قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan

14 Dis 2012

Apa Sebab Nak Kahwin?


Ayah seorang imam di kampung, dan tok kadi yang mengahwinkan orang lain. Sudah hampir 15 tahun dia bertugas sebagai imam masjid di kampung dan tok kadi. Namun kepenatan, dan keperitan dia bertugas langsung tidak menonjol. Malahan sentiasa kuat dan bersungguh-sungguh menjalankan amanah yang diberi.

Lebih mesra di panggil tok imam sahaja di kampung. Setiap orang di kampung yang mahu menikahi pasti akan berjumpa dengannya. Selalunya pelbagai soalan ditanya olehnya kepada orang yang memohon untuk mengisi borang nikah darinya. 

Pernah satu hari, selepas solat asar di waktu petang, aku bersama ayah duduk berehat di atas sofa di ruang tamu. Tiba-tiba ayah mengusik ku dengan bertanyakan soalan,

                  "Ashraf, jika diberi peluang kahwin, apa sebab Ashraf nak kahwin?"

                  "Ish! ayah ni, Ashraf tak merancang lagi nak kahwin, jadi tak ada sebab nak kahwin," jawabku pula dengan mudah.

                  "Katakan laa.. Esok Ashraf dah nak kahwin, haaa.. itu jadi apa sebab?" Tanya ayah lagi dengan sedikit memaksa supaya aku menjawab soalannya, sambil mengukir senyuman kepadaku.

Sambil memikir dan merenung jauh, lalu ku berkata,

                  "kalau cik kahwin, cik nak kutip kebahagian di dunia dan akhirat, sebab selalunya orang kahwin mesti fikir nak elak bermaksiat, dan berzina, nak merasa tanggungjawab, ada juga nak ikut sunnah. Itu betul ayah, tapi cik merasakan perlu juga memikir untuk berjumpa semula dengan keluarganya  di akhirat kelak. Bila nak berjumpa semula, cik kena jadi seorang suami yang baik, bapa yang mithali, dan bertanggungjawab kepada keluarga cik. Jadi barulah cik dapat jumpa keluarga cik di akhirat nanti." Jawabku sambil mata memandang jauh.

Tanpa disedari ayah memandang rupaku yang mana ketika itu mataku melirik ke luar rumah, kemudian ayah berkata kepada ku,

                  "Ashraf, ayah minta maaf jika di akhirat ayah tak dapat nak himpunkan keluarga kita nanti di sana, apa pun ayah akan cuba dan berusaha untuk dapatkan kita berjumpa." Kata ayah sambil bangun menuju ke dapur beriringan air mata yang sedikit titis mengalir keluar.

Aku hanya mampu memandang rupa ayah ketika itu, tanpa berkata apa-apa. Sungguh pun benar ketika itu, aku sangat tersentak dengan jawapan ayah. Kerana ayah bagiku seorang yang baik dan bapa yang penyayang. Namun dia masih menyatakan bahawa dia selalu melakukan kesilapan, walaupun namanya manusia mestilah ada salah dan silap.

Jawapan aku pula, bukanlah menunjukkan aku mampu berkahwin ketika itu ataupun sekarang, ataupun aku ini baik dan bagus, ianya tidak sama sekali. Cumanya aku hanya dapat menyatakan hasrat yang aku impikan bila mana aku berkahwin akan itu aku kejarkan. Tak cukup hanya berjumpa dan bermesra di dunia, akan tetapi mesti aku kejar untuk berjumpa dan bahagia di akhirat bersama keluargaku.

Akhirnya juga, antara soalan ayah yang ditanya jika orang yang ingin berkahwin ketika mana berjumpa dengannya ialah,

                  "Apa sebab nak kahwin?"

Pasti pelbagai jawapan yang akan diberikan kepada ayah, ada yang terkejut, dan ada yang malu. Juga tak terlepas ada yang tersipu-sipu. Apa pun yang penting ulasan ayah, dia mesti kaitkan berkahwin niat kerana Allah dan juga sebab mengikut sunnah Nabi Muhamad S.A.W.

AshrafHadi
14.12.2012
Mafraq, Jordan.

26 Nov 2012

Mangsa Persatuan




“sepanjang ana jadi ALT, 3 subjek ana rasib”
“anta dah jadi mangsa akhowat ”
“tu la, aktif sangat sampai tak tidur malam”


Konsep persatuan mengikut kertas sangat menguntungkan seseorang. Kemahiran insaniah, pengalaman, kepimpinan, berinteraksi dengan orang lain. Namun itu semua berdasarkan kertas kerja MBO dan pendapat mereka yang sangat mencintai persatuan, namun bagaimana pula dengan hakikat sebenar dan apa pula kata mereka yang anti persatuan?

Gadaikan Akademik?

Inilah teori popular di kalangan pelajar Mu’tah apabila ditanya mengapa tidak berminat dengan persatuan. Teori itu semakin terbukti benar apabila dipraktikan pula oleh sebilangan orang dalam persatuan sendiri. Mana tidaknya, siang hari sibuk dengan urusan belajar, malam mesyuarat sampai larut, kemudian menerima dan membuat panggilan mengalahkan wakil rakyat, dan keadaan semakin teruk apabila terbawa-bawa ke dalam kelas.

Jika melibatkan pihak atasan terpaksa ponteng kelas namun diringankan atas istilah ‘urusan kerja’. Lebih parah lagi jikalau seseorang itu memegang terlampau banyak jawatan. PZ pun dia BKAN pun dia MPPM pun muka dia. Maka, dirinya akan diperhati oleh orang yang anti-persatuan untuk melengkapkan statistik mereka agar teori mangsa persatuan akan diiktiraf oleh pelajar lain.

Tiket Sosial.

Ini juga satu perkara yang menarik. Berpersatuan dianggap peluang untuk berkenal-kenalan dengan akhawat dalam suasana masyarakat di sini yang dikatakan ‘shadid’. Hanya orang persatuan sahaja yang boleh datang ke rumah akhawat atas alasan mesyuarat, untuk muraqib perempuan pun dia sebab lebih dikenali berbanding orang lain.

Sedar tak sedar, cemburulah orang di luar persatuan. Mereka pun hendak berkenalan dengan kaum berlainan jantina namun agak terbatas disebabkan tiada urusan. Maka, urusan persatuan itulah yang dikatakan tiket untuk bersosial berlainan jantina.

Membazir atau menyumbang?

Ini pun antara teori yang menarik untuk menghentam persatuan dan ahlinya. Kisah ini bermula apabila orang yang berpersatuan ingin meminjam duit dari mereka yang anti- persatuan, namun terus dihentamnya.

"tu la kau, mak ayah bagi duit untuk belajar, nape guna untuk orang lain?".

Mana tidaknya, hendak sediakan minit mesyuarat, surat jemputan, kertas kerja, tambang, makanan, kredit semuanya terpaksa didahulukan dengan duit sendiri. Bagi orang yang berjiwa persatuan ini, terasa tidak sanggup untuk menuntutnya daripada bendahari.

Kebaikan yang dibisukan.

Tidak dapat dipastikan samada mereka yang anti dengan persatuan itu apakah kehendak mereka. Samada secara peribadi ataupun memang satu kajian yang telah diadakan bersungguh-sungguh demi membuktikan persatuan itu membawa masalah. Ataupun mereka ingin mewujudkan sebuah persatuan alternatif mereka sendiri.

Sekiranya dinilai, ada benar juga teori mereka walaupun ada yang tidak tepat. Namun, mengapakah kebaikan itu dibisukan dan mengapakah keburukan itu dilaung-laungkan, mengapa tidak ‘ditaslih’ kan sahaja kekurangan tersebut dengan penyertaan mereka? Akhirnya fahamlah saya, kita sebenarnya berhadapan dengan makhluk yang silap sekiranya ingin kebaikan kita disebut atau dihargai.

Terima kasih bagi yang memahami.

Namun, janganlah pula lupa dibelakang kita masih ramai lagi rakan-rakan yang memahami akan hakikat perjuangan ini. Masih ramai yang menghargai. Mereka sering berdiri teguh dan kadang-kadang melemparkan kritikan. Namun, kritikan tersebut lebih bermakna apabila mereka sendiri yang membaikinya agar kelihatan lebih cantik.

Orang-orang sebeginilah yang amat diperlukan tidak kira di sini ataupun apabila pulang nanti.Tidak kiralah walaupun hanya sekadar AJK kecil ataupun sebesar-besar pemimpin kita bukan melakukan sesuatu yang sia-sia, namun untuk mendapatkan sesuatu, kadang-kadang kita terpaksa berkorban atau kita kehilangan sesuatu. Pimpinan akan silih berganti, dasar juga akan sentiasa berubah. cuma matlamat sahaja yang akan tetap centric.

Artikel ditulis oleh:-
Ustaz Shahrul Ifwat, semasa di tahun 2 Universiti Mu'tah.
Bekas Ketua Biro Akademik PERMATA 07/08.
Bekas Timb. Presiden MPPM.
Sekarang calon Master Universiti Al al-Bayt,
Mafraq Jordan. 

14 Okt 2012

Remaja Dan Realiti


Jika diawal permulaan islam, golongan remaja dan pemuda merupakan golongan yang sangat berwawasan, berani dan bermatlamat. golongan ini adalah antara penggerak utama gerakan Islam. Saidina Ali antara contoh terbaik kepada para-para remaja Islam. Pemikiran Saidina Ali yang kritis dan matang menjadi simbol kehebatan remaja Islam dizamannya. Pernah ditanya kepada Saidina Ali, kenapa memeluk agama Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya,

Saidina Ali menjawab, “apa perlunya aku bermesyuwarah (berbincang) dengan ayahku, demi untuk mengabdi kepada Allah.”

Remaja merupakan satu golongan yang boleh diumpamakan seperti gunung berapi yang bila-bila masa akan meletus laharnya. Ini kerana golongan remaja sukar di duga dan sukar dikawal. Realitinya sekarang ramai remaja hanyut, umpama hanyut di tengah lautan tanpa mempunyai arah tujuan yang jelas. Mereka hidup kerana untuk keseronokan dan untuk berfoya-foya dengan kemewahan harta benda. Hidup mereka tanpa memikirkan tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan mereka sebagai remaja Islam. 

Para pemuda Islam pada hari ini seperti langit dan bumi jurang perbezaannya dengan pemuda dizaman kegemilangan Islam. Mungkin tidak terlintas di dalam fikiran seorang pemuda Islam hari ini untuk mendapatkan bidadari secantik Ainul Mardhiah, ataupun bidadari daripada bidadari syurga. Rasulullah pernah memberi targhib (berita-berita gembira untuk menguatkan semangat) kepada sahabat, sesiapa yang keluar ke jalan Allah, maka ia akan di anugerahkan seorang bidadari syurga.

Ibrah Dari Cerita Ainul Mardhiah,

 Al-kisah, Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari yang lain di syurga. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya, siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari di syurga.

 Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut. Tetapi dia malu untuk bertanyakan kepada nabi serta juga malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi berperang. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah) maka sahabat yang muda turut bersama jemaah tadi turut serta tidur bersama-sama.

 Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya, dimanakah dia? Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lantas dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah. Maka ditunjuknya di suatu arah dan berjalanlah dia.

Di satu pohon, beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu, dan tak pernah dilihat di dunia ini. Lalu diberinya salam dan dia bertanya kepada wanita tersebut,
           
            Assalamualaikum, adakah anda Ainul Mardhiah?

            “Eh tidak! Saya khadamnya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana,” jawab wanita tersebut.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai. Juga diberi salam dan di tanya lagi, adakah dia Ainul Mardiah kepada wanita itu,

Assalamulaikum, adakah anda Ainul Mardhiah?

            “Eh tidak! Saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.” Balas wanita di dalam mahliga itu.

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Dan dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.  Tak pernah dia lihat di dunia, lalu wanita itu berkata,

“Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu, dan kamu diciptakan untuk aku.” 

Bila lelaki itu mendekatinya, lantas wanita itu menjawab,

“nanti!! kamu belum syahid lagi..”

 Tersentak pemuda itu dan terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi Muhammad SAW. Tapi sekiranya dia mati syahid barulah ceritakan kepada Nabi Muhammad SAW.

Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah mati syahid. Petang itu, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).

 Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Rasulullah SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi. Dalam menceritakan itu, nabi menjawab, “benar...benar...benar...” dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Rasulullah SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

Subhanallah! Jika semua pemuda berlumba-lumba untuk syahid di jalan Allah, pasti umat Islam tidak akan menjadi lemah seperti hari ini. Pasti umat Islam tidak ditindas di dunia ini.

Kesimpulannya,

Tuntasnya, remaja islam mestilah menyediakan diri mereka untuk berkhidmat kepada agama, negara dan bangsa. Merekalah yang bertanggungjawab terhadap agama dan negara pada masa hadapan. Justeru, para remaja wajib melengkapi diri mereka dengan ilmu, kerana hanya dngan ilmulah manusia dapat mengenal pencipta, dapat beribadat dengan betul dan dapat bermuamalat dengan betul. Hanya dengan ilmu darjat manusia dinaikkan. Para remaja haruslah sedar realiti sebenar kehidupan ini, kerana realiti sebenar mengajak remaja untuk berkorban. Berkorban untuk segala-galanya.

Ditulis oleh,
Mohd Asyraf Che Ibrahim
Tahun 1, Universiti Al Al-Bayt.
Mafraq, Jordan.

2 Sep 2012

Dakwah Itu Seni, Pendakwah Itu Penyeri


Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, menyebabkan kita merasai diri tidak diperlukan. Walhal sebagai manusia yang beragama islam, dipenuhi dengan iman, sepatutnya tidak boleh merasai demikian. Kerana berputus asa di dalam diri adalah sifat syaitan. Sebab itu berputus asa wajar dijauhkan. Terutama pendakwah yang menarik minat manusia ke jalan tuhan.

Hari ini, sebahagian pendakwah merasakan diri mereka disisihkan. Mengajak manusia ke jalan tuhan sudah tiada sambutan. Tetapi sebenarnya untuk menyeru manusia melakukan "amal makruf, nahi mungkar" bukanlah dengan melihat sambutan yang menggalakkan. Tetapi perlu dilihat sifat yang berterusan juga istiqamah di dalam perjuangan.

Mengambil Ibrah Dari Sirah Nabi,

Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlu mencontohi bagaimana dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda berdakwah dari Mekah hingga ke Madinah membentuk manusia, untuk menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT. Bertahun-tahun lamanya Nabi Muhammad berdakwah barulah manusia pulih sepenuhnya. Membentuk umat islam yang kuat dan utuh, disamping pengabdian kepada Allah SWT.

Dakwah yang dimulakan pula bukan mengambil masa sehari atau dua hari. Bermulanya dakwah secara sembunyi, kemudian secara terangan. Tetapi pada ketika itu umat islam hebat ditentang. Akhirnya baru umat islam memperoleh kemenangan. Begitu juga pendakwah sekalian, masa untuk membentuk manusia bukannya singkat, ianya lama dan perlu mempunyai proses yang bertingkat-tingkat.

Bagaimana strategi dakwah baginda yang mula  secara sembunyi, tetapi akhirnya di terangkan untuk menegakkan syiar islam. Jadi berperingkat-peringkat dalam berdakwah perlu ada, jangan tergopoh gapah dalam usaha memperbaiki manusia dan diri sendiri juga.

Kerana mengambil ibrah dari sirah nabi sendiri yang berdakwah bertahun-tahun. Menunjukkan kesabaran di dalam dakwah itu perlu tinggi, untuk pendaie' tempuhi. Selain itu, menyusun strategi dengan mantap, memberi implikasi dalam diri untuk mengenal pasti sasaran sebenar pendakwah perlu tujui.

Dakwah Itu Seni,

Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah. Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya tidak! Justeru itu, dakwah yang dikatakan itu banyak cabangnya. Bukan hanya bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.

Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman, ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.

Jadi janganlah kita, melihat dakwah itu dengan skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya dengan berbicara, tatkala dengan akhlak juga menyebabkan orang tertarik dengan islam.
Islam yang indah, di make up pulak dengan dakwah yang kreatif menampakkan lagi, keindahan islam yang sebenar dan suci.

Pendakwah Itu Penyeri,

Setiap manusia yang menjadi pendakwah, walaupun berbeza agama. Biarpun dikata, yang berdakwah ustaz/ustazah, dan bagi agama lain pula tok sami, ataupun paderi. Semuanya membawa mesej dan imej agama masing-masing.

Islam adalah agama yang menyeluruh, tidak mengira siapa kita. Jika melakukkan kebaikkan akan diberi ganjaran pahala, dan memperoleh syurga. Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu, hanya Allah SWT yang layak disembah, oleh itu pendakwah islam yang dahulunya sehingga sekarang. Mereka membawa imej islam dengan sebaiknya untuk menjaga kesucian dan kebenaran islam.

Oleh itu, pendakwah yang berdakwah ini semestinya menjadi penyeri. Untuk menyantuni manusia mengajak kejalan kebenaran, iaitu jalan menuju tuhan yang satu. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.

Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia mengajak kembali kepada tuhan yang maha esa. Jangan kejumudan yang ada tanpa melihat uslub dakwah yang betul, dan waqi'.

Menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam, ataupun yang mahu mencari kebenaran islam. Akan memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat yang tidak sepatutnya. Kata Al Marhum Hasan Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, "kita adalah pendakwah bukan penghukum!"

Jadi marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle perlu ada, untuk kita menyerikan dakwah yang sediakala. Kreatifviti dalam berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran. Serta dengan menggunakan medium yang ada untuk mengubah padangan manusia terhadap agama.

Siapa Pendakwah?

Tertanya-tanya di dalam diri, siapa sebenarnya pendakwah? Adakah ulama? Adakah ustaz ataupun ustazah. Lantas tercari-cari siapa? Akhirnya terjumpa satu ayat yang menjadi jawapan yang tersimpul di dalam benak pemikiran.

"Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah daie'"

Jadi daripada ayat ini, menunjukkan setiap muslim itu adalah pendakwah, yang mengajak manusia menyeru mengerjakan kebaikkan dan menyeru meninggalkan larangan Allah SWT. Kemudian tertanya pula bagaimana dengan diri yang tidak sempurna? Akhirnya minda berkata, jika mahu tunggu sempurna sampai bila?

Lantaran itu, untuk berdakwah jangan tunggu sempurna. Teruskan usaha, kerana merasai diri ini penuh dengan noda dosa menyebabkan kita akan berkerjaran melakukan amal kebaikkan. Demi mendapat gajaran yang dijanjikan oleh Allah SWT. Usah peduli apa yang dikata, janji kita mencari keredhaan Allah SWT.

AshrafHadi
2.September.2012
Mafraq, Jordan.

5 Ogo 2012

Oh! Sekadar Bertanya

Pertamanya, nk ucapkan tahniah kepada Dato Lee Chong Wei (LCW). Walaupun hanya memenangi tempat kedua berlawan dengan Lin Dan dari China di Sukan Olimpik London, tetapi anda sudah menjadi jaguh Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia untuk melangkah ke final. Semangat  Dato LCW sangat dipuji dengan menunjukkan taraf kualiti sukan badminton Malaysia dimata dunia.

Tetapi hari ini saya ingin membincangkan, berkenaan konsep kita bertanya. Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) ada menyebut, "kita masyarakat Malaysia selalu menyakat apa yang ditanya, hattakan seorang kanak-kanak pun bertanya." Jadi bila saya teringat akan statement Ustaz Hasrizal, yang saya dengar dari sahabat saya disini. Lantas saya cuba bertanya untuk melihat perbezaan antara benda yang kita minat dan suka itu, dikritik supaya nampak seperti tidak suka.

Jadi beginilah...


Pada awalnya komen saya ditanya adakah saya seronok akan kemenangan pingat emas oleh negara sendiri, lalu saya berkata seronok. Dan pula saya bertanya apakah itu hanya keseronokkan yang kita dapat?Tetapi sebenarnya pointnya disini, saya bertanya manfaat dan adakah kita akan dapat seperti sejuta yang akan Dato LCW dapat, jika menang pingat emas?

Tidak dinafikan ada sedikit tomahan, tetapi saya berpuas hati apabila, sebenarnya hak itu bergantung kepada individu sendiri. Yang dijawabnya ialah senior saya di Al-Maad dulu. Ditambahi oleh komen sahabat saya di akhir sekali, menampakkan lagi manfaat itu jelas. Jadi saya memuji kedua orang ini kerana menjawab persoalan yang saya timbulkan walaupun nampak status saya  itu sedikit pertikaian.

Memahami dan meraikan dalam bertanya,

Pernah diceritakan, seorang ustaz kepada saya dengan berkata. "Hidup ini, jika kita bertanya dapat memberikan seribu persoalan dan melahirkan sejuta jawapan." Menunjukkan bahawa pelbagai pemikiran yang ada dan jawapan yang tersendiri dengan pelbagai sistuasi dan keadaan. 

Misalnya kita melihat pantai, sesetengah orang menyatakan di pantai atau di dalam laut itu tempat untuk berehat, dengan skuba mahupun berjemur di tepi pantai. Tetapi sesetengah orang pula menyatakan di dalam laut pantai itu dapat mencari ikan dengan menjadi nelayan, jadi dapat menjual ikan. Berbeza pula dengan yang lain melihat pantai itu adanya petroleum boleh dimanfaatkan untuk dijadikan minyak, dan keuntungan berlipat ganda.

Jadi menunjukkan bahawa, setiap apa yang difikirkan, kadang-kadang itu berbeza. Tetapi kita sebagai muslim melihat perkara ini dengan pelbagai sisi, untuk kita mengenal pasti. Kita jangan merasai seolah-olah yang ditanya itu tidak perlu, adapun dengan soalan yang bukan-bukan, seperti mempertikai dimana tuhan, seperti atheis yang tidak jemu-jemu menafikan kebenaran dan kewujudan tuhan.

Tetapi jika kita memahami dan meraikan apa yang ditanyakan, menyebabkan kita memberi jawapan disamping kita berkongsi. Jelaslah bahawa apa yang dikatakan oleh ustaz saya untuk kita memahami dan meraikan, dapat menambah ilmu yang diketahui. Dengan mulakan bertanya, timbulkan persoalan akan dapat sejuta jawapan.

Akhir sekali,

Saya berterima kasih kepada yang komen, dan saya tegaskan ini hanya sekadar pertanyaan di laman maya. Jika ada salah silap saya memohon maaf, dan bukan bererti saya menjadi talam dua muka, hakikatnya sememangnya niat diawal lagi saya hanya sekadar untuk mengetahui. Kemudian saya memohon izin dari sahabat-sahabat yang berkomen tadi untuk saya printscreen komen disini. Hanya sekadar rujukkan umum. 

Saya juga menyokong penuh Dato LCW, dan status saya di dalam facebook hanya sekadar mengkaji dan mengetahui pada niat asalnya, bukan niat untuk memperlekehkan orang yang menyokong. Saya juga tertarik dengan status seorang ustaz sepengajian universiti, iaitu Ustaz Hafiz Dasar, MA Universiti Al Al-Bayt dengan berkata di wall facebooknya,

Untuk menjadi seorang atlet yg mengungguli emas dalam olimpik perlukan sstu usaha melebihi dari usaha atlet lain, begitu juga seorang ugamawan, seribu alasan utk tidak mencari ilmu sudah ckup utk diri anda dinobatkan sbgai ugamawan kangkung!

22 Mac 2012

Tamparan Hebat


Ketika aku kebosanan melayari internet, tatkala hampir untuk menutup laman Facebook, tiba-tiba aku mendapat  mesej dari kawan ku di Malaysia. Dia bertanya kabar kepada ku dan keadaan ku di sini. Kami bersembang juga tidak berapa lama kerana pada masa itu aku ada sedikit kerja yang perlu di selesaikan, cuma di tengah perbualan kami dia bertanya pasal wanita kepada ku, aku hanya bergelak tawa sahaja. Tetapi akhirnya aku merasa aku mendapat satu tamparan yang hebat darinya.

Siapa dia??

Kawan aku bernama Shahrul dan nama penuhnya dirahsiakan, disekolah dahulu orang memanggilnya dengan panggilan manja puyu, entah kenapa gelaran sedemikian diberikan. Sebut namanya sahaja, sudah kenal dengan gelaran budak nakal di sekolah Al-Maad dulu. Apa saja kes mesti dia ada, kadang-kadang aku pun terlekat sama nama di bilik disiplin, maklumlah kita bukan budak skema. 

Ini antara perbualan kami,



Apabila dia berkata demikian sungguh terasa satu tamparan yang hebat kepada ku, orangnya dahulu yang betul-betul teruk bukan sahaja di sekolah malah di luar pun, tetapi bila besar boleh memberi nasihat dan teguran kepada ku. Maaf bukan aku ingin menceritakan keburukkan dia, tetapi hakikatnya aku ingin menyatakan bahawa perubahan manusia kita tidak boleh di jangka. 

Lantas aku teringat kata Saidina Ali, iaitu "jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan," membuatkan aku merasa tepat sekali dari kata Saidina Ali ini. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini adalah satu tarbiyah dan nasihat kepada diri sendiri dan juga kepada orang sekeliling. 

Saling tegur menegur,

Hidup manusia di dalam dunia ini mana sempurna, hattakan sesiapa sekalipun. Nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang maksum. Jadi kehidupan kita ini mesti ada juga salah dan silap, untuk memperbaikinya semestinya tegur menegur antara satu sama lain itu penting. Tetapi bertegur dengan penuh berhikmah lebih baik dan sempurna terutama kepada golongan pendakwah.

Al-marhum Hasan al-Hudhaibi penah berkata, "kita adalah pendakwah bukan penghukum. Ayat ini sangat benar yang dikatakan, sebagai pendakwah seharusnya kita tidak boleh meletakkan seorang itu dengan label yang teruk dan sebagainya. Sebaliknya kita perlu berusaha menariknya minatnya kepada agama.

Akhir kata,

Kepada Shahrul aku tidak langsung berniat untuk memburukkan mu di sini, cuma aku mengambil contoh untuk berkongsi dengan orang lain. Segala teguran mu untuk ku setia kepada agama dan menyampaikan ilmu kepada orang lain, insya-Allah akan aku ikut dengan sebaiknya, tetapi mu juga semestinya setia juga kepada agama. Agar kita bersama-sama melangkah kaki ke syurga di akhirat kelak Insya-Allah. 

Kepada mereka diluar sana, jika merasa diri ini teruk dan sebagainya, dan berasa malu untuk bertaubat
janganlah berfikiran sedemikian rupa. Sejahat dan seteruk mana pun kita, Allah tetap akan menerima taubat kita. Antara bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ialah pintu taubat sentiasa dibuka kepada hamba-Nya. Cuma kita sahaja perlu bijak untuk memilih atau menolaknya.

Sesungguhnya kita ini manusia sedikitpun tidak terlepas melakukan salah dan silap, begitu juga aku. Tetapi hakikatnya kita perlu sentiasa tarbiyah diri untuk sentiasa ingat kepada Ilahi. Jadi marilah kita bersama-sama memperbaiki diri yang daif ini. 

AshrafHadi
22.MARCH.2012
Mafraq Jordan. 

31 Jan 2012

Ceritera Raja Sayang Hamba


Terusik hati pula bila bersendirian, bagaikan bintang yang berkelipan. Indah kalam bila berkata dikaitkan pula dengan cerita. Sebagai manusia yang daif dan hina, hajat di hati ingin berkelana dari buruk ke baiknya. Doakan semua dipohonkan, semoga roh kebaikkan dibangkitkan. Bermulanya bicara ingin bercerita satu kisah pada zaman dahulu kala, hajatnya untuk berkongsi sesama kita untuk di ambil manfaat bersama.

Begini ceritanya.....

Pada zaman dulu kala, ada seorang hamba yang hitam lagi legam, kehidupan hamba ini sangat teruk, selalu di marahi oleh tuannya yang ganas lagi kejam. Kadang-kadang dia tidak diberi makan dan minum. Tetapi hamba tadi tetap sabar dan taat kepada tuannya. Tuannya pula seorang pembesar, sifatnya angkuh dan sombong. Ramai pekerja di istana seperti pengawal dan dayang istana tidak suka akan sikap tuannya itu, tetapi tuannya tidak peduli akan kesemua itu kerana menganggap bahawa pekerja itu tidak setaraf dengannya.

Tuannya selalu ke istana berjumpa dengan pembesar yang lain, tetapi malangnya ke semua pembesar istana sama seperti perangai tuannya, raja pula tidak berkata apa hanya berdiam sahaja akan perangai pembesar-pembesarnya. Tiba-tiba raja pun bertanya "wahai pembesar-pembesarku sekalian, mampukah kalian menolong beta?", sambil memandang ke arah pembesar-pembesarnya.

 "Ampun tuanku, pertolongan apakah yang di pinta itu?", tanya salah seorang pembesar kepada raja. "Beta mahukan seorang hamba!" kata raja pula. "Ampun tuanku, patik ada seorang hamba di rumah yang kuat lagi gagah," kata pembesar itu kepada raja sambil menundukkan wajahnya. "bawakan dia kemari!, persembahkan kepada beta," titah raja tersebut. 

Para pembesar sekalian terpinga-pinga kenapa raja perlukan hamba, sedangkan pekerja di dalam istana sudah mencukupi. Mereka bertukar persoalan seusai raja memasuki bilik peraduannya. Pembesar istana itupun terus pulang ke rumah dan menuju ke bilik hambanya lalu menempik, "hoi!! kau curi tulang kah?" "Maaf tuan saya berenti untuk solat,"  jawab hamba itu dengan nada yang lemah. "Sudah!! aku tidak mahu dengar alasan kau," tuannya meempelak, "maafkan saya tuan," pintanya lemah.

"Siapkan barang kau, aku mahu menyerahkan kau kepada raja," kata tuannya. "Untuk apa hamba perlu diserahkan kepada raja?," soalnya kebingungan. "Untuk kau kujadikan korban kerana kau sering curi tulang, hahaha!!" kata tuannya sambil ketawa. "Aku berlindung dengan-Mu ya Allah dari sifat yang kejam lagi terkutuk," kata hamba itu di dalam hati sambil kepalanya tunduk memandang ke bawah.

Pada keesokan harinya, hamba itu pun di bawa menghadap raja dan di serahkan untuk berkhidmat. Raja pun menyukai hamba tersebut dan memuji pembesarnya yang pandai memilih hambanya. Setelah lama berkhidmat dengan raja, disebabkan kerajinan dan ketekunanya bekerja di istana maka ramai pekerja menyayanginya termasuklah raja. Sifatnya itu sentiasa di puji oleh raja di hadapan pembesar-pembesarnya. Akibat perasaan dengki dan iri hati, hamba tersebut dibenci ramai pembesar istana. 

Pada suatu hari, seusai bermensyuarat bersama raja, bangkit bertanya seorang pembesar, "ampun tuanku, izinkan patik bertanya," sambil kepalanya menunduk ke bawah. "Silakan," pinta raja pula, "kenapa tuanku amat menyayangi hamba yang hitam lagi legam itu," sambil menunding jari kearah hamba tersebut yang kebetulan berada di penjuru pintu balai singgahsana istana. "Nanti kalian akan ketahui sebabnya," kata raja itu sambil tersenyum, kemudian bangun dan berlalu pergi.

Pada keesokkan harinya, semua pembesarnya di panggil ke balai singgahsana seperti biasa, tetapi kali ini hamba yang hitam itu turut serta. Semua pembesar kehairanan dengan kehadiran hamba tersebut. Bertitahlah raja seusai duduk di kursi singgahsana, "ambillah apa jua yang ada di dalam istana ini!,  apa sahaja yang kalian pegang, maka barang itu akan menjadi hak milik kalian," titah raja itu dengan tegas.

"Ampun tuanku, benarkah apa yang di titahkan oleh tuanku ini?" tanya ketua pembesar istana kepada raja. Masing-masing berbisik diantara satu sama lain dengan penuh kehairanan, "iya, jika kalian pegang barang itu maka akan terus jadi milik kalian," kata raja itu dengan tegas semula. Maka bertempiaran larilah kesemua pembesar dari tempat duduk mereka untuk mengambil barang-barang yang disukai.

Tinggallah hamba yang hitam itu terpaku sendirian tanpa berganjak dari tempatnya. Raja kehairanan dengan perlakuan hamba tersebut, lalu raja bertanya, "kenapa kau tidak berlari untuk mengambil mana-mana barang di dalam balai ini, sedangkan yang lain sudah mendapatkan barang-barang yang mereka berkenan," tanya raja dengan penuh kehairanan. "hamba tidak mahu mengambilnya," kata hamba itu kepada raja.

"Sudah, lekas! jangan sampai raja murka, cepat pergi mengambilnya!" Arah ketua pembesar kepada hamba tersebut. Hamba itu melihat sekeliling istana sa,bil menoleh  kiri dan  kanan, hamba itu melihat ramai pembesar sudah memegang barang yang berharga di dalam balai itu, dengan perlahan dia bangkit dari tempat duduknya, lalu pergi ke hadapan dan terus memegang raja. 

"Eh! kenapa kau memegang beta?" tanya raja kepada hamba dengan kehairanan. "Hamba nak  mengambil tuanku," kata hamba itu dengan bersahaja. "Mana boleh mengambil beta," kata raja dengan kehairanan, "tuanku tidak pula meletakkan syarat supaya jangan mengambil tuanku tadi," kata hamba itu pula. Maka semua orang di sekiling itu terkejut dan tergamam akan perbuatan hamba tersebut. "Kenapa kau tidak mengambil barang-barang yang lebih berharga di dalam balai ini?" tanya raja itu lagi.

"Barang itu akan kehabisan, jika hamba ambil tuanku, maka segala khazanah tuanku dan harta benda tuanku boleh menjadi milik hamba, dan hamba tidak akan kehabisan harta," kata hamba itu dengan bersahaja. Semua orang di situ terkejut mendengar jawapan yang diberikan hamba itu kepada raja. Maka raja pun memuji akan kebijaksaan hamba tersebut. Kesemua pembesar istana itu tersipu malu dengan hamba itu.

Bersambung....

Pengajaran:-

Dalam konteks ketaatan kita kepada Allah s.w.t. Dapatlah kita contohi sebagaimana ketaatan hamba tadi kepada tuannya. Tetapi kini sudah keterbalikkan 360 darjah 'Tuan' yang menciptakan kita di langgar perintahnya. Maka renunglah kembali setakat mana ketaatan kita kepada Allah s.w.t dan sejauh mana kita menuruti perintah-Nya.

Disamping itu, dalam memilih dan meletakkan Allah s.w.t. sebagai subjek utama di dalam diri kita, dapat jualah kita contohi sebagaimana kebijaksanaan hamba itu dalam memilih raja buat keuntungan dirinya. Sekiranya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Maka segala urusan akan menjadi dengan keizinan-Nya Bak kata orang kejar akhirat dunia kita dapat free, kerja dunia akhirat kita yang rugi. 

Itulah serba sedikit, jalan penceritaannya direka oleh aku, berkemungkinan ada lagi plot yang lebih detail dari cerita ini. Semoga sama-sama kita dapat mengambil manfaat dari cerita ini. Segalanya kelemahan dan kekurangan datangnya dari diri yg daif ini. Jika ada teguran dan sebagainya aku sedia menanti dan menerimanya. Nantikan sambungan seterusnya.... 

AshrafHadi
31.Jan.2012
Mafraq Jordan.
edit 4.Feb.2012
  

12 Jan 2012

Bersangka baik dengan Allah

(Gambar Hiasan)
Seandainya diri kita ini lemah jangan kita merasa hina, sesungguhnya Allah tetap bersama kita. Realiti masyarakat kita hari ini memang mudah merasa lemah dan tidak kuat apabila di landa sesuatu musibah, kita juga merasa semua perkara di dalam dunia ini tidak adil, merasakan bahawa hidup di dunia ini penuh dengan kesusahan.
Tidak dapat tidak perkara ini sering kali berlaku dalam diri kita, malahan beranggapan bahawa Allah s.w.t ini tidak berlaku adil dalam semua perkara, tetapi kita lupa sebenarnya Allah s.w.t itu Maha Adil, buktinya Allah berfirman di dalam ayat Al-Quran,
                                                    يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمۡ‌ۚ وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ ضَعِيفً۬ا
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisa:28).

jadi ayat ini menegaskan bahawa Allah s.w.t. berlaku adil dengan hamba-Nya kerana Allah juga memberi ujian mengikut kemampuan hamba-Nya, keadilan itu dapat di lihat kerana Allah tidak memberi ujian dengan berat kepada hamba-Nya yang lemah, melainkan sesetengah hamba-Nya yang kuat keimanan maka ujian yang di hadapinya juga kuat, tetapi itu semua kita jangan takut, kerana hamba yang bertaqwa di sisi Allah akan kental dan tabah dalam menghadapi ujian.

Mengapa kita merasa lemah

Kita merasa diri ini lemah kerana kita tidak mampu untuk menghadapi ujian yang di berikan oleh Allah kepada kita, malahan kita akan lebih menyalahi orang lain dari menyalahi diri kita. Sebenarnya padahal ujian yang di berikan oleh Allah kepada kita setimpal dengan diri kita, mengapa kita lemah juga? itu satu persoalan yang timbul di dalam diri kita, jawapan itu sebenarnya terletak dalam diri kita, mengapa aku berkata begitu, kerana itu semua bergantung atas diri individu seseorang, sesungguhnya untuk menjadi manusia yang kental dan kuat menghadapi ujian yang Allah berikan kita perlu ubah diri sendiri, firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".
Surah Ar-Ra’d (ayat 11).

Daripada ayat di atas dapat kita lihat bahawa, untuk mengubah diri kita ini bukan bergantung kepada sesiapa semuanya terletak dalam diri kita sendiri. 
Selain itu, kita akan merasa lemah dalam diri ini apabila hubungan kita dengan Allah semakin jauh, hal ini terjadi apabila kita menyangka sesuatu perkara itu terlalu zalim dalam diri ini, contohnya aku hendak ceritakan ada  sepasang suami isteri yang baharu berkahwin juga baru mendapat seorang anak yang comel, di takdirkan Allah anak mereka meninggal, maka si isteri tidak dapat menerima akan kematian anaknya, menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak adil, zalim dan sebagainya kerana mengambil nyawa anaknya yang masih kecil lagi, yang tiada dosa, jadi mengapa Allah mengambil nyawa anaknya itu, dari cerita ini sebenarnya si isteri tidak boleh terima hakikat, dan tidak boleh menerima takdir yang di tentukan oleh Allah s.w.t. Persoalanya sebab mengapa si isteri menjadi begitu, jawapanya kerana tiada perhubungan dengan Allah, jika si isteri tadi menjaga hubungan dengan Allah, semestinya si isteri akan menerima hakikat dan takdir yang di tentukan oleh Allah.


Resolusi 

Jalan penyelesaian sangat banyak yang boleh diguna pakai dalam diri ini untuk menjadi manusia yang kental dan bertaqwa di sisi Allah s.w.t. tetapi di sini aku ingin berkongsi serba sedikit yang aku tahu, antaranya ialah dengan bersabar di dalam diri. Sabar itu penting dalam menghadapi ujian, kerana kesabaran yang tinggi membuatkan diri kita lebih yakin dengan Allah s.w.t. selain dapat meingkatkan keimanan kita, buktinya hadis Nabi yang bermaksud,


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud) ...


Selain itu bersangka baik dengan Allah s.w.t. kaedahnya mudah, berkaitan dengan cerita si isteri tadi, jika dia bersangka baik dengan Allah, maka dia akan lebih menerima dan yakin ada hikmah disebalik kejadian itu, mungkin Allah mahu menggantikan anak yang lebih baik daripada itu, jadi perkara itu tidak mustahil, maka di sini kita bersangka baik dengan Allah dan menyatakan setiap kejadian ada hikmahnya. Sesungguhnya kita hidup di atas muka bumi ini di tentukan oleh Allah s.w.t. Malahan juga kita dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t. 


Akhir kata

Setiap manusia tidak dapat tidak bukan mudah untuk menerima hakikat di sebalik kejadian yang buruk berlaku dalam diri ini, termasuk diri aku juga, tetapi marilah kita sama-sama untuk memperbaiki diri ini supaya menjadi seorang hamba yang bersabar dan bersangka baik dalam menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita, sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Insyirah dari ayat 5-6.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 
dan Allah tegaskan lagi di ayat yang ke 6,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

inilah janji Allah kepada manusia yang berada dalam kesusahan, seharusnya kita beringat bahawa dalam kesulitan itu,  Allah juga akan bagi kemudahan dan kemanisan di sebalik kesusahan yang diberikan kepada kita, jika kita sabar dan bersangka baik kepada Allah sesungguhya kitalah manusia dan hamba yang beruntung di sisi Allah s.w.t.

 Ashraf Hadi
11.Jan.2011
Mafraq, Jordan.



2 Dis 2011

Rebut Peluang

Alhamdulilah baru selesai berjumpa dengan penulis buku terkenal iaitu saudara Hilal Asyraf di sini, merasakan diri ini sangat hina apabila bersua muka denganya. Selepas solat subuh di masjid Universiti Yarmouk, sedikit bacaan Al-Quran diadakan selepas itu di sampaikan sedikit tazkirah dari saudara Hilal Asyraf, pelbagai aspek yang di sentuh dalam tazkirahnya terutama berkaitan dengan "Peluang". Aku mengambil pelajaran dari isi yang di sampaikan untuk berkongsi dengan anda semua, antaranya dia berkata bahawa Allah ini sangat sayang kepada hamba Nya, sebaliknya Allah memberi peluang kepada hamba Nya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya kita imbas kembali kisah-kisah sirah terdahulu kala, yang membuktikan bahawa Allah memberi peluang kepada hamba Nya, termasuklah Firaun yang zalim dan terkenal dengan kekejamanya, selain itu kezaliman Abu jahal dan Arab jahiliah yang banyak menentang Rasulullah S.A.W. Jika di tanya apa bukti yang di katakan Allah memberi peluang kepada firaun? saudara Hilal Asyraf berkata, buktinya dengan Allah mengutuskan Nabi Musa A.S untuk berdakwah kepada Firaun, itu maksudnya Allah memberi peluang, tetapi kesombongan dan keangkuhan Firaun yang menolak sepenuhnya seruan Nabi Musa A.S maka di azab kan kepada firaun atas menolak dan menentang seruan Nabi Musa A.S. Selain itu di kaitkan pula kejahatan Abu Jahal yang menentang Nabi Muhamad S.A.W. tetapi Allah masih juga memberi peluang kepada hamba Nya. Merasai bahawa Allah sangat sayang kepada hamba Nya, cuma kita belum perasan lagi, Allah mengutusan Nabi Muhammad S.A.W untuk membimbing manusia ke jalan yang benar pada zaman itu, tetapi hanya sebahagian yang memeluk islam. Lihatlah bagaimana Allah menjaga kita, sanggup memberi peluang kepada kita untuk kita mendekatkan diri dengan Allah S.A.W. dengan mengutuskan seorang Nabi. Tetapi persoalanya sejauh mana kita merebut peluang itu? fikir-fikirkan bagaimana Allah sudah memberi banyak peluang cuma kita sahaja perlu pandai untuk merebut peluang itu. Selain itu di cerita kan lagi oleh Saudara Hilal Asyraf untuk aku berkongsi seterusnya berkaitan surah yang di baca selepas solat subuh tadi bersama-sama pelajar lain iaitu surah Alam Nasrah yang menceritakan bahawa Allah memberikan kita kesusahan tetapi ada kemanisan, contohnya kita belajar dalam keadaan yang susah tetapi di situ ada kemanisanya, dan ayat katakan dan tegaskan di dalam Ayat itu Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Lihatlah bagaimana Allah menjanjikan kepada kita, sesungguhnya Allah tidak pernah menipu hamba Nya. Sebaliknya kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, bersama saling ingat mengingat antara satu sama lain, supaya kita dapat merebut peluang yang terhidang di hadapan kita yang Allah berikan kepada hamba Nya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, keyakinan kepada Allah pasti dapat mengangkat kita sebagai hamba yang bertaqwa dan sentiasa merebut peluang.  

26 Nov 2011

Keazaman Penting Dalam Diri

Terasa hati untuk menulis hari ini, walaupun penulisan aku tidak seberapa tetapi aku sentiasa memperbaikinya dari masa ke semasa. Syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi memberi kekuatan kepada ku, untuk aku berkongsi idea dan pandangan berkaitan keagamaan di sini. Alhamdulilah hari ini terlintas untuk aku berkongsi satu cerita di zaman kejahilan dan kejatuhan yang besar dalam diri aku. Aku nama di beri Ashraf b Ahmad Hadi, anak ke-7 dari 7 orang adik beradik. Sekarang aku belajar di universiti Al Albayt, ceritanya begini yang mahu di kongsi bersama apabila aku membuktikan bahawa jika kita ada azam untuk berubah pasti akan tertunai kerana hidayah bukanlah hanya berdoa sebaliknya kita perlu cari, sebagaimana kita melihat hari ini orang mualaf yang memasuki islam mereka mencari dulu kebenaran tentang islam kemudian Allah campakkan hidayah kepada mereka untuk mereka memeluk agama baharu yakni agama islam. Bermulanya aku dalam kegiatan yang tidak bermoral apabila aku sendiri yang melibatkan diri apabila aku merasa megah dan bangga diri untuk menunjukkan hebat sesama manusia, hendaklah di cerita terjadinya pergaduhan di satu tempat yang di rahsia kan, pergaduhan berpunca dari sikap tidak puas hati antara satu lain, dan sesama bangsa yakni melayu. Pada malam itu keadaan sangat tegang apabila masing-masing menunjukkan belang mereka menyatakan mereka yang hebat, termasuklah diri aku sendiri. Maka apabila keadaan memaksa terjadi lah satu pergaduhan sesama bangsa, pada malam itu berapa tumbuk kan di lakukan, berapa tendangan yang di lakukan aku tidak ingat kerana merasa seronok apabila memukul manusia lain yang sama dengan aku. Akhirnya selesai pergaduhan pada malam itu ianya tidak menyelesaikan lagi masalahnya, malahan berpanjangan. Minggu berikutnya ketemu kan lagi kawan-kawan aku dengan kumpulan mereka, kali ini aku merasakan lebih seronok kerana ramai yang 'turun' pada malam itu, maka tiada kata yang di keluar tiada rasa yang di tunjuk hanya selibas besi yang hampir-hampir hinggap di muka aku, nasib menyebelahi aku apabila sempat juga aku melarikan kepala aku untuk aku mengelak dari terkena libasan besi itu. Maka di situ darah muda mengalir terasa kecil sangat manusia di situ, dengan tangkas aku masuk untuk melawan dan memukulnya akhirnya malam itu terkena juga aku dengan kayu di badan dan muka berlebam menunjukkan bahawa kelelakian aku. Merasa sangat puas hati pada malam itu, walaupun sakit kita menangung sendiri. Pulang dari pergaduhan itu, aku terfikir jika hari ini aku pukul orang maka esok lusa pasti aku akan kena pukul kembali, kemudian aku terfikir juga tidakkah bodoh aku bergaduh sesama bangsa ku yang beragama islam dan kami  juga sujud di kiblat yang satu. Aduhai perkara ini bermain di benak fikiran ku, apa yang di katakan juga sudah terjawab apa yang aku fikirkan. Selepas dari itu peperiksaan SPM hampir tiba, mula aku sedar saat terakhir untuk aku berubah, malah Alhamdulilah sedikit keazaman aku mahu berubah aku mendapat jalan yang betul-betul untuk aku berubah, apabila aku di pimpin oleh tuan guru yang selalu menasihati ku, menyebabkan aku merasa bahawa dunia ini adalah sementara sahaja untuk kita mencari bekalan di akhirat. Akhirnya selepas SPM Alhamdulilah dapat juga aku terbang jauh di tempat orang untuk aku meneruskan pengajian aku di sini, malah aku juga merasa bahawa jika mereka mampu mengapa aku juga tidak mampu, jika hendak di nisbah kan dengan perangai aku maka aku rasa tidak layak untuk berada di sini. Seperkata yang hendak di kongsi bahawa mari kita singkap dan ungkap bahawa jika kita ada keazaman untuk berubah maka kita boleh lakukannya malah jika kita niat mahu berubah maka semangat itu akan tiba secara semula jadi jika benar-benar keikhlasan dalam diri ini benar-benar mahu berubah. Percaya bahawa Allah ini Maha Mengasihi, kita lihat hari ini aku memberi contoh ramai artis-artis kita di Malaysia sudah bertaubat dan kembali ke jalan Allah, sebagai mana yang di ketahui dunia mereka antaranya Bob Lokman, Sham Kamikaze dan banyak lagi. Maka mulai hari ini jika kita azam dan ikhlas untuk berubah maka nescaya Allah sudah berikan kekuatan untuk kita, cuma kita perlu guna seadanya untuk kita perbaiki diri kita ini. 

15 Sep 2011

Merentap cabaran


Alhamdulilah lama juga jejari aku tidak berklik di laman blog ini, dan Alhamdulilah kali ini jerari aku mula menekan punat-punat keybod lap top aku. Merentap cabaran adalah satu cabaran yang di terima dalam diri aku,  syukur kepada Allah apabila aku smpai menjejak kaki ke bumi Jordan ini untuk aku mencari ilmu yang di redhai oleh Allah, wahai sahabat cabaran perlu ada dalam diri kita terutamanya cabaran yang positif, supaya menampakkan kita lebih maju kehadapan. Dunia yang serba indah ini penuh dengan persaingan antaranya persaingan positif mahupun negatif, tetapi hari ini kita tidak sedar bahawa setiap apa cabaran yang kita terima ianya dapat meningkat kan ketumbuhan semangat jati diri dalam diri kita, contohnya jika seorang ayah berkata kepada anaknya jika anaknya mendapat keputusan yang cemerlang ayahnya akan berikan hadiah kepadanya, maka secara automatik anaknya akan menerima cabaran itu untuk mendapatkan hadiah, jadi semangat anaknya akan melonjak tinggi untuk belajar bersungguh-sungguh demi sesuatu hadiah, tetapi niat ayahnya mahukan anaknya berjaya, jadi tidak hairanlah ramai ibu bapa berkata begitu. Konsepnya mudah hanya cabaran dan berusaha untuk mendapat cabaran yang kita terima itu. Jika kita berasa kita tidak mampu menerima cabaran sedemikian ataupun mana-mana cabaran yang positif dalam diri kita ianya kita tidak yakin dengan diri kita, sebab dalam dunia ini tiada perkara yang mustahil. Cabaran yang baik akan lebih mendatang kan manfaat yang baik untuk diri kita. Persiapan yang rapi juga penting sama ada dari segi rohani dan juga jasmani dalam diri kita ini agar menampakkan lagi semangat dalam diri kita. Dalam usaha merentap cabaran minda juga memainkan peranan yang penting untuk kita merentap sekuat-kuatnya cabaran dalam diri kita ini, justeru peningkatan dan penambah baikan juga seharusnya selari dalam usaha untuk kita menerima cabaran. Selain itu matlamat dan prinsip juga mesti ada, prinsip ketaqwaan kita kepada Allah untuk memohon kekuatan dalam menerima cabaran dan berdoa selepas berusaha amat penting untuk kita dekatkan diri kepada Allah. Tidak juga jika kita ini berjaya menerima cabaran dan menjadi hebat tetapi kita tidak dekatkan diri kita kepada Allah. Sebab kehidupan kita ini semuanya di atur oleh Allah SWT. Imtihannya marilah kita bersama menerima cabaran yang positif kepada diri kita dan semua org agar kita menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa kepada Allah, kerana setiap cabaran akan di uji di situ dapat kita mengenal diri dan kemampuan diri kita. Malahan kejayaan juga dapat kita kecapi dengan sebaik yang mungkin dan dapat mengembirakan hati setiap orang apabila kita berjaya di masa hari. Berpegang kepada prinsip jangan mengalah sebelum mencuba. sekian

20 Mei 2011

Manusia, Malaikat dan Syaitan

nk share 1 artikel yg penulis copy dan sgt menarik...moga2 kite dpt iktibar dr nya....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete jerr

25 Apr 2011

Perubahan setiap masa dan ketika.

Minda manusia yang penuh dengan pemikiran untuk keseronokan di dunia dan membuang masa.
Tiap-tiap hari.manusia sering mengejar dunia tanpa melihat akhirat. Jelaslah menunjukkan bahawa satu sikap manusia yang menjadi barah dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Setiap perkara yang dilakukan hanya untuk keseronokan semata-mata. Sebenarnya manusia seharusnya berfikir akan tindak tanduknya. Menjadi pelbagai intronasi masyarakat yang berbilang kaum ini. Kewajaran kita seharusnya menilai diri ini. Melakukan perubahan demi perubahan. Dalam erti kata lain perlu niat untuk berubah. Dari sikap negatif ke sikap positif dalam diri. Tetapi sebenarnya untuk meninggal kan perkara yang sudah sebati dalam diri kita sangat susah. Kerana dalam diri kita mempunyai nafsu. Nafsu itulah yang mendorong kita untuk melakukan kejahatan. Disamping itu peranan syaitan bijak menghasut diri manusia. Menyebabkan kita sering alpa dan lalai dengan dunia. Seolah-olah kita akan berkekalan di dunia ini. Walhal kita tidak sedar bahawa kita akan menuju ke alam seterusnya itu alam akhirat. Dunia ini hanyalah persinggahan semata-mata untuk manusia mencari bekalan di akhirat. Justeru perubahan dalam diri ini perlu di lakukan. Dalam diri kita jika hendak berubah perlu ada beberapa perkara antaranya yang perlu diamalkan ialah yang pertama, MULAKAN SEKARANG. Jangan kita tunggu untuk diri kita berubah sendiri, jangan kita tunggu usia kita tua baru hendak berubah kerana ajal maut kita tidak tahu bila?. Kemudian kita tidak perlu tangguh masa untuk kita berubah. Kerana orang yang bijak sentiasa bersifat positif dalam diri sendiri. Kedua MULAKAN DIRI KITA SENDIRI TIDAK PERLU MENUNGGU ORANG LAIN. Hal ini kerana sifat ini perlu ada untuk kita berubah dalam diri kita agar kita menjadi muslim sejati. Kekuatan umat islam yang bersatu padu sentiasa mengambil peluang. Jadi jangan kita menunggu orang lain untuk kita berubah diri kita sendiri kerana apabila kita menanti orang nescaya tidak akan berlaku perubahan dalam diri kita. Ketiga MULAKAN DARIPADA BENDA YANG KECIL. Ini adalah amat penting dalam diri kita untuk kita berubah. Kerana lumrah manusia tidak mampu berubah secara drastik dan melonjak terus. Contoh yang diberikan ialah, jika seorang penagih dadah, jika dia hendak meninggal kan dari menagih dadah amat susah sekali. Jadi bermakna amat suka dia hendak berubah terus. Jadi jelaslah kita perlu berubah dari perkara kecil-kecil sehingga perkara yang besar. Keempat SENTIASA BERDOA MEMINTA HIDAYAH DARI ALLAH S.W.T. Hidayah amat penting dalam melakukan kesedaran dalam diri, tanpa hidayah manusia tidak akan boleh berubah kerana hidayah adalah petunjuk dari Allah kepada hambanya yang ikhlas. Apabila berdoa maka hendaklah sentiasa beristiqamah dalam berdoa disamping melakukan perubahan dalam diri ini dengan pelahan-lahan. Firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu mengubah nasib diri mereka sendiri.(Ar Ra’ad: 11)  Jadi janganlah kita mengharap Allah berikan hidayah untuk kita berubah jika diri kita tidak berusaha mencari ke jalan kebenaran. Renungkan lah, dalam diri manusia ada satu titik perubahan yang diberi nama naluri. Apabila manusia itu dapat naluri perubahan maka di situ perubahan baru bermula. Ibarat percaturan dalam hidup manusia bagaikan bermain Chess kerana perlukan strategi yang menarik untuk menang. Begitu lah juga kehidupan, perlukan perancangan perubahan yang menarik dalam diri kita ini. Supaya dapat menimbulkan sifat keikhlasan dengan sempurna. Perubahan secara peringkat-peringkat amat di galakkan. Supaya kita mendapat hidayah dari Allah. Pentingnya perubahan setiap masa dan ketika. Renungan kita bersama. 

7 Apr 2011

Jika Mereka Boleh, Kenapa Kita Tidak?

Alkisah bermula hidup ini penuh dengan dugaan dan ujian dari Allah s.w.t. Sebelum kita sampai di atas muka bumi ini kita sudah ditetapkan oleh Allah tiga perkara, iaitu yang pertama jodoh, kedua tarikh ajal. yang ketiga rezeki. Jadi kita hidup di atas muka bumi ini janganlah kita takut dan bersedih akibat dengan kegagalan yang jatuh menimpa diri ini. Sebaliknya kita anggaplah ianya sebagai satu dugaan Allah dan bangun terus berjuang. Terlintas di hati ini perasaan cemburu, dan dengki sesama manusia kerana mereka lebih bagus lebih kita. Terus kita melabelkan bahawa Allah tidak adil. MasyaAllah wahai manusia Allah Maha Adil. Allah sudah atur hidup kita dengan sempurna. Jika kita lihat orang lain mampu miliki sesuatu yang istimewa, kenapa pula kita tidak boleh miliki sesuatu yang kita hajat kan. Sebenarnya dalam diri kita mempunyai satu daya tarikan yang lebih proaktif dalam tindak tanduk diri kita pada setiap hari. Jelas menunjukkan bahawa manusia boleh menilai diri mereka dengan lebih "smart" dan berkarisma. Jika hari ini kita gagal jangan bererti gagal selamanya. Sebaliknya teruskan usaha kita untuk mencapai sesuatu. Apabila kehidupan kita miskin tidak mustahil kita akan boleh mengubah menjadi kaya dengan rahmat di sisi Allah. Cuma kita seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk bersaing dengan lebih maju. Ramai masyarakat hari ini sudah mula mengalah akibat gagal sekali. Itu hanya semata-mata ujian dari Allah kepada hambaNya. Janganlah akibat gagal sekali kita akan gagal selamanya. Jangan tanamkan sifat putus asa dalam diri. Malah tanamkan sifat ingin mencuba untuk kebaikan diri sendiri yang menampakkan kita lebih maju ke hadapan dan berdaya saing. Persaingan dunia sekarang mementing kan kemajuan ICT dan teknologi. Ingatlah itu hanya suku daripada persaingan sebenar. Kita mampu miliki apa yang kita hajat dengan kita berusaha. Jangan kerana sifat malas itu kita melayani dalam perasaan diri menyebabkan kita akan mudah kecewa dan berputus asa. Kita sedarkan diri kita dengan mencintai ilmu. Kerana dengan ilmu kita boleh mngubahkan dunia ini menjadi lebih baik dari yang terbaik. Manusia semuanya sama, Allah tidak pandang siapakah kamu, tetapi Allah memandang hati kamu yang penuh dengan takwa dari Allah. Berdoa ialah salah satu senjata dalam memajukan diri kita. Konklusi di sini, kita buang kan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Sebaliknya kita berfikir positif bahawa kita boleh dapat apa yang kita mahu dengan BERUSAHA disamping itu kita perlu istiqamah dan bertawakan kepada Allah dalam meneruskan kehidupan kita supaya lebih cemerlang dalam diri ini. Allah tidak zalim kepada hamba-Nya sebaliknya Allah Maha Pemurah memberi rahmat kepada kita. Jangan kita takut hidup di atas muka bumi ini jika kita beriman dan beramal soleh kepada Allah. Insya Allah jika mereka boleh tidak mustahil kita tidak boleh.

22 Feb 2011

Pertemuan Pertama

kasih ibu tiada bandingnya
Kelahiran kita di atas muka bumi ini di sambut dengan penuh gembira oleh ibu dan ayah kita. Ketika kita di dalam kandungan lagi ibu kita sudah menanggung berat kita selama sembilan bulan sepuluh hari di dalam perutnya, kenakalan kita di dalam perut ibu di sambut dengan rasa gembira oleh ibu ayah. Semasa kelahiran kita kesakitan yang di tanggung oleh ibu untuk mengeluarkan kita sangat perit. Kerisauan di hati ayah amat terasa, tetapi Alhamdulilah kita di sambut dengan selamatnya, kesyukuran dan kepuasan amat terasa oleh ibu dan ayah, kesakitan ibu hilang apabila melihat kita sudah selamat tiba di atas muka bumi ini, kerisauan ayah juga hilang bila mendapat berita tentang selamatnya kita sampai di atas muka bumi ini. Jelas terpancar wajah keriangan di muka ibu ayah kita. Semasa itu ayah telah melaungkan azan dengan nada yang sangat merdu di telinga kita, itulah kalimah yang pertama kita dengar selepas kita sampai di atas muka bumi ini. Laungan permulaan "الله أكبر" di telinga kita membuatkan Kesayuan terasa di hati, kalimah Allah yang Maha Agung lagi Maha Kuasa telah di dengar oleh kita semasa kecil lagi. Keriangan kita di sambut dengan gembira, hari demi hari kita membesar, ibu ayah membela kita dengan penuh kasih sayang "bagai menatang minyak yang penuh". Semasa kecil mereka mencium kita beratus-ratus kali tidak terbilang ciuman mereka untuk kita. Betapa seronoknya kita, apabila kita semakin besar mereka semakin tua. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun kita meningkat dewasa. Bila meningkat umur kita pelbagai corak pemikiran sudah berubah, kita menjadi lebih besar. Semasa itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memberi kejayaan kepada ibu dan ayah. Selepas kita berjaya dan mereka turut gembira, Kita mengorak langkah ke alam pekerjaan, kita menjadi seorang profesional yang berjaya. Semasa itu kita tidak sedar kita semakin melupakan ibu dan ayah kita. Bila mereka membuat panggilan kepada kita sering pelbagai alasan yang kita berikan. Rasa hiba hati mereka. Kita merasa dengan wang yang kita hantar tiap-tiap bulan sudah boleh meringankan mereka, tetapi kita tidak sedar bahawa betapa beratnya hati mereka apabila anak mereka yg mereka sayangi tidak pulang menziarahi mereka. Alasan sibuk bekerja sering di berika kita kepada mereka, walau mereka tidak berkata apa, tetapi hati kecil mereka berkata, sangat rindu kan kita. Apabila kita sudah berkeluarga lagi membuat hati mereka gembira kerana mereka akan mendapat cucu yang sangat di sayangi. Tetapi apa kan daya, cucu yang di tunggu tidak pulang ke rumah mereka. Malah menantu mereka tidak suka akan mereka yang sudah tua. Kita ketika itu hanya diam, walhal ITULAH IBU AYAH kita. Kita sudah lupa dahulunya betapa peritnya ibu melahirkan kita, betapa susahnya ayah mencari rezeki untuk kita, betapa sukarnya untuk membela kita sehingga kita dewasa, tetapi bila kita sudah berjaya kita lupa akan mereka, hatta kan kita tidak mengaku siapa mereka. Dahulunya mereka mencium kita beratus-ratus kali, tetapi hari ini sekali untuk kita cium mereka sangat susah, ingatlah seteruk mana mak dan ayah kita di tetap MAK AYAH kita. Pertemuan pertama kita di sambut gembira oleh mereka, tetapi kematian mereka di sambut gembira oleh kita kerana ketiadaan mereka dapat menyelesaikan semua masalah, tetapi kita lupa IBU yang penat melahirkan kita tidak dilayan sebaiknya membolehkan kita mendapat azab yang teruk lagi di atas muka bumi ini, malahan di akhirat kelak lagi dahsyat azab yang di timpa oleh kita. Oleh itu, ibu dan ayah kita mereka tetap ibu ayah kita. Jika kita berjaya kita tetap menjaga mereka, kita jangan terlalu mengejar dunia sehinggakan kita melupakan mereka, kehangatan jejari kita untuk bersalaman dengan mereka amat mereka merindui. Jangan kita menyesal di atas perbuatan kita kepadanya selepas mereka tiada kerana walau jatuh air mata darah sekalipun mereka tetap tiada. Jadi kesimpulanya contoh yang ada, kita lihat dunia hari ini berapa ramai wanita yang tidak tutup aurat? di situ jelas amat banyak ibu dan ayah menanggung dosa akibat perbuatan kita, selain itu jika mereka sudah tiada mesti mereka akan berkata "jangan buat begitu ibu ayah sakit di seksa di sini". Tetapi malangnya kita tidak dapat mendengar rintihan mereka itu di sana. Malahan itu jika kita seorang peminum arak, betapa peritnya ibu ayah akan di seksa jika mereka sudah tiada dan jika mereka di dunia betapa peritnya untuk mereka tanggung malu di dunia ini dengan manusia dan Allah. Jadi selamilah jiwa bersama semasa PERTEMUAN PERTAMA kita diatasi muka bumi ini dengan ibu ayah, jadi kita renungan kan bersama dengan tulus ikhlas agar PERTEMUAN PERTAMA di akhiri dengan PERTEMUAN MENUJU ILLAHI.

21 Feb 2011

kasih dari syurga

Kesayuan terasa dalam hati membuat aku menjadi buntu, sejak aku melihat pandangan pertama di wajahnya membuat aku terasa seperti aku orang yang bertuah sekali. Ilmu yang aku pelajari darinya membuat hatiku tertarik kepada beliau. Sungguh sayu ucapannya malah menusuk ke dalam kalbu ku, membuat aku sentiasa terfikir dan terfikir setiap ucapan yang keluar dari mulutnya. Sungguh bertuah jika menjadi sehebatnya. Dalam meneliti kecemerlangan diri aku mencari pelbagai jawapan demi jawapan setiap kemaslahantan yang timbul. Selain itu aku merasai bahawa diriku amat hina di sisi Allah kerana jika hendak di bandingkan ilmu aku yang sekepal jika hendak setanding dengan ilmu seorang ulama. Peristiwa berdebat dengan golongan wahabiyyah membuat aku sangat cinta akan ilmu agama yang banyak tersimpan pelbagai rahsia. Ibarat seperti sebuah kapal yang berada di tengah lautan mencari pulau untuk singgah sementara, ertinya ilmu agama ini sangat luas dan tiada tolok tandingnya. Ilmu kesufian yang aku jalani melatih diri supaya bersabar, dan istiqamah dalam melakukan amal ibadah. Tetapi pemikiran budaya barat beranggapan bahawa ilmu kesufian ini satu aliran ajaran sesat. Tetapi mereka tidak tahu bahawa ilmu kesufian ini melatih diri mendekatkan diri kepada MAHA PENCIPTA alam ini iaitu Allah s.w.t. Cinta dan kasih kepadanya membuat kita di tinggikan darjat di sisi Nya. Selepas kasih kepada Allah tidak lupa kepada Nabi Muhammad junjungan besar ke atasnya yang patut kita kasihi. Kasih kepada Allah dan Rasul tidak akan merugikan kita malah membuat hati kita sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya Allah akan kasih kembali kepada hamba Nya. Tetapi pada hari ini fenomena sudah berubah, manusia sudah tidak ingat kepada kematian, malah asyik berfoya-foya, membuang masa tanpa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, selain itu anak remaja sekarang sudah hilang budaya adat resam kaum, sebaliknya tatacara kaum eropah sudah menembusi hati mereka, malah tanpa rasa segan silu mereka semakin jauh dengan agama. Orang yang penting keduniaan ini membuat hatiku terdetik untuk menulis Kasih Dari Syurga, kerana Manusia sentiasa melakukan kesilapan, melainkan Nabi penyuluh umat sepanjang zaman. Kehidupan kini sudah banyak berubah dengan era pasca globalisasi pada masa kini semakin menjadi barah dalam kalangan masyarakat tanpa memikirkan hal agama. Terasa amat sedih dengan sikap sedemikian rupa membuat hati berbicara, kata hati " cinta kepada Allah amat baik dari cinta akan dunia". Semakin hari kita dapat lihat bahawa dunia semakin dekat dengan kiamat, jadi sentiasa kita persiapakan diri untuk menempuh segala dugaan yang datang tanpa di undang. Kasih kepada Allah memberi jaminan kebaikan yang menyeluruh kepada hambanya. Jadi natijahnya di sini dapat lihat bahawa semakin hari dunia semakin teruk kerisauan amat terasa di dalam kalbu ibu ayah dalam mendidik anak mereka. Jika itu yang mereka hajati jadi lah kita orang yang pertama yang mendapat "KASIH DARI SYURGA".