قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'aam 6:162)

10 Feb 2012

Rindu Sahabat SKK

Gambar semasa darjah lima, carilah aku kalau jumpa! hehe

Sekilas memandang zaman persekolahan sekolah rendah amat menarik sekali, sehinggakan aku ketawa seorang diri bila memikirkannya. Sungguh unik dan indah sekali, seperti aku mahukan zaman itu kembali. Tetapi semuanya itu berlalu pergi. Aku jadikan sebagai kenangan liku-liku kehidupan, untuk aku celotehkan di dalam penulisan, di jadikan sebagai hiburan untuk kengkawan.

Permulaan darjah satu di SEK.KEB.KODIANG

Pada tarikh 6.1.2000 aku bangun seawal pagi pukul 6.30 pagi, dalam keadaan usiaku masih kecil lagi, aku bersiapkan diri memakai pakaian sekolah yang baru untuk pergi ke sekolah. Tepat pukul 7 pagi dengan muka suram aku menaiki motosikal yang di tunggang oleh ayah  pergi ke sekolah baru ku. Setiba di sekolah baru, perasaan ku lain berbeza, aku melihat ramai orang yang belum aku mengenali. Pada masa itu ayah aku melihat nama aku tersenarai di dalam 1 MELATI,  tidak silap aku hanya ada tiga kelas sahaja, iaitu 1 MELATI, 1 SEROJA, 1 KENANGA. 

Di dalam bilik darjah, nama guru kelas aku jika tidak silap iaitu cikgu Norazihan, orangnya kecil dan lemah lembut tetapi ayu mukanya dan anggun sekali, dia pula ada anak yang bernama Fatihah tua setahun dari aku. Kali terakhir aku hubungi anaknya semasa anaknya selepas spm dan belajar di Kolej Matrikulasi Kedah, sekarang aku sudah lost contact untuk hubunginya lagi, kembali kepada cerita di dalam bilik darjah, aku masih ingat lagi ketika itu aku di berikan buku yang bertajuk bangau minum air dengan batu, jika tidak silap aku, dan duduk di sebelah aku ketika itu ialah Asyraf Hayazi nama seakan nama aku, nasib bukan Ashraf Hadi. 

Kami belajar seperti biasa, dan tiap-tiap hari belajar benda yang baru. Rasa seronok sangat macam nak kembali pada zaman itu, kemudiannya pula di dalam kelas aku ini, ada anak murid kesayangan guru kelas, namanya Albi Rahim orangnya cantik dan ayu sekali, sekali melihat pasti ramai yang suka. Dia bagaikan ratu di dalam kelas aku, seorang yang bijak dan cekal akalnya sehinggakan sentiasa mendapat nombor satu di dalam kelas pada masa itu. Ramai pelajar lelaki sukakan dia. Oh! sungguh bertuah Albi ketika itu.

Selepas lama di kelas 1 Melati ramai kawan yang aku mengenali, terutamanya Ku Amirul Hafizi bin Ku Zainol, dialah kawan ku yang paling aku rapat sekali, badannya besar dan berisi, orangnya kuat bagaikan badang sesiapa bergaduh mesti di bahamnya. Aku suka dengan Amirul sebab dia baik dan dia jenis diktator, semua orang hendak di bulinya, nasib pula aku tidak menjadi mangsanya, mungkin aku baik denganya.
Ada sedikit peristiwa yang aku rasa lucu  sehingga sekarang aku ingatnya, iaitu aku bergaduh dengan Azizi Kamarudin, seorang anak polos di balai polis kodiang, kacak dan hensem orangnya. Begini ceritanya...

Pada masa itu masa kelas pendidikan seni, dia datang ke tempat ku, kemudian dia bertanya tentang kotak pensil warna Luna aku, dan tidak silap aku dia terwarna lukisan aku dengan comot sekali, menyebabkan tiba-tiba perasan berasa diri ini megah aku terus membuat smack down dekatnya sehingga dia marahkan aku kemudian terus dia menangis. Nasib kelas pendidikan seni itu masa terakhir dan guru pun tiada di dalam kelas, lepas aku tengok mukanya menangis aku pun pecut lari dan loceng pulang pun berbunyi.

Pada keesokannya aku di beritahu bapa Azizi mahu berjumpa dengan ku, bukan main kecut perut ku ini, tetapi akhirnya nasib hanya usikkan kawan-kawan sahaja.
Hahahaha... wahai kawan-kawan bila aku ingatkan balik semua ini aku berasa lucu sangat dan aku pun lupa apa yang terjadi seterusnya. Apa kata aku sambung ke darjah dua.

Semasa Darjah Dua,

Seperti biasa permulaan awal tahun 2001 bangun pagi dan bapa aku menghantar seperti biasa, di dalam kelas 2 Melati dan guru kelas juga guru yang sama cuma sekolah sahaja berbeza, kami di pindahkan di sekolah cawangan kebangsaan kodiang dekat dengan Market Kodiang, di situ hanya murid darjah dua dan tiga sahaja. Di situ aktiviti aku agar nakal sedikit dengan Ku Amirul, dan di tambahkan pula dengan geng-geng samseng taik kucing, yang sekepala dengan kami berdua. 

Seperti biasa Albi tetap menjadi pelajar harapan guru kelas, dan bersama dengan beberapa orang rakannya yang lain antaranya Afini Ghazali, Syahidah Syuhaila dan banyak lagi. Tetapi di darjah dua kami menerima pelajar baru namanya Faris Mokhtar, orangnya baik dan tegap. Pada masa itu baru kenal dengan budak kelas lain, seperti Haziq Hassim, Mohd Syahir Kadir, Ismail Johari dan banyak lagi. Paling aku suka sekali Ismail Fatihi sebab ada satu pertandingan nasyid antara kelas, Perrrgh!! suaranya mantap dan sedap sekali. Menyebabkan kelas aku menjadi johan antara kelas yang lain.

Peristiwa yang kurang enak juga berlaku, seperti biasa aku tetap juga bergaduh, kalah menang belakang cerita, bertumbuk dulu beradu kekuatan baru kenal penyesalan, paling menarik sekali bila Albi datang dan berkata, "sudah! sudah! sudah! nanti polis datang, kalau hampa duk bergaduh nie", masa itu aku tengah bergaduh dengan Faris Mokhtar. Alamak! sampai polis datang, itu yang tak tahan, padahal tipu semata-mata. Dalam pada masa itu ada seorang Sir yang bernama Sir Tajol, dia memang best dan dia memang lawak, dan juga dia memang garang. Ramai pelajar sukakan dia, kerana dia mengajar dengan terbaik sekali dalam subjek bahasa Inggeris. Tak lupa juga Ustaz Kassim, anaknya sebaya dengan aku dan belajar di SEK KEB KODIANG juga, nama Fakhira Kassim.

Hahahahaha... Alamak!! aku terlupa pula, setakat itu sahaja yang aku ingat. Aduhai indahnya kenangan bila di ingatkan kembali. hehehe, sekarang aku sambung ke darjah tiga pula ya.

Semasa darjah tiga,

Seperti biasa awal tahun 2002 aku membuat perkara biasa, kemudiannya pula di kelas 3 Melati, ketika itu juga di tempatkan di sekolah cawangan di tepi Market Kodiang, 

Apa yang aku ingat ketika ini ialah, semasa darjah tiga guru kelas Teacher Maznah Hamid, orangnya berkaca mata dan isteri cikgu Majid emak kepada Hilal Anas yang sebaya usia dengan ku, cuma kelas kami sahaja yang berbeza. Dan Teacher Maznah memang baik sangat-sangat dengan semua pelajar dan dia ramai yang suka, seperti biasa pelajar harapan juga kepada Albi Rahim. Tetapi kali ini kami di geruni oleh Cikgu Din dia sorang yang garang dan guru disiplin sekolah, dia mengajar subjek bahasa melayu.

Cubitan dia menjadi sangat padu dan di geruni oleh semua pelajar, bila yang kena pasti jatuh air mata. Aku juga kerap kali kena akan cubitannya, sebab penggunaan bahasa melayu di dalam penulisan banyak yang salah, dan sekarang aku mahu ucapkan terima kasih kepadanya kerana sekarang aku dapat menulis dengan baik, tidak bukan kerana kegarangan Cikgu Din mungkin aku kurang pandai membuat karangan ketika darjah tiga, dan aku ucapkan berbanyak terima kasih, dan Allah jua segalanya yang mengaturkan semua ini.

Di takdirkan pada ketika itu Sir Tajol kembali ke Rahmatullah, selepas habis waktu persekolah aku bersama dengan beberapa orang murid yang lain pergi ke Masjid Jamek Kodiang untuk solat jenazah kepada Sir Tajol, tetapi kami tidak kesampaian untuk solat jenazah sekali kerana apabila kami tiba jenazahnya pun di masukkan ke dalam liang lahad, hanya doa dan al fatihah aku kirimkan ketika itu, dan sekarang mari kita mendoakan rohnya di cucuri rahmat. Itulah hari yang sangat sedih untuk diriku dan yang lain-lain.

Seperti biasa bergaduh tetap ada, Adam dan Man menjadi pengikut kuat geng samseng, tetapi man lebih slow dan baik berbanding yang lain. Tetapi kali ini aku bergaduh dengan Albi, macam mana kaki ku boleh hinggap di dadanya, mungkin kerana mulutnya yang berkata dengan berbisa kepada ku, pada waktu pulang mak Albi menjemput seperti biasa, dan Albi pun tunjukkan aku kepada maknya, aduhai sekali hari itu aku dimarahi dengan mak dia pula. Kecoh satu sekolah, dan aku hanya diam sahaja.

Hahahahaha..... aku rindu semua kawan-kawan sekolah rendah aku, banyak perkara lagi yang hendak di cerita tetapi aku minta maaf sebab aku terlupa. Okey aku sambung ke darjah empat pula.

Semasa darjah empat

seperti biasa permulaan tahun  2003 macam biasa, tiada apa yang berbeza cuma sekolah sahaja di tukar ke sekolah tengah padang yang dikenali sebagai sekolah induk, di situ hidup sebagai murid darjah sedikit berubah kerana di pelajari subjek sains dan kajian tempatan, mungkin ada lagi subjek yang lain di tambah. Permulaan seperti biasa, geng taik kucing juga masih kukuh dan utuh, di ketuai oleh Ku Amirul tetapi kali ini juga nama kelas pun berubah menjadi kelas 4 Utarid.

Pelajar harapan juga tiada di kelas baru ku kerana, Albi and the geng masuk kelas 4 Marikh, iaitu kelas budak-budak pandai. Aku di kelas pertengahan sahaja iaitu Utarid dan akhir sekali kelas Zuhal, tetapi bagi aku semuanya sama sahaja, tak kira di kelas mana pun. Berbalik kepada cerita, pada ketika ini semua pelajar aku kenal, dan pelajar yang top meletup ialah sakinah umar anak cikgu Rozifah di sekolah aku, Ira said anak teacher Hasmah, Rafidah Rosli dan ramai lagi termasuk Albi and the geng dari kelas 4 Marikh.
Tetapi kelas aku biasa sahaja, nakal dan buas tetap serupa tetapi yang menariknya aku mendapat nombor dua di dalam kelas, dan nombor satu aku lupa, kemudian nombor tiga tidak silap aku Ku Amirul, yang hairannya senakal-nakal kami dapat juga nombor di dalam kelas, mungkin kerana budak-budak pandai sudah tiada di dalam kelas itu yang menyebabkan aku boleh mendapat nombor dua. Subjek yang aku benci matematik, selalu aku kena dengan cikgu Asri, dia guru sukan sekolah ketika itu, asyik dia masuk kelas mesti aku kena, asyik aku kena mesti dia masuk kelas. Subjek yang suka sekali ialah sains mulanya cikgu perempuan yang ajar kemudian cikgu sharih, garang dan lawak tetapi misai yang smart.
Sampailah akhir tahun aku dapat nombor dalam kelas.

hahahahhaa.... best juga bila ingatkan balik, apa pun aku nak sambung ke darjah lima. Maaf kawan aku banyak lupa cerita, dan masa darjah lima Najwa Kamarulzaman pindah ke Kelantan. 

Semasa darjah lima,

Seperti biasa permulaan tahun 2004 dan ada sedikit perubahan, aku dengan beberapa geng taik kucing bersama dengan Ku amirul pindah kelas ke 5 Marikh, Wah! mentang-mentang dapat nombor di dalam kelas semasa darjah empat terus dapat naik kelas. Semasa darjah lima banyak perkara aku lupa, tetapi yang paling best main bola dalam bilik darjah, adik wan yang pecahkan cermin tinggap akibat tersepak bola sampai terkena tingkap kaca di dalam bilik darjah. Tunggu apalagi guru besar panggil dia balun serotan dengan geng-geng taik kucing ni. 

Seperkara lagi, ketika itu cikgu Hajah Che Jam PK HEM sekolah pun kurang senang dengan sikap aku, selalu kena marah-marah dengannya. Tetapi jika aku berjumpa dengannya aku nak ucap terima kasih, atas nasihatnya yang pedih telinga aku, membuatkan aku sampai di sini menjadi manusia. Rasanya juga ketika itu ramai guru yang kurang senang dengan ku, atas sikap dan kelakuan ku, sentiasa masuk bilik dia isi borang disiplin, dan guru kelas ketika itu cikgu Haliza, orangnya cantik dan ayu sekali, dialah guru yang terbaik aku suka, sangat cool  dan rileks dalam bilik darjah, dan juga ustazah husni tak silap aku, mereka memang terbaik, di kesempatan ini aku nak ucap TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU, tanpa didikkan mu siapalah aku.

Berbalik kepada cerita, hendak di katakan tiap-tiap hari mesti bergaduh tak kira sapa, pada masa yang sama budak lelaki top ten pun duduk sekelas dengan ku, seperti Haziq Hassim, Mutadha Faidhi dan sebagainya, semua nya mereka geng-geng baik yang top ten di sekolah. Orang kata budak sukan dan sebagainya. Masa itu aku hanya pengawas pusat sumber saja, guru penasihat cikgu Siti Nor Bayan emak kepada Muna yang sekelas dengan ku semasa darjah lima.  

Semasa itu juga Ammar Fisol pun baru sampai bersama Amin, mereka dua pelajar pintar dan cerdik. Amin sentiasa nombor satu dalam kelas dan nombor satu dalam semua aliran. Aku memuji sikap rendah diri Amin, dia memang budak yang baik dan budak yang cerdik. Ramai orang suka akan sikapnya, tetapi Allah sayangkan dia, dia pergi lebih awal dari aku. Dia pergi kerana di serang penyakit luekimia, masih teringat lagi ketika mana hari anugerah cemerlang dia baru pulang dari hospital dan mengambil hadiah dalam keadaan rambutnya gugur dan dia masih tersenyum dengan kawan-kawan walaupun dia dalam keadaan sakit sebenarnya. Dia meninggal semasa aku tingkatan satu, masa itu aku tinggal di asrama, tak sempat menziarahi jenazahnya. Semoga Rohnya di cucuri rahmat.

Sedih dengan pemergian amin, kita sebagai kawan marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk.... Alfatihah...
hahahaha aku pun lupa cerita jadi aku ingat nak masuk ke darjah enam pula.

Semasa Darjah Enam

Seperti biasa, permulaan tahun 2005 seperti biasa, dan tiada perubahan guru kelas juga cikgu Hasniza, tetapi kali ini aku turun ke kelas 6 Utarid mungkin kerana keputusan peperiksaan aku kurang menyerlah untuk aku kekal di 6 Marikh, tahun ini adalah tahun aku mengambil UPSR, jadi aku perlu berkerja keras untuk mendapat cemerlang. Setiap program diadakan, aktiviti motivasi dan sebagainya pakat di jalankan untuk aku dan rakan-rakan yang lain. Paling aku suka sekali ialah program motiavsi di Gua Kerbau, ketika itu semua orang menangis cuma aku dengan Ku Amirul sahaja yang hati keras serupa batu untuk menangis ketika mana motivator penceramah sedang bermain perasaan ketika itu. 

Tetapi aku sangat berterima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program sedemikian untuk kami semua, kerana program itu amat bermakna untuk diriku. Kemudian pula program kelas tambahan dan sebagainya diadakan, termaksuklah solat hajat dan qiammulail di sekolah, sehinggakan semua murid perlu menginap di sekolah bermalam untuk menjayakan program itu, kedua program itu masih segar dalam ingatan ku. Terima kasih guru.

Ketika itu di gemburkan pula cintan cinton antara Faris dan Sakinah, tetapi itu hanya sandiwara kerana tiada apa-apa hanya mainan sahaja. Maka sebelum tiba waktu peperiksaan ramai murid bertungkus lumus untuk menghadapi UPSR. Yang paling aku suka Teacher Zaleha dia banyak membantu ku, termaksud juga guru yang lain, seperti cikgu Zainab, cikgu Majid dan ramai lagi.

Apabila tiba hari peperiksaan, sebelum masuk ke dewan peperiksaan, semua murid beratur dan berbaris membacakan doa. Selama seminggu peperiksaan berlangsung maka sudah selesai semuanya, maka aktiviti permainan diadakan, ketika itu Sir Roslan sabu mengadakan pertandingan bola sepak, peegrrhhhh!! memang terbaik. Akhirnya persekolahan pun sudah habis.

Hari keputusan keluar pun tiba. Alhamdulilah aku mengambil keputusan ku terus pulang kerumah, dan ketika itu masing-masing semua bersuka ria dan ada yang berduka, tetapi apakan daya semuanya bergantung atas usaha. Selepas dari pada itu masing-masing membawa haluan masing-masing.

Akhir kata

Wahai kawan-kawan itulah cerita aku yang aku ingat serba sedikit dalam ingatan ku, aku sangat merindui zaman ini, bilakah pula kita boleh duduk bersama untuk berkongsi cerita? aku sangat menunggu masa itu, dan aku minta maaf kepada semua jika ada salah silap, "AKU RINDU HAMPA SEMUA" dan kepada guru-guru di SEK KEB KODIANG terima kasih yang tidak terhingga dari diri ku yang daif ini, doakan kejayaan aku di sini. sekian. 

AshrafHadi
10.Feb.2012
Universiti Al Al-bayt
Mafraq, Jordan

7 Feb 2012

Layakkah kita?




آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Sungguh terusik dan syahdu lagu ini membuatkan hati ku terasa, siapalah aku? layakkah aku di gelar umat Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan diri ku ini penuh dengan kedosaan yang sering terlalai atas perbuatan diri sendiri, juga termaksud diri kita yang lemah ini. Selawat dan salam keatas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi Nabi untuk umat Akhir zaman.

Tatkala mendengar lagu ini, hatiku juga bertambah sedih jika ada umatnya yang tidak mengenali Nabi Muhammad s.a.w. Amat menghairankan sekali jika keadaan ini berlaku, dan perkara ini tidak mustahil. Kerana ada umatnya yang lupa akan Nabi mereka. Sungguh menyedihkan, tepuk dada tanya iman, bagaimana pula diri kita?. Adakah kita ini juga umat yang menyayangi dan mengasihi Nabi Muhammad s.a.w.

Kenapa adanya manusia begitu?

Hatiku sangat tertanya di dalam diri ini, kenapa adanya manusia yang akhir zaman ini banyak yang terlupa kepada Nabi Muhammad. s.a.w.? Kerana dialah manusia yang paling mulia diatas muka dunia ini membawa rahmat untuk sekalian alam. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan pembawa rahmat ke seluruh alam." - Surah Al-Anbia' Ayat 107.

Sangat menyedihkan apabila perkara ini berlaku, jadi persoalanya kenapa? yang pertama kerana kita jauh daripada mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kedua pula kita terlalai dan alpa dengan duniawi yang penuh dengan kemaksiatan dan sebagainya, membuatkan diri kita ini jauh dari ajaran islam yang sebenar. Sehingga Rasulullah s.a.w. kita melupakan. Nauzubillah' Min Zalik.

Sistuasi ini kita dapat lihat sekarang ini dengan umat akhir zaman, peratusan peningkatan kadar kemungkaran dilakukan sangat tinggi, contohnya kes zina kita dapat lihat indeks peningkatan buang bayi dari tahun ke setahun naik dengan mendadak, Subahanallah... adakah kita ini umat Nabi Muhammad s.a.w.??? Sanggupkah kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. dalam keadaan diri kita yang begini?? tepuk dada tanya iman!!

Teringkat pula sirah yang belajar di sekolah dahulu, katanya pada zaman jahiliah dahulu masyarakat Arab jahiliah akan membunuh anak perempuan kerana menjadi aib jika mereka ada anak perempuan. Disebabkan maruah keluarga maka masyarakat Arab akan membunuh anak perempuan. Itu zaman jahiliah, islam belum datang lagi kepada mereka.

Tetapi sekarang islam sudah datang, lain pula jadinya, jika dahulu masyarakat Arab jahiliah akan membunuh anak perempuan, tetapi masyarakat melayu terutamanya bukannya perempuan, lelaki juga di buangnya. MasyaAllah, kita ini teruk lagi rupanya, sesuaikah jika kita di gelar jahiliah moden? Nauzubillah' Min Zalik, tepuk dada tanya iman!! Buka minda lihatlah seluas-luasnya, fikirkan layakkah kita di gelar umat Nabi Muhammad s.a.w?

Sesungguhnya  Rasulullah s.a.w. pula...

Suatu hari..Rasulullah bertanya:"siapakah hamba Allah yg mulia?"

sahabat menjawab: "para malaikat ya Rasulullah"

sahabat menjawab:"tentulah para nabi, merekalah yg mulia"

Rasulullah tersenyum lalu berkata: "ya, mereka mulia tapi ada yg lebih mulia"

para sahabat terdiam lalu berkata:"adakah kami yg mulia ya Rasulullah?"

Rasulullah berkata;" tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi
 

bukan kalian yg aku maksudkan
..
Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu 

berkata...

"wahai sahabatku, mereka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah

& tahu tentang kalian..mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tetapi 

mereka sangat rindu kepadaku & saksiknlah wahai sahabatku bahawa AKU SGT RINDU PADA 

MEREKA...MEREKALAH UMATKU!..

Subahanallah, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w amat menyayangi sehinggakan Baginda wafat pun Baginda menyebut ummati..ummati...ummati.. yang bermaksud umatku..umatku..umatku..betapa sayangnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya sehinggakan dia akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Itulah Rasulullah s.a.w. tetapi diri kita pula bagaimana? marilah sama-sama kita tepuk dada tanya iman, tanya hati, tanya amalan!!! layakkah kita??.

Akhir kata

Sesungguhnya Rasulullah itu ada manusia yang wajib di sayangi dan di kasihi, Sabda Nabi s.a.w.

(عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ. (البخاري ومسلم
Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."
Hakikat iman seseorang tidak akan sempurna melainkan apabila ia mengutamakan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. Selain itu marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat keatas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan mengikuti Sunnahnya selepas kitab Al-quran dalam panduan hidup, agar kita menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Firma Allah s.w.t.
                               إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.(Surah al-Ahzaab, 33: 56)


Maka marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikuti contoh Sunnahnya di dalam kehidupan agar kita menjadi manusia yang hebat, walaupun sesiapa kita, maka kita perlu berusaha untuk mengikut Sunnah Nabi s.a.w. supaya kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak.
AshrafHadi
7.Feb.2012
Mafraq, Jordan.





31 Jan 2012

Ceritera Raja Sayang Hamba


Terusik hati pula bila bersendirian, bagaikan bintang yang berkelipan. Indah kalam bila berkata dikaitkan pula dengan cerita. Sebagai manusia yang daif dan hina, hajat di hati ingin berkelana dari buruk ke baiknya. Doakan semua dipohonkan, semoga roh kebaikkan dibangkitkan. Bermulanya bicara ingin bercerita satu kisah pada zaman dahulu kala, hajatnya untuk berkongsi sesama kita untuk di ambil manfaat bersama.

Begini ceritanya.....

Pada zaman dulu kala, ada seorang hamba yang hitam lagi legam, kehidupan hamba ini sangat teruk, selalu di marahi oleh tuannya yang ganas lagi kejam. Kadang-kadang dia tidak diberi makan dan minum. Tetapi hamba tadi tetap sabar dan taat kepada tuannya. Tuannya pula seorang pembesar, sifatnya angkuh dan sombong. Ramai pekerja di istana seperti pengawal dan dayang istana tidak suka akan sikap tuannya itu, tetapi tuannya tidak peduli akan kesemua itu kerana menganggap bahawa pekerja itu tidak setaraf dengannya.

Tuannya selalu ke istana berjumpa dengan pembesar yang lain, tetapi malangnya ke semua pembesar istana sama seperti perangai tuannya, raja pula tidak berkata apa hanya berdiam sahaja akan perangai pembesar-pembesarnya. Tiba-tiba raja pun bertanya "wahai pembesar-pembesarku sekalian, mampukah kalian menolong beta?", sambil memandang ke arah pembesar-pembesarnya.

 "Ampun tuanku, pertolongan apakah yang di pinta itu?", tanya salah seorang pembesar kepada raja. "Beta mahukan seorang hamba!" kata raja pula. "Ampun tuanku, patik ada seorang hamba di rumah yang kuat lagi gagah," kata pembesar itu kepada raja sambil menundukkan wajahnya. "bawakan dia kemari!, persembahkan kepada beta," titah raja tersebut. 

Para pembesar sekalian terpinga-pinga kenapa raja perlukan hamba, sedangkan pekerja di dalam istana sudah mencukupi. Mereka bertukar persoalan seusai raja memasuki bilik peraduannya. Pembesar istana itupun terus pulang ke rumah dan menuju ke bilik hambanya lalu menempik, "hoi!! kau curi tulang kah?" "Maaf tuan saya berenti untuk solat,"  jawab hamba itu dengan nada yang lemah. "Sudah!! aku tidak mahu dengar alasan kau," tuannya meempelak, "maafkan saya tuan," pintanya lemah.

"Siapkan barang kau, aku mahu menyerahkan kau kepada raja," kata tuannya. "Untuk apa hamba perlu diserahkan kepada raja?," soalnya kebingungan. "Untuk kau kujadikan korban kerana kau sering curi tulang, hahaha!!" kata tuannya sambil ketawa. "Aku berlindung dengan-Mu ya Allah dari sifat yang kejam lagi terkutuk," kata hamba itu di dalam hati sambil kepalanya tunduk memandang ke bawah.

Pada keesokan harinya, hamba itu pun di bawa menghadap raja dan di serahkan untuk berkhidmat. Raja pun menyukai hamba tersebut dan memuji pembesarnya yang pandai memilih hambanya. Setelah lama berkhidmat dengan raja, disebabkan kerajinan dan ketekunanya bekerja di istana maka ramai pekerja menyayanginya termasuklah raja. Sifatnya itu sentiasa di puji oleh raja di hadapan pembesar-pembesarnya. Akibat perasaan dengki dan iri hati, hamba tersebut dibenci ramai pembesar istana. 

Pada suatu hari, seusai bermensyuarat bersama raja, bangkit bertanya seorang pembesar, "ampun tuanku, izinkan patik bertanya," sambil kepalanya menunduk ke bawah. "Silakan," pinta raja pula, "kenapa tuanku amat menyayangi hamba yang hitam lagi legam itu," sambil menunding jari kearah hamba tersebut yang kebetulan berada di penjuru pintu balai singgahsana istana. "Nanti kalian akan ketahui sebabnya," kata raja itu sambil tersenyum, kemudian bangun dan berlalu pergi.

Pada keesokkan harinya, semua pembesarnya di panggil ke balai singgahsana seperti biasa, tetapi kali ini hamba yang hitam itu turut serta. Semua pembesar kehairanan dengan kehadiran hamba tersebut. Bertitahlah raja seusai duduk di kursi singgahsana, "ambillah apa jua yang ada di dalam istana ini!,  apa sahaja yang kalian pegang, maka barang itu akan menjadi hak milik kalian," titah raja itu dengan tegas.

"Ampun tuanku, benarkah apa yang di titahkan oleh tuanku ini?" tanya ketua pembesar istana kepada raja. Masing-masing berbisik diantara satu sama lain dengan penuh kehairanan, "iya, jika kalian pegang barang itu maka akan terus jadi milik kalian," kata raja itu dengan tegas semula. Maka bertempiaran larilah kesemua pembesar dari tempat duduk mereka untuk mengambil barang-barang yang disukai.

Tinggallah hamba yang hitam itu terpaku sendirian tanpa berganjak dari tempatnya. Raja kehairanan dengan perlakuan hamba tersebut, lalu raja bertanya, "kenapa kau tidak berlari untuk mengambil mana-mana barang di dalam balai ini, sedangkan yang lain sudah mendapatkan barang-barang yang mereka berkenan," tanya raja dengan penuh kehairanan. "hamba tidak mahu mengambilnya," kata hamba itu kepada raja.

"Sudah, lekas! jangan sampai raja murka, cepat pergi mengambilnya!" Arah ketua pembesar kepada hamba tersebut. Hamba itu melihat sekeliling istana sa,bil menoleh  kiri dan  kanan, hamba itu melihat ramai pembesar sudah memegang barang yang berharga di dalam balai itu, dengan perlahan dia bangkit dari tempat duduknya, lalu pergi ke hadapan dan terus memegang raja. 

"Eh! kenapa kau memegang beta?" tanya raja kepada hamba dengan kehairanan. "Hamba nak  mengambil tuanku," kata hamba itu dengan bersahaja. "Mana boleh mengambil beta," kata raja dengan kehairanan, "tuanku tidak pula meletakkan syarat supaya jangan mengambil tuanku tadi," kata hamba itu pula. Maka semua orang di sekiling itu terkejut dan tergamam akan perbuatan hamba tersebut. "Kenapa kau tidak mengambil barang-barang yang lebih berharga di dalam balai ini?" tanya raja itu lagi.

"Barang itu akan kehabisan, jika hamba ambil tuanku, maka segala khazanah tuanku dan harta benda tuanku boleh menjadi milik hamba, dan hamba tidak akan kehabisan harta," kata hamba itu dengan bersahaja. Semua orang di situ terkejut mendengar jawapan yang diberikan hamba itu kepada raja. Maka raja pun memuji akan kebijaksaan hamba tersebut. Kesemua pembesar istana itu tersipu malu dengan hamba itu.

Bersambung....

Pengajaran:-

Dalam konteks ketaatan kita kepada Allah s.w.t. Dapatlah kita contohi sebagaimana ketaatan hamba tadi kepada tuannya. Tetapi kini sudah keterbalikkan 360 darjah 'Tuan' yang menciptakan kita di langgar perintahnya. Maka renunglah kembali setakat mana ketaatan kita kepada Allah s.w.t dan sejauh mana kita menuruti perintah-Nya.

Disamping itu, dalam memilih dan meletakkan Allah s.w.t. sebagai subjek utama di dalam diri kita, dapat jualah kita contohi sebagaimana kebijaksanaan hamba itu dalam memilih raja buat keuntungan dirinya. Sekiranya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Maka segala urusan akan menjadi dengan keizinan-Nya Bak kata orang kejar akhirat dunia kita dapat free, kerja dunia akhirat kita yang rugi. 

Itulah serba sedikit, jalan penceritaannya direka oleh aku, berkemungkinan ada lagi plot yang lebih detail dari cerita ini. Semoga sama-sama kita dapat mengambil manfaat dari cerita ini. Segalanya kelemahan dan kekurangan datangnya dari diri yg daif ini. Jika ada teguran dan sebagainya aku sedia menanti dan menerimanya. Nantikan sambungan seterusnya.... 

AshrafHadi
31.Jan.2012
Mafraq Jordan.
edit 4.Feb.2012
  

29 Jan 2012

Ayah sinar permata

Gambar Hiasan

Oh! Ayah
dikala malam gelap gelita,
aku bangun dari terjaga,
melihat wajah mu di kaca,
sambil lidah ku tidak berkata.

Kenangan lalu menusuk kalbu,
hanya yang pasti sangat syahdu,
apabila menagis tanpa berlagu,
hanya menanti orang yang sudah pergi berlalu.

Pergimu membawa seribu erti,
terasa bagaikan perit dihati,
tetapi semuanya ketentuan illahi,
hanya yang pasti aku meredhai.

Ku tatap wajahmu semahu-mahunya,
agar duka menjadi rindu kepadaku,
tetapi bila pergi tidak akan kembai ke dunia,
hanya doaku kirimkan untukmu.

Ayah..
Bagaimanakah nasib kau disana?
samada bahagia atau sebaliknya?
ku harap kau ditempatkan di syurga,
supaya jauh dari seksaan neraka.

Maafkan aku ayah selama ini,
kerana terumbang bila kau pergi,
sekarang sudah aku menginsafi,
meneruskan kehidupan di duniawi.

Ayah..
Kehidupan ku makin selesa,
apabila aku menjadi hamba yang taqwa,
hanya yang pasti aku mahu kau bahagia,
agar kau tak terseksa akibat diri ku juga.

Akhir kata dari anak yang tercinta,
aku pasrah ketentuan segalanya,
kini aku bangga menjadi anak yang berjaya,
dan kaulah ayah sinar permata.

P/s: Sememangnya sekarang ini ayahku masih ada, tetapi marilah kita hargai sebelum tiada. Kepada yang tiada jangalah berduka, itulah semua ketentuan Allah yang Maha Esa.


AshrafHadi
29.1.2012
Mafraq, Jordan.

28 Jan 2012

Ceritera Anak Singa


Alkisah bermula, pada suatu hari ibu kambing dengan anaknya keluar berjalan-jalan di dalam hutan, tiba-tiba mereka terdengar suara tangisan seekor binatang, akibat terkejut dari terdengar suara tangisan itu mereka pun mencari dari mana bunyinya suara tagisan itu, maka anak kambing dan ibunya terus mencari arah dimana bunyinya tangisan itu datang, apabila mereka mendekati suara tangisan itu, mereka terkejut 'beruk' kerana mereka melihat yang menagis itu ialah seekor anak singa yang tersesat di dalam hutan.

Kerana kesian akan anak singa itu, maka anak kambing menyuruh ibunya membawa pulang ke kandang mereka. Maka ibu kambing pun setuju untuk membawa pulang anak singa itu. Pada mulanya bapa kambing marah dan tidak bersetuju apabila anak singa itu di bawa pulang ke kandang, tetapi sifat belas dan kasihan ibu kambing itu tetap berkeras mahu menjaga anak singa itu juga.

Lama kelamaan bapa kambing pun suka dengan anak singa itu, tetapi nasib anak singa itu malang sekali apabila berada di dalam keluarga kambing tersebut, dia selalu disisihkan dan dibuli oleh abang-abang kambingnya. Apabila time minum susu, dia selalu ketinggalan ke belakang kerana dia akan di tanduk jika dia berada di hadapan. Tetapi anak singa itu langsung tidak melawan malah berasa takut dengan abang-abang kambingnya, bapa kambing itu memandang dengan sinis apabila anak singa itu dibuli demikian, dan ibu kambing juga tidak berkata apa-apa.

Anak singa merasa sedih sekali, tetapi dia tidak berani melawan abang-abang kambingnya kerana dia menyangkakan dia tiada tanduk, hmmm apa la nasibku, selalu aku di buli, mereka tidak kesian kepada ku ke? kata anak singa di dalam hati. Jika aku ada tanduk seperti mereka mesti aku kuat juga, kata anak singa itu lagi. Maka sekian lama anak singa itu tinggal dengan keluarga kambing itu, maka anak singa pun hampir 80 peratus menjadi kambing, selalu makan rumput, hattakan mengembek juga seperti kambing, sehinggalah anak singa itu besar. Tetapi nasibnya tetap juga tidak berubah. Masih juga di buli dan di perbodohkan oleh abang-abang kambingnya.

Suatu hari seekor singa sedang berjalan-jalan, tiba-tiba dia terlihat seekor singa sedang berada di dalam kandang  kambing itu sedang tidur, dan dia pun menghampiri singa tersebut, aumww!!! aummwww!! singa itu mengaum dengan kuatnya, tiba-tiba anak singa itu terkejut dari tidurnya. Alamak singa datang laa mati aku kali ni, kata anak singa itu di dalam hatinya, dan dia pun cuba untuk melarikan diri tetapi tidak berjaya, kerana tidak berkesempatan untuk meloloskan diri, dan pada masa itu juga pun hanya dia seorang sahaja di dalam kandang, keluarga kambing semua keluar pergi meragut rumput ketika itu.

"Ampunkan aku, jangan makan aku, aku nak hidup lama lagi", kata anak singa itu kepada singa yang mengaum tadi dalam keadaan ketakutan. "Eh! kenapa pula aku mahu makan kamu sedangkan kamu juga singa", kata singa itu kepada anak singa dengan kehairanan. "Arghh!!! kau bohong arr singa!! bukan aku tidak tahu muslihat kau", kata anak singa lagi. "Aduhai bodoh sungguh kamu ini anak singa, kamu bukan anak kambing, kamu itu anak singa", kata singa itu lagi.

"Sekarang cuba kamu datang dekat dengan aku", pinta singa itu kepada anak singa, kau janji tidak akan memakan aku? tanya anak singa itu pula,  "iya aku janji aku tidak akan memakan kamu"... kata singa itu dengan penuh yakin kepada anak singa. Maka anak singa itu pun menghampiri singa  itu, kemudia singa itu membawa anak singa itu ke tepi sungai. "Sekarang kau lihat muka kau di dalam air!" suruh singa itu kepada anak singa. Lalu anak singa pun melihat wajahnya di dalam air. Eh! kenapa muka kita sama? kenapa aku tiada tanduk pun? tanya anak singa itu dengan kehairanan sambil terkejut melihat mukanya di dalam air. Haaa.. sekarang kau percaya kata kau singa? tanya singa itu kepada anak singa tersebut. Iya..jawab anak singa itu pula.

"Sekarang cuba kau mengaum seperti aku, aumww!!!! aummmwww!!!!"... pinta singa itu kepada anak singa. "Breekkk!! breeekk!! eh! aku tidak boleh mengaum la, kata anak singa itu. "Aggrrhh!! sekarang kau paksa juga, kau kena ingat kau bukan kambing, kau itu singa", nasihat singa dengan tegasnya. Anak singa pun memaksa dirinya sampai dia berjaya mengaum, lalu dengan sekuat hati dia mengaum, aauummwww!!!! bunyi ngauman anak singa itu. "Sekarang aku mahu pulang, apa kata malam ni kau cuba mengaum dekat keluarga kambing kau itu, tengok apa mereka mahu lakukan", Saranan singa itu kepada anak singa. Anak singa itu hanya mengangguk kepala sahaja, tanda memahami saranan tersebut.

Pada malam itu seperti biasa semua anak-anak kambing beratur untuk meminum susu badan mak kambing, tiba-tiba, anak singa itu berada di hadapan sambil mengangkat tangan dan berkata, "sekarang aku nak minum dulu" kata anak singa itu. "Kau nak kena tanduk ke?" marah abang-abang kambing. Lalu tanpa membuang masa anak singa itu pun mengaum dengan sekuat hati, aummmwwww!!!!!!! tanpa membuang masa berselerak lari bagaikan lipas kudung keluarga kambing itu meninggalkan kandang mereka termasuk bapa kambing dan ibu kambing.. Hehehe..tahupun takut, kata anak singa di dalam hati sambil ketawa.

Pengajaran cerita

Sebenarnya aku ingin menyatakan umat islam sekarang tidak sedar bahawa kita menjadi seperti anak singa tadi yang tidak tahu di mana kekuatan sebenar, dan kita juga di perbodohkan oleh yahudi dan juga nasrani seperti abang-abang kambing membuli anak singa tadi. 

Kemudian pula kekuatan umat islam sebenarnya jauh lebih hebat daripan yahudi dan nasrani, cuma kita tidak sedar sahaja, mungkin kita masih lagi terlena dan sekarang yahudi dan nasrani memijak-mijak kepala kita, samalah kita jadi seperti anak singa, dan yahudi dan nasrani seperti abang-abang kambing tadi.

Jika kita kembali kepada ajaran islam yang sebenar maka yahudi dan nasrani pun juga akan gerun dengan kita, seperti anak singa tadi mengaum, terkencing dan takut keluarga kambing bila melihat anak singa itu mengaum, macam itu jugalah islam jika islam bersatu dan bertaqwa kepada Allah necaya takutlah musuh-musuh islam kepada umat islam.

Peranan menyampaikan untuk menyedarkan umat islam yang terleka wajib untuk kita semua, tujuan utama untuk berdakwah kepada diri sendiri sambil tetap menyampaikan kepada orang lain. Seperti singa itu menasihati anak singa supaya dia sedar dari kebodohan dia. 

Itulah sedikit sebanyak pengajaran yang dapat kita ambil untuk di manfaatkan bersama, mohon ampun dan maaf jalan penceritaan itu aku mereka sendiri dan mungkin ada cerita berkaitan lebih penuh dan teliti berbanding cerita aku ini, jika ada kekurangan aku menyusun sepuluh jari meminta maaf sekali lagi.
Sekian..

AshrafHadi
28.1.2012
Mafraq, Jordan.


27 Jan 2012

Oh! cintanya

Gambar Hiasan


"Terbang jauh si burung merpati,
Hinggap di dahan pokok jati,
Lumrah naluri ingin di kasihi,
Untuk mencari cinta hakiki".

Serangkap pantun sebagai pembuka kata untuk aku melabuhkan bicara, sukanya aku kali ini terpanggil untuk menulis mengenai cinta. Sebenarnya dalam diri ini aku ikhlas berkata, aku langsung tidak tahu apa itu cinta?, malahan maksud sebenarnya cinta juga kurang aku memahaminya, orang kata cinta itu buta, tetapi aku tidak nampak pula dimana matanya?. Hal ini jelas sekali terasa apabila cinta yang dikatakan itu pula dikata dusta, oh! di mana pula silapnya cinta? sehingga dikatakan dusta belaka. Pelbagai persoalan timbul di dalam benar fikiranku, sehingga aku tertanya-tanya, apa itu cinta? apakah maksud sebenarnya cinta? betulkah cinta itu buta dan dusta? oh! terasa berat sekali aku memikirkannya.

Apa itu cinta?

Jika ayat ini ditanya kepadaku, nescaya pasti aku akan terpinga-pinga, tetapi kali ini marilah sama-sama  kita singkap dan ungkap apa itu cinta?. Selalunya cinta mesti di kaitkan dengan perasaan kasih sayang antara dua pihak. Sinonimnya hari ini, tidak dapat tidak cinta akan di takrif kan sedemikian rupa. Mungkin juga cinta dikatakan sebagai satu perkataan di dalam bahasa melayu untuk menjadi kata spesifik dalam maksud kasih sayang, secara zahir dan logiknya aku menerima apa dikatakan. Tetapi timbulnya persoalan apa itu cinta? sesuatu yang perlu di jawab dengan teliti dan mendalaminya secara halus.

Merujuk kamus dewan edisi ke-empat, pertama cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara, ibu bapa, kebebasa, dll). Kedua cinta bermaksud perasaan atau berperasaan berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan wanita. secara ringkasnya cinta itu terbahagi kepada kasih sayang dan berahi, di dalam konsep yang mudah dikatakan ialah cinta itu perasaan atau berperasaan. 

Mengikut kata Ustaz Kazim bin Elias seorang penceramah yang tersohor di Malaysia pada waktu sekarang, dijawabnya apabila dia di tanya tentang apa itu cinta?, dia berkata "maksud cinta dua hati menjadi satu". Tambahannya lagi cinta juga bukan mengira sesiapa, samada tua ataupun muda, masing-masing mesti ada perasaan cinta. Kemudiannya yang di katakan cinta itu pula katanya lagi, jika kita hendak menghalang cinta itu mungkin susah. Tetapi seharusnya kita perlu bimbing supaya menjadi elok, supaya cinta "dua hati menjadi satu" itu di akhiri di alam perkahwinan.

Ustaz Kazim pula berkata lagi, tidak semestinya cinta itu juga di akhiri di alam perkahwinan, kerana contoh yang diberikannya, jika seseorang lelaki itu tidak menikahi kekasihnya akibat tidak mendapat restu dari ibu bapa kedua belah pihak, maka si lelaki itu tidak sama sekali akan berkahwin dengan wanita tersebut, kerana cintakan perempuan itu, takut jika dia berkeras mahukan berkahwin juga, berkemungkinan akan berlaku permasalahan di alam rumah tangga. Jadi demi kebahagian bersama dan cintanya, maka si lelaki itu tidak menjadi untuk menikahi wanita tersebut, dan itulah yang dinamakan cinta.

Daripada apa yang di lihat, kefahaman yang mudah merujuk kamus dewan edisi ke-empat kepada dua pengertian cinta bererti perasaan atau berperasaan. Kemudian dua kefahaman yang dapat di fahami dengan lebih mudah tentang apa itu cinta? yang cuba di sampaikan pula oleh Ustaz Kazim ialah kasih sayang antara satu sama lain dan juga pengorbanan. Jika kasih sayang dan pengorbanan yang dikatakan oleh Ustaz Kazim itu baru ertinya cinta maka jelaslah bahawa apa itu cinta? di tambah pula sifat perasaan yang di nyatakan oleh kamus dewan edisi ke-empat. Tidak dapat tidak, dua pengertian ini saling menyatakan ialah cinta itu perasaan dan di tambah satu lagi ialah pengorbanan.

Maksud sebenarnya cinta

Ramai orang beranggapan cinta itu mesti tidak dapat tidak perasaan kasih sayang antara lelaki dan wanita, jika di tanya kepada orang ramai sekalipun, semestinya akan dijawabnya begitu. Itu adalah selaras dengan erti cinta di dalam kamus dewan edisi ke-empat huraian yang kedua. Pada apa yang difahamkan apa itu cinta? cinta itu ialah perasan dan pengorbanan. Mustahil cinta itu hanya wujud kepada kekasih hati sahaja, semestinya cinta itu juga wujud kepada ibu bapa, guru-guru, sahabat dan lain-lain lagi. Selaras dengan erti cinta di dalam kamus dewan edisi ke-empat huraian yang pertama.

Secara luasnya kita memandang cinta ini banyak maksud yang tersendiri. Takrif cinta itupun di pelbagaikan, sememangnya cinta itu penuh dengan maksud yang tersendiri. Secara jujurnya aku mengakui bahawa cinta itu ada perasaan, tanpa ada perasaan maka tiada wujudnya cinta, disamping itu pula di selitkan dengan pengorbanan.  Mungkin juga ramai orang ada maksud tersendiri tentang cinta yang jauh lebih hebat dari aku, tidak di nafikan semua itu. Tetapi adalah suka untuk ku sendiri ingin mencurahkan sedikit pengertian apa maksud cinta sebenar.

Dalam maksud sebenarnya, cinta itu ialah perasaan dan pengorbanan, kenapa aku berkata demikian? kerana jika di teliti secara halusnya maksud sebenar cinta, seseorang individu tidak akan cinta jika tiada perasaan atau berperasaan. Mustahil tanpa ada perasaan tiba-tiba jatuh cinta, oh! sungguh pelik manusia begitu. Kita lihat perasaan sepasang kekasih, jika keduanya tiada tindak balas perasaan di dalam hati, maka cinta itu tidak akan wujud, begitu juga cinta seorang hamba kepada tuhan, perasan kasih sayang kepada Allah lahir daripada perasaan hamba-Nya itu sendiri, dan sifat perasaan itu ada anugerah yang di berikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Begitu juga perasaan cinta sesama sahabat, jika tiadanya perasaan itu maka wujudnya sifat tidak peduli dan seumpamanya.

Pengorbanan dalam erti cinta, tidak akan cukup lengkap perasaan itu jika tiada istilah pengorbanan. Misalnya perasaan itu wujud, tetapi pengorbanan itu tiada maka itu bukanlah dikatakan sebagi cinta yang sebenar. Kerana secara halusnya jika di lihat, sebagai contoh hamba dan tuhan, jika seseorang hamba cintakan tuhan maka perasaan takut untuk melakukan kemungkaran akan ada dalam diri, di tambahnya pula jika dia berkorban dirinya kepada Allah, seperti korban harta dan tenaga ke jalan Allah, maka itulah yang dinamakan cinta.

Contohnya lagi ialah sahabat, jika seorang sahabat ada perasaan cinta kepada sahabatnya yang lain, maka sahabat itu sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabatnya. Tambahan pula bila kita berada di sini, yang jauh beribu batu dengan ibu ayah, jadi hanya sahabatlah yang kita harapkan. Sesungguhnya pegorbanan itu penting sekali untuk membina cinta.

Boleh ke bercinta?

Wah! satu pertanyaan yang menarik. Boleh tidak menjadi masalah, sekarang ini cuba kita bercinta dengan sahabat kita di sekeliling, kita pasti akan melahirkan perasaan sayang dengan sahabat kita di sekiling, pasti tidak dapat tidak akan melahirkan sifat kasih sayang, tambahan pula jika kita jauh dengan ibu bapa jadi sahabatlah ibu dan sahabatlah ayah untuk kita berkongsi masalah dan gelak tawa.

Firman Allah: "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10) 
dan hadis Nabi s.a.w. bersabda. "Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kedua dalil tadi menunjukkan bahawa kasih sayang cinta itu di benarkan selagi tidak melanggar syara'. Bagaimana pula dengan cinta yang melanggar syara'? sebelum itu, molek benar jika ku selitkan sedikit jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Dia berkata cinta itu boleh jika niat mahu jadikan isteri atau suami. Jadi adakah cinta itu dibolehkan? bertenang dahulu, cinta yang di maksudkan oleh Ustaz Azhar Idrus jika sepasang itu benar-benar kemampuan untuk berkahwin, tetapi apa kejadahnya jika usia baru seusia jagung itu bercinta, bercinta boleh jika niatnya jadikan isteri, tetapi SPM tak lepas lagi, PMR belum keluar keputusan lagi adakah logiknya mereka itu bercinta untuk di jadikan suami atau isteri?.

Sungguh terasa amat hairan sekali, lainlah jika mereka sudah melangkah kaki ke universiti, di mana masing-masing boleh berfikir sendiri, tetapi itu pun masih terikat dengan batas-batas pergaulan supaya perkara yang tidak di ingini terjadi. Stastitik menunjukkan bahawa kelahiran anak luar nikah dari tahun ke tahun lain semakin meningkat, akibat punca salah satunya ialah cinta antara dua hati yang belum lagi tumbuh gigi. Perkara ini amat sukar di bendung, pelbagai solusi di berikan cuma yang pasti jawapan Ustaz Azhar Idrus harus kita fahami.

Akhir kata

Natijahnya disini maksud cinta itu sebenarnya luas, dan meliputi semua perkara. Janganlah kita menyatakan cinta itu hanya untuk sepasang kekasih sahaja, tidak sama sekali perlu kita berkata begitu kerana cinta ini boleh dilahirkan kepada sesiapa sahaja. Jika cinta hakiki yang sebenarnya ianya terus kepada Ilahi, tetapi sifat manusia sukanya di kasihi, maka sahabat disekiling menjadi cinta kita kepadanya. Tidak dapat tidak juga cinta kepada kekasih kita, itu seharusnya di teliti sebaiknya agar kita tidak menjerumus ke lembah yang hina, bak kata orang bercinta biar sampai ke syurga, tetapi syurga itu janganlah syurga dunia sahaja, takut nanti di akhirat kita terseksa. Semesti kita perlu di dunia bahagia di akhirat selesa.

Cinta akan lahir bila kita ada perasaan dan berperasaan sedemikian, tetapi seharus kita perlu guna sebaiknya, pengorbanan juga penting sama sekali, cinta yang baik ialah cinta yang sanggup berkorban. Jika kita lihat sahabat kita susah, maka demi kecintaan kita kepadanya bantulah dia, tambahan pula kita di sini jauh dengan ibu bapa hanya sahabat yang kita harapkan. Akhir kata dari diri yang hina ini, sesungguhnya kita ini bersaudara, yang sujud di kiblat sama, maka jalinlah ukhwah bersama demi agama, ku mohon ampun dan maaf andainya penulisan ini tidak seberapa.

"Kasih naluri sudah dicari,
cinta hakiki juga sudah di jumpai,
hanya yang pasti kasih kepada Ilahi,
untuk menjadi insan duniawi dan ukhrawi".


AshrafHadi
26.1.2012
Mafraq, Jordan.

16 Jan 2012

Sahabat dunia akhirat

Sahabat di Al-Maad '93

Wahai sahabatku,
ketika sendu suara bermula,
bisikan suara menjelma,
tatkala memandang paras rupa,
dek kerana bersemangat sahaja.

sahabatku,
apabila tibanya masa,
semangat itu akan membara,
berpunah ranah mencari berkat,
untuk bekalan dunia akhirat.

tetapi janji hanya janji,
tidak tertunai dek kealpaan diri,
hanya menanti apa yang di hajati,
tidak terdatang jika tak di cari.

sahabaku,
kasihku kepada mu tidak terduga,
sayangku kepadamu tak terhingga,
tetapi apabila madu di balas tuba,
hanya ku berserah kepada yang Esa.

Keakraban mula terasa,
apabila kita meningkat dewasa,
cerita lama menjadi sandaran,
dicerita kembali sebagai hiburan.

gelak tawa sering di minda,
apabila kita duduk bersahaja,
tetapi semua bertukar rupa,
jika dalam hati penuh dendam membara.

Sahabaku,
Syaitan bijak sungguh laksana,
untuk memutuskan ukhwah kita,
jika kita dambakan cinta,
bangkitkanlah kita mempertahankannya.

cinta seorang sahabat bukan boleh di ukur,
manakan pula dibuat jual beli,
jika sahabat jatuh tersungkur,
nasihatkanlah untuk di perbaiki diri.

Wahai sahabat,
sekali rasa tidak terduga,
ingin aku berhenti berkata-kata,
cukuplah sekadarku berbahasa,
menjadi ingatan sesama saudara.

Dunia kita mencari berkat dengan penuh kudrat,
untuk mengukuh jalinan ukhwah yang erat,
dan aku disini bukan mencari keparat,
cuma aku mencari 'sahabat dunia akhirat'.

Ashraf Hadi
16.1.2012
Mafraq, Jordan.

12 Jan 2012

Bersangka baik dengan Allah

(Gambar Hiasan)
Seandainya diri kita ini lemah jangan kita merasa hina, sesungguhnya Allah tetap bersama kita. Realiti masyarakat kita hari ini memang mudah merasa lemah dan tidak kuat apabila di landa sesuatu musibah, kita juga merasa semua perkara di dalam dunia ini tidak adil, merasakan bahawa hidup di dunia ini penuh dengan kesusahan.
Tidak dapat tidak perkara ini sering kali berlaku dalam diri kita, malahan beranggapan bahawa Allah s.w.t ini tidak berlaku adil dalam semua perkara, tetapi kita lupa sebenarnya Allah s.w.t itu Maha Adil, buktinya Allah berfirman di dalam ayat Al-Quran,
                                                    يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمۡ‌ۚ وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ ضَعِيفً۬ا
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisa:28).

jadi ayat ini menegaskan bahawa Allah s.w.t. berlaku adil dengan hamba-Nya kerana Allah juga memberi ujian mengikut kemampuan hamba-Nya, keadilan itu dapat di lihat kerana Allah tidak memberi ujian dengan berat kepada hamba-Nya yang lemah, melainkan sesetengah hamba-Nya yang kuat keimanan maka ujian yang di hadapinya juga kuat, tetapi itu semua kita jangan takut, kerana hamba yang bertaqwa di sisi Allah akan kental dan tabah dalam menghadapi ujian.

Mengapa kita merasa lemah

Kita merasa diri ini lemah kerana kita tidak mampu untuk menghadapi ujian yang di berikan oleh Allah kepada kita, malahan kita akan lebih menyalahi orang lain dari menyalahi diri kita. Sebenarnya padahal ujian yang di berikan oleh Allah kepada kita setimpal dengan diri kita, mengapa kita lemah juga? itu satu persoalan yang timbul di dalam diri kita, jawapan itu sebenarnya terletak dalam diri kita, mengapa aku berkata begitu, kerana itu semua bergantung atas diri individu seseorang, sesungguhnya untuk menjadi manusia yang kental dan kuat menghadapi ujian yang Allah berikan kita perlu ubah diri sendiri, firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri".
Surah Ar-Ra’d (ayat 11).

Daripada ayat di atas dapat kita lihat bahawa, untuk mengubah diri kita ini bukan bergantung kepada sesiapa semuanya terletak dalam diri kita sendiri. 
Selain itu, kita akan merasa lemah dalam diri ini apabila hubungan kita dengan Allah semakin jauh, hal ini terjadi apabila kita menyangka sesuatu perkara itu terlalu zalim dalam diri ini, contohnya aku hendak ceritakan ada  sepasang suami isteri yang baharu berkahwin juga baru mendapat seorang anak yang comel, di takdirkan Allah anak mereka meninggal, maka si isteri tidak dapat menerima akan kematian anaknya, menyatakan bahawa Allah s.w.t tidak adil, zalim dan sebagainya kerana mengambil nyawa anaknya yang masih kecil lagi, yang tiada dosa, jadi mengapa Allah mengambil nyawa anaknya itu, dari cerita ini sebenarnya si isteri tidak boleh terima hakikat, dan tidak boleh menerima takdir yang di tentukan oleh Allah s.w.t. Persoalanya sebab mengapa si isteri menjadi begitu, jawapanya kerana tiada perhubungan dengan Allah, jika si isteri tadi menjaga hubungan dengan Allah, semestinya si isteri akan menerima hakikat dan takdir yang di tentukan oleh Allah.


Resolusi 

Jalan penyelesaian sangat banyak yang boleh diguna pakai dalam diri ini untuk menjadi manusia yang kental dan bertaqwa di sisi Allah s.w.t. tetapi di sini aku ingin berkongsi serba sedikit yang aku tahu, antaranya ialah dengan bersabar di dalam diri. Sabar itu penting dalam menghadapi ujian, kerana kesabaran yang tinggi membuatkan diri kita lebih yakin dengan Allah s.w.t. selain dapat meingkatkan keimanan kita, buktinya hadis Nabi yang bermaksud,


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud) ...


Selain itu bersangka baik dengan Allah s.w.t. kaedahnya mudah, berkaitan dengan cerita si isteri tadi, jika dia bersangka baik dengan Allah, maka dia akan lebih menerima dan yakin ada hikmah disebalik kejadian itu, mungkin Allah mahu menggantikan anak yang lebih baik daripada itu, jadi perkara itu tidak mustahil, maka di sini kita bersangka baik dengan Allah dan menyatakan setiap kejadian ada hikmahnya. Sesungguhnya kita hidup di atas muka bumi ini di tentukan oleh Allah s.w.t. Malahan juga kita dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. selain menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah s.w.t. 


Akhir kata

Setiap manusia tidak dapat tidak bukan mudah untuk menerima hakikat di sebalik kejadian yang buruk berlaku dalam diri ini, termasuk diri aku juga, tetapi marilah kita sama-sama untuk memperbaiki diri ini supaya menjadi seorang hamba yang bersabar dan bersangka baik dalam menghadapi ujian yang Allah berikan kepada kita, sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Insyirah dari ayat 5-6.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, 
dan Allah tegaskan lagi di ayat yang ke 6,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

inilah janji Allah kepada manusia yang berada dalam kesusahan, seharusnya kita beringat bahawa dalam kesulitan itu,  Allah juga akan bagi kemudahan dan kemanisan di sebalik kesusahan yang diberikan kepada kita, jika kita sabar dan bersangka baik kepada Allah sesungguhya kitalah manusia dan hamba yang beruntung di sisi Allah s.w.t.

 Ashraf Hadi
11.Jan.2011
Mafraq, Jordan.



10 Jan 2012

Hidup ini satu kembara


Sekian lama aku menyepi dan kini aku kembali, untuk melontarkan satu pandangan ilmiah yang di rasai sesuatu yang baharu dalam diri ini, tatkala memandang masa yang jauh pergi meninggalkan aku, kini aku melangkah ke tahun 2012 dengan satu keazaman yang baharu dalam diri ini, tahun 2011 pula pergi meninggalkan aku dengan penuh suka duka dalam diri ini, aku biarkan tahun  2011 pergi dengan seribu erti. Sekarang aku perlu menempuhi tahun 2012 dengan seadanya dalam diri ini. Hari ini aku ingin berkongsi bagaimana yang di katakan hidup manusia ini adalah satu kembara, sukanya aku menyatakan bahawa, kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini merasai sesuatu kehidupan ini bagaikan kembara.

Apa erti kehidupan?

Kehidupan adalah satu peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t diatas muka bumi ini untuk manusia terutamanya selain makhluk yang lain untuk menjalankan ibadah dan taat kepada-Nya. Kehidupan yang dikatakan itu telah Allah firman dalam Al-Quran yang berbunyi,


                                                        وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
 Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.(QS. Adz –Dzariyat: 56 )

begitulah gambaran yang Allah nyatakan kepada kita kehidupan diatas muka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah kepadanya. Jadi seharusnya kita manusia semestinya memahami akan kehidupan diatas muka bumi ini dengan sebenarnya. Sebaliknya kita memahami apa erti kehidupan yang sebenar, untuk kita menjadi insan yang lebih berjaya diatas muka bumi ini.

Kehidupan ini adalah satu kembara

Perjalanan hidup kini bagaikan satu kembara dalam menempuhi pelbagai halangan dan ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Tujuan ini untuk Allah menguji setakat mana kemampuan hamba-Nya dalam menempuhi kehidupan di atas muka bumi ini disamping  untuk menaikkan darjat seseorang hamba-Nya.
Ini adalah merupakan satu kembara kepada manusia di atas muka bumi ini untuk mencari bekalan dan di bawa pulang ke alam akhirat kelak, dan bekalan itu akan di hitung oleh neraca al mizan di hadapan Allah s.w.t. yang akan menentukan sama ada beratnya ke syurga atau neraka.

Sebenarnya dalam kembara kehidupan ini, Allah telah meninggalkan buku panduan untuk kita dengan Allah menurunkan secara berperingkat-peringkat melalui Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Al-Quran kepada manusia untuk dijadikan panduan yang jelas dan nyata supaya kembara manusia ini tidak akan tersesat. Ini mengambarkan bahawa Allah sangat kasih dan sayang kepada hamba-Nya dengan menyediakan mukjizat yang paling besar kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk panduan umatnya. Tidak cukup dengan itu Allah juga mengutuskan kekasih-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. kepada umat manusia dalam membantu kembara manusia ini agar tidak tersesat dari landasan yang sebenar. Buktinya Allah telah berfirman,              
                             لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu Uswatun Hasanah (contoh teladan yang baik) bagimu, yaitu bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” ( Al-Ahzab: 21)

daripada ayat tersebut kita dapat menilai bahawa Rasulullah adalah ikutan yang terbaik dalam diri kita untuk membimbing kita yang sedang dalam perjalanan kembara menuju Ilahi. Sebaliknya itu seharusnya manusia menerima hakikat tanpa Al-Quran dan As-sunnah kembara manusia ini akan terpesong jauh dari perjalanan yang sebenar dalam hidup ini. Agama Islam ada satu-satunya agama yang menekan pelbagai aspek kepada umatnya dalam misi kembara menuju Ilahi agar umatnya tidak terpesong jauh.


Hidup ini penuh dengan ujian

Misi kembara kita tidak berlalu begitu sahaja, sedang asyik kita mencari bekalan di dunia ini untuk di bawa balik ke alam akhirat, Allah s.w.t. juga menguji kita dengan pelbagai ujian, buktinya Allah s.w.t berfirman 
 أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢)وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui Nya tentang orang-orang yang berdusta. (3) ( Al-Ankabut: 2-3 )


tujuan utamanya adalah untuk menguji kita setakat mana iman dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t, selain itu juga Allah menguji kita kerana untuk mengangkat darjat manusia di sisi Allah s.w.t, maka tidak hairanlah jika kita di uji oleh Allah s.w.t kerana setiap ujian yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada manusia ada mengikut kemampuan dan keupayaan kita dalam menempuhi ujian tersebut, Allah s.w.t berfirman
                                                         لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ
           "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
             [Surah Al-Baqarah, 2: 286].

Maka jelaslah bahawa ujian dalam kembara kita ini bergantung kepada keimanan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. untuk kita menempuhinya. Jika kekuatan keimanan dan keyakinan kepada Allah s.w.t. utuh dan tebal maka ujian yang kita lalui akan selamat, jika kekuatan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. kita nipis dan lembut maka seharusnya kita memperbaikinya takut kita tidak dapat menerima ujian yang di berikan oleh Allah s.w.t. kepada kita. 

Penutup 

Akhir kata sekarang manusia seharusnya beringat bahawa sekarang kita berada di 'misi kembara' untuk kita mencari bekalan untuk kehidupan kita selepas mati, itu amatlah penting sekali supaya kita dapat menikmati kesenangan di akhirat kelak, bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian", menunjukkan bahawa dalam kehidupan diatas muka bumi ini amatlah susah untuk menghadapi segala ujian dan rintangan yang melanda, tetapi semua itu kita boleh tangkis dengan hanya kita menjadi insan yang bertaqwa di sisi Allah s.w.t. Selain itu juga kita sebagai manusia yang daif dan hina ini seharusnya berpegang kepada dua perkara yang di tinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya iaitu "kitabullah wa sunati" iaitu kitab Al-Quran dan Sunah Rasulullah s.a.w. untuk di jadikan panduan kepada kita semua yang daif dan hina ini, supaya kembara kita sentiasa diberkati.

Ashraf Hadi
10.Jan.2012 
Mafraq, Jordan.








2 Dis 2011

Hilang Pemasa Allah Ganti Permata

Selepas solat isya' di masjid jamiah of Yarmouk, aku melangkah keluar dengan pantas bersama sahabat ku, sambil kami bersembang tentang hal peperiksaan, aku teringat jam aku yang tertinggal di tempat wuduk masjid, sepantas kilat kaki aku melangkah dengan laju untuk aku pergi ke tempat yang aku letak kan jam itu, tetapi apabila sampai di tempat itu, aku dapati jam sudah tiada. Betapa hibanya hati ku, jam yang betul-betul aku sayang atas pemberian seseorang yang sudah di anggap sebagai keluarga aku telah hilang, tetapi dalam hiba itu, hati ku di pujuk oleh saudara Afiq Saleh, mantan presiden MPPMJ tahun lepas dia berkata, "sabarlah Ashraf mungkin Allah nak ganti yang baru." Hati ku merasa betul juga apa yang di kata kan, setiap kejadian ada hikmahnya. Jadi aku menerima dengan hati yang tenang. Mungkin ini sebagai ujian kepada ku, bagaimana untuk melihat tahap keyakinan aku kepada Allah. Kepada Mimik, ashraf memohon maaf kerana tidak dapat menjaga jam itu dengan sempurna. Ashraf akui bahawa ini kesilapan ashraf dan kelalaian ashraf sendiri. Tidak mengapa hari ini hilang pemasa mungkin Allah berikan permata.

Rebut Peluang

Alhamdulilah baru selesai berjumpa dengan penulis buku terkenal iaitu saudara Hilal Asyraf di sini, merasakan diri ini sangat hina apabila bersua muka denganya. Selepas solat subuh di masjid Universiti Yarmouk, sedikit bacaan Al-Quran diadakan selepas itu di sampaikan sedikit tazkirah dari saudara Hilal Asyraf, pelbagai aspek yang di sentuh dalam tazkirahnya terutama berkaitan dengan "Peluang". Aku mengambil pelajaran dari isi yang di sampaikan untuk berkongsi dengan anda semua, antaranya dia berkata bahawa Allah ini sangat sayang kepada hamba Nya, sebaliknya Allah memberi peluang kepada hamba Nya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya kita imbas kembali kisah-kisah sirah terdahulu kala, yang membuktikan bahawa Allah memberi peluang kepada hamba Nya, termasuklah Firaun yang zalim dan terkenal dengan kekejamanya, selain itu kezaliman Abu jahal dan Arab jahiliah yang banyak menentang Rasulullah S.A.W. Jika di tanya apa bukti yang di katakan Allah memberi peluang kepada firaun? saudara Hilal Asyraf berkata, buktinya dengan Allah mengutuskan Nabi Musa A.S untuk berdakwah kepada Firaun, itu maksudnya Allah memberi peluang, tetapi kesombongan dan keangkuhan Firaun yang menolak sepenuhnya seruan Nabi Musa A.S maka di azab kan kepada firaun atas menolak dan menentang seruan Nabi Musa A.S. Selain itu di kaitkan pula kejahatan Abu Jahal yang menentang Nabi Muhamad S.A.W. tetapi Allah masih juga memberi peluang kepada hamba Nya. Merasai bahawa Allah sangat sayang kepada hamba Nya, cuma kita belum perasan lagi, Allah mengutusan Nabi Muhammad S.A.W untuk membimbing manusia ke jalan yang benar pada zaman itu, tetapi hanya sebahagian yang memeluk islam. Lihatlah bagaimana Allah menjaga kita, sanggup memberi peluang kepada kita untuk kita mendekatkan diri dengan Allah S.A.W. dengan mengutuskan seorang Nabi. Tetapi persoalanya sejauh mana kita merebut peluang itu? fikir-fikirkan bagaimana Allah sudah memberi banyak peluang cuma kita sahaja perlu pandai untuk merebut peluang itu. Selain itu di cerita kan lagi oleh Saudara Hilal Asyraf untuk aku berkongsi seterusnya berkaitan surah yang di baca selepas solat subuh tadi bersama-sama pelajar lain iaitu surah Alam Nasrah yang menceritakan bahawa Allah memberikan kita kesusahan tetapi ada kemanisan, contohnya kita belajar dalam keadaan yang susah tetapi di situ ada kemanisanya, dan ayat katakan dan tegaskan di dalam Ayat itu Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Lihatlah bagaimana Allah menjanjikan kepada kita, sesungguhnya Allah tidak pernah menipu hamba Nya. Sebaliknya kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, bersama saling ingat mengingat antara satu sama lain, supaya kita dapat merebut peluang yang terhidang di hadapan kita yang Allah berikan kepada hamba Nya. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, keyakinan kepada Allah pasti dapat mengangkat kita sebagai hamba yang bertaqwa dan sentiasa merebut peluang.  

Sejuk Salju Terima Kasih Allah

Terasa amat sejuk sekali pada pagi ini, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi waktu jordan, mataku masih segar lagi bertongkat kan bulu roma. Terfikir untuk menaip sepatah dua kata di dalam blog ini. Sekarang sudah masuk musim sejuk di sini, terasa kesejukan yang tidak berbelah bagi, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, pengalaman ini di kumpul kan untuk di kenang kan kembali di masa akan datang. Seperkara yang hendak di sampaikan oleh ku, cuba kita fikirkan bagaimana manusia yang hidup di dalam kesejukan yang melampau, rasa amat sukar sekali, tetapi kejadian Allah S.W.T yang menakjubkan memberi kekuatan kepada hamba Nya untuk bermujahadah di dalam kehidupan yang sejuk ini. Mari kita singkap satu perkara bahawa kesejukan persekitaran di sini tidak menjadi beban yang melampau kepada pelajar Malaysia kursusnya, kerana menjadi satu lumrah bahawa keadaan sekitar di sini memang kesejukan yang teramat sekali, cuma persiapan di musim sejuk ini perlu disediakan untuk memastikan keadaan stabil. Wajaran yang di perkatakan bahawa sekarang ini adanya tercipta pemanas, baju sejuk dan sebagainya. Cuba kita imbas kembali dalam fikiran kita bagaimana orang-orang terdahulu yang hidup kesejukan di musim sejuk ini, bagaimana mereka menghadapi kesemua ini, mungkin pada masa ini tiada kemajuan yang di kecapi seperti mana pada zaman moden ini. Amat menyukarkan aku berfikir, mungkin mereka ada alternatif tersendiri pada zaman itu yang tidak mustahil adanya. Jadi bermakna kesejukan bukan satu penghalang bagi kita untuk kita meneruskan kehidupan kita di sini. Seandainya ada yang menyatakan bahawa sejuk yang terlampau ini menyebabkan pelbagai masalah timbul, bagi saya memang tidak di nafikan semua itu, tetapi perlu ingat bahawa, cuaca alam ini semua di atur oleh Tuan Punya Alam, yaitu Allah S.W.T. Apabila kita yakin dengan Allah S.W.T maka kita perlu berserah segalanya kepada Nya. Kerana Allah ini Maha Mengetahui lagi Mengasihani. Segala kudrat dan kekuatan yang ada dalam diri kita ini seharusnya di praktikan secukupnya pada musim ini, kerana musim ini jarang ada di negara sendiri. Maka seharusnya kesejukan yang melampau kita perlu lihat dari positifnya bagaimana kita menghargainya dengan ketentuan yang di tetap kan oleh Ilahi. Sekadar tangan ku berjoget di sini, kesejukan terasa tidak pernah terpadam lagi, hanya aku perlu ucapkan kesyukuran kerana menjadi pengalaman bagi ku tinggal di sini dalam keadaan musim sejuk. Sementara menunggu salju (salji) menurun untuk aku melepaskan rindu. Segalanya yang di nyatakan menjadi satu pandangan untuk menyatakan sejuk salju ini amat terasa dan bermakna bagi ku. Hanya yang Aku dan Allah sahaja yang tahu, terima kasih Allah.