionalis dan satu lagi memperjuangkan islam. Hari ini kita melihat masing-masing berpendirian teguh sesama idealisme yang diperjuangkan, tetapi kita melihat pula bagaimana setiap penyokong-penyokong idealisme itu membawa mesej pejuangan mereka. Apabila dikatakan sistem demokrasi kenapa hak rakyat tidak terjaga, kemudian ketaksuban menyebabkan kita melihat satu pihak saja. 

Inilah sikap mentaliti kita, misalnya lagi apabila pembangkang menganjurkan ceramah ianya juga dianjurkan oleh pihak kerajaan secara berdekatan. Kemudian timbullah perbalahan antara si pihak kerajaan dan si pihak pembangkang di dalam ceramah tersebut, sehingga batu dibalingkan menyebabkan seorang warga emas bergelumuran darah akibat terkena balingan batu tersebut. Jadi dimanakah mentaliti kita sebagai bangsa melayu yang sebenar?

Tak cukup dengan itu, selepas anjuran BERSIH 3.0 duduk dan bantah, yang dipengerusikan bersama oleh A.Samad Said, tetapi hakikatnya pula pengerusi BERSIH 2.0 pula yang mendapat tohmahan, serta tayangan perdana "senaman punggung" yang dilakukan oleh orang-orang melayu dihadapan rumah Ambiga tersebut.

Saya seikhlasnya bukan mahu bercakap untuk membela Ambiga, tetapi saya ingin menyatakan serendah itulah mentaliti kita sehingga perlu melakukan tindakan sedemikian. Antara yang terbarunya soal pehimpunan Royalti di kelantan yang mana ada peserta yang cedara akibat bergaduh dengan satu pertubuhan NGO diberi nama sebagai TUKAR, yang mendesak agak kelantan ditukar pemerintah kepada UMNO. Mengapa sedemikian rupa berlaku? Apakah budaya samseng sesama bangsa itu budaya amalan hidup bangsa melayu?

Selain itu juga, mentaliti pemikiran kita yang hanya terkatup dan tidak terbuka menyebab keculasan untuk untuk kita membuka minda melihat pelbagai kemaslahatan itu akan terbantut. Kataya negara demokrasi tetapi mengapa jadi begini? Misalnya jika mentaliti kita terbuka untuk memikirkan sebegitu cara. Tetapi lain pula pada kita, hanya ketaksuban sesuatu pihak sahaja yang menyebabkan kita ibarat seperti "lembu yang dicucuk hidungnya," hanya makan apa yang disuap dan telan apa yang diberi.

Dari segi budaya pula, hari ini dapat kita lihat sendiri apabila masyarakat kita lebih mengutamakan adat dari ajaran agama yang sebenar. Sebagai contoh seperti wang hantaran yang terlalu mahal, sebenarnya ianya berlaku dari mentaliti kita yang mementingkan adat, sehingga untuk melangsungkan satu perkahwinan pun menelan belanja yang tinggi. Walhal dalam agama langsung tidak mengajar sedemikian, sekadar yang termampu sahaja sudah memadai untuk berkahwin. 

Tetapi mengapa berlaku sedemikian? Kerana silapnya pemikiran bangsa melayu yang mengutamakan adat dari ajaran agama sehingga menyebabkan budaya keislaman melayu yang penuh dengan adat resam yang tidak menyusahkan tetapi disusahkan oleh masyarakat melayu sendiri. Akibat dari contoh yang diberikan tadi menyebabkan pelbagai masalah timbul, akibat dari tidak dapat berkahwin awal mahupun cepat, kadar penzinaan semakin meningkat. Jadi sampai bila mentaliti kita sebegini?

Dari segi budaya, dalam kalangan masyarakat melayu sendiri amatlah sedih dihati. Kerana perkara itu amat sukar untuk diubati, masyarakat kita lebih mempercayai karut-marut khurafat yang dari dahulunya sehingga sekarang masih ada yang melakukan. Sebagai contoh jika kita merasa dengki dan tidak berpuas hati, teruslah kita menyerangnya secara halus seperti menggunakan jin ataupun bomoh untuk menjatuhkan orang yang kita dengki. Mengapa bersikap sedemikian?

Pemikiran kita juga beranggapan seperti tidak mempercayai tuhan, kerana apabila melakukan perbuatan sedemikian, sesungguhnya kita melakukan syirik kepada Allah SWT. Itulah yang dapat kita lihat sekarang ini, mentaliti kita masih lagi kebawah dan tidak seperti negara-negara maju di eropah yang tampak jauh meninggalkan kita. Walaupun demikian, kita berbangga dengan prasarana pembangunan di negara kita tetapi perlu di ingat dengan mentaliti kita juga.

Akhir kata,

Melayu oh melayu, sampai bila kita mahu mentaliti kita layu. Berfikiran kusut yang menyebabkan idea kita pun semput, untuk memikirkan satu benda yang baru dalam mengubah persepsi diri terhadap sesuatu. Rupanya ketaksuban dan mereka apa yang dilakukan kita itu betul yang menyebabkan menjadi punca untuk mentaliti kita tidak ubah sehingga hari ini. Tetapi tidak diakui bukan semuanya bangsa melayu sebegini cumanya kita bertanya kepada diri kita sejauh mana mentaliti kita hari ini?

AshrafHadi
28.6.2012
Mafraq Jordan.

16 Jun 2012

Progresikan Dunia dengan Idea


‘IDEA is a carefully considered thought about something’

Suatu idea yang hebat tidaklah wujud dalam bentuk hasil, kerangka ataupun proses yang tertentu tapi ia wujud hanya sebagai satu pengenalan kepada kewujudan sebuah kerangka atau proses. Oleh kerana itulah, perlunya kita melihat sebuah idea itu dalam bentuk yang lebih abstrak dan menganalisis strukturnya serta menilainya secara kritikal, barulah kita mampu menghargai sesuatu idea itu serta hasilnya sekali. Justeru, idea yang saya sebutkan di sini bukanlah idea yang hanya buah fikiran semata, tapi juga meta-ideanya sekali.

Dunia tidak perlukan idea yang hanya menjadi buah fikiran lalu dicetak ke dalam kutub dan ia terus dan terus kekal begitu, lalu jika habis mereput kutub itu, hilanglah idea itu. Itu dasar idea kosong! Kerna sedarkah kita, bahawa dunia memerlukan idea yang dijana karakternya untuk dibuat implementasi terhadap realiti dunia. Logiknya, apabila begini situasinya, tidak boleh tidak proses ini turut memerlukan kolaborasi modal insan untuk tujuan tersebut demi menyelesaikan masalah manusia, membina peluang untuk mereka juga untuk meneroka dan terus meneroka. Ini asasnya.

Usah dilihat idea sebagai suatu yang ringkas, juga usah dipertikai potensi idea yang bagus, kerna revolusi di Mesir berjaya dijalankan hanya kerna sebuah idea. Ya, ia tercetus dengan idea. Lalu hasilnya, tamatlah sudah pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak, tamat juga fenomena para ulama dipanggang di penjara di bawah panas padang pasir serta berkubur juga kezaliman dan ketidakadilan yang telah bermaharajalela sejak 30 tahun lepas. Namun, perlaksanaannya sangat rumit kerna bukan sedikit gula-gula yang ditaburkan kepada rakyat Mesir untuk berundur pulang ke rumah, malah bukan sedikit juga pengorbanan yang terpaksa dilakukan, juga bukan seorang dua nyawa sahaja yang melayang. Mahalnya harga sebuah revolusi yang tercambah dari implementasi  sebuah idea. Sedikit gambaran progresi peradaban dunia.

Dalam masa yang sama, saya tidak mahu jelmakan idea sebagai malaikat di sini, kerna kita hidup dengan manusia,yang kadangkala ada juga yang kelihatan seperti manusia namun ia hanya topeng yang menutup kejelekan seekor syaitan. Satu masa dahulu, idea pernah menjahanamkan manusia tidak kira bangsa, ini termasuklah idea keparat Mustafa Kemal Ataturk iaitu idea pembubaran sistem khilafah Islam. Ingat lagi rentetan peristiwa daripada idea ini? Memilukan bukan? Mustafa Kemal naik menjadi penguasa dan menghancurkan seluruh kehidupan beragama di Turki dan menggantinya dengan fahaman sekular. Antaranya, larangan azan dalam Bahasa Arab dan menukarkannya ke dalam Bahasa Turki, menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta melarang orang Islam mengerjakan Haji dan banyak lagi. Ini pula, contoh idea yang mencalarkan peradaban hidup orang muslim khususnya.

Saya datangkan dua contoh mega untuk menjentik sikit para pembaca agar jangan bergantung harap pada kuasa sebuah idea kerna idea hanya jelmaan kosong  jika tanpa pelaksanaan serta hanya akan menemui kemurkaan Tuhan jika Allah tidak dijadikan tujuan. Hidup kita hanya sekali, justeru biarlah kita lakukan pengabdian kepada Allah tanpa penat tanpa henti.

Saya hadirkan pula seorang tokoh Islam yang sangat saya sanjungi, tokoh yang menukil karya agung Tafsir Rasa’il al-Nur, tokoh yang tidak pernah bertolak ansur dengan kebatilan, juga tokoh bagi sebuah reformasi pendidikan. Saya penakan sedikit kisahnya di sini, buat ibrah kita bersama.

Rentetan daripada pembubaran sistem khilafah, umat Islam berpecah belah. Kemudiannya hal keagamaan terus diketepikan daripada hal keduniaan. Bertitik-tolak daripada sinilah, Nursi telah memikirkan kaedah yang terbaik bagi mengangkat kembali kekuatan dan kehebatan umat Islam dengan mengadakan reformasi terhadap sistem pendidikan Islam yang bersifat komprehensif dan kontemporari. Baginya, ia perlu digiatusahakan selari dengan keadaan dunia yang semakin mencabar. Lalu, idea reformasinya direalisasikan oleh beliau dan hal ini, ada beliau nyatakan dalam kitab Lama’at, dalam Risalah Al-Hijab, katanya:

sesungguhnya penyelesaian ampuh untuk menjaga tabiat mulia yang menjaga fitrah mereka daripada kerosakan adalah mendidik mereka dengan pendidikan Islam yang komprehensif”

Idea beliau yang sangat hebat berjaya membawa progresi terhadap dunia. Beliau sangat tabah dan kuat untuk melakukan implementasi idea nya tanpa mengenal apa itu maksud diracun, diseksa dan dizalimi. Beliau sangat berani dan hari ini, umat manusia sedang mengagumi keberanian beliau dan mereka sedang menuntun jejak langkah beliau. Kita pula? Bila lagi? Usah bertangguh kerna jika kita berhenti, tentera Allah tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kita di belakang.

Justeru, implementasi idea bukan suatu yang mudah, kerna sebelum itu ia memerlukan banyak proses termasuklah penjanaan idea, kemudian lontaran idea ke medan realiti untuk diperdebatkan, diperbahaskan, ditimbang-turas baik buruknya. Lalu apabila suatu kesepakatan terbentuk, proses perlaksanaan pula berjalan. Ia akan mengalami kritikan demi kritikan, lalu di sinilah kekuatan seorang invensi  bakal dipertikaikan. Proses ini tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran si pencipta idea untuk menghadam sesebuah kritikan menjadi suatu nasihat. Tiada istilah ‘usah jaga tepi kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak’ di sini, kerna kita sememangnya memerlukan penambahbaikan dalam idea kita agar idea itu mampu digunapakai demi sebuah progresi dunia serta peradaban penduduknya.

Saya tidak berniat mengulas panjang tentang progresi dunia serta sudut-sudut utama dan cabang-cabangnya. Namun saya hanya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan progresi sosial secara amnya. Ini termasuklah, progresi  peradaban manusia di dunia. Perasan atau tidak, sejarah pemikiran serta penjanaan idea-idea para tokoh silam sering sahaja mencetuskan nilai tamadun yang tersendiri. Buktinya, perkembangan bidang-bidang ilmu yang banyak dan pelbagai, penciptaan alatan kehidupan sehingga berkembang menjadi gadjet-gadjet canggih pada hari ini dan banyak lagi.

Namun progresi ini tidak berlaku secara selari. Hal ini kerana, perbezaan antara kemajuan dan keterbelakangan akan terus-menerus terjadi ,saling berkejaran dan saling memenuhi. Yang lebih maju akan memimpin yang tidak maju dan yang tidak maju akan belajar untuk maju. Tapi progresi pasti sahaja sentiasa berlaku melalui gerak kerja implementasi serta penambahbaikan idea yang sudi dilakukan manusia.

Saya akhiri artikel kali ini dengan satu konklusi yang membentangkan cebisan permasalahan berkenaan dengan nilai juga kualiti modal insan yang diperlukan dunia untuk membawa kepada sebuah progresi.

Manusia memang ada yang melihat peluang namun lebih ramai yang sering mengintai kegagalan’

Antara yang paling ketara adalah koleksi modal insan yang penakut. Takut untuk menjana idea, takut juga untuk melontar ideanya, serta takut menerima kritikan terhadap idea yang dilontarkannya. Come onlah! Jika unsur penakut+tidak yakin+tidak mampu bertolak ansur+kedekut masih ada dalam diri anda, silakanlah untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan golongan yang digelar modal insan yang lebih suka melihat sahaja dunia ini mengalami progresi dengan sendiri.

Usah biarkan manusia-manusia hebat sahaja membuat kerja berat ini bersendirian kerana kita mahu produce manusia-manusia yang hebat yang lebih dan lebih banyak untuk menghuni dunia.Tidak bertujuan membuat sebarang provokasi tapi saya hanya hendak menerangkan kepada manusia yang peluang masih ada. Jangan takut walau untuk bermain dengan risiko.

Tidak mengapa jika gagal atau salah

Its okay to fail!

Kamu pasti akan belajar sesuatu daripada kesalahan itu. Usah dikejar sangat kesempurnaan. Bayangkan jika ahli pemikir silam sombong dan hanya mahu mendabik dada mengagungkan sebuah kesempurnaan yang bersifat individualistik semata, dapatkah kamu bayangkan dunia ini akan hancur?

“Hidup bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya tapi untuk memberi sebanyak-banyaknya”-Filem Laskar Pelangi-

Jangan takut untuk utarakan apa yang kamu fikir baik untuk kemaslahatan sejagat, jangan takut untuk jalankan idea itu, jangan takut juga untuk menerima kritikan dan teguran, jangan takut untuk buat sedikit perubahan daripada teguran yang membina itu. Jangan takut dan jangan sesekali takut. Beranikan diri kamu.

 Bediuzzaman Said Nursi ada berkata:

“Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal bererti dia memiliki fikiran yang baik. Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik mendapatkan kenikmatan daripada hidup”


Selamat mencerna!

31 Mei 2012

Kepelbagaian Dunia : Introvert vs Extrovert



Istilah introvert dan extrovert merupakan satu kontinum tunggal dan  istilah-istilah ini merupakan istilah Bahasa Melayu yang mempunyai pertalian linguistik dengan Bahasa Inggeris. Secara umumnya, personaliti introvert dan extrovert merupakan dimensi pusat teori personaliti manusia. Namun, saya mempunyai kecenderungan yang lebih untuk berdiskusi melalui abjad, mengenai golongan introvert lantaran golongan ini merupakan golongan majoriti masyarakat dunia dengan peratusan sebanyak 60%.

Secara ringkasnya, introvert merupakan individu yang memperoleh tenaga dengan cara bersendirian yang mana tenaga ini hilang ketika dia berada di sekitar orang ramai. Seperti mana yang diterangkan oleh seorang ahli psikologi Carl Jung, yang menyatakan bahawa introversi ini merujuk kepada pengaliran tenaga keluar dari diri seseorang dan mereka mendapatkan kembali tenaga yang hilang ini melalui dunia dalaman mereka. Berbanding dengan extrovert, mereka memperoleh tenaga dengan berada di sekeliling orang ramai. Golongan ini apabila diberi peluang, mereka lebih suka bercakap dengan orang lain daripada duduk bersendirian.

Justeru, definisi ini menafikan terus persepsi sebahagian masyarakat yang berpendapat bahawa golongan introvert merupakan golongan yang pemalu. Sekalipun rasa malu merupakan salah satu elemen ketika cemas dan takut, tapi sebenarnya rasa malu bukanlah satu permasalahan bagi seorang introvert. Hal ini kerana, ramai sahaja golongan introvert yang mempunyai hubungan sosial yang baik dengan persekitarannya namun terlalu banyak bersosial menyebabkan mereka semakin kekurangan tenaga, itu sahaja.

Golongan introvert apabila hendak bersendirian, tandanya tidak akan datang sendiri, bahkan ia datang melalui satu tanda tekanan atau depression dalam diri seorang introvert. Ini bermaksud mereka memerlukan ruang untuk recharge kembali tenaga mereka ataupun mereka memerlukan masa bersendirian untuk berfikir. Ini kerana mereka merupakan golongan yang lebih suka berfikir dahulu sebelum bercakap.

Lain pula bagi golongan extrovert yang lebih cenderung untuk berfikir sambil bercakap yang mana mereka mampu untuk berfikir dengan baik ketika mereka bercakap. Malah sesuatu isu itu tidak kelihatan pun gambarannya bagi mereka kecuali jika mereka memperkatakannya.
Ini merupakan satu penerangan ringkas dan padat berkenaan dengan golongan introvert dan extrovert. Malah boleh dikatakan sebagai satu kajian permukaan dalam usaha mendalami sistem sosiologi masyarakat melalui ahli-ahli masyarakatnya. Pembacaan ringan seperti ini memerlukan rentetan kajian berlandaskan AlQuran dan Assunnah demi mengelakkan perkembangan peradaban manusia terbejat hanya dek idea-idea serta pemikiran yang statik.

Allah ada berfirman dalam surah AlA’la ayat pertama yakni wahyu pertama kepada Nabi Muhammad yang berbunyi,

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَق
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Maksud bacalah di sini, bukanlah suatu sesuatu yang bersifat ‘baca’ semata-mata, bahkan ia membutuhkan proses rentetan seperti yang saya sebutkan tadi yang mana ia meliputi kajian, diskusi dan sebagainya.

Hakikatnya, jika diteliti dengan lebih daqiq, berkenalan dengan seorang introvert mahupun extrovert memberikan ruang yang sangat berharga kepada sebuah jalan dakwah Islamiah yang telah bermula sejak kira-kira 1400 tahun lalu oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini merupakan suatu bonus buat para daie untuk berkenalan dengan para maduu dengan lebih dekat kerana bukankah manusia telah berfalsafah bahawa ‘tidak kenal maka tidak bertaaruf’?

Justeru, mempunyai pengetahuan berkenaan dengan personaliti-personaliti manusia yang kompleks sangat diperlukan oleh para daie kerana secara logiknya, jika kita selaku daie tidak kenal maduu kita, bagaimana kita hendak memperkenalkan Islam kepada mereka? Lalu di sini, kekreatifan para daie mampu sahaja dipertikaikan juga diperdebatkan walaupun ia hanya untuk perkara yang bersifat mikro seperti ini.

Sebagai contoh, seorang introvert umumnya merupakan seorang yang suka berbual berkenaan dengan idea ataupun persepsi dari sesebuah idea dan mereka kurang cenderung untuk berdiskusi atau bercakap sesuatu yang dianggap kurang penting. Melalui situasi ini, mungkin sahaja si daie boleh lebih berhati-hati dalam percakapan mereka dan bersikap lebih fleksible atau ‘mesra alam’ terhadap maduu seperti ini dengan mengutarakan sesuatu yang lebih sesuai atau proper untuk diperkatakan. Begitu juga bagi para maduu yang bersikap extrovert  yang lebih bersikap ‘outgoing’ dengan persekitarannya.

Selain itu, apabila berdiskusi tentang suatu perkara yang bersifat kontinum, pastinya ada sebahagian kita suka mencetuskan persaingan termasuklah juga personaliti golongan introvert dan extrovert.  Sebagai contoh, antara kedua-dua ini mana  satu paling baik, paling ramai yang berjaya, paling senang dapat kerja, paling mudah didekati? Itu semua persoalan yang mempunyai jawapan ‘infiniti’ lantaran manusia itu sendiri yang mentadbir dirinya meskipun ada kajian menunjukkan personaliti introvert dan extrovert ini lebih dipengaruhi oleh unsur biologi berbanding dengan unsur persekitaran. Tidak salah untuk membuat perbandingan, namun kita mesti percaya yang kuasa berubah pastinya ada di tangan kita dengan izin Sang Pencipta.

Ini dapat dibuktikan apabila Jon Mercer, pencipta produk Social Strategies yang merupakan ‘formula’ yang telah membantu mengubah nasibnya selaku introvert yang mempunyai masalah dari sudut sosial yang sangat teruk sedari kecil. Produk ini tercipta melalui usahanya mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang dia hadapi dan dia telah berjaya pada hari ini. Sekarang ini, dia sedang berkongsi penyelesaian itu dengan umat manusia. Oleh itu, tiada istilah ‘unlucky’ untuk setiap kejadian yang Allah beri kepada kita jika kita berani berhadapan dengan ujian serta permasalahan untuk diselesaikan. Tiada ujian yang menyusahkan kerana semua itu dari Tuhan.

Ironinya, dunia ini serta isinya sangat kompleks, justeru saya tidak hairan apabila ada ahli bijak pandai berkata alam juga guru kita. Semua orang sama di sisi Tuhan dan segala kelebihan mahupun kekurangan yang Allah beri pada kita hanya membutuhkan sebuah keredhaan atau kesabaran untuk sebuah perhitungan mega di hujung hayat dunia.

Konklusinya, usah dilihat sangat siapa yang lebih baik daripada siapa, namun ayuh kita optimumkan segala kelebihan kita untuk kemajuan peradaban manusia dengan cara yang haq, lalu segala kekurangan pula, kita perbaiki untuk kemaslahatan sejagat. Progresi bakal sahaja berlaku jika kita sanggup membuat kolaborasi antara kita-kita warga dunia. Khas untuk generasi manusia pada masa akan datang. Pengorbanan ini tidak akan pernah mengalami kerugian kerana kita hidup dengan mengutip pahala bukan? melalui kepelbagaian dunia.

Ashrafhadi
Mafraq, Jordan.

17 Mei 2012

Kenapa Perlu Lelaki?


Lelaki adalah satu nama simbolik kepada manusia selain perempuan. Sebut sahaja lelaki, mesti ada yang tersenyum gembira, sedih berduka, marah tak terhingga. Kenapa adanya begitu? pernah juga kawan saya berkata "Ala, lelaki ini sama, suka mainkan perasaan orang" selain itu ada yg berkata, "lelaki ini bagus, tanpa lelaki disisi, wanita akan sunyi" dan ada juga yang berkata "lelaki ini buaya darat, jantan tak guna!." Jadi saya tertanya-tanya kenapa adanya sistuasi begitu? dan kenapa perlu lelaki? 

Lelaki Romeo dan Wanita Juliet

Lelaki yang lagak kacak dan hensem, ada orang kata mereka sangat jiwang dan cute dimata manusia. Lelaki ini sangat tampan. Keromeoan mereka itu terselah dengan gaya yang penuh tersendiri. Ada juga menggelar playboy kepada lelaki romeo ini. Bagi saya romeo itu satu anugerah, jika kita lihat secara luasnya, romeo yang dikatakan bukan hanya terletak kepada macho nya seorang lelaki. 

Tetapi letak kepada sikap si lelaki itu sendiri. Jika kita lihat, lelaki ini Allah ciptakan yang mulanya sekali dengan menciptakan Nabi Adam seterusnya baru Hawa. Dari awalnya lagi lelaki dipilih yang pertama untuk dicipta, dan tinggal di surga yang penuh dengan kenikmatan. Apabila keseorangan Nabi Adam diberikan peneman yang bernama Hawa. 

Tetapi malangnya apabila mereka mungkiri janji yang Allah SWT tetapkan, akibat mereka memakan buah kuldi di syurga menyebabkan mereka berdua tercampak di dunia. Menurut pendapat yang saya dengar cerita dari ustaz saya semasa belajar di Al-Maad, dia menceritakan ulama ada berpendapat menyatakan bahawa semasa jatuhnya kebumi, Nabi Adam jatuh di Sri Lanka, dan Hawa di Kaherah Mesir. Akhirnya mereka bertemu di Padang Arafah (Jika salah sila abaikan). 

Justeru itu kita melihat bahawa, kepentingan  lelaki dan wanita itu sangatlah penting. Sepertimana kita hidup diatas muka bumi ini yang ada pasang-pasangan. Jika ada kanan mesti ada kiri, jika ada depan mesti ada belakang, jika ada atas mesti ada bawah, jika ada hidup mesti ada mati. Jadi maka dengan itu begitu juga dengan lelaki mesti ada wanita, jika ada wanita mesti ada lelaki. Kenapa ada yang menolak mereka?

Sikap lelaki

Ada juga saya bertanya kepada si wanita, tentang sikap lelaki. Sesetengah daripada mereka menyatakan bahawa semuanya bergantung kepada sikap lelaki yang selalu membuatkan lelaki dipandang teruk. Kerana adanya sepasang suami isteri berjumpa dengan ayah saya, kebetulan ayah seorang tok kadi dan tok imam di kampung. Mereka mengadu untuk membuat permohonan cerai. Lalu ditanya kenapa? lantas si wanita mengadu hal sebenarnya. Tetapi "sikap" si lelaki pula diam diri, malah menunjukkan egonya sebagai sorang lelaki.

Amatlah sedih, mereka bercerai atas dasar sikap si lelaki yang ego dan tidak memperdulikan hal keluarga. Malangnya ditanggungnya pula oleh si wanita dan anak kecil masih lagi didukung didada. Tetapi sebenarnya tidak semua lelaki bersikap demikian, adanya juga yang bersikap rasional dan baik. Justeru itu jangalah melabelkan lelaki ini bersikap semuanya sama. seperti ayat yang selalu kita dengar "Ala, lelaki semunya sama!." 

Kenapa lesbian?

Lesbian dalam kalangan wanita sangatlah teruk. Tetapi mendapat pengiktirafan oleh eropah, sebab itu mereka ada peruntukkan undang-undang membenarkan berkahwin sesama jenis. Hal ini amat memalukan sekali, kebanyakkan yang menjadi lesbian adalah dalam kalangan yang putus cinta sesama lelaki atau ditinggalkan. Akibat kecewaan yang melampau mereka mengambil jalan untuk tidak mempercayai lelaki sepenuhnya.

Sebenarnya itu bodoh namanya, kerana apa? sebab mereka yang salah memilih lelaki. Saya tegaskan bahawa tidak semua lelaki jahat yang dimaksudkan. Tetapi apabila fikiran mereka menyatakan bahawa lelaki itu jahat maka dengan itu syaitan pun bijak memainkan peranan sebagai ahli neraka untuk menarik ahli manusia turut serta bersamanya. 

Maka kita lemaslah didalam kebodohan diri kita sendiri, yang hayut entah kemana. Melainkan jika Allah SWT sayangkan kita mungkin hidayah akan menjengah tiba. Tetapi sebenarnya kenapa lesbian? dengan alasan tidak mempercayai  lelaki. Itu adalah satu alasan yang sangat salah bagi saya, kerana semoleknya berpandanglah kepada diri kita sendiri. Melihat sedalam-dalamnya diri kita ini, adakah kerana kita bercerai kemudian berkahwin dan bercerai semula, malah tak terlepas yang putus cinta dan putus lagi (bagi yang bercinta secara logikal) menyebabkan kita merasa tuhan itu tidak adil? 

Sebenarnya salah diri kita juga, sebab Allah SWT berfirman didalam Al-quran surah an-nur ayat yang 26 yang berbunyi.

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Nah! jelaslah bahawa semuanya bergantung atas sikap kita, jika baik maka peneman hati kita juga baik, jika kita jahat maka peneman kita pun jahat. Justeru itu juga semoleknya janganlah salah siapa samada lelaki ataupun wanita, melihatlah dari kaca mata menilai diri kita ini sebaik mana.

Akhir kata dari lelaki biasa,

Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelanga, dan jangan anggap semua lelaki sama. Rambut sama hitam hati lain-lain, jika ditanya kenapa perlu berbeza? kenapa tidak sejenis? dijawabnya dengan analogi yang mudah, jika besi magnet bertemu bersama dengan kutubnya lantas akan menolak dan tidak akan bercantum sekali, tetapi apabila berbeza dengan kutubnya bertemu lantas pula laju ditariknya. Begitu juga manusia, jika sesama jenis maka ditolak sekerasnya, jika berbeza itu baru ada gayanya.

Perlunya lelaki itu kerana manusia hidup berpasang-pasangan, diikat dengan tali perkahwinan manusia akan bahagia. Tetapi di barat lain pula boleh pula berkahwin sesama jenis yang menyebabkan kebodohan terserlah ada dan bertentangan dengan syariat islam yang sebenar. Semestinya ditolak sekeras-kerasnya!

#Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

AshrafHadi
17 Mei 2012
Mafraq Jordan.