قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

1 Mei 2012

3 Idiots – I think then I do, you think you do la!



"Wisdom begins in wonder" atau "Kebijaksanaan bermula melalui persoalan"
-Socrates-

Sebelum menintakan sebutir pun kalam,, nak tanya sikit,,  dah tonton filem 3 Idiots? Jawapan masing-masing ada, tidak mengapa jika belum tonton, tidak menjadi kesalahan.
Nak dengar cerita? Mari duduk rapat-rapat biar terasa ukhuwahnya ;)
Secara peribadi, selepas beberapa kali tonton cerita ni, ada konklusi yang dapat disimpulkan (maksud saya berkonklusi-konklusi  ==’),, nak dengar??
Pada pandangan saya, daripada satu sudut tunggal, filem ini adalah suatu bentuk kritikan berseni yang mengkritik sistem pendidikan.. Ops.. maksud saya individu-individu yang menjana sistem ini. Tapi bila menunding satu jari pada sistem baki empat jari berbalik pada kita.
“Eh, it is our fault ke?”  
“Kenapa kita pula yang menanggung kesalahan tu jika memang terang benderang lagi bersuluh itu salah demo?”
Sebab, bila mana kita mengambil kesalahan itu letak di atas bahu kita, kita akan tersedar bahawa
 ‘I have the power to changing’
Percaya tidak?   Contoh, jika seorang kanak-kanak sekolah yang gagal dalam mata pelajaran Matematik menyalahkan cikgunya atas kegagalannya dalam Matematik,,
“That is teacher’s fault not me”
 berbanding dengan jika..
….dia ‘menyalahkan’ dirinya dengan kata-kata ‘Ouh, aku belum cukup bagus lagi, aku nak kena lipat gandakan usaha ni’. Rasa- rasalah kan, siapa yang akan mengeluarkan momentum semangat to become a better person than before?
--------------------------------------------------
Masing-masing sudah berjawapan. Good.
Noktah. Tamat sudah celoteh. Baca perlahan-lahan dan cerna iDea untuk kamu manfaatkannya dalam hidup kamu ok? BagOs.
First of all,,
Ada satu benda penting yang saya cerna sebagai idea perdana dari cerita ini yang mana watak utama mempunyai suatu curiousity yang sangat konsisten sedari kecil  berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Did you see?
Let see,, hurm,, the power of curiosity…
Ada cerita menarik berkenaan dengan si Thomas Edison tentang curiosity. Dikisahkan ketika kecil, Edison seorang yang sangat suka bertanya dan mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi sedari usia 7 tahun lagi. Dia bertanya bermacam-macam soalan kepada gurunya ketika di sekolah . Dia tidak merasa malu mahupun segan.
Curiosity  : sikap ingin tahu. Dalam cerita 3 Idiots ini, sikap ingin tahu ini telah terzahir dalam sanubari watak utama ketika kanak-kanak yang umurnya lebih kurang 5 ke 7 tahun. Kemudian dia tafsirkan kesungguhannya  pada sesuatu yang dia minat yakni apa yang berkaitan dengan ilmu kejuruteraan. Sangat mengagumkan bukan? Mesti tertanya-tanya?
 Adakah ia dari sesuatu yang bersifat sains > genetic? atau sesuatu yang berelemenkan hukum alam > persekitaran? Persoalan demi persoalan menerjah. Tidak mengapa, biarkan akal terus bertanya. Malah apabila akal diberi peluang, ia akan bertanya. Mengapa? Bila? Bagaimana? Persoalan. Daripada persoalan, ia akan membina medan kritis dalam jiwa pemiliknya insyaAllah. Dari situ akan tercetus gerak kerja mencari jawapan.
 Jika kita teliti, dikisahkan juga Imam Syafie seorang yang sangat berkeinginan untuk mengetahui ilmu, tika mana ditanyakan kepadanya perihal perbuatannya yang menulis dengan jarinya di tapak tangannya  oleh Imam Malik, beliau berkata  ” Aku tidak memainkan jariku tetapi menulis hadits yang engkau sebutkan dengan jariku di  tapak tanganku, jika engkau mahu biar aku ulang balik apa yang telah engkau katakan. Imam Malik berkata “sebutkanlah ” , maka beliau menyebutkan seluruh hadits yang telah disebutkan oleh Imam Malik tadi dengan lancar dan sempurna. Masya Allah.


Sebentar menelusuri timeline Imam  Syafie,
Imam Syafie seawal usia 7 tahun (darjah 1) sudah mengahafaz AlQuran dan mencapai sahaja usia 15 tahun (tingkatan 3), dia sudah diberikan kebenaran mengeluarkan fatwa dan apabila dewasa dia muncul sebagai figura yang cukup mengharmonikan jiwa-jiwa penuntut ilmu. Hebat bukan?  Tertanya-tanya lagi, bagaimana dia boleh menjadi begitu? 
*senyum*
Ada seorang sahabat saya memberikan istilah ini,,  ‘kerana hidupnya sedari kecil sudah terisi’. Terisi dengan pentelaahan kitab-kitab turos para ilmuan.
Cerita beginilah yang seharusnya dihidangkan kepada generasi kita. Sama ada generasi baru mahupun  generasi senja. Ingat, sejarah bukan sahaja untuk ditatap dengan mata kasar sahaja tapi juga memerlukan kolaborasi mata hati untuk dicerna hikmah dan ibrahnya.
Selain itu, ada satu lagi nilai yang sangat suka untuk diketengahkan di sini yakni penyantunan terhadap ilmu dan ilmuan. Ini adalah salah satu nilai yang telah terhakis sedikit demi sedikit dari jati diri orang Islam. Nilai ilmu. Hakikat. Sangat pahit untuk ditelan.
Imam syafie, ingat lagi dia menulis nota-notanya di atas apa? Tulang- belulang hanya kerana dia tidak mampu membeli lembaran kertas. Contoh yang lebih terkehadapan, orang-orang Jepun mengikut sejarahnya, mereka ini dikatakan peniru yang paling hebat di dunia ini kerana mereka telah berjaya meniru idea-idea orang-orang Barat yang telah dicampak ke dalam bakul sampah dan meraka membangunkan idea itu dengan acuan minda mereka sendiri. Ya, orang Jepun ini mengutip kertas kerja yang telah dicampak ke dalam tong sampah.  Cukup terkehadapan pemikiran mereka.
Ketika melihat watak utama cerita ini melangkah ke sekolah bagai seorang pesalah, mesti terdetik dalam benak kita ‘budak ni tak takut ke kesan dan akibatnya jika seludup masuk sekolah orang senyap-senyap?’.
"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.."

-Khalifah Ali bin Abi Talib-
Jika kesannya baik, why not?
Noktah.
Iroinya, penyantunan ini berlaku daripada semangatnya untuk menuntut ilmu. Hasilnya, dia mampu untuk menyediakan satu kapasiti otak yang cukup luas untuk menampung segala maklumat baru tanpa disempadani oleh sebarang ruang yang sia-sia seperti bongkah-bongkah silibus mata pelajaran yang yang ada,
‘Bab ini untuk tahun depan punya yang ini tahun ini punya’.
 Jika perasan, maaflah tapi guru-guru pada hari ini sangat terikat dengan silibus mata pelajaran,
 “Yang ni kamu tak perlu belajar lagi, tahun depan kamu akan belajar, sekarang tak perlu tahu lagi”
Hinggakan pemikiran pelajar telah didoktrin dengan sekatan yang konkrit daripada menerima sebarang pengetahuan yang ‘tidak sepatutnya dia tahu’. Tak hairan, konkrit ini masih wujud walau pelajar ini masuk sudah ke alam pekerjaan kerana konkrit ni telah dibina sendiri oleh guru-guru yang dia hormati. Sangat menyakitkan. 
Kemudian lihat bagaimana dia menyantuni gurunya ketika disuruh menggantikan pensyarah untuk beri lecture, ingat apa dia kata?
 “Saya tak layak nak bagi syarahan tentang kejuruteraan, Tuan lebih layak”
Dia tidak bercakap sesuatu yang dia tak layak lagi untuk dia beri. Dia sedang menjaga kehormatan gurunya biar tanpa gurunya sedari dan tanpa orang lain peduli dengan caranya sendiri. He has his own style. Ya, dia sangat penyantun.
Jika ditanya kepada benak nakalku, saya memang suka cara watak utama ini melanggar peraturan. Peraturan kotor yang dibuat oleh seniornya, rakan sekelasnya, pihak pentadbiran sekolahnya juga persekitarannya. Dia telah muncul sebagai seorang yang sangat fleksible kepada persekitarannya. Hingga pengislahan itu berlaku. Dia sangat concern pada environment dia, dia seorang peduli tentang apa yang berlaku di sekitarnya.
Nak dengar cerita tentang Hassan Al-Banna?  Beliau juga begitu, nak dikisahkan ada seorang pemuda datang menemuinya untuk mendaftar dalam ikhwanul muslimin. Lalu beliau bertanya “Ya Muhammad siapa nama bapamu?”. Terkejut pemuda itu kerana Hassan Al-Banna mengetahui namanya dan apabila ditanya. “Ouh, hari tu ketika saya berada di landasan kereta api, saya mendengar seseorang menjerit memanggil nama kamu”. Sangat teliti dengan persekitarannya.
Tapi memang fitrah manusia jika seseorang diberi sekeping gambar ramai. Siapa yang dicarinya? Cuba jawab…. Ya, diri sendiri. Fitrahnya manusia ni minat pada diri sendiri.
Satu lagi, kata-kata yang menjadi identiti filem ini,  kata keramat “Aal iz well”. Ini satu bentuk apa? Adakah suatu azimat dari bible atau satu ayat suci hasil dari pertapaan di batu suci atau apa? Teliti dan kaitkan dengan Islam. Ya, ia suatu bentuk tawakkal kepada satu Dzat yang Maha Agung. Biar dalam situasi apa pun!
Ayat 1000 dinar, ada apa dengan ayat ni? Ini tentang pembulatan tekad sebulat yang mungkin tanpa ada kurang sedikit pun untuk diserahkan bulat-bulat pada Allah selepas berusaha. Allah memang senang hati bila kita serahkan urusan kita padanya. Malah kita juga akan senang hati apabila kita sudah menyerahkan urusan kita pada pengurusan atas bukan?
 Sebab itu Rasulullah saw ada mengajar suatu doa, ‘Ya Allah janganlah Engkau menyerahkan diriku pada diriku sendiri walau sekelip mata’. Mengapa? Ini kerana diri kita lemah, ilmu kita terbatas, qudrat kita terhad, mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya dengan bersandarkan kepada kekuatan diri. Impossible!
Kesimpulannya, ini semua bermula bukan sekadar dari sikap ingin tahu semata-mata tetapi juga sikap ingin faham yang lahir dari sikap ingin tahu. Dari situ kamu bertindak mencari jawapan kepada persoalan . Ingat, langkah ini sangat-sangat penting kerana ia tapak awal untuk kamu menemui pengetahuan InsyaAllah.

Selamat mencerna!

Oklah, dah penat bercerita,, lain kali kita citer-citer lagi ;)

26 Apr 2012

Oh! Melayu


Kebejatan tatasusila masyarakat melayu pada hari ini sangat merungsingkan. Apatah lagi melihat gelagat masyarakat melayu yang semakin lama semakin jauh dari nilai ketimuran. Benar kata Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat, menyatakan bahawa "melayu mudah lupa". Ucapan keramat itu memang betul dan benar apa yang dikatakan, melihat sekarang masyarakat melayu yang semakin lama semakin pupus akan nilai-nilai ketimuran kita ditelan dek zaman. Jadi persoalannya kenapa? dan mengapa?, apakah punca yang sebenarnya?.

Melayu dahulu,

Dahulunya bangsa melayu adalah satu bangsa yang sangat tinggi akan kebudayaan, akhlak dan tatasusila. Kemudianya pula bangsa melayu sangat gemilang akan tamadun di Asia Tenggara. Kemunculan Parameswara yang memerintah Melaka ketika itu sangat gemilang akan kerajaannya. Ramai pedagang-pedagang dari China dan India hattakan dari negara Arab masuk berdagang dengan kerajaan Melayu Melaka. Menunjukkan bawa kita adalah satu bangsa yang gemilang suatu tika dahulu.

Melayu yang mementingkan akan budaya, adab dan tatatusila dengan di serikan lagi agama islam menyebabkan kita sangat dikagumi dari pelusuk dunia sehinggakan dari empat penjuru dunia ketika itu. Sejarah membuktikan kegemilangan kerajaan Melayu Melaka menyebabkan kita disukai ramai bangsa. Kesopanan dengan nilai-nilai ketimuran menyebabkan kita di pandang mulia dan Islam menjadi pegangan agama.

Itu dahulunya kita, yang sangat mementingkan segalanya kebaikan kebudayaan, akhlak dan tatasusila. Menunjukkan bahawa melayu ini adalah satu bangsa yang tinggi akhlaknya, dan sinonimnya jika sebut melayu mesti berkaitan dengan ISLAM. Jadi jelaslah apa yang dikatakan jika melayu secara tidak dapat tidak dikatakan juga islam, dengan itu mari kita singkap dan ungkap apakah benar yang dimaksudkan, dan apakah juga masih sama melayu dahulu dengan melayu sekarang.

Melayu sekarang,

Hari ini melayu kita dapat nilai secara tersendiri, pelbagai sudut dan sektor boleh kita ketengahkan pada hari ini dalam penghuraian yang lebih jelas untuk difahami. Secara indikasinya kita lihat melayu sekarang terbahagi kepada kita faktor yang jelas dan nyata dalam penghuraian berkenaan melayu, iaitu politik, ekonomi, dan sosial. Maka apabila dikatakan melayu sekarang secara tidak dapat tidak mesti berkaitan tiga perkara asas tersebut.

Sekarang untuk melihat kebudayaan, akhlak dan tatasusila dengan kesamaan melayu dahulu dengan melayu sekarang boleh di nilai dalam tiga faktor tersebut secara jelas. Ini kerana dahulunya melayu gemilang dari semua aspek, tetapi adakah sekarang masih gemilang seperti dahulu?. Kita lihat penjajah yang menjajah negara kita selama hampir 450 tahun yang mengaut pelbagai sumber di tanah melayu menyebabkan memberi kesan yang teruk kepada masyarakat melayu.

Tetapi sekarang kita baru memerintah 54 tahun sudah tampak pelbagai kemaslahatan timbul yang menyebakan semakin lama semakin kurang akan kebudayaan, akhlak dan tatasusila masyarakat melayu. Dengan itu mari kita huraikan secara lebih jelas mengikut frasa demi frasa dengan bermulanya politik.

Politik,

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, yang mana ketentuan naik turun kerajaan di pilih oleh rakyat sendiri. Terbinanya juga bagunan parlimen yang melambangkan sistem demokrasi di negara ini. Selain itu, sistem raja perlembagaan juga diadakan yang diketuai oleh Perdana Menteri dan jemaah menteri kabinet termasuk diperingkat persekutuan mahupun peringkat negeri.

Negeri yang diperintah oleh Sultan melayu dibantu takbir oleh  Menteri Besar serta barisan Exco yang terpilih yang mana mereka juga yang memenangi piliharan raya. Bercakap soal politik melayu pula, dua parti terbesar dalam kalangan melayu ialah United Malays National Organisation (UMNO) dan Parti Islam se-Malaysia (PAS) pada masakini. UMNO sebagai kerajaan dan PAS pula sebagai pembangkang pada masakini.

Kedua-dua parti tersebut memainkan peranan yang penting dalam memajukan orang melayu kursusnya. Tetapi apabila sekarang ini kita melihat kedua-dua parti ini bertelagah, apakah ada keuntungan kepada kita? Hari ini kita lihat pelbagai korupsi dilakukan oleh kerajaan mahupun pembangkang. Kedua-dua parti ini menjadi kompenen penting untuk suara masyarakat melayu kursusnya.

Tetapi sekarang ini pula, masing-masing saling menunding jari. Sehinggakan kita bertelagah sesama sendiri, tanpa kita sedari dimana punca yang patut kita kenali. UMNO sendiri sedia menerima penyatuan dengan PAS, tetapi mengapa ditolak?. Mesti ada sebab yang tertentu menyebabkan PAS menolak ajakan UMNO tersebut untuk bersatu. Sebenarnya dari aspek islam kita sememangnya bersatu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud,

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


menunjukkan bahawa kita sesama mukmin ini bersaudara, dan atas nama islam lah kita sudah bersatu, tetapi dalam politik ianya lebih kepada analogi pemikiran dan perjuangan, maka sebab itu saya tidak langsung hairan jika kedua-dua parti melayu yang terbesar itu tidak bersatu. Jika dikaitkan dengan berkerjasama dengan parti politik kaum lain, sebenarnya kedua-duanya tidak langsung boleh menunding jari, kerana masing-masing berkerjasama dalam parti politik kaum lain, maka disitu nampak kedua parti tersebut menjalinkan kerjasama.


Cuma apabila politik melayu dipermainkan dengan teruk sekali. Secara jelasnya punca adalah disebabkan parti masing-masing, setiap parti politik mesti ada masalah dalaman yang serius mahupun tidak, tetapi bergantung kepada kebijaksanaan parti menyelasainya. Maka tuduh menuduh kedua parti saling mencari punca dan salah pihak lawan itu di anggap perkara biasa. Cuma apabila meratah kuasa sudah menjangkaui kepala, maka di situ politik melayu sudah nampak kecundangnya.


Kerana apabila banyak penyelewengan, korupsi dan sebagainya, itu menunjukkan kepentingan rakyat tidak dijaga menyebabkan kuasa politik melayu terbabas. Saya tidak bermaksud mengata kepada satu politik sahaja, ini saya berkata secara umum. Jelaslah punca disitu dapat kita nilai dan kaji, dengan lebih mendalam melihat sejauh mana kuasa politik melayu yang berdiri utuh dan kukuh, ataupun kuasa politik melayu sangat rapuh.


Ekonomi,


Secara jujurnya saya tidak mahu membicara dengan panjang lebar, ekonomi Malaysia sememangnya sudah dikuasi oleh kaum lain, menunjukkan ekonomi kita hanya sedikit sangat berbanding dengan kaum yang lain. Peratusan kadar ekonomi di Malaysia sendiri pun jelas membuktikan hanya beberapa sahaja syarikat melayu yang berdiri gah dan gagah selebihnya pula kepada kaum lain.

Sememangnya majoritinya adalah bangsa melayu di Malaysia, tetapi ekonominya pula dikuasai oleh kaum lain, kerana sikap bangsa kita sendiri yang boleh dilihat sebagai contoh ,sikap melayu yang apabila berniaga antara satu sama lain, mesti akan ada juga sifat dengki. Walaupun bukan semua tetapi sesetengah itu mesti ada. Mengapa??


Entah mengapa saya tidak pasti akan sifat sedemikian berbanding kaum yang lain yang tampak lebih kehadapan dalam bab ekonomi. Kedengkian sesama melayu akhirnya kerugian melanda kita. Walhal kita boleh melihat bangsa lain yang lebih bekerjasama tanpa ada kedengkian langsung sesama mereka. 


Sosial,


Hal ini menjadi semakin parah berbanding kaum lain. Kesosialan melampau dalam kalangan melayu sangat serius, sehinggakan menjadi barah dalam kalangan masyarakat. Kita boleh lihat secara jelas bagaimana anak bangsa sendiri lari semakin jauh akan budaya dan adab, akhlak dan tatatusila yang jauh menyimpang dari ajaran islam dan adat melayu.


Melayu satu bangsa yang mulia menjadi janggal dan pelik bila bangsanya sendiri yang tidak langsung melambangkan akan kebudian pekerti melayu sendiri. Sungguh menyedihkan apabila kita melihat kesosialan bangsa lain amatlah kurang berbanding melayu. Anak-anak melayu sekarang bebas melakukan perkara keji, mahupun di mana-mana sahaja. Pakaian mereka sudah pun jauh dari pakaian adat resam melayu yang tampak lebih comel dan cantik.


Mengapa? kerana kejahilan kita dalam mengenal adat melayu sudah lama pupus, jikalau tidak percaya. Cuba kita bertanya kepada muda mudi negara kita akan penulisan tulisan jawi yang dahulunya diguna pakai oleh masyarakat melayu. Sesungguhnya sangat menyedihkan jika dikhabarkan, tidak ramai muda mudi kita tahu akan sepenuh berbanding sedikit sahaja yang tahu. Itupun baru segi tulisan, usah dicakap dari segi pakaian, akhlak, adab dan sebagainya. 


Islam dengan melayu sangat cantik bila di gabungkan, lantaran pula Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi rahmat sekelian alam, firman Allah SWT.


Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.”  (Quran s. al- Anbiya : 107)


Contoh dan teladan yang baik menjadi ikutan kepada kita semua yang beragama islam, sememangnya kerahmatan sekelian alam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang Allah tampilkan kepada kita, ianya datang bukannya membawa rahmat kepada masyarakat Arab sahaja, tetapi ianya membawa rahmat sekelian alam di atas muka bumi ini.

Tetapi melayu sekarang ini boleh kita nilai dengan mata kepala kita sendiri, melihat satu-satu bangsa yang hanya mahu keseronokan tanpa mengingati tuhan. Jangan di hairan jika peningkatan kemungkaran naik setiap tahun dalam negara, dan pemimpin jangan pening kepala jikalau banyak bangsa melayu yang terlibat sama.

Kerana sebenarnya, kita langsung tidak memberi didikan agama yang sempurna dalam diri, kita kalut mengejar kemajuan tetapi kemajuan dalam diri kita abaikan. Anak bangsa hanya berseronok sahaja, tambahan pula ibu bapa tidak ambil peduli. Lantas itu mencari konklusi sangat diperlukan pada hari ini. Pemahaman tentang islam mesti di titik beratkan lagi agar kita hapuskan sikap bangsa melayu yang tampak layu.

Akhir kata,

Lihatlah bangsa, jikalau mahukan bangsa kita mulia nescaya jadilah islam dengan sepenuhnya sebagai ikutan. Jika mahukan generasi akan datang lebih maju kehadapan maka kita lah perlu tonjolkan. Jika pemimpin berdiam diri, jangan hairan jika anak bangsa hilang budi pekerti. Jika pemimpin niat tulus untuk kembalikan seperti melayu dahulu, nescaya Allah bantukan. 

Melihat bangsa ku semakin lama semakin layu, antaranya dari tiga faktor tersebut, ku suarakan dari tulisan walaupun tidak terkeluar dari ucapan. Kerana saya merasai akan sayangnya melayu ini, agar terpelihara dari segalanya. Jika ada salah dan silap mohon di maafkan, saya budak baru belajar, sama-samalah kita ambik ikhtibar. Benar kata Tun Dr Mahathir Mohamad "melayu mudah lupa".

AshrafHadi
26.April.2012
Mafraq Jordan  

16 Apr 2012

Dimanakah Cinta?



Cinta  yang hadir dalam jiwa yang lara, di selimuti perasaan kasih sayang dan pengorbanan antara dua insan.  Hakikatnya belum lagi di ketahui  kerana jodoh itu adalah ketentuan tuhan yang Maha Mengetahui. Sebaliknya di sini persoalan yang timbul apabila kita ligat bercinta tetapi di manakah cinta? Tambahan pula tidak lama lagi akan menyambut Valentine Day  adakah cintanya itu berada di situ,  atau cinta itu berada dimana-mana sahaja.

Fahami Maksud Cinta

Dalam mencari dimanakah cinta? Seharusnya kita sebagai umat manusia terutamanya yang beragama islam perlu memahami maksud cinta yang sebenarnya. Jika kita lihat Kamus Dewan Bahasa edisi Ke-Empat  juga maksud cinta terbahagi kepada dua, iaitu perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada seperti (Negara, ibu bapa, kebebasan, dll) kedua pula ialah perasan atau berperasaan berahi kepada  seperti (Asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan.

Jadi sebenarnya cinta ini bermaksud sangat luas, jika di lihat dalam makna Kamus Dewan yang di nyatakan pun membahagikan kepada dua iaitu sangat sayang dan berahi tetapi di dalam skop perasaan dan berperasaan. Maka jelaslah cinta itu ialah perasaan dan berperasaan, logiknya manusia juga, tanpa ada perasaan tetapi bercinta, amat pelik dan ajaib sekali jika adanya manusia begitu.

Selain itu, maksud cinta juga bukannya hanya tumpu kepada sepasang kekasih ataupun kepada sepasang suami isteri sahaja, cinta ini juga boleh lahir kepada orang di sekeliling kita terutamanya sahabat-sahabat kita sendiri, sebab sinonimnya fitrah manusia yang berkawan hanya beranggapan itu adalah kawan biasa, tetapi tidak melihat kepada sudut cinta. Walhal cinta itu adalah perasaan dan berperasaan.

Tidak cukup hanya sekadar perasaan dan berperasaan, sebaliknya perlunya pengorbanan. Sebagai contohnya sirah apabila kasih dan cintanya Saidina Abu Bakar kepada Nabi Muhmmad s.a.w. yang sanggup berhijrah ke Madinah dengan Rasullulah s.a.w. dan bersembunyi di Gua Thur, di situ kita dapat lihat ialah pengorbanan. Maka cinta akan lebih sempurna dengan melahirkan perasan dan pengorbanan, itulah dinamakan cinta dan maksud sebenar cinta.

Dimanakah cinta?

Cinta itu berada di dalam diri dan sanubari setiap insan yang bernama manusia, kerana kata orang cinta itu lahirnya dari mata turun ke hati. Daripada hati pula dihantar kepada otak untuk mentafsirkan dalam pemikiran kemudian semangat dan penharapannya pula ialah kepada Allah yang Maha Esa.  Selalunya cinta itu orang menyatakan hanya berada untuk sepasang kekasih sahaja, seikhlasnya itu bagi saya adalah tanggapan yang kurang betul kerana cinta itu berada di dalam setiap diri masing-masing

Sebagai contoh jika sahabat yang berada di dalam kesusahan, atas sebab perasaan dan cintanya kita kepada dia, kita akan menolongnya dan juga tetapi  tidak sempurna cinta jika tidak di tambah dengan pengorbanan, maka kita akan bertindak sedaya upaya untuk berkorban diri menolongnya.

Jelaslah bahawa cinta itu berada di dalam diri, dan kebijaksaan kitalah untuk mentafsirkannya dan mengamalkannya.  Cinta itu bukanya ada di hari Valentine Day , itu hanya sandiwara dunia yang di amalkan oleh barat, dan kita sebagai umat islam janganlah mengambil contoh seperti berikut kerana mengikut kajian yang di jalankan, peratusan peningkatan kemungkaran dalam kalangan remaja berlaku zina adalah malam hari Valentine Day, Nauzubillah min zalik, kita minta agar perkara itu tidak berlaku kepada saudara mara kita yang terdekat.

Bolehkah bercinta?

Soalan yang tertanya di dalam diri ini, tetapi sebenarnya kita boleh bercinta, sebab tidak semestinya kita bercinta dengan kekasih sahaja, tetapi pandanglah cinta itu dengan skop yang lebih luas, maka kita boleh di anjurkan kepada kawan-kawan yang dekat dengan sekeliling kita.

Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya)

 "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

dan Nabi Muhammad s.a.w. pula bersabda (maksudnya)

"Tidak sempurna iman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Jelaslah kedua dalil tadi dapat memupuk kesempurnaan iman dalam kita bercinta sesama kita di sekeliling selama mana tidak melanggar syara’ dan pula kita jangan hanya tumpu cinta itu hanya untuk pasangan kekasih sahaja  malah meliputi segalanya.

Akhir kalam

Sebagai umat manusia yang mahukan dicinta dan dikasihi, sememang perasaan cinta itu wujud dan tidak boleh dinafikan sesama sekali, tetapi berhati-hatilah dengan cinta yang songsang dan cinta yang tidak logikal sama sekali, sebolehnya kita jauhi bersama-sama. Ustaz Azhar idrus berkata, bercinta itu boleh tetapi dengan niat hendak berkahwin, tetapi kita harus fahami semoleknya, itu adalah untuk pasangan yang sudah bersedia dan logikal mereka itu ada.

Cuma yang hairanya ini ialah, baru seusia jagung lagi dan masih belum tumbuh gigi sudah hangat dan ligat bercinta itu adalah cinta yang tidak logikal sama sekali, dan dipanggil cinta monyet, maka itu kita perlu jaga dan hati-hati. Cinta juga adalah perasaan dan berperasaan kemudian pula ditambahkan pengorbanan itu ada pendefinasian  saya sendiri, mungkin diluar sana ada maksud yang tersendiri.

Dari hati yang ikhlas berkata, lihatlah cinta itu seluas-luasnya, jangan hanya kita kecilkan skopnya yang boleh kita pandang dengan jauh sekali, dan dari situ kita dapat mengetahui dimanakah cinta yang sebenarnya. Semuanya itu terpulang kepada diri sendiri, hanya yang pasti cinta yang hakiki ialah cintakan Ilahi yang penuh suci dan murni.

AshrafHadi
Ditulis sempena Valentine Day..
Dipilih sebagai karya pelawat di langitilahi.com.
Mafraq Jordan.

9 Apr 2012

Oh! Prisma Ku


Bila ku buka group Prisma terus aku memandang gambar diatas ini dengan penuh bermakna. Melihat satu-satu wajah mereka yang cantik dan segak bergaya menyebabkan aku terukir senyuman di muka. Lantas ku berkata di dalam hati  "hebat-hebat belaka" sambil tersenyum bersahaja. Memandangkan AGM Prisma yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi, dikesempatan ini ingin ku ucapkan tahniah kepada kepimpinan Prisma pada sesi kali ini. 

Segala jasa dan bakti kalian kepada kami, diucapkan dengan ribuan terima kasih dan semoga Allah membalasnya dengan kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Penah juga aku terdengar akan bicara sumbang dan rambang tentang kepimpinan, bagiku itu adalah lumrah berpesatuan. Ibaratnya jika tiadakan ayam berkokok manakan pula pagi menjelma, maksudnya jika tiada yang menegur atau mengata manakan pula nampak majunya.

Secara jelasnya disini bahawa dalam hal ini mesti tidak dapat tidak wujudnya pro dan kontra, dan itu adalah sesuatu perkara biasa yang lumrah itu akan ada dimana-mana sahaja. Maaf! bukan ku disini ingin mengata atau mengkritik ataupun memuji, cuma di sini aku ingin berkongsi apa yang aku terfikir selepas melihat gambar tadi, jadi marilah sama-sama kita singap dan ungkap.

Prisma,

Dalam erti kata lain bermaksud singkatan kepada nama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al Al-Bayt. Ianya merupa satu badan persatuan yang ditubuhkan pada tahun 1995, dan mula diketuai oleh Wan Ruzaimi Wan Ismail pelajar jurusan bahasa arab ketika itu. Seterusnya sehingga sekarang Prisma juga di ketuai pula oleh Mohd Fikri Khusainy. Rujukkan (www.prismajordan.com)

Tujuan diadakan Prisma ini untuk memelihara kebajikan pelajar Malaysia di sini di samping juga menjaga hal ehwal akademik pelajar di sini. Selain itu juga, Prisma juga menjadi medium untuk penyatuan ukhwah sesama ahli dan menjaga kebajikan ahli bersama.

Itu adalah serba sedikit tentang Prisma di sini yang mana menunjukkan bahawa ianya ada satu badan berpersatuan yang mempunya jemaah dan bukan persatuan yang bergerak berseorangan. Secara ringkas menunjukkan Prisma ini adalah satu persatuan untuk pelajar Malaysia disini. 

Perlukah dengan persatuan?

Sebenarnya hal ini aku tertanya sesama sendiri, sebenarnya Prisma ataupun persatuan ini, apakah perlunya itu? Bebanan soalan ini dijawab dengan aku mengaitkan dengan beberapa fakto dan fakta yang jelas yang boleh di ambil dengan ringkas dan padat untuk kita mudah memahami. 

Faktor utamanya ada jemaah, dalam ertikan kumpulan mahupun ramai. Ini menunjukkan dalam berpersatuan sebenar ianya merupa satu jemaah bermula dari ketua sehingga turun kepada akar umbi, itu dikirakan sebagai jemaah. Maka jelaslah menunjukkan bahawa kepentingan jemaah dalam persatuan sebenarnya wujud dan perlu.

Selain itu antara fakta yang boleh kita ambil, apabila sejarah telah membuktikan kepada kita, perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. yang mana dalam menegakkan agama Allah S.W.T. sehingga sekarang Islam dijulang dan di sanjung tinggi,  juga di dalam jemaah. 

Secara logiknya kita berfikir adakah Nabi Muhammad mampu untuk berjuang seorang diri?? Dijawabnya mampu dengan kemahuan Allah S.W.T. tetapi kenapa Allah S.W.T. meletakkan perjuangan islam Nabi Muhammad S.A.W. berserta dengan sahabat-sahabat nabi yang tercinta seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain.

Antaranya sebab kerana, Allah ingin menunjukkan kepentingan jemaah itu kepada kita, untuk kita bergerak bersama-sama dalam memajukan sesuatu perkara, selagi mana tidak melanggari syara'. Jelaslah sebegitu bahawa jemaah dalam persatuan itu penting dan perlu barulah ianya akan nampak lebih berkualiti dan bermutu.

Faktor seterusnya ialah dengan mengasah bakat dan melatihkan diri. Ramai orang tersilap tafsir bahawa kadang-kadang berpersatuan ini menampakkan diri poyo, pulun dan sebagainya. Sebenarnya antara sebab persatuan diwujudkan di mana-mana pun setidak-tidak kerana untuk mengasah bakat dan melatihkan diri. 

Ramai orang ada bakat yang terpendam yang sebenarnya power apabila dicungkilkan bakatnya itu. Selain itu juga, untuk melatihkan diri dari sifat emosi dan sebagainya seiring dengan pembagunan karakter dalam diri. Maka jelaslah bahawa wujudnya persatuan untuk mengasah bakat dan melatih diri untuk mana-mana individu sekalipun. 

Antara fakta yang boleh di ambil, pengkajian semula taraf pendidikan di universiti yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Malaysia untuk mengkaji keupayan bakat mahasiswa di dalam universiti menunjukkan bahawa kepentingan juga untuk berpersatuan. Justeru itu antaranya syarat kemasukkan ke IPTA semestinya markah 10 peratus di nilai dalam kokurikolum di sekolah.

Selain itu juga antara faktanya juga untuk melatih diri pula kerana, kebanyakkan mahasiswa yang hanya tumpu kepada pelajaran tetapi tidak bijak dalam kehidupan. Bukan maksudku tidak perlu pulun belajar, maaf! harap jangan salah faham!. Sebenarnya aku ingin  menyatakan bahawa sebagai contoh hari ini dunia ibarat satu perlumbaan mahupun segi belajar, bekerja dan sebagainya. Tetapi dunia sebenarnya memerlukan kebijaksaan  yang hanya bukan kepada kepandaian di dalam kuliah saja.

Secara ringkasnya untuk mudah difahami sebagai contoh, apabila kita pulang ke Malaysia. Kita akan menghadapi dengan masyarakat yang adanya emosi, bukan lagi kita akan menghadapi kertas peperiksaan. Justeru itu wujudnya persatuan ini untuk kita melatihkan diri, agarkan kita bukan hanya pandai dalam kelas sahaja, tetapi bijak juga dalam kehidupan dengan kita melatih diri untuk mewujudkan karakter diri sendiri.

AGM Prisma dan harapan,

Untuk AGM kali ini yang akan berlangsung tidak lama lagi, aku mengharapkan satu kepimpinan pada sesi yang akan datang tampak lebih maju lagi dari seadanya ini. Agar lebih berkesan dan berkualiti. Sebagaimana hadis nabi yang bermaksud.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Maka dengan itu diharapkan satu tranfomasi dilakukan untuk memajukan segala yang kekurangan bagi menutup kecacatan yang lompang. Itulah harapanku untuk kita bersama-sama di dalam jemaah bergerak seiring tidak mengira langsung siapa kita. Kerana ini adalah satu medium untuk kita dan medan sebenarnya apabila kita berada di tengah-tengah masyarakat.

Komentar dan kritikan,

Untuk aku amatlah janggal bagi ku berkata disini, kerana sebenar aku pun baru sahaja sampai di sini. Jika ada kekurangan dan kesilapan bagiku itu satu lumrah berpersatuan yang tidak boleh langsung untuk kita lari dari kesilapan walaupun sekecil zahra.

Selain itu juga, kitakan juga pelajar yang masih belajar. Jadi banyak benda lagi kita perlu belajar maka kalau ada salah silap itu perkara biasa. Jika orang lain yang memberi teguran dan sebagainya harap kepimpinan semua menerima dengan hati yang terbuka.  

Akhir Kata,

Sebenarnya ini adalah perkongsian sahaja, jika ada kelemahan dan kekurangan aku menerima kritikan dan teguran membina dengan hati yang terbuka. Untuk Prisma pula ada satu badan berpersatuan yang memberi ruang kepada mahasiswa untuk merasai kewujudan suasana jemaah, selain itu untuk mengasah bakat dan melatihkan diri. Supaya tampak lebih berkualiti. Apapun selama bersidang untuk AGM nanti selaras dengan matlamat "Mahasiswa Cakna Pemimpin Berwibawa."

AshrafHadi 
9.April.2012
Mafraq Jordan.

5 Apr 2012

5 Yakin Kenangan Dalam Ingatan


Dalam kesayuan diri memikirkan kenangan kembali nostalgia lama. Diriku tidak berkata, hanya duduk termenung bersenyum sahaja, ditambahi kesejukkan bumi Jordan yang membuat diri ku leka. Memikirkan kembali zaman seperjuangan kami bersama, di tambahi gelak tawa kawan bermain dimata, membuatkan minda ku terbuka untuk berceloteh bercerita, tetapi apakan daya aku jauh dari mata mereka....

Begini ceritanya,

Sebermulanya satu kelas aliran agama yang biasa, di penuhi oleh 31 orang pelajar yang termasuk dari 7 lelaki 24 wanita, kesemuanya pelbagai ragam dan aneka di dalam sifat tersendiri. Di ketuai oleh Ekmal sebagai ketua kelas dan di gurukan pula oleh Ustazah Zainab yang sentiasa tegas. Bermulanya kisah apabila di ingat kembali kenangan lama yang mencuit hati, bila di fikirkan tak kering gusi. Semoleknya itu aku bercerita mengikut frasa.

Permulaan hari sekolah yang pertama, himpunan pagi di dataran sekolah diadakan. Seperti biasa ramai pelajar  penuh beratur di dataran, kelihatan ramai orang berseri-seri dengan pakaian dan semangat yang baru. termasuk juga wajah guru-guru yang penuh bersemangat di awal persekolahan diadakan Selepas habis waktu pehimpunan, semua pelajar beredar ke kelas masing-masing. Aku melangkah kaki menuju ke kelas 5 Yakin yang berada di tingkat atas sekali.

Apabila sampai di kelas aku melihat ramai pelajar sedang membelek meja masing-masing, aku memilih berada di tepi pintu dan di bawah kipas, tiba pula Izzudin sampai dan terus duduk di sebelah meja aku, hanya tidak berkata apa-apa melainkan diam sahaja. Pada masa itu masing pelajar buat hal sendiri. Aku menoleh ke belakang dan melihat Syidah di belakangku dan sebelahnya pula tikah, di belakang Tikah yang sentiasa ceria.

Hari pertama persekolahan, tiada guru yang masuk melainkan guru kelas iaitu Ustazah Zainab yang sentiasa tegas dan garang dengan kami. Tatkala masuk mesti ada sahaja tegurannya yang menyebabkan kami terasa menahan telinga. Tetapi tidak mengapa dialah guru kami yang banyak berjasa. Pada bulan januari tiada apa peristiwa yang berlaku, pelajar makin selesa, dan belajar pun gembira.

Ramai guru yang masuk mengajar ketika itu, seperti Bm Cikgu Saniyah, Bi Teacher Adibah, Math Moden Cikgu Imah, Sains Cikgu Hamidun, Syariah Ustazah Faizah, Ba Ustazah Rafizah, Add Math Sir Wan Zamady, Sejarah Cikgu Haliah dan ramai lagi. Apa yang pasti semuanya biasa dan bersemangat dalam mengajar kami di dalam kelas.

Selepas beberapa bulan,

Ketika itu kelas Ustazah Zainab subjek PQS pada waktu petang, ke semua pelajar lelaki kecuali Sadik dan Ekmal berpakat untuk melarikan diri pulang ke rumah dan aku pula ke asrama kerana aku masih tinggal di asrama ketika itu. Dalam tengah kelekaan berpakat untuk melarikan diri, tiba-tiba Ustazah Zainab datang ke kelas lalu mengajak kami ke surau. Tanpa berkata apa selangkah sahaja Ustazah Zainab keluar dari kelas, terus kami kesemua pelajar lelaki kecuali Sadikul dan Ekmal cabut lari dan tidak ke surau.

Pada keesokan harinya, Ustazah memanggil aku, Amir Amjad, Sidik, Izzudin, Qausar, kerana melari pulang dan tidak masuk ke surau. Lalu kami di beleteri olehnya berjam-jam di dalam bilik guru, paling teruk kena Amir dengan Izzudin, selepas itu apabila masuk kelas mesti dia akan memberi tumpuan lebih kepada kami dengan jelingan tajamnya. Amir selalu melawak di hadapannya sehingga kadang-kadang Ustazah Zainab hampir terbengang dengan karenah Amir. Membuatkan semua orang di dalam kelas ketawa.

Ekmal sebagai ketua kelas yang hyperaktif, sentiasa bergerak ke sana ke mari. Pantang ada masa kosong pasti dia keluar untuk berjumpa dengan guru kesayanganya di buat sembang. Orang memanggilnya Stopper sebab apa pun aku tidak tahu, didalam kelas ada saja dia suka buat tahu sehingga agak lucu bila memandangnya. Pantang ada kerja pasti akan terburu-buru dibuatnya. Hai Ekmal!! Ekmal!! jangan marah yer, tetapi aku faham, kau seorang yang baik dan bagus.

Selepas itu Syidah sebagai pelajar yang aku agak rapat dengannya, selalu ja kadang-kadang ada masalah aku meminta dia menolong ku, Seorang yang rajin juga tidur di dalam bila guru tiada tetapi otak dia pandai, ramai juga orang merujuk kepadanya tentang masalah pelajaran. Ada sekali tu, lama juga dia tidak bercakap dengan aku, atas sebab apa pun aku lupa. Dia betul-betul marah aku, aku hanya diam tidak terkata, sehingga lama juga dia menegur ku semula.. Kepada Syidah jika kau baca ini, aku meminta maaf sekali lagi. :

Sebelahnya pula Atikah, sentiasa ceria dan gembira tetapi kuat ketawa. Aku masih ingat lagi ketika mana aku terketuk mejanya ketika dia tidur, tak silap aku waktu itu Ustazah Faizah mengajar lalu terus dia memanggung kepalanya melihat aku dan terus menagis. Perghhh! memang terkejut aku ketika itu, aku hanya melawak sahaja rupanya dia menagis keluar air mata. Agak lama juga dia bermasam muka dengan ku, tetapi aku sudah minta maaf ketika itu sehingga lama juga baru aku berbaik semula.

Selepas itu Ruwaida, mulutnya lantang bersuara, ada sahaja tak kena. Lagaknya seperti diva tetapi hakikatnya baik orangnya. Sebelum aku datang kemari ke sini sempat juga aku bertemu dengannya untuk meminta maaf. Didalam kelas dia memang anti aku, entah kenapa aku tidak tahu. Ada sahaja bahannya untuk mengata aku.

Didalam kelas pula, yang paling pandai dan menjadi pelajar cemerlang sekolah ialah Aqilah, orangnya tinggi lampai bagaikan tiang lampu, ada saja soalan yang putar belit darinya dia menjawab. Di gosipkan pula dengan Sadik, ada sekali aku bertanya, "hang macam dengan sadik?" sepantas kilat dia menjawab "sorry saya nak korea okey," Haha.. Rupanya peminat korea juga si Aqilah ni..

Selain itu, Fazlina juga antara pelajar terbaik di dalam kelas, bagi sahaja soalan matematik tambahan atau pun moden nescaya pasti akan dibuatnya. Otaknya ibaratkan seperti cahaya lampu, apabila di petik sepantas kilat cahaya keluar. Begitu juga jika soalan-soalan matematik pasti akan pantas di jawapnya. Hanis pula seorang yang kecik berisi, tetapi bersuara garau, bila bercakap pasti suara besar. Mungkin suaranya sakit kut...

Otai dalam kelas, iaitu Amir Amjad, dia memang langsi. Tetapi teringat lagi ketika mana study group di dalam kelas, dia memang bersemangat untuk belajar. Maklum sahaja dia pelajar harapan. Tetapi harapan ke mana pun tidak tahu. Lain pula seperti Izzudin yang diam sentiasa, membuatkan hati tidak berkata. Langsung tidak berbicara melainkan bercakap sepatah dua kata.

Seperti biasa, Sidik sentiasa dengan senyuman cinanya, dia cucu orang kaya dibuk beras. Orangnya happy dan sedikit malas, ada sahaja alasan diberikan jika dia tidak kehadiran. Di dalam kelas kerja ketawa dan mengata sahaja, apabila dia kena pula terus terkaku diam tidak berkata, serupa juga mcm Qausar lebih kurang sama sahaja, bezanya Sidik besar dan tinggit, Qausar pula ketot dan kecik. Tetapi hakikatnya mereka berdua sangat baik terutamanya Sidik. Pantang masalah komputer nescaya pasti akan diselesaikan olehnya.

Seperti geng Sanglang pula, iaitu Yusra, Aida Amir, Fatihah, Ku Mashitoh, dan sebagainya. Mereka ini tidak mengapa, jangan gangu mereka sudah. Yusra pula bagaikan lantang bersuara tetapi orangnya bijak. Pandai berjenaka dan sebagainya, Aida pendiam tetapi kuat mengkritik, asalkan benda tak kena pasti akan di kata. Hehe.. Fatihah dan Ku Mashitoh diam pula orangnya dan rajin ketawa..

Seperti Wawa, Farehah, Rabiatul Adawiyah Jaafar mereka juga seangkatan dengan Fazlina yang tinggal di asrama. Kemana perginya pasti ada mereka. Wawa seorang pendiam tetapi bagiku dia seorang penyayang sebab wajah keibuan terlihat di mukanya. Itu bagi ku sahaja, Farehah pun sama juga. Orangnya tidak berkata apa cuma banyak diam dari bersuara.

Rabiatul lagila seorang yang kecik dan pendek, tetapi akalnya tinggi memanjang.. Lain pula seperti Rabiatul Adawiyah Hashim, orangnya besar dan kuat bersuara, ada sahaja pasti dia berbicara. Tapi baik orangnya, khabarnya bapanya baru sahaj meninggal dunia. Jadi Takziah aku ucapkan. Al-Fatihah....

Sebenarnya kawan-kawan banyak lagi yang aku mahu ceritakan, seperti Saadah membuka gerai jualan pada hari kantin dan sebagainya. Semuanya aku ingat dan tak lupa. Tetapi tangan ku penat menari di sini, izinkan aku untuk mengakhiri.

Selepas SPM 2010

Apabila kertas terakhir iaitu Ekonomi Asas, apabila sahaja tamat waktu peperiksaan terus sahaja ramai orang melompat keluar, dan pada masa itu ramai pula yang membawa haluan masing-masing. Semuanya pakat sibuk belaka, apabila tiba hari keluar keputusan, disaat itu aku melihat wajah-wajah mereka yang keriangan dan ada juga yang kekesalan. Aku lantas pulang apabila mengambil keputusan SPM.

Selepas daripada itu, kami semua pergi membawa haluan masing-masing, hanya bertanya kabar didalam alat komunikasi. Apa yang pasti sebenarnya hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kitaerti persahabatan, dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tak akan kembali lagi, masa itu juga kita membawa haluan masing-masing.

Mungkin sukar untuk kita bersatu didalam bilik darjah, belajar, bergurau, ke kantin bersama.
Terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar dilupakan, mungkin satu hari kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah.. Akhir kata dari ku insan yang biasa, biar kemana pun kita berada pastikan ukhwah kita terjaga.


AshrafHadi
5.April.2012
Mafraq Jordan.

3 Apr 2012

Wanita itu rumit dan unik (1)


Wanita ini adalah manusia yang sangat unik bagiku, kerana mereka merupakan paksi hiasan dunia yang mana bila memandang akan jatuh cinta. Sebenarnya bukan ku mahu bercerita pasal cinta, cuma mahu merungkai apa sebenarnya wanita. Kawan ku seorang wanita penah berkata "sebenarnya wanita itu rumit" membuatkan diriku memikir benarkah kata-katanya? Apakah istimewanya wanita ini? Mari kita singkap dan ungkap.

Mula wujudnya wanita

Adanya wanita ini apabila terciptanya Hawa untuk Nabi Adam A.S. Semasa di syurga lagi Nabi Adam meminta peneman kepada Allah S.W.T. untuk menciptakan hawa untuknya yang kesunyian di syurga. Tetapi apabila mereka memakan buah kuldi iaitu buah larangan di syurga membuatkan mereka tercampak di dunia. Apabila tercampak di dunia maka mereka terpisah sementara sehingga mereka bertemu semula di padang Arafah mengikut sesetengah kata ulama yang diceritakan oleh ustaz ku.

Jadi kewujudan wanita ini apabila sudah tercipta Nabi Adam A.S. dan disitu kita dapat lihat bahawa penciptaan hawa untuk Nabi Adam A.S. Maka tidak dapat tidak bahawa wanita pun sebenarnya untuk kaum yang bernama lelaki. Justeru itu kita dapat lihat dengan lebih jelas bahawa wanita ini sangatlah unik dan menarik kepada insan yang bernama lelaki.

Dimana Uniknya wanita?

Uniknya wanita ini terletak kepada dirinya sendiri. Kenapa? kerana saya berkata demikian cuba kita banyagkan, jika seorang wanita memakai pakaian seksi, tidak dapat tidak dia akan dapat menarik pandangan lelaki secara tidak langsung. Tetapi lain pula jika lelaki berpakain seksi seperti wanita, mesti orang tidak akan memandang langsung lelaki yg berpakaian demikian malahan mungkin dicemuh.

Itulah sebabnya wanita ini unik sekali, dan sebab itulah Allah memerintahkan supaya wanita itu perlu menutup aurat demi menjaga keunikkannya itu, melainkan kepada insan yang bergelar suami. Lantasnya itu, kita dapat kenali bahawa keunikkan wanita itu sangat istimewa berbanding lelaki yang tampak lebih biasa dari wanita.

Uniknya itu pula membuatkan wanita ini lebih bermaruah dan sempurna. Jika wanita mendedahkan yang tidak sepatutnya kepada umum itu bermaksud bahawa dia sudah bukan bergelar wanita unik yang sempurna, tetapi nampak seperti wanita yang uniknya sedikit, dan hanya untuk kepuasan nafsu semata-mata.

Wanita itu rumit

Ramai lelaki berkata aku mudah mengenali wanita, terutamanya lelaki remaja. Sebenarnya wanita itu sangatlah rumit. Sebagai contoh kawan ku seorang wanita berkata. Untuk memahami wanita ini sukar sekali, sebagai contoh yang dapat di ambil, kawanku berkata "diriku hidup suasana yang kasar dan sebagainya, maka sifat ku lebih tidak tercepat terasa berbanding wanita yang hidup dengan suasana yang lemah lembut membuatkan mereka cepat terasa". 

Jadi aku merasakan bahawa, wanita itu juga sifatnya mengikut kepada persekitaranya juga. Jangan sangka wanita ini sama, benar juga kata kawan ku itu. Wanita ini rumit sekali, jika hari ini dia ketawa mungkin esok dia menagis. Tetapi kerumitan memahami wanita perlu di nilai dengan bijaksana. Sesungguhnya bahawa serumit manapun wanita dia tetaplah perhiasaan dunia yang membahagia.

Wanita perhiasaan dunia

Sememang perhiasaan dunia, tetapi untuk wanita yang solehah sahaja. Bukan untuk wanita yang liar lagi gila. Kerana wanita yang liar lagi gila itu adalah wanita yang akan mendapat tempat ke neraka. Nauzubillah min zalik, bukan ku berdoa untuk begitu kepada wanita yang bukan solehah kerana itu sememangnya janji Allah kepada wanita yang tidak mengikut suruhan-Nya.

Kerana sememangnya banyak sekarang ini wanita yang melobikan diri, kerana apa mereka menjadi begitu? kerana bagi ku mereka tidak mengetahui ataupun mereka tidak mendalami ilmu agama dengan sempurna. Tetapi wanita yang mengaji agama pun sama?? itulah orang berkata  wanita ini tidak semuanya sama. Bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Penutup bicara

Wahai wanita keunikkan anda membuatkan orang suka, maka jagalah uniknya itu dengan sempurna. Kerumitan memahami itu fitrah duniawi kepada lelaki, kerana tidak semua wanita itu sama. Kelembutan wanita membolehkan lelaki tersenyum gembira. Itu melambangkan wanita itu bahagia dan solehah.

Penah ustaz ku berkata, lelaki yang soleh akan dapat bidadari di syurga nanti, tetapi jika wanita solehah akan dapat apa pula?? itu aku tinggakan kepada kamu wanita untuk mencari jawapanya. Yang pasti bukannya buruk dan sebagainya, tetapi semuanya akan terjawab bila wanita memandang diri sendiri.

AshrafHadi
3.April.2012
Mafraq Jordan.

22 Mac 2012

Tamparan Hebat


Ketika aku kebosanan melayari internet, tatkala hampir untuk menutup laman Facebook, tiba-tiba aku mendapat  mesej dari kawan ku di Malaysia. Dia bertanya kabar kepada ku dan keadaan ku di sini. Kami bersembang juga tidak berapa lama kerana pada masa itu aku ada sedikit kerja yang perlu di selesaikan, cuma di tengah perbualan kami dia bertanya pasal wanita kepada ku, aku hanya bergelak tawa sahaja. Tetapi akhirnya aku merasa aku mendapat satu tamparan yang hebat darinya.

Siapa dia??

Kawan aku bernama Shahrul dan nama penuhnya dirahsiakan, disekolah dahulu orang memanggilnya dengan panggilan manja puyu, entah kenapa gelaran sedemikian diberikan. Sebut namanya sahaja, sudah kenal dengan gelaran budak nakal di sekolah Al-Maad dulu. Apa saja kes mesti dia ada, kadang-kadang aku pun terlekat sama nama di bilik disiplin, maklumlah kita bukan budak skema. 

Ini antara perbualan kami,



Apabila dia berkata demikian sungguh terasa satu tamparan yang hebat kepada ku, orangnya dahulu yang betul-betul teruk bukan sahaja di sekolah malah di luar pun, tetapi bila besar boleh memberi nasihat dan teguran kepada ku. Maaf bukan aku ingin menceritakan keburukkan dia, tetapi hakikatnya aku ingin menyatakan bahawa perubahan manusia kita tidak boleh di jangka. 

Lantas aku teringat kata Saidina Ali, iaitu "jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan," membuatkan aku merasa tepat sekali dari kata Saidina Ali ini. Sesungguhnya kita hidup di dunia ini adalah satu tarbiyah dan nasihat kepada diri sendiri dan juga kepada orang sekeliling. 

Saling tegur menegur,

Hidup manusia di dalam dunia ini mana sempurna, hattakan sesiapa sekalipun. Nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang maksum. Jadi kehidupan kita ini mesti ada juga salah dan silap, untuk memperbaikinya semestinya tegur menegur antara satu sama lain itu penting. Tetapi bertegur dengan penuh berhikmah lebih baik dan sempurna terutama kepada golongan pendakwah.

Al-marhum Hasan al-Hudhaibi penah berkata, "kita adalah pendakwah bukan penghukum. Ayat ini sangat benar yang dikatakan, sebagai pendakwah seharusnya kita tidak boleh meletakkan seorang itu dengan label yang teruk dan sebagainya. Sebaliknya kita perlu berusaha menariknya minatnya kepada agama.

Akhir kata,

Kepada Shahrul aku tidak langsung berniat untuk memburukkan mu di sini, cuma aku mengambil contoh untuk berkongsi dengan orang lain. Segala teguran mu untuk ku setia kepada agama dan menyampaikan ilmu kepada orang lain, insya-Allah akan aku ikut dengan sebaiknya, tetapi mu juga semestinya setia juga kepada agama. Agar kita bersama-sama melangkah kaki ke syurga di akhirat kelak Insya-Allah. 

Kepada mereka diluar sana, jika merasa diri ini teruk dan sebagainya, dan berasa malu untuk bertaubat
janganlah berfikiran sedemikian rupa. Sejahat dan seteruk mana pun kita, Allah tetap akan menerima taubat kita. Antara bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ialah pintu taubat sentiasa dibuka kepada hamba-Nya. Cuma kita sahaja perlu bijak untuk memilih atau menolaknya.

Sesungguhnya kita ini manusia sedikitpun tidak terlepas melakukan salah dan silap, begitu juga aku. Tetapi hakikatnya kita perlu sentiasa tarbiyah diri untuk sentiasa ingat kepada Ilahi. Jadi marilah kita bersama-sama memperbaiki diri yang daif ini. 

AshrafHadi
22.MARCH.2012
Mafraq Jordan. 

17 Mac 2012

Aku Manusia Biasa


Mcm mna hg menulis artikel? makin lama makin ok bila ak baca. Bole x tlg ajar ak?

Itulah mesej yang ku dapat dari inbox Facebook ku, hanya tersenyum dan tidak berkata apa. Kerana merasakan diriku biasa sahaja. Masih banyak perkara lagi yang ku patut pelajari lagi, masih banyak kelemahan lagi yang patut aku perbaiki, tetapi apakan daya kita manusia biasa. Hanya yang mampu berusaha untuk kebaikkan kita bersama. Sebenarnya aku bukanlah penulis yang bagus, sedikitpun tiada dalam diri ini. Cuma minat dalam menulis menyebabkan aku menjadi suka.

Kata A.Samad Said penulis ini bukannya dia banyak menulis tetapi penulis ini ianya banyak membaca. Kerana membaca menjadikan kita manusia yang berpengetahuan. Dalam dunia ini tidak semua kita tahu semua perkara, tetapi dengan pembacaan yang tinggi menyebabkan kita menjadi manusia yang berpengetahuan. Sebab itu pentingnya ulama terdahulu menulis kitab-kitab untuk menyampaikan pengetahuan mereka kepada umum. Jadi dengan pembacaan kitab-kitab yang kita ada sekarang menyebabkan maklumat itu sampai kepada kita.

Berbalik kepada penulisan, seikhlasnya aku menyatakan diriku memang sangat biasa, dan tiada pun kelebihan, hanya minat yang suka-suka menyebabkan aku tidak jemu untuk menulis di kertas mahupun di blog. Jika semua perasan penulisan ku bermula dari tajuk Kematian yang tidak perlu di undang, disitu hanya sedikit sahaja yang aku tulis, itulah bermulanya aku berjinak-jinak dengan laman sesawang ini. 

Peningkatan

Peningkatan ku menulis ini kerana mungkin dari bantuan semua pembaca yang memberi kritikan yang membina dan keinginan aku bertanya kepada orang-orang tertentu diluar. Bermulanya aku nampak perubahan penulisan aku dalam cara penulisan ini dengan tajuk Hidup Ini Satu Kembara, disitu aku mula reti untuk membuat perenggan dan menyusun baris dengan sempurna, tetapi hakikatnya itu pun masih lemah lagi dan banyak perkara lagi perlu aku pelajari.

Aku langsung tidak memadam penulisan lama ku kerana aku suka melihat kembali dan menilai satu-satu kelemahan dalam penulisan ku ini untuk aku perbaikinya. Selain itu juga, aku lebih suka orang menilai dari penulisan lamaku dengan penulisan sekarang ini untuk aku sentiasa memperbaiki.

Terima kasih

Aku sangat-sangat berterima kasih kepada kawan-kawan dan sahabat yang banyak memberi ulasan secara lisan terutamanya dalam penulisan ku ini. Insya-ALLAH akan ku cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik dalam penulisan ku ini nanti, apapun segala cadangan, teguran, dan kritikan juga aku sedia menerima dan mendengarnya dari rakan-rakan dan sahabat semua. Sesungguhnya aku juga manusia biasa, yang banyak perkara lagi yang perlu aku belajar.

Akhir kalam

Kepada rakan bertanya, maaflah aku tiada apa tip untuk dikongsi, mungkin boleh bertanya kepada orang yang lebih arif lagi. Cuma hanya aku mampu memberitahu, mulainya dari sekarang!! biar tulisan biasa tidak mengapa, asalkan nanti penulisan kita semakin lama semakin berbisa bila di baca. Insya-ALLAH marilah sama-sama kita memperbaikinya, untuk manfaat kita bersama dan orang lain. Sekian dari insan yang daif ini. 

AshrafHadi
17.MARCH.2012
Mafraq, Jordan.


9 Mac 2012

Mulianya Ibu


Rasa terkilan dan sedih apabila seorang ibu di tinggalkan di hotel bajet. Melihat tangisan seorang ibu yang penat menjaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh tetapi apabila si ibu tua di balas dengan tuba. Sungguh celaka manusia sebegitu. Ibu adalah segalanya untuk kita, tanpanya tiada kita di dunia. Susah perit mereka mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan saat susah mereka melahirkan kita. Tetapi apabila mereka tua, kita tidak langsung membalas jasanya. Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu..

Si Tanggang Moden,

Anak yang menderhaka kepada ibunya ibarat seperti cerita Si Tanggang yang disumpah menjadi batu, akibat menderhakai kedua ibu bapanya. Maka anak yang menderhakai ibu bapanya ibarat seperti Si Tanggang yang lupa diri. Ceritanya menjadi warisan dan ucapan dari pelusuk dunia, kerana penuh dengan pedoman dan pengajaran. Tetapi sekarang ini pula lain jadinya, di katakan Si Tanggang moden yang sanggup meninggalkan ibunya di mana-mana sahaja. Maka celakalah mereka itu. Sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Quran

Allah swt menyebutnya yang bermaksud: “Bilamana seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua disisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka (merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.”
(Al-Israk: 23) 

Menurut hukum qiyas/kias (hukum Islam berdasarkan perbandingan), mengatakan “Ah” sahaja pun sudah
dilarang Allah dan sangat berdosa besar, apatah lagi kalau si anak melakukan perbuatan yang lebih buruk
daripada itu. MasyaAllah!!!

Hargai ibu,

Sebagaimana di ketahui ibu adalah manusia yang tinggi darjatnya, keperitan ibu yang sanggup berkorban untuk kita, langsung tidak kita hiraukan, pada zaman ini berapa banyak kita boleh lihat anak-anak yang membuang ibu. Sebenarnya dosa dengan ibu ayah ini, Allah akan bayar cash di dunia lagi, jika tidak percaya tunggu dan lihat sahaja... 
 
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: "Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ibumu." Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya saya lagi." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."
 
Lihatlah sebanyak tiga kali yang di ulang oleh Rasulullah di dalam hadis diatas, menunjukkan bahawa ibu itu tinggi martabatnya itu. Inikan pula zaman sekarang ibu pun mereka buang??? tak cukup dengan itu ibu pun mereka lawan dan bunuh. Nauzubillah min zalik, sesungguhnya kita berlindung dengan Allah daripada sifat-sifat keji itu.

Akhir kalam,

Sebagai menutup penulisan ini, aku menyeru diriku dan semua orang agar berbakti kepada ibu dan ayah sesungguhnya besar ganjaranya. Penah juga tuan guru ku berkata, "Ibu ini adalah segalanya yang terbaik utk kita, tanpa ibu tiada kita di dunia" menunjukkan juga kita wajib berbakti dan taat kepada ibu bapa selagi tidak melanggari syariat islam. Alangkah indahnya jika kita dapat berjasa kepada ibu bapa kita sendiri. 

Firman Allah yang bermaksud: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”. (Luqman: 14). 

Maka dengan itu marilah kita menghargai ibu kita sementara mereka masih ada, jika mereka tiada doakan kesejahteraan mereka disana.

AshrafHadi
9.MARCH.2012
Amman Jordan.

7 Mac 2012

Jangan Letakkan Islam Sebagai Market



Sekilas masa berlalu mencari erti kehidupan di duniawi ini. Selebar senyuman di lontarkan dalam diri ini apabila melihat pelbagai ragam manusia dalam lumrah kehidupan. Kehidupan yang seakan-akan mahu mencari keduniaan menyebabkan agama digunakan untuk kepentingan sendiri. Sesungguhnya Islam sebagai agama yang suci dan murni yang patut di jagai.

Hari ini ramai orang bercakap atas fakta ataupun auta, demi kerana untuk kepentingan diri sahaja. Agama di pertaruhkan bukan dijadikan sebagai pegangan dalam kehidupan, menyebabkan kehidupan ini merasa seolah-olah meletakkan agama sebagai market kepada kita. Walhal agama adalah ikutan pegangan dan syariat kita dalam diri ini iaitu islam. Tetapi malangnya berasa sedih sekali apabila terjadinya sebegitu, daripada itu timbulnya persoalan oleh sebab apa jadinya begitu? dan adakah mungkin kerana mereka lupa atau sebaliknya?. Mari kita singkap dan ungkap bersama dalam memahami sebenarnya.

Erti kehidupan

Kehidupan sebenar kita di duniawi ini adalah semata-mata kerana Allah S.W.T dalam mencari bekalan di dunia untuk di bawah pulang ke akhirat nanti. Sebagaimana Allah S.W.T berfirman,
                 
                             وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
 Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.(QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Maka jelaslah gambaran bahawa kita sebagai hamba Allah S.W.T yang daif dan hina ini perlu sentiasa beribadah di dalam kehidupan. Selain itu ibadah ini bukan hanya tumpu kepada solat sahaja, tetapi ianya juga tertumpu kepada semua  perkara kebaikkan yang di kira sebagai ibadah. Contohnya bersedekah kepada faqih miskin, itu juga di namakan sebagai satu ibadah.

Islam sebagai Market

Market berasal dari perkataan Inggeris dan di terjemahkan dalam bahasa melayu ialah pasar. Tetapi saya lebih suka menggunakan perkataan market yang tampak lagi menarik dan cantik. Sebenarnya apabila dikatakan islam itu, adalah bermaksud sempurna  dan sejahtera dalam segi bahasa. Tetapi dalam segi istilah pula ialah bermaksud menyerah diri dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Berbalik kepada tajuknya, islam sebagai market, kenapa saya katakana begitu? Kerana secara pribadinya saya melihat ramai orang meletakkan agama ini sebagai market untuk kepentingan diri sendiri, lebih kepada bahasa yang mudah untuk difahami iaitu menjual agama.

Mengapa? kerana bagi saya mungkin mereka tidak tahu kefahaman islam yang lebih mendalam, ataupun mungkin juga kerana sebab-sebab tertentu. Menjual agama ini untuk kepentingan peribadi amatlah keji, kerana islam adalah agama yang syumul iaitu menyeluruh dan sempurna, yang menjadi pegangan kepada semua penganutnya.

Tetapi apabila adanya segelintir manusia sebegitu menyebabkan tujuannya itu lebih kepada keduniaan dan keuntungan, tanpa memikirkan ganjaran pahala di sisi Allah.Sebenarnya dalam hal ini, seeloknya matlamat yang jelas dan niat yang betul dapat menyelamatkan dari perkara ini, tetapi kita seharusnya sentiasa beringat sama sekali, kerana syaitan lebih bijak dari kita dalam menyesatkan umat manusia dan syaitan tidak akan berputus asa.

Justeru itu, sebagai langkah berhati-hati kita juga harus memahami islam dengan sebaiknya dan tidak meletakkannya islam itu sebagai market dalam diri kita, jika kita meletakkan islam sebagai market maka kita akan lebih kepada keduniaan dan keuntungan tanpa memikirkan ganjaran pahala disisi Allah. Sebagai contoh saya berikan, sekarang ini filem cinta islami sangat diterima oleh masyarakat, katakan saya sebagai pengarah filem membuat filem cinta yang berunsurkan islami, tetapi sebelum itu saya perlu tanya kepada diri saya sendiri, adakah aku meletakkan islam ini sebagai market atau sebaliknya?..

Adakah pula aku membuat filem ini kerana keuntungan atau kerana berdakwah? Seharusnya itu, pelbagai persoalan timbul agar kita tidak meletakkan islam ini sebagai  market dalam diri kita, tetapi pula kita meletakkan islam sebagai agama yang suci lagi sempurna maka matlamat dan tujuan sebenar kita tidak akan lari sama sekali dari niat yang asal iaitu untuk kepentingan umat dan berdakwah.     

Sepotos Hadis Maksudnya:

Rasulullah saw. bersabda maksudnya:  “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari 
keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Maka dengan itu terbuktilah apa yang dikatakan dalam hadis diatas, jangalah kita meletakkan agama sebagai market untuk kepentingan diri kita sendiri, seharusnya kita meletakkan agama islam ini yang tinggi  dalam kehidupan kita, dan menjadi panduan untuk kita, sebagaimana kita ketahui sesungguhnya Al-quran adalah panduan hidup kita, dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan kita.

Jika keduanya selari dalam diri nescaya pasti tidak akan tersesat kehidupan kita di sini. Islam adalah agama yang harmoni dan terpelihara janganlah kita mengadainya demi kepentingan kita. Jika timbulnya permasalahan agama, maka ulama lah tempat rujukan kita untuk kita memahami islam dengan sempurna.

Penutup bicara

Secara jelasnya di sini saya ingin menyatakan bahawa janganlah sama sekali kita meletakkan agama sebagai alat kepentingan dalam diri, sebaliknya kita letakkan agama untuk kita memahami dan menerangi kejahilan dalam hidup kita ini.

Niat itu penting sama sekali sebelum melakukan sesuatu perkara, semuanya bergantung kepada niat dan matlamat yang jelas agar kita menjadi manusia yang berprinsip dengan agama islam yang sebenar.
Seandainya kita tidak meletakkan islam ini secara total dalam diri, maka kitalah manusia yang rugi dari segalanya, kerana yang pasti islamlah yang dapat memberi kesempurnaan dalam diri. Maka dengan itu marilah kita bersama-sama berusaha ke arah kebaikan diri.

AshrafHadi
7.MARCH.2012
Mafraq, Jordan.

1 Mac 2012

Gejala GAY Dalam Kalangan Mahasiswa Timur Tengah???


Berapa bulan yang lepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan perkahwinan gay melayu pertama di eropah iaitu Ariff Alfian Rosli  di Dublin, Ireland. Beberapa keping gambar yang tersebar meluas di media massa menyebabkan timbul kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai pihak mencembuhi akan perbuatan mahasiswa itu yang tampak lari dari ajaran islam yang sebenarnya. Jadi persoalannya di sini salah siapa? siapakah yang bertanggungjawab? dan siapakah yang patut di salahkan?.

Fitrah kejadian lumrah alam,

Sememangnya fitrah manusia yang hidup di atas muka bumi ini seharusnya mempunyai sifat suka sama suka, antara lelaki dan wanita, ianya tidak dapat tidak untuk kita menafikannya sama sekali. Kerana itu adalah satu fitra kejadian lumrah alam. 

Tetapi kekeliruan itu timbul apabila fitrah kejadian itu tidak sama dengan lumrah alam menyebabkan kita terpesong jauh. Misalnya gay ialah percintaan sejenis lelaki dengan lelaki, ini adalah satu perkara yang sudah melanggari fitrah kejadian lumrah alam dan di pandang pelik oleh masyarakat kita.

Hal ini pula lain di pandang oleh masyarakat barat, mereka mengiktiraf perkara sebegini dan di anggap baik sama sekali. Walhal gay adalah satu sifat yang sudah terpesong dari ajaran islam. Selain itu, perkara itu juga dikutuk sekerasnya oleh negara-negara islam kepada barat.

Salah siapa? dan siapakah yang patut bertanggungjawap? 

Dalam hal ini jika di tanya salah siapa?, seharusnya kita perlu menilainya secara teliti dan mencari punca utama dalam usaha menyelesaikan masalah utama. Sebaliknya itu kita perlu melihat kepada posisi yang luas dan skop yang besar. Jika melihat dari salahnya siapa? pasti yang terutamanya kita perlu mengkaji, sejauh mana masyarakat memahami islam yang sebenarnya. 

Konsepnya jika dikatakan salah diri si pelaku yang bersalah juga tidak di nafikan tetapi itu belum kuat dasar yang dinyatakan, kerana mungkin si pelaku ini belum memahami islam dengan sebenarnya, dan juga mungkin mengalami kejutan budaya dengan keadaan masyarakat eropah yang mengiktiraf gay dengan sebaiknya bagi mereka.

Bagi saya, sebenarnya salahnya itu juga di negara sendiri lagi. Contohnya kita dapat lihat sekarang ini ramai golongan belia remaja terutamanya yang terdedah dengan hiburan yang melampau, menyebabkan fikiran mereka  menjadi sempit. sehinggakan mereka meletakkan artis-artis ini sebagai model ikutan mereka, bagi saya sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi jangan melampaui dari ajaran islam sebenar.

Sehinggakan agama disisihkan, menyebabkan golongan belia remaja yang baru dalam proses kematangan diri terdedah kepada perkara yang tidak sepatutnya. Menyebabkan punca permasalahan ini timbul dengan mendadak dan begitu cepat sekali.

Selain itu sikap masyarakat dan pemimpin, juga yang ada tidak menerima islam sepenuhnya menyebabkan kita lalai dan alpa dengan dunia, kita dihiburkan hari-hari dengan muzik-muzik yang melalaikan, dan terpengaruh dengan propaganda barat menyebabkan anak bangsa kelam mata dan akal untuk melihat dan memikirkanya. 

Menyebabkan juga masyarakat kita huru hara dengan pelbagai berita yang tidak menyenangkan, seperti kes zina, ragut, rompak dan sebagainya. Kerana apa? kerana islam kita menolak tepi dan kerana islam kita tidak memahaminya sebagai agama, maka timbullah perkara sebegini rupa. 

Jadi sebenarnya siapa yang patut di persalahkan?. Sebenarnya yang patut di persalahkan ialah diri kita sendiri, kerana kita tidak langsung tidak menyedari untuk berubah dalam diri termasuk diri yang menulis ini. Tambahan pula kita berada di bumi anbiya ini, masyarakat memerlukan kita untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Jika diri kita tidak cakna dalam agama, termasuk diri sendiri, masyarakat dan pemimpin tidak sedar, maka jangan hairan jika perkara ini berlaku. Kerana kita langsung tiada transformasi dalam diri untuk mengubah diri. Selain itu kita seharusnya sama-sama sedar diri untuk kebaikkan dalam diri sendiri. 

Timur tengah (Jordan),

Sejarah telah membuktikan dan sirah telah tertulis didalam Al-quran tentang peristiwa kaum Nabi Luth A.S yang mengamalkan homeseksual yang menyebabkan bumi mereka di terbalikkan. Justeru itu kita seharusnya mengambil iktibar apa yang berlaku di Laut Mati yang menyebabkan bumi di terbalikkan oleh Allah S.W.T sebagai azab kepada kaum Nabi Luth A.S yang tidak menerima untuk beriman kepada Allah.

Setiap masa kita menziarahi Laut Mati yang terletak di Amman Jordan, tetapi jika kita tidak ambil iktibar dan pengajaran di dalam diri sendiri maka kitalah berada di dalam golongan orang-orang yang rugi.

Solusi

Sebagai manusia yang lemah, seharusnya kita memperbaiki diri kita sendiri supaya kita dapat berbakti, kerana  bermulanya kepada diri sendiri barulah ialah berlaku revolusi mental dalam diri ini. Selain itu, menyelesaikan masalah utama dan lebih utama untuk tujuan yang utama adalah satu perkara yang penting, jangan hairan jika masalah selalunya timbul walaupun pelbagai cara untuk menangkis dilakukan, kerana kita tidak melihat kepada punca yang utama.

Ibarat sebatang pokok, jika masalahnya di akar kenapa kita memotong rantingnya? jadi seharusnya kita perlu bijak dalam menanganinya. Didikan agama penting dalam diri ini kerana segalanya terletak pada diri kita sendiri, hari ini kita penting belajar tentang agama, tetapi tidak pula untuk belajar memahami agama. Seharusnya keduanya itu perlu selari, barulah masalah segalanya dapat diatasai.

Peranan diri sendiri lebih penting, dalam pelbagai usaha untuk mengembalikan masyarkat kepada ajaran islam yang sebenar, di samping itu ibu bapa seharusnya menerapkan ilmu agama dengan sebaiknya kepada anak-anak agar generasi akan datang lebih tampak maju ke hadapan untuk memajukan islam.

Kalam Akhir

Sebagai manusia, saya juga insan yang biasa dan daif segalanya, tetapi saya mempunyai cita-cita iaitu mahu melihat bangsa saya memahami agama sepenuh dengan sempurna. Kerana kejayaan yang pasti adalah di dalam agama.

Dengan itu bersama-sama kita untuk berusaha sedaya upaya dalam memahami agama.
Andai salah kata dan tersilap bahasa, mohon ampun dan maaf. Kerana setiap manusia mana sempurna semuanya.

AshrafHadi
1.MARCH.2012
Mafraq, Jordan.